Kenapa Tak Couple?


October 02, 2011





Assalamualaikum..


Kenapa tak couple? Sebab aku single..hahaha.. Kalau orang tanya aku kenapa aku single? siyes! I HAVE NO ANSWER.. Masa sesi berkenalan dengan lecturer hari tu.. Aku makhluk first kena kenalkan diri.. Sebab aku yang dok meja depan sekali.. Aku pun PUNG PANG PUNG PANG bagitau lecturer tu nama nickname segala.. Pastu ada ke patut dia tanya aku dah ada boipren ke belum.. Tak sempat aku jawab lecturer tu kata 'mesti la dah ada kan' ok whatever..



Then ada la kawan aku (Fida, bukan retis) datang tompang tidur kat rumah aku ni.. Kat rumah dia dah takde manusia sebab ada yang balik kampung, pergi jumpa member diorang, berdating.. Maklum la hujung minggu kan.. Dan dia pulak mesti la cuak dok sorang-sorang kat rumah.. Malam tu sebelum tidor dok borak-borak la dengan si fida ni.. Dia tanya aku tak keluar dating ke esok? *Cepuk mas punya soalan..Dush3.. Seperti biasa aku bagitau dia aku mana ada boipren nak dating dating ni.. Tak percaya langsung dia kat aku..



Aku hapa lagi PUNG PANG PUNG PANG nak yakinkan fida yang aku ni bercakap benor.. Tak nipu eh.. Dia kata tengok aku pergi kelas pun berseri-seri macam manusia yang ada boipren.. Aku BERSERI?? Seri INNERSHINE lettew! muehahaha.. Entah la, susah nak explain cemana ni.. Tapi kalau aku kata aku MALAS nak kapel boleh? Tu la yang aku rasa sebenarnya.. Belum bersedia nak bagi komitmen dalam hal-hal cintan cintun ni..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I can't love someone, if I can't love myself.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku tak nafikan, memang ada sedikit perasaan jeles bila tengok manusia-manusia lain di sekeliling aku yang keluar berpeleseran dengan boipren, bergayut sampai Subuh dengan boipren (dapat free call dari Celcom sempena bufday), report setiap aktiviti yang dilakukan dekat boipren, pendek kata semua BOIPREN lah.. Perasaan nak kapel tu memang ada.. Tapi masalahnya aku ni jenis yang susah nak terima manusia lain dalam hati aku.. susah nak berkenan dan percaya kat orang.. Lain lah kalau orang tu Brad Pitt ke.. Tanpa ragu-ragu aku terima..kahkahkah *cilakak




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sometimes life doesn’t want to give you something you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve more.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku rasa aku lebih selesa berkawan.. Not more than that.. Tapi, bila aku baik dengan seseorang dengan niat nak 'kawan' dan mungkin untuk aku tambahkan dekat list BFF aku.. Diorang pulak salah anggap.. Kenapa kalau kita nak baik dengan orang tu sebab nak kawan, tapi dia pulak nak lebih dari tu?? Sebab tu la mula-mula kenal aku contact dia, dia contact aku.. Tapi bila lama-lama kenal aku pulak yang jauhkan diri.. Selalu terjadi macam tu kat aku.. Dan sampai sekarang, still the same thing happen along my way.. I don't know sampai bila..



Bukan aku taknak, tapi kemungkinan besar aku belum bersedia.. Hati aku tak terbukak lagi untuk sape-sape.. Sebab tu kalau orang tanya status aku, aku kata 'I'm single but not available'.. Mesti diorang kata poyo la minah ni.. Tak pun diorang akan kata 'ala kalau dah berpunya tu terus terang je la'.. No! U're totally wrong.. I'm single, YES memang aku single dan hati aku belum dimiliki sesape.. Not available here means aku belum bersedia.. Don't get me wrong guys..




