Demam


December 4, 2011

Assalamualaikum..


Taukeh belog demam. 2 hari tergolek atas katil. Kelas pun ponteng. Tak larat. Apa lagi nak hupdate belog.*kesian kiter kan. Hari ni baru rasa kudrat ni kembali bertenaga. Alhamdulillah. Nak berterima kasih banyak-banyak dekat korang yang sudi singgah belog dahku yang tak semenggah ni. Walaupun kunjungan korang tak berbalas oleh dahku. Bukan sengaja taknak balas kunjungan tapi kan dah habaq dahku demam.ececece konon garang la kan.muehahaha. InsyaAllah bila free nanti dahku buat belogwalking marathon kat belog korang eh! tapi dalam masa terdekat ni tak janji lagi sebab assignment berlambak nak kena submit.okeyh.


Saje letak gambar ni kasik entri panjang sikit :)


P/S: Macam la orang kesah sangat aku online ke tak kan. :)

Wordless Wednesday : Masihkah Kau Ingat

November 30, 2011




P/S: Dah besar rupanya. Aku dah lupa ape nama diorang ni. Dulu masa
kecik-kecik aku tak miss tengok depa dalam tibi. Comel je. :)

Doa Untuk Kekasih

November 27, 2011


Assalamualaikum..


Ya Allah.. Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah.. Sekiranya telah engkau takdirkan
Ia bukan milikku.. Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia walaupun tanpanya..
Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah ya tuhanku.. Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah.. Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniankanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal A’lamin…



Nahh! muka tak sedeh tapi hati....




Happiness is a choice that requires effort at times.


“When a door of happiness closes, another opens, but we often look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us”
– Hellen Keller




P/S: Mood jiwa kacau :(

Hlovate

November 26, 2011

Assalamualaikum..


Hlovate. Sape kaki novel sure depa tau pasai hlovate nehh. Oleh sebab aku pun salah sorang dari kakikaki novel kat luar sana. Maka aku pun terjebak sama. Sebelum ni aku setia dengan novel keluaran Alaf 21. Sebab novel terbitan diorang memang tak pernah mengecewakan aku. Tapi ada kali ni jatuh centa pulak dengan novel Hlovate ni yang diterbitkan oleh Jemari Seni (JS). Awat skema ja ayat aku nehh?


Cerita die memang semua bestbest oh! Semua watak mahupun jalan cerita dalam Hlovate tu memang wujud. Dalam erti kata lain, ini memang kisah benar. Bukan rekaan semata-mata dan memang ada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah pergi *pergi kemana tu aku taktau la.


Aku salute lah dekat penulis novel ni. Sebab low profile. Walaupun sekarang ni ramai giler fans yang setia dengan hasil karyanya tapi tetap tak pernah nak tunjukkan siapa dia sebenarnya. Dia hanya ingin dikenali dengan nama Hlovate. Novel pertama yang ditulisnya ialah GreatTroublemaker_i. Dia start tulis tu masa belajar di tingkatan 3. Bagi Hlovate sendiri, menulis ni adalah cara dia untuk berkongsi dan meluahkan rasa.



...Antara kata-kata Hlovate...


"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."


...dan...


"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."



Ini pulak antara novel-novelnya yang dah sold out..

Aa+bB, Tunas, Versus *baru 3 bijik ni aku baca



Hlovate jugak ada e-karya. Adik aku yang tingkatan 4 tu kalau bagi broadband kat dia memang ini lah yang dia search. Fanatik benor dengan Hlovate. Sampai aku di paksanya beli novelnovel hlovate tuh. adehh.


...e-karya Hlovate...

http://hlovate.blogdrive.com
http://hlovatehikayat.blogdrive.com
http://hlovatulis.blogdrive.com
http://hlovatalk.blogdrive.com


Apa yang aku tahu, Hlovate ni memang ada gayanya tersendiri yang boleh buat aku jatuh centa dengan hasil karyanya. Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. *aku search kat tenet dia kata macam tu.



P/S: Nanti kalau budget lebih nak beli lagi novel Hlovate yang lain-lain tu.
Ini memang betulbetul wujud, tak tipu. *lalalala :)


First Time Retis Datang Rumah



November 26, 2011

Assalamualaikum..


First time retis datang rumah aku. Gilos excited aku wehh. Yela, jarangjarang nak dengar retis datang rumah aku nehh, dahtu bukan sorang ja dua orang beb. Tapi sape retis tu?? Haa mesti korang nak tahu sape retis tu kan. Jeng jeng jeng! Dia ialah Tiz Zaqyah (eh betul ke spelling aku tu) dan sape lagi kalau bukan si kekasih hati pengarang jantungnya Remy Ishak. *hewhewhew



xoxo :)


Mulamula tu memang aku segan giler tahap kurakura sorok kepala ah! Tapi bila dah patpulohnamsaat dok borakborak dengan diorang, ternyata! Diorang ni humble siot. Baik Tiz mahupun Remy. Lepastu barulah borakborak tadi menjadi rancak. Femeli aku pun sporting diorang kata. *awwaww


Diorang tompang rumah aku sebab diorang ada shooting area Rantau Panjang (RP) tu. Rumah aku nak gi RP tu sepulohminit ja dah boleh sampai. Diorang ada bagitau shooting cerita apa tapi aku dah lupa la. Sebab masa diorang cakap tu aku macam dengar tak dengar je.


Diorang ni memang romantik giler la wehh. Masa lunch semalam kitorang ajak la diorang makan sama. Pastu si Remy ni pun pi la panggil Tiz makan siap ber baby ber abang gittew. *jeles aku. Diorang ingat dekat femeli hall tu takdak orang dah, sebab semua dah ngadap meja makan. Tak sedar di sebalik langsir tu aku dok skodeng. Haa kantoi. Depan kitorang i u i u ja.hehe malu lettew.


Haa baru aku tahu, retis ni maintain slim sebab makan nasik sikitttt ja weh. Itu pun sebab nak ambik ati tuan rumah ja kot, kalau tak entah makan entahkan idok. *pandai2 aku je buat andaian. Tapi tu Tiz Zaqyah la. Remy Ishak ni siap tambah lagi. Menu masa lunch tu tomyam ayam, telur dadar, daging masak merah, ikan 3 rasa, sayur kailan dan salad segala tu lah. Mentang mentang la makan dengan retis, banyak pulak umi aku masak kali ni.


Malam tu pulak ada cerita best weh. Dalam pukol 9 macam tu la. Si Remy ni sakit perut la pulak. Masa tu ada orang dalam bilik air. Aku pun tak sure sape ada sebab aku dalam bilik. Tetiba bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Remy beb. Dia kata umi aku suruh dia tompang bilik air dalam bilik aku jap. Sakit perut tak tahan dah katanya. Aku macam terkejut la time tu bagi isyarat tangan je suruh dia masuk. *ok Tiz Zaqyah pulak kena jeles dengan aku.muehahahaha


Satu hari ja diorang kat rumah aku. Esok tu pagipagi lagi diorang nak berangkat balik kolompo dah. Aku pulak bangun lewat sikit sebab malam tu dalam pukul 10 aku dah tidur. Pukul doblas bangun balik nak study Mandarin. Pukul lima aku sambung tidur balik, mata dah tak tahan ngantuk sangat. Tapi tidur kejap je. Aku ada writing test Mandarin pagi tu pukul lapansetengah. *sedih, tak sempat nak say baibai kat Tiz Zaqyah dengan Remy Ishak.




P/S: Aku pun tak tahu kenapa Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang tetiba muncul
dalam mimpi aku.*padahal aku tengah cuak nak ambik writing
test Mandarin.hurmm. Oops! Roparopanya dahku bermimpi.
Padah tidur tak basuh kaki. Laaarrriiikkkkk :D



Komen Christiano Ronaldo (Malaysia vs Indonesia) Sukan SEA 2011

November 21, 2011



Assalamualaikum..


Tak sabar rasanya nak tunggu malam ni. Ghimau akan mengauuuummmm di Palembang. Harapharap Mesia akan menang. Yeah! Hardcore fans. Semangat berkobar-kobar nehh.


Setelah Mesia berjaya tewaskan Myanmar dengan keputusan 1-0. Akhirnya berjaya ke final lawan Indonesia pulek. Dulu aku takdelah nak minat sangat dengan bola ni. Tapi ada sebabsebab yang tak dapat dielakkan meminatkan aku untuk nonton bola ni. Haa nak tahu sebabsebab tu boleh tanya aku sendiri personal hokey.*gedix minah ni


Papepon, aku harap Mesia menang malam ni. Yeah! Semangat tu penting. Jom kita sama-sama doakan yang terbaek untuk skuad Harimau Malaya. *terover pulek aku di sini.hehe


Sebelum tu jom layan apa komen Christiano Ronaldo. Haa jangan mainmain. Christiano Ronaldo pun sokong Mesia hokey! Oh yeah.hewhewhew






P/S: Mesia boleh! :)

Inilah

November 20, 2011

Assalamualaikum..


Nahh. Inilah header yang dah lama terkepam elok dalam lappy tapi tak pernah digunakan. Header hasil dari aku join contest dekat belog Innanie. Aku dah mention tentang contest tu dekat ENTRI NI. Kesian dekat Yana (dia yang buat header tu) sebab baru sekarang aku tepek header tu kat belog nehh.adehh.


Aku bukan taknak tukar header tu tapi ada prob dengan blog aku ni. Kan kalau nak tukar header macam biasa la pergi dekat design pastu klik la button edit tu. Tapi aku punya ni takde button edit la pulak.




Dekat header aku takde button edit. Jadi macam ni la.
keliklah dekat gambar ni kalau nak tengok lebih jelas.



Aku dah usha usha member tapi takde yang boleh tolong. Dan kali ni 2nd time aku refer prob berkenaan dengan blogspot ni dekat group FB 2dayblogger. Nasib baik la Topijerami ni hadir untuk bantu aku.ecehh. Kemain lagi ayat aku.hehe. Thanks sangat kat awok deh. Lain kali buleh la mitok tulong lagi deh.*hewhewhew



P/S: Comel kan header baru kiter tu :)

Seribu Kemaafan Dahku Pohon


November 18, 2011

Assalamualaikum..



Dahku hanya manusia biasa yang punya perasaan marah dan dahku catit setiap kemarahan tu dekat sini. Walaupun ayat setan yang digunakan tapi tetap publish di sini. Shame on me.


I am a woman , I am not a princess , I have emotions , a temper , opinions, a very loud voice , and one hell of a right hook .




Kadangkadang tulisan dahku tak menggambarkan siapa dahku sebenarnya. *nak cover lettew.hehe. Dan jugak tak mencerminkan diri sendiri. Kadangkala entri berbaur gosip retis. boleh jadi jugak budget diri seorang J Lo. Tapi entri semalam sangat berbaur EMOSI. Shame on me.


I won't listen to all the people who hate me, because they know nothing about me while I know everything about myself.




Bila emosi menguasai. Dengan akal yang singkat, kata hati dituruti.
I've got haters. Thats the reality.


If you don't like me, someone else will. If you're not missing me, someone else is. If you don't love me, someone else does.


When you let people lie and take advantage of you, you're only demoralizing yourself. You don't deserve to be treated that way.




This is all because of the above facts tentang dahku.hehe.



After the end, moving on may seem like the hardest thing to do, But in the end, it will be the best decision you will ever make.




P/S: Entri kali berbaur kemaafan dahku pohon atas keterlanjuran kata di
entri lepas. Korang maafkan kiter tau.awww :))


Kenapa Nak Jeles Sangat Dengan Aku??

November 15, 2011



Kenapa nak jeles sangat dengan aku?? Vavi betull la. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak pasal pasal mencarut segala kat sini. Kalau hangpa rasa taknak baca boleh blah terus.