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The most difficult thing to explain in life is the simplest truth called LOVE.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kadang-kadang aku terfikir jugak.. Sampai bila aku nak single macam ni ek? Best jugak kalau ada boipren.. Boleh ajak temankan aku pergi shopping, tengok Bini-biniku Gangster sama-sama, pergi I-City main baling-baling salji sama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama, berak sama-sama.. Eh! terlebih suda.. hahaha.. Wahhh bestnya semua boleh sama-sama gittew kan.. Aku rasa baik kawin teros je kalau dah semua nak sama-sama ni ye dok??




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sometimes I know in my heart I love someone, but I've to go away before my head can figure it out.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tapi kan.. Best jugak aku macam ni.. Aku rasa macam MISTERI sangat manusia yang bakal ambik separuh dari jiwa aku ni.. Sebab dia buat aku tertunggu-tunggu bila dia nak datang.. dia buat aku terfikir-fikir macam mana rupa dia.. dia buat aku tertanya-tanya dalam keadaan apakah dia muncul.. dia buat aku senyum sorang-sorang bila bayangkan cara apa yang akan digunakan untuk curi hati aku.. WHAT A SURPRISE?




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The person who really loves u is not someone who sees u everyday, but someone who looks for u everyday.

A heart is not judged by how much I love but by how much I am loved by others.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





It's better for me to know and be disappointed
than to never know and always wonder.




P/S: Terima kasih sudi baca.. xoxo !

Kehidupan di UiTM Puncak Alam



October 01, 2011





Assalamualaikum..



Kehidupan di UiTM Puncak Alam.. Teringat kembali masa aku dok kolej/hostel masa part 2 hari tu.. Dah dua semester berlalu.. Wahhh rupanya aku dah part 4 sekarang.. Adehh.. Maknanya lagi 2 semester yang aku ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya kat Puncak Alam ni.. Cewahh! SURAT KHABAR UTUSAN punya ayat aku!haha.. Memang tak dinafikan, best jadi student ni weh.. Banyak giler kenangan-kenangan yang mengusik jiwa, memori-memori daun pisang, dan kasih yang tercipta bagai..








Rutin aku kat sini kalau hari yang ada kelas tu macam biasa la.. Kalau hari Isnin, permulaan hari untuk ke kelas memang selalu kena berperang dengan nafsu tidor yang tak pernah nak cukup-cukup.. Terpaksa di akui, aku bukan jenis perempuan bersifat keibuan sebab malas bangun pagi..hahaha.. Tapi aku bangun jugak, hapa tak nya kalau tak bangun nanti hari-hari tak nampak la batang hidung aku kat kelas.. Tak ke kes naya tu.. 'PAKSA DIRI, JANGAN MANJAKAN DIRI'.. Tagline yang sentiasa melekat kat dinding asrama masa aku form 1..




Kadang-kadang aku rasa masa yang aku habiskan bersama keluarga lebih sikit berbanding masa aku berjauhan dengan mereka.. Yela, korang bayangkanlah aku ni form 1 lagi depa dah campak aku kat asrama.. Masa tu baru umur 13 tahun kot.. Orang kata, masih budak hingusan lagi.. Tapi takde la sampai hingus masih meleleh lagi..hahaha.. No wonder la aku kat Puncak Alam sampai berbulan-bulan tak balik rumah tapi ok je.. Tak pernah pun homesick sampai nangis-nangis.. *tipu



Aduhh.. Asal hari Isnin je aku malas benor nak bangun pepagi.. Bila dah bangun tu of kos la pi siap-siap nak ke kelas.. Kena pulak kelas 1st hari tu kelas Account.. *tangan ke dahi.. Nak pergi kelas aku kena menuruni tangga Batu Caves yang mempunyai berapa ratospulohbelas anak tangga entah.. Aku tak sempat kira.. Giler tinggi tangga tu, that's why kitorang panggil tangga tu tangga batu Caves.. Tak caya haa cer tengok gambar kat bawah ni..