Facebook aku kena hacked!! Bodo nak mampos makhluk tu. Kalau hacked ja takpa lagi. Ni hang pi post video haramjadah tu kat wall aku pasai apa?? Aku teros blocked post tu tetiba jadik aku pulak gi post kat wall orang lain natang haramjadah tadi tu.


MANA NAK LETAK MUKA NI?? FB aku tu bukan hang sorang ja dalam friend aku. ABAH aku, MAKCIK aku, CIKGU aku, ADIKBERADIK aku semua ada dalam tuh. BODO LA HANG!!


Kepada sesiapa yang kata aku yang post benda tuh. Harap maklum. Aku dah text status yang FB aku kena hacked oleh natang hanjing mana entah. AKU TAK GILA la nak post benda kotor tu. HANG tu yang GILA VAVI buat gitu kat aku!


Weh! Aku bukan retis la hang nak hacked hacked ni. Eh, hapa lagi perkataan carut marut aku nak bagi semua kat hang!!


FB aku dah DEACTIVED! Puas hati hang! Hari tu belog aku kena removed, sekarang FB aku pulak hang attack! CONGRATS WAT HANG! Fakkkkkk off!




P/S: Aku taip entri ni lepas aku deactive FB aku. Perasaan time ni bercampur
baur,MARAH! MALU! Semua ada. Esok aku ada kelas.Mana nak
taruk muka aku nanti mesti dakdak kelas semua tanya. Semua
ni sebab HANG yang post NAJIS tu kat FB aku!!
go to hell la hang.


Terasa Asing di Negara Sendiri


November 13, 2011



Assalamualaikum..


Terasa asing di negara sendiri. Itu yang tak tahannya. Patut rasa bangga selesa sebab di lahirkan di Mesia yang amandamaisejahtera ini. Tapi tetiba dalam hotak keluar ayat ni "aku sekarang ni dekat Bangkok ke?"


Ini cerita 11.11.11. Bagi aku tarikh tu buat aku sedih bangat. Pasai malam tu kena paksa diri masuk dalam perut bas. Bertolak ke Puncak Alam. Rasa terkilan sebab biasanya abah akan angkut semua yang ada kat rumah pergi hantaq aku berangkat. Tapi kali ni abah sorang je hantaq aku. Umi aku tak ikot sebab mak dia ada kat rumah masa tu. *eh nenek aku la kan. Jadi, mereka mereka yang lain pon tak ikot sama. Sadis!


Ok takpe. Try buatbuat cool tahap nambelasjuta depan abah. Dah la abah gi hantar aku awal kot. Bas pukul lapansetengah tapi pukul lapan aku dah terpacak kat sana. Lapanpatminit dah betulkan duduk dalam bas. Abah dah tinggalkan aku sebab kena balik awal dia ada kerja lain nak dibuat. Hapalah naseb!


Masa tu ada dua orang ja dalam bas. Aku dengan pokcik drebar. Yelah, dah lapanpatminit aku dah terkontangkanting dalam bas. Dalam kul lapanduapuluh tu dah ada nampak makhluk makhluk lain. Lega. Ingatkan aku sorang je penompang. Tapi kau tahu, aku pulak yang jadik makhluk asing masa tuh.


Pasainya, masuk sorang ja 'kaprunkaap sawadeekap'.. Masuk dua orang 'medaaiii2 narathiwat'.. Masuk yang ketiga 'krokodaihanterrr'.. adehhh. Di tempat sendiri dahku terasa macam di negara seberang sana nuh. Depan tepi belakang. Spesies yang sama ja. Sebab tu la aku tak suka sangat naik bas kat Rantau Panjang ni. Tapi sebab dekat ja ngan rumah dahku, terpaksa dahku akur lah.


Naik kereta 10 minit dah sampai pekan Rantau Panjang. Boleh ja nak naik bas kat Kota Bharu tapi abah aku la bizi takut tak sempat nak hantar aku pulak. Nak gi KB ada la jugak patpulohminit baru sampai.


Biasanya kalau dari RP pokcik drebar ni akan ikot jalan lain. Tak masuk KB dah. Tapi malam tu dia pergi KB dulu. Lepas tu barulah terasa dahku sebenarnya ada di Mesia. Ingatkan dahku akan habiskan lapanjam dalam bas dengan makhluk makhluk luarnegara tadi. Nasib baik makhluk yang naik kat KB tu melayu.




P/S: Kenapa orang asing dengan senang sewenang wenangnya boleh masuk negara kita eh? *sungguh tak adil situasi ini.


Padan Muka Aku

November 12, 2011




Assalamualaikum..


Padan muka aku! Otak tetiba jadik tepu dah tak tahu nak hupdate entri pasai apa dah. Dah tepu payah nak jana idea balik. Kalau boleh refresh or format hotak aku dah buat dah.LOL. Dua minggu kot ku biarkan belog bersawang. Seminggu tu tak sempat nak hupdate pasai sibuk mengalahkan PM. Seminggu lagi buat ape lagi. Beraya la kat kampung. Dahsat kan! Orang lain dapat cuti raya dua hari ja. Aku ni seminggu dok beraya. Dahsat dahsat.


Padan muka aku! Tengoklah berapa entri aku untuk November ni. Buat malu ja naa. Rasa macam kena tarik diri dari list Blogger Tegar dekat belog Nizam Ijam ja nehh. Laa ni dah tak berapa nak tegar dah. Orang kampung pun geleng kepala tengok traffic belog aku jatuh menjunam siuttt! Dah macam penerjun yang buat terjunan dari tengkat 99.98 lepas tu baru perasan terlupa nak angkut sekali payung terjun dia. Terus mendarat kat ground floor.adehh


Padan muka aku! Sekarang dah ada kat Puncak Alam. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal abah, umi, akak, adik. Selamat tinggal Toq (kucing). Selamat tinggal orang kampung. Amareka!




P/S: Sekarang dah kena kapel balik dengan buku. Seminggu kot break off.
*nampak sangat cuti hari tu tinggal terus buku semua. Ooops!haha



Kecut Perut

November 03, 2011




Holla peeps! Last hope. Esok ada speaking test Mandarin. Cuak beb. BI boleh la aku nak goreng. Ni Mandarin.adehh. Cemana?
Tapi bila ingat esok last test untuk minggu ni sebelum berangkat balik kampung rayo aji weh! Chill beb.*hewhewhew. Tak sabar pulok nak balik kelate. Nak jupo femli. Dekat dua bule doh dok balik kampung nehh. Seminggu cuti. Nati balik ni nak make daging banyok. Tok sabar nyo la sero. Kbai


P/S: Sila buat buat paham dengan entri ni.*lalalala

Insanely Busy

October 29, 2011

Assalamualaikum..

Come out with the short entry. Because i'm insanely busy. Seriously. Tak tipu langsung. Sebab kalau tipu pun bukannya dapat papepon. Ye dok?

Sekarang ni tengah busy nak setelkan proposal untuk subjek network. Study untuk patbelasjuta quiz and test. Dengan assignment yang betimbun-timbun dah mengalahkan gunung ledang dah gayanya.

Nak dijadikan cerita, weekend ni takde lah nak terasa sangat kewujudannya. Biasanya asal Sabtu je, matahari atas kepala baru terhegeh nak bangun. Sayangkan katil, bantal, selimut melebihi segalanya.

Tapi minggu ni takde weekend bagi aku sebab ada modul. Demmm! Aku alah betul dengan modul ni. Dengan ceramah ceramah segala. Pehlis la weh! Perkara yang paling tak disukai abad ini. Urrgghhh! Kenapa perlu ada modul untuk setiap semester? Buat sekali udah ler. Disebabkan benda ni wajibalghunnah, so terpaksa ku akur.

Kalau ponteng modul nanti kena repeat. What the fish. Nanti takleh grade. Spoil betul larh. Adehh.

Nehh aku curik masa untuk siapkan proposal sat. Sebab jalan jalan jenguk belog dah bersawang. Datang bersihkan sikit.

Sungguh tak cool semenjak dua menjak nehh. Aku dah gian nak blogging wehh.


Just so I know that im a student.



Just my 2 cents.
Gedixs ler minah ni.euww



P/S: Esok sambung modul. LDK session pulek. *buat muka ketat

Nuffnang Blog Awards, Here I Come

October 26, 2011





Assalamualaikum..


Sebenarnya last Monday lagi dapat emel dari Nuffnang. Tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak buat entri ni. Aku rasa namratuspatpulohjuta bloggers kat luar sana yang hebakk hebakk, tapi tak sangka pulak Nuffnang hantar jugak untuk invitation pergi Nuffnang Blog Awards yang ohsemm gerend tuh.


Yela, belog aku ni picisan ja. Macam tak layak je nak dapat invitation tu. Tapi alang-alang dah dapat emel ni submit je la entri ni kat nuffnang. Mana la tahu tetiba miracle tu ada. Kang betul-betul dapat pergi baru jatuh rahang tigapuloh saat di buatnya. Hailebiu la nuffnang!


Ini aku nak habaq serba sedikit mengenai Nuffnang Blog Awards kat hampa semua naa.


Pada 16 Disember 2011 yang akan tiba tak lama lagi, seramai 500 bloggers yang menetap di Rantau Asia Pasifik akan membanjiri bandaraya Kolompo sebab depa semua akan hadiri Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang akan berlangsung di Putrajaya Marriott. Awards ni bukan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada blogger-blogger yang hebakk je, tapi majlis ni sebenarnya diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara blogger-blogger di seluruh pelusuk Asia Pasifik ni. Haa baguih betul. Untuk pengetahuan hampa semua jugak, Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards ni di bawakan untuk anda oleh Volkswagen Malaysia dan Putrajaya Marriott.



Sekarang aku nak kasik 3 sebab kenapa Nuffnang kena ajak aku sekali join Awards tu.


1. Memandangkan aku ni baru ja dalam dunia blogging ni. So tak pernah berpeluang untuk pergi mana-mana event di bawah anjuran nuffnang. Dan kali ni aku rasa inilah peluang aku untuk selangkah ke depan. Supaya aku sedar yang berblogging ni bukan saja untuk taip entri pastu publish kasik orang baca. Sebenarnya berblogging ni sangat seronok dan salah satu sebabnya ialah dapat join event macam ni lah.ekekeke


2. Sebab kedua pulak. Bila lagi nak dapat chance keemasan macam ni. Nuffnang hantar emel nak kasik peluang menang exclusive invitation pergi event baik punya. Kau ada? Haa sangatlah rugi kalau aku tak join. Ye dok?hehe


3. Sebab ketiga ni sangat cun. Pasai nanti kalau dah pergi event yang besaq gini of kos lah blogger yang hebakk hebakk pun join jugak. Secara tak langsung boleh lah nak jumpa depa semua. Maklumlah, biasa dok lepak blog diorang ja. Kali ni nak face to face pulak. Pastu bolehlah mintak tips nak berjaya dengan Nuffnang dekat otai-otai ni.*ngee. Selain tu, boleh jugak beramah mesra dengan blogger-blogger picisan macam aku ni.hikhik



Moral of da story, Nuffnang memang takkan rugi kalau bagi Exclusive Invitation tu kat aku. *hewhewhew. Kbai



P/S: Kalau nak tengok gambar dengan lebih jelas, kelik je dekat gambar tu k.

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali


October 26, 2011





Assalamualaikum..


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Maknanya kalau nak buat baik tu sikit-sikit dah ler, tapi kalau nak buat jahat tu jangan buat sekali. buat banyak kali. Eh?? Ini bukan peribahasa dahni. Dah jadi perlibahasa. Ye dok? Sungguh terpesong oh.

Betul lah orang kata, cara atau attitude kita mencerminkan cara macam mana kita dibesarkan. Maksud aku, dalam suasana apa kita dibesarkan, sangat mempengaruhi perangai atau tingkah laku seharian kita.

Contoh?


Berumah di kawasan pantai.