Haa kau sanggup? Kalau turun tu no hal la.. Takde nak letih sangat.. Yang nak naik tu masalah sikit.. Kalau salah budget bila nak tarik nafas, bila nak hembus pulak.. Boleh semput aku rasa.. Tercungap-cungap la jawabnya.. Aku ni takpe la masa tu maintain slim lagi.. *cewahh poyo minah ni.. Kena yang obess tu tak ke kesian kat depa.. Pulak tu bulan puasa kena panjat tangga tu.. dush3.. Aku lebih rela bayar sehinggit naik bas rapidKL weh.. Siyes masa tu aku rasa sangat bertuah kalau aku jadi burung-burung yang berkicauan seolah melambai-lambai sayapnya kat atas tu perli aku yang tengah gunakan sepenuh tenaga panjat tangga Batu Caves tu..adehh sungguh tak adil




Sampai je kat kampus kena jalan kaki lagi nak ke fakulti aku.. Macam biasa, pagi-pagi orang ramai giler tengah tunggu giliran nak naik lif.. Fakulti aku paling tinggi sampai level 17.. Tapi tak pernah lagi kelas aku sampai tengkat 17 tu.. Paling tinggi pun tengkat 11 je.. Ada la satu hari tu terlewat pergi kelas.. Tak sanggup nak tunggu lif lama-lama.. So, dengan semangat yang kental aku panjat tangga.. Takot lecturer marah kalau masuk kelas lambat nanti.. Ok FINE, kelas aku kat tengkat seploh.. T____T







Suasana malam memang cantik kat sini..




Dah habis kelas around 4 or 6 p.m tu.. Menyinggah dulu kat kafe, kebuluq nak melantak.. Kalau naik kolej terus nanti penat pulak nak turun beli makanan kat kafe.. So, melantak terus kat kafe atau tapau je buat naik bilik.. Makanan kat situ boleh tahan jugak la.. Cuma bila dah hari-hari kau ngadap benda yang sama apa rasa? hahaha.. Tapi aku paling suka diorang punya steamboat.. pergghh hari-hari aku bedal tak hengat..




Suasana kafe masa takde manusia..


Steamboat 5 bintang..




Tapi jangan risau, weekend anda takkan sia-sia di sini.. Kalau poket kering, no money no talk.. No hangout jugak.. Korang boleh beriadah tough kan badan di gym.. Petang sikit boleh la berbasikal ramai-ramai.. Best oh! Boleh teroka entire UiTM ni sambil hirup udara segar, pokok-pokok nan menghijau.. Eh? Nampak sangat dalam hutan.. muehahahah..





Pandai ke nek beskal tu? haha


Eceh! kemain seronok boleh release tensen..
Dah tak hengat assignment berlambak..




Dan sekarang aku dah tak boleh rasa dah semua tu.. Sebab aku dah dok luar sekarang ni.. Manusia kan, bila ada depan mata diorang tak nak hargai.. tapi bila dah takde baru nak terhegeh-hegeh cari balik.. *ahlamak! terkena batang hidung sendiri teehee ^^ Rindu pulak nak panjat tangga batu caves tu.. *buat muka nak kena lempang.. Mengada betul minah ni kan.. hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca.. xoxo !


Betul Ke Lelaki Macam Ni?

September 28, 2011


Assalamualaikum..


Memanglah cakap tak serupa bikin betul tuan belog ni.. Kata tak sempat nak hupdate belog, bizi segala.. Tup tup, pang! satu lagi entri di tempeknya kat sini.. Kalau korang nak tahu, hari-hari aku bukak belog nih.. Cuma tak hupdate jer.. Kekangan masa yang mencemburui kita.. Aku rindu belog aku yang tak semenggah ni kata Cik Epal.. Dan aku tak boleh weh kalau tak bukak belog.. Sebok macam mana pun, takkan aku nak biarkan belog ni bersawang berhabuk ber apa lagi?? Tangan gatal je nak taip entri baru..