Biasanya orang yang rumah dia memang dekat sangatlah dengan pantai. Tak kiralah Pantai Pasir Hitam ke putih ke. Pantai merdeka sekalipun. Orang-orang ni memang sesuai jadi cikgu tadika. Pasai apa? Pasai diorang bila bercakap mengalahkan mikrofon.

Walaupun dok sebelah diorang, tapi nak cakap tu macam sebatu jauh jaraknya. Kan rumah diorang area pantai, bila time petang-petang angin kuat kot. Tu pasai la diorang selalu kena cakap kuat-kuat.

Dah terbiasa macam tu, pergi la ke tempat lain pun mereka akan terbawa-bawa mikrofon tu sekali.


Makbapak pesara gangster.

Mak: Bro, kali ni wa nak lu dapat 101.5% markah Matematik lu.
Anak: Alah, kacang ja. Lu mau wa lulus periksa, lu angkat itu RX-Z dekat kedai tauke tu wa gerenti wa dapat punya. Kalau tak, habuk pun tarak la.
Bapak: Apa celup lu main ugut-ugut.
Mak: Lu kasik itu sengattttt dulu la, baru wa angkat itu motor.
Anak: Wak lu!
Bapak: Come to papa. come to papa.

LOL.

Bila dah dekat rumah cara percakapan macam tu jadi amalan. Maka renung-renungkan dan selamat beramallah jawabnya. hahahaha


Masa sekolah dapat black belt taekwondo.

Dulu masa kecik-kecik suka tengok WWE smackdown. Bila dah besar dah sekolah. Join kelab Taekwondo. Masuk competition alhamdulillah, dapat wakil negeri siot.

Bila dah besar ni dah hilang semua sifat sopan santun, lemah lembut segala. Habis sifat-sifat pompuan/lelaki melayu terakhir di sedut masa praktis taekwondo.

Apa yang bezanya masa sebelum join taekwondo dengan lepas tu join?

Dulu bila tengok semua orang tengah tidur. Bukak pintu senyap-senyap sebab takut nanti menggangu. Tapi sekarang kau hempap ja pintu bilik/rumah sekuat hati. Sape yang tengah tidor time tu memang bengang ngan hang.



Macam-macam perangai manusia yang kita jumpa kan. 10 orang maka 10 ragam. Kalau macam aku ni, aku rasa aku banyak ikut abah aku dari mak. Sebab perasaan tak tergamak yang ada dalam diri sangat tebal. Aku perasan benda bila satu hari tu kitorang pergi famili gath, makan-makan kat restoran. Pastu tak silap aku pelayan tu salah bagi makanan rasanya.

Abah aku ni dia order lain tapi dapat makanan lain pulak. Pastu mak aku hapa lagi, dah la tunggu makanan siap kemain lagi lama. Alih-alih salah menu. Mau tak hangin. Mak aku nak bagitau la pelayan tadi, mintak tukar. Tapi laju je abah aku halang. Dia kata 'Alah, makan je la yang ni pun. Sama ja mee kari ke mee bandung ke'.

See.

Perasaan nak jaga hati orang lain daripada hati sendiri pun menebal. 'Nanti kalau dia terasa macam mana?', 'Takleh, nanti kesian pulak kat dia'. Dia dia dia dan dia. Kita?

Dulu aku ni jenis yang mudah terasa, orang niat nak joke ja. Tapi aku dah terasa hati dah. Payah.

Sekarang ni, aku dah banyak belajar macam mana nak tukar dari hati tisu jadik hati batu. Daripada pengalaman aku dengan kawan-kawan. Aku try adapt. Tapi kalau certain-certain part yang memang aku takleh nak terima. Aku diam. Sebab diam boleh menyelamatkan aku dari termakan hati sendiri. Nanti parah.

Mungkin bagi korang biasa la macam tu, tapi luarbiasa bagi aku. Mungkin jugak sebab dari kecik aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam tu. Even aku dengan adik beradik aku pun. Tak biasa bergurau macam tu.


Kita buat baik, kita tak lawan, tak bermakna kita nak kepala kita di pijak-pijak sesuka hati.



My silence doesn't mean that I quit. It simply means that I don't want to argue with people who just don't want to understand.



Tapi tu lah. Orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau menguap. Eh! mengaum.


Ada satu perangai buruk aku dari kecik lagi. Suka duduk atas bantal. Bontot aku ni poyo sikit. Kalau atas simen, mozek ke memang aku tak duduk lah. Walau dah ada karpet sekalipun. Kena berlapik ngan something gak. Sebab tu kalau time tengok tibi kat rumah. Semua orang dah duduk kat kerusi. Aku datang lambat kenalah dok bawah je. Terus ambik bantal buat lapik bontot.

Mak aku pun dah tak larat nak potpetpotpet dah. Okbai



P/S: Entah kenapa aku rasa tajuk entri sungguh tak kena dengan entri kali ni. Korang perasan tak.

Aku Seorang Blogger


October 23, 2011




Assalamualaikum..


Aku seorang blogger.. Kalau hang bukak belog aku memang hang tahu aku seorang blogger.. Ye dok? Sejak akhir-akhir ni ramai jugak yang add muka buku aku dan biasanya mereka-mereka tu terdiri dari kalangan blogger-blogger jugak.. Pastu post dekat wall aku, 'Ni blogger tu kan?' , 'Terima kasih akak blogger', Aku rasa ini satu perkembangan yang bagus untuk karier aku sebagai part time blogger ni.ekekeke.. Terasa tahap kepoyoan semakin menebal dalam diri..haha..


Kalau korang nak tahu, aku ni pemalu orangnya.. Biar betik! Perasaan malu itu hadir bila aku tahu makhluk-makhluk di sekeliling baca belog aku. Ye, weird part of me. Kalau orang lain, mesti lah akan heboh-hebohkan, sebar-sebarkan, war-warkan tentang kewujudan belog diorang dekat schoolmate, classmate, housemate, roomate, dan segala macam mate mate lagi lah.. Kan kan kan?


Bila dah semua tahu kita ada belog, at least boleh up sikit traffic kan.. 'Tell da world that imma blogger'.. Promote sana promote sini.. Macam tu la baru boleh maju sikit.. Tapi tak bagi aku. Yup! aku pun promote jugak belog aku, aku join triberr, aku ping belog.. Yang peliknya, aku tak pernah pun post entri aku dekat muka buku.. Tak nak aku. Malu la weh, nanti diorang tahu apa aku tulis. Sebab kekadang time aku jiwa kacau, lahir dari lubuk hatiku, ku coret luahan perasaan bagai dekat sini..


Sebab tu aku buat FB Page untuk blog aku.


Kalau post dekat FB personal aku nanti tak pasai-pasai mak cik aku (mak cik aku ada FB weh) yang dok baca belog yang tak semenggah ni.. Pulak tu, aku ni dok syiokk citer pasai Zac Efron ajak aku kapel dengan dia. Kang kantoi free free ja. Huish. Takleh jadi ni..







Ada satu hari tu, kitorang belajar dalam lab untuk subjek database.. Pastu kawan aku, merangkap roomate aku si Yaa ni dok usha-usha la blog aku. Yang aku ni pulak, dok sebelah dia.. Tak ke malu tahap nak masukkan kepala dalam beg cenggitu.. Adehh. Kenapa aku nak malu eh? entah. aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau diorang baca tanpa pengetahuan aku takpe pulak. Memang spesis pelik sungguh dahku ini.



Bukan hapa, takut nanti aku termengumpat lecturer dekat sini, pastu ada pulak yang hasad dengki pergi report kat lecturer tu aku dok ngata dia kat sini.. Tak ke aku kena aim terus ngan lecturer tu. Nanti tak pasal-pasal aku sorang takleh markah bonus untuk individual assignment kang.. *contoh hokey LOL







Tapi kalau orang lain yang aku tak kenal, baca belog aku. Itu lagi lagi lah takpe. haha. Aku suka ramai yang baca belog aku. Memang suka. Tapi mungkin sebab aku belum rasa yang belog aku ni hebakk lagi. Rasa macam aku ni kecik je dalam dunia blogging ni. Dan jugak rasa belog aku ni belog picisan je kot. Itu sebenarnya menjadi penyebab utama untuk perasaan malu tu sendiri. *aww awww




P/S: Hensem lah Zac Efron kat atas tu. *ngee


Sentapmaknak! Blog Kena Remove

October 22, 2011


Assalamualaikum..


Sentapmaknak! Blog mak kena remove.. Tengah aku dok syiokk hupdate belog, pastu dok usha-usha belog lain, pastu dok ping-ping belog kat muka buku.. Pastu nak try refresh page tetiba PANG!


Keluar cenggini





Jatuh rahang nampulohpat saat.. Kecut perut bila tetiba belog tak dapat dikesan.. Itu baru rahang dengan perut yang reflek, dahi tok sah habaq la berkerut seribu.. Tak tahu apa nak buat dah! Pergi usha-usha FB kot kot ada yang boleh tolong setelkan.. hampa! Takde yang boleh tolong. Try pulak tweet dekat twitter. Same. Masih takda yang tahu nak buat camne.


Kena hack ke belog aku? Tak sangka belog picisan macam belog aku ni pun kena hack. Buat rugi ja hack belog aku, nak kata blog aku ni pemes, oh! jauh panggang dari api lah.. Aku ni bukan retis nak main hack hack ni.. *teehee T__T


Then, dengan akal yang singkat ni disebabkan dah takleh nak pikiaq apa jalan terbaik nak dibuat. Dah macam gaya kucing hilang anak kembar dah aku ni.


Aku post dekat wall group FB Rakan Blogger 2dayblogger.Com




Mujurlah depa boleh tolong setelkan..


Apa aku buat? Mula-mula kelik aja dekat 'I can't find my blog on the web, where is it?' Pastu aku ikut je instruction yang google bagi tu.. Pastu google hantar emel dekat aku.. try kelik link yang dia bagi tu.. then, dia hantar verification code terus dekat henfon.. Aku masukkan code tu untuk dia reset balik password google aku..


Tadaaa!


Belog dah buleh kembali bersiaran seperti biasa setelah 5 jam lenyap dan hilang entahkemanaentah. Oh yeah!




P/S: Sekarang dah boleh senyum sampai ke telinga *lalalalala :D

Review Blog Best #2


October 22, 2011


Assalamualaikum..


Ok lepas buat entri Review Blog Best #1 setahun yang lepas *tipu* kini aku kembali dengan entri Review Blog Best #2 pulak.. Haa agak take time sikit untuk entri seterusnya ni sebab aku nak carik belog yang betul-betul buat aku falling in love dengan cara penulisan dalam sesebuah belog tu sendiri. ecehh minah ni cakap macam la belog dia best sangat.. *poooorrahhhh


Dan akhirnya i've found it! NurulBadiah *hewhewhew.. Taukeh belog sangatlah comel orangnya.. Bila aku kata comel tu, of kos lah pompuan kan.. Dia tak selalu hupdate entri tapi bila dah sekali hupdate, peerrrgghhh 2 3 kali baca pun tak puas beb! Wa cakap sama lu, wa tak tipu.. Ekceli wa dah lama nak buat entri ni tapi disebabkan kekangan masa so, wa postpone dulu derr.. Kalau lu tak caye sama wa derr.. Wa boleh kasik lu baca ini latest entri dari NurulBadiah.. Lu baca derr







Alahai Bangsa Kita Melayu


menjadi spesis mamalia yang berbangsa melayu adalah satu kebanggaan yang teramat bagi aku..aku sangat bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai orang melayu even tak sepenuhnya melayu..coz bagi aku melayu itu indah dan penuh dengan tradisi..

namun..semakin lama dan lama..sungguh bangsa Melayu itu buat aku sedih, kecewa, bengang dan arrgghhhh..
why?

terlalu bersikap menghakimi.

orang melayu dia suka sangat menghukum dan memandai2 tentang sesuatu perkara..dia suka memandang sesuatu dari sudut yang negatif dulu barulah dia fikir positif.