Hari tu aku ada tulis tentang HEBATKAH INSAN BERNAMA PEREMPUAN dekat ENTRI NI.. Dan ada yang komen and request tentang lelaki pulak.. Konon budget blogger hebakk lah aku ni, sebab tunaikan permintaan reader..ekekekeke, maka wujudlah entri ni.. Aku bukan hapa, kau tahu la kan aku ni perempuan.. Jadi aku buatlah entri pasal perempuan, sebab mana lah aku tahu pasal lelaki ni.. Dalam family aku, abah aku sorang je kot lelaki.. Yer, adik beradik aku 5 orang semua pompuan.. Oh yeah! Hari ni 1st time cubaan aku untuk membongkar rahsia seorang insan bernama lelaki.. Berjayakah aku? haha jom kite tengok hebak tak aku.hiks




Betul ke LELAKI macam ni?


1. Guys don't actually look after good-looking girls.. They prefer neat and presentable girls. Eceh, speaking London.. teehee T_T lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka budget Jennifer Lopez, bibir ala-ala Angelina Jolie.. tapi sebaliknya lelaki lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketerampilan.. Jadi, perempuan yang kurang cantik di luar sana *termasuk aku tok sah nak risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri korang.. For sure, lelaki akan kata 'Sedap mata pandang pompuan macam ni'..



2. Lelaki suka perempuan pandai memasak.. Oh! Ini memang fakta, bukan auta.. Lelaki mana tak suka perempuan pandai masak. Ye dok? Jimat kos weh.. Tak payah beli makanan kat luar.. Masak kat rumah kan save.hiks.. Haa orang kata kalau nak pikat lelaki ni kita jaga perut dia.. Jaga perut ni bukannya siang malam kau dok tilik, dok gosok perut dia.. Jaga perut kat sini maksudnya jaga makan minum dia lah.. Hadoi, jangan salah paham pulak.. Kemain lelaki suka lettew hari-hari kena gosok perut.kahkahkah



3. Kebanyakan Lelaki sebenarnya tak tahu apa perasaan sebenar seorang perempuan.. Lelaki kalau bab baca hati perempuan ni memang FAIL lah.. Betul ke? Jadi, kalau kita (perempuan) syiokk dekat mana-mana lelaki.. Jangan biarkan perasaan tu lama-lama sebab dok tunggu si lelaki usha kita dulu.. Sebab diorang memang tak tahu tahap cikgu tak pernah ajar kat sekolah yang kita ni dok syiokk kat dia.. Bagi hint sikit hokey.. *susah jugak ni.hurmm



4. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, LELAKI juga akan bersedih.. Cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di depan orang.. Cewahh! aku kalau dah break dan tengok si dia cool je tak sedih macam aku yang nangis boleh banjir Semenanjung Mesia ni mesti aku akan kata 'LELAKI semua sama! Masa tengah cintan cintun tak hengat, boleh lah kata I tak boleh hidup tanpa U.. Tapi dah clash ni kau nangis pun tak, cepat je lupakan semuanya.ggrrrr'...



5. Betapa hebatnya LELAKI itu bersikap romeo dan keluar dengan ramai perempuan namun dia tetap hanya ada SATU teman wanita yang istimewa selebihnya hanya kawan.. Hamboi..kawan la sangat kan.haha.. Betullah, lelaki kalau dah serius dalam satu-satu hubungan tu, memang dia takkan sia-siakannya.. Cuma perempuan kena banyak bersabar dengan lelaki yang jenis ramai kawan perempuan ni.. Kasik slow down sikit tone cemburu buta tu.. InsyaAllah ok lettew..



6. LELAKI cuba menonjolkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati perempuan.. Biasa la ni, 1st time dating ajak gi candle light dinner kat Concorde Hotel siot! Ini kalau si lelaki anak angkat tiri menteri-menteri lah.. Kalau lelaki yang tengah bulan pun poket dah nipis.. Nasib la kau, ajak pergi dating kat KLCC pun jadilah.. Pergi makan tu siap tolong tarik kerusi, NAH bunga taik ayam 5 tangkal.. muahahaha



7. Kebanyakkan LELAKI cukup lemah dengan air mata perempuan.. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihinya.. Sebab itu orang kata air mata tu senjata perempuan.. Eh? Pompuan-pompuan kat luar sana, lepas ni kalau si lelaki ni tak nak belikan handbag limited edition Jimmy Choo sebagai birthday present.. Ingat, gunakan senjata yang ada..hahaha



Setakat tu je yang aku tahu tentang lelaki.. Kalau korang rasa tak puas hati dengan pendapat aku yang entah betul entahkan tidak ni boleh argue dengan aku..bhahaha.. Ni aku nak share pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan:




1. Perempuan yang suka mengumpat. *Tapi aku rasa ada je lelaki join sekaki.teehee


2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal. *Yang ni aku pun tak suka.


3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki. *Tahulah dah kapel, tak payahla nak over sangat..


4. Merokok. *Reject teroih!


5. Perempuan yang melayan lelaki seperti alas kaki.. *Hamboi, kuang ajor..


6. Perempuan yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian. *gedik tahap ular sawa


7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul. *Banyak songeh minah ni..


8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. *tak boleh nak tegur langsung..


9. Wanita yang bersikap hipokrit.. *Depan baik, belakang....haishh


10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.. *Sebok jew la


11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.. *kalau dah tak sayang terus terang je laaa


12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang.. *kuang ajor, kau main terajang je kucing tu? takde sifat keibuan langsung


13. Pakaian wanita berselerak di biliknya.. *dah boleh bayangkan rumah korang bila dah kawen nanti boleh replace kapal pecah.haha


14. Tidak bertanggungjawab langsung..


15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.. *suka hati mak bapak tiri kau je nak bertepuk tampar dengan laki lain..
ingat sini Holiwud ke hapa


16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.. *setepler je mulut dia.hiks


17. Boros berbelanja.. *Kasut vincci yang belum keluar pun dah ada dalam koleksi..


18. Tidak tahu/malas memasak..


19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.. *menyampah lah minah gedik ni


20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.. *haha yang ni tak leh blah la wehhh..






Mempersembahkan boipren baru aku..
Perempuan lain sila jeles.muehahaha




P/S: Terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis.. xoxo :D


Perkara Yang Paling Ditakuti Abad Ini..

September 25, 2011




Assalamualaikum..



Perkara yang paling ditakuti abad ini.. Bapak seram tajuk entri aku..hiks.. Faham-faham sajalah kehidupan seorang student UiTM dihatiku macam aku nih.. 1st week 2nd week study ni boleh lah kau nak enjoy lagi.. Boleh lah kau nak keluar merendek tanpa hala tuju.. Boleh lah kau nak ukur jalan Shah Alam-KL, KL-Shah Alam.. Tangkap gambar sana sini pastu muat naik dekat fesbuk kata 'GIRLS JUST WANNA HAVE FUN'.. perggghhh heaven weh kalau hari-hari macam tu.. Ye dak??




Ini KL lah bro!




Semester ni sekali lagi aku ambik subjek Mandarin.. Mandarin II beb! Tapi sampai sekarang aku takleh nak speaking Mandarin lagik.. Kalau kau tanya aku 'cantik' dalam Mandarin apa? Laju aku jawab piaoliang.. Pastu tanya lagi 'student' dalam Mandarin apa? Sambil petik jari aku jawab xuesheng.. Tapi kalau kau suruh aku cakap panjang-panjang satu perenggan dalam Mandarin.. Alamak! Aku tergagap-gagap..ekekekeke.. Tapi insyaAllah semester ni nampaknya lecturer yang ngajor memang dia sendiri belajar dekat Beijing sana nuh.. Aku harap kali ni aku expert lah Mandarin ni..cewahh semangat!




Hamekkaw!



Esok, hari Isnin.. Memanglah Isnin kan.. Dan kelasss pun dah start.. Aku dapat rasakan yang 3rd week ni dah nak start bizi dah.. Aku pun kena fokus pada study lebih sikit dari berblog ni.. Yer, itulah perkara yang paling aku takut abad ini.. Bila aku tak boleh nak belek-belek, godek-godek, usha-usha belog macam biasa.. Aku takut tak boleh nak hupdate belog selalu.. Rindu teramat lah aku dengan belog picisan aku ini..huwarrrgghhh!










Hapa boleh buat.. Semester ni aku nak struggle saiz bapak punya..muahahaha.. Siyes, nak belajar sungguh-sungguh.. Tapi belog tetap belog.. Nanti pandai-pandai lah aku curik masa nah hupdate..haha.. Tak senang duduk aku kalau tak bukak belog sehari pun weh.. Rindu kat korang lah.. teehee.. Semoga aku boleh divide masa nak bila nak belajor and bila nak hupdate belog.. Wish me luck ya all!awww :D




Saja nak tayang baju fakulti yang aku pakai
bila tibanya hari Tiusday or Wenesday.yawww




P/S: Terima kasih korang sudi baca sampai habis! :D

Kenapa Aku Berblogging?

September 23, 2011


Assalamualaikum..



Tajuk entri aku kali ni berbentuk soalan.. Dan soalan tersebut akan di diakhiri dengan jawapan dari aku jugak..hiks.. Hari ini aku nak mengundur setahun kebelakang untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang apakah sebab utama aku terjebak dalam dunia blogging.. Formal katak punya ayat aku.. Aku ingat kan dah lama dah aku buat belog nih.. Rupanya baru setahun umur jagung *sigh! Berlagak lebih minah ni *buat muka toya..



Hurmm aku tahu setiap blogger yang sebelum ini bergelar orang biasa cuma.. Eh? Tinggi mana mandat seorang blogger sampai dia jadik orang luar biasa? haha.. Setiap blogger mesti ada misi dan visi diorang tersendiri masa mula-mula terlintas dalam hotak 'Aku nak buat belog'.. Yer, aku pun macam tu jugak.. Sebelum ni cuma pasang telinga je orang dok sebut belog tu lah belog ni lah.. Aku tak ambik peduli 1 sen pun..



Antara tujuan buat belog:


Ada yang buat blog sebab nak tayang kisah cintan cintun diorang dengan kekasih pujaan hati.. Tak kiralah puppy love ke, monkey love ke.. *itu bukan aku, tapi tak sure untuk masa yang mendatang..yawwww chill babyyyy


Ada yang buat blog sebab nak berbisness.. Bagus jugak macam tu.. Bisnes online ni aku pun suka.. Tak payah nak memenat dan menyusahkan jasad keluar membeli apa-apa yang diingini.. Online shopping kan ada.. *internet di hujung jari anda


Ada yang buat blog sebab nak hupdate latest setori tentang pasukan bola sepak yang di obses kan.. Loyal fans la katakan.. Sape sangka Manchester United boleh baham Arsenal 8-2 ngam ngam punya beb! Oh yeah, aku takkan lupa that moment..


Ada yang buat blog sebab nak replace buletin utama.. Isu-isu semasa, sukan, agama, politik yang di kongsikan.. Semua depa rembat.. Aku suka blog yang macam ni.. Boleh tambah pengetahuan tentang berita-berita terkini.. Sama ada dalam negara mahupun luar negara.. Sebab aku jarang tengok tivi, kalau tengok pun aku tengok drama, cerekarama, melodi, showdown.. Jadi, buletin utama tak termasuk dalam list aku.. *sila jangan tiru macam saya..


Ada jugak yang buat blog tentang fesyen, hiburan, dan gosip-gosip retis.. U know what? Hari-hari aku bukak blog tu.. Dan kalau tak silap aku, blog Abang Nara lah dapat ranking paling tinggi bab-bab gosip ni..hiks.. Good job beautifulnara.. *aku bukan gossip girl hokey, setakat jadik stalker retis je aku ni..muehahah


Dan ada jugak yang buat belog sebab nak setori segala hapa macam bagai yang jadik dalam sepanjang hidup mereka seharian.. Kau pakai baju apa pergi kelas pun kau tulis, kau pergi