contoh..

kawan aku pernah g masjid..die ni tak bertudung..time dia ambik air sembahyang sume mata pandang kat dia dengan pandangan yang sangat mengejek..seolah olah nak cakap " orang mcm ni pon pergi masjid ke"..

melayu tindas melayu

kerosakan yang berlaku dekat bangsa melayu adalah disebabkan orang melayu sendiri..aku tengok orang melayu..kalu dia nak naik..dia sanggup lakukan apa saja asalkan dia capai hasrat dia..kita tak payah nak bising2 kalu ade bangsa lain nak tindas bangsa kita kalaulah bangsa kita sendiri yang bagi peluang untuk ditindas..

melayu penting diri

ramai orang melayu dia tak nak tolong orang melayu lain..dia nak berjaya seorang diri..

pernah sekali aku nak pergi gerai makanan..ade gerai sup..and ada gerai nasi..so aku pergi beli sup kosong..lepas bayar aku pon pergi lah beli nasi kosong..and tibe2 penjual tu tanya aku

"awk beli sup kat situ ke??sorry lah..bos kami tak bagi jual nasi kalu beli sup dekat tempat lain..kalau nak beli nasi kat sini..kene beli lauk kt sini"..

oh my..selfish giler..
pernah jugak aku pergi kedai cina..nak beli charger..tapi kat tempat dia dah habis..
then penjual tu gtau kat aku

" try pergi kedai sebelah..kot2 dia ada stock"..

see?judge it people..

cakap orang lebih diri sendiri hampeh

melayu suka menuduh.,,bila ade sesuatu perkara terjadi,..dia suka bising2kan biar semua orang tahu daripada nak selesaikan perkara tu baik2...
and kalau dia nak selesaikan masalah orang..die suke selesaikan dengan way yang mengaibkan..

contoh ade orang pinjam duit dgn dia sebab nak bayar bil hospital....then die tolong..ya tolong..tapi at de same time..5 minit lepas tu..satu malaysia tahu yang orang tu pinjam duit dia..

pastu suka sangat cakap buruk tentang orang..bla bla bla..
tapi diri sendiri lebih worse lagi..cakap anak orang bohsia la..anak orang mat rempit la..padahal anak sendiri dah 2 tahun awal jadik bohsia..pathetic.

darjat.

percaya atau tak..melayu yang dulu dah hilang..yang tinggal melayu yang ego,sombong malahan melayu yang suke membeza bezakan..
sorry to say la..even pemimpim2 pon yang cakap bla..bla.. tapi die sendiri sombong ngn rakyat..

orang miskin dengan miskin..kaya dengan kaya..pipit sama pipit..enggang sama enggang..

aku bukan nak puji..tapi aku pernah nampak la..ayah aku dia suka sangat pergi chinatown and aku tengok..orang2 cina kat situ..diorang bleh je duduk semeja minum teh..berbual2..even ade yang datang ngn basikal..even datang ngn motor..and even ade orang kaya giler babas kat situ....diorang bleh main mahjung sama2..minum sama2..sebab ape?sebab diorang bersatu dan tak membeza bezakan..

kalu orang melayu..even nak jumpa ketua kampung dah kerek mcm nak jumpa Pm..seriously..

dengki kejayaan orang

melayu bila dengar kejayaan orang..akan cepat je ade cerita2 tak enak kat belakang..contohnya mamat ni bekas penagih dadah..now dah jadik businessman berjaya..
and bila semua orang puji yang mamat ni dah berjaya..kaya..baik..and akan adalah yang busuk hati yang cakap mcm ni..

ye ke baik..die tu dulu penagih dadah..dia tu bla..bla..bla...

and akibatnya??
mamat tu yang nak mula hidup baru pon terus menerus membawa nama yang busuk akibat dari hasad dengki orang..

kenapa ye?
kenapa kalu orang tu berjaya..kita nak sebut buruk dia?
kenapa kalu die berjaya kita tak nak sebut baik dia??

benci pada orang yang mencuba..

orang melayu kalu dia malas mencuba..kalau die tak reti..die seharusnya bangga pada org yang reti and suka mencuba...tapi tak..
die suka mengejek and pandang rendah pada bangsa sendiri..

Orang cina cakap melayu tungganglanggang..cakap english yang ade sound2 bahasa cina..orang cina tak bising and tak jadikan satu isu yang besar pon..

tapi orang melayu..kalau cakap english salah sikit..prounance ade slang2 kemelayuan sikit..mula la kondem..mula lah buat orang tu rasa down like..

tak yah speking la kalu tak reti..
tak yah tulis dalam english la kalau english broken giler..

ntah..pandangan aku..kenapa kita nak membenci pada usaha orang lain untuk membaiki diri??


wak lu!


sebenarnya semua bangsa ade baik dan buruk..semua bangsa ade kena puji dan kena kutuk..tapi biar pi la ngn bangsa lain..kita melayu..kita yang kene ubah mentality kita..mana hilangnya nilai2 murni dalam bangsa kita??
berubahlah..

my humble opinion je..without prejudice people!

Thanks for reading this




P/S: Kalau lu perasan, wa dah lama taruk ini belog dalam belog list SNEK
PETANG belog wa. Lu nak baca lagi pervious entri NurulBadiah ni lu
terjah lah belog dia. Wa gerenti lu tak nyesal derr.. *ngee


Kerna Terpaksa

October 22, 2011




Assalamualaikum..


Kerna terpaksa, ku biarkan belog yang tak semenggah ini bersawang sawang.. Rindu yang teramat untuk hupdate entri dengan idea yang tengah membuak-buak ni.. Tup tup! Boleh pulak abah aku call kata berukband yang aku guna tu dia nak terminate ASAP. Demmm! Macam mana nak hupdate belog kalau dah terputus hubungan dengan dunia maya ni? adehhh.. Potong stim betul la..



Acane ni korang? Takpe takpe jangan risau sebab tak lama lagi aku akan dapat sim berukband yang baru.. Oh yeah! Yang sebelum ni abah aku nak terminate sebab dia beli berukband tu yang orang promote kat dia kalau beli berukband tu dapat henset free.. Eh! Beli berukband ke beli henset sebijik pastu dapat modem free.. Haa lebih kurang macam tu la.. And then, nak dijadikan cerita, henset tu tak guna ponn.. Tapi bil tetap jalan weh..



Buang duit ja kalau barangnya tak pakai, tapi bayaq tetap kena bayaq! Eh, awat huduh sangat bunyi aku sebut bayaq ni.. haha tu la dah asal dari timur poyo nak cakap utara ape celup kan. Sambung citer tadi, kalau nak stop bil untuk henset tu terpaksa berukband yang aku pakai ni di terminate kan jugak.. Wakluu! Dan hari ni aku ada masa sampai petang ni jaa sebelum terpisah dengan dunia maya.. Sadis wooo



Harap harap sim card berukband yang baru tu sampai ASAP jugak.. Maybe next week paling lewat kot.. Aduhh payahnya nak terima kenyataan ini.. Tapi apa boleh buat. Dah naseb aku takleh nak hupdate belog untuk seminggu dua ni.. dah tu bukan setakat belog ja, muka buku pun dah takleh nak belek, and me gonna STOP TWEETING. Uh hoo! Sungguh tak best macam ni.







This is short entry for today so, I'll stop till here! Bukan hapa, ku tengah nak siapkan satu lagi entry yang akan menyusul sat aja lagi.. Tunggu naa.. Sebelum berukband ni terdisconnect, baik aku cepat cepat siapkan.. Kbai

Bilang Padaku Kenapa Nak Sombong Sangat?


October 16, 2011



Assalamualaikum..


Kalau dah rambut sama hitam, hidong sama tak mancung, gigi pun pinjam dengan arnab.. Tok sah lah nak menyombong sangat.. Ini bukan entri emo tapi sengaja nak meluahkan isi hati dan tempek dekat belog kecintaan aku ni.. Supaya nanti bila aku rajin nak marathon entri sendiri, ada jugak kenangan yang mungkin boleh buat aku senyum sorang-sorang nangis ramai-ramai. Eh?


Ni aku nak story kisah tragis jiran tetangga yang agak menyombongkan diri mereka. Aku ni dok apartment, 1 level ada 4 buah rumah. Depan rumah aku ni student laki yang menyewa kat situ. Tak perasan pulak diorang dok berapa orang. Tapi yang pasti diorang ni suka main ketuk-ketuk pintu rumah lepas ketuk diorang lari tahap kecik kepala masuk dalam rumah sebab takut kitorang sempat bukak pintu. Nanti kantoi lah kan. Memang nakal tahap mengalahkan budak taska baru register.


Walaupun suka main ketuk-ketuk pintu, tapi aku perasan diorang ni selalu pergi solat jemaah kat surau area apartment kitorang ni. Kalau time weekend, Zohor Asar pun diorang pergi surau. Kau pergi? Kalau aku memang tak la kan. Hurm mana nak carik laki macam tu di zaman celik IT hari ni? Lepas tu dah tak hangin dah bila tetiba ada yang ketuk pintu rumah kitorang. Sebab mesti dalam hati kata "Oh, diorang dah balik dah pergi semayang Asar kat surau". teehee T__T


Story jiran depan rumah dah, sekarang jiran sebelah rumah pulak. Pompuan. Mula-mula pindah apartment ni lega sangat sebab orang sebelah tu pompuan jugak. Pasai apa? Pasai tingkap dekat tempat nak masak takde langsir. Kena panggil tempat nak masak sebab tak sampai hati nak panggil dapur. Tak nampak rupa dapur dah aku tengok, sekali dengan ruang tamu. Kau nak masak sambil tengok tibi pun boleh aje. Tingkap diorang pun takde langsir jugak. Kalau selalu keluar masuk bilik ke ruang tamu tanpa pakaian memang nak cari nahas. Ops! *nampak sangat nipunya


Sungguh tak best kalau orang sebelah tu lelaki. Nanti tak pasal-pasal privasi orang pompuan semasa dalam rumah dicabuli hak mereka. Hapa tak nya, dalam rumah sendiri pun nak kena pakai tudung ka? Tingkap tempat masak tu transparent habes! Sebab tu lah kitorang try untuk bermesra dengan jiran sebelah sebab diorang pun pompuan. Islam menggalakkan kita bertegur sapa sesama kita kan. Ye dok? *budget muslimah sejati menegur sesama Islam*. Kawan aku yang tegur diorang tu. Mula-mula borak-borak kosong tanya diorang part berapa, dari fakulti apa, ambik kos hapa pungpangpungpang..


Kebetulan masa tu mesin basuh rumah kitorang rosak la pulek. Nak basuh buleh, part nak spin tu yang spoil. Demm! Masa sesi bertegur sapa tu kawan aku ni dok basuh baju la. Pastu dia tanya la jiran sebelah tu. "Rumah korang ada mesin basuh tak? Nak tompang spin baju jap boleh tak?" Tengah dok ralit borak borak tadi bila tanya macam tu terus senyap cenggitu ja. Ape hal? Tak boleh cakap je la tak boleh. Lepas kejadian hari tu terus tak bertegur dah. Kita senyap, dia lagi lah membisu.


Sombong betul. Kitorang bukan apa, bayangkanlah kalau kentut pun boleh dengar dek orang sebelah. Kalau time diorang tengah masak, kitorang pun masak bukan ke kalau dah baik-baik boleh kata "Hai korang, tengah masak ke? Masak apa hari ni?" Hah! Macam tu kan bagus. Tak paham betoi aku.adehh. Lepas tu bila dah baik sangat sangat buleh la pulak kata "Eh, korang masak asam pedas dengan kari kepala ikan ke hari ni? Bak la sini sikit". muehahahaha LOL :D




If you always see the negative side of things, eventually that’s all there is. Always look for the positive no matter how small.




My humble writing and experience..without prejudice people!


Thanks for reading this :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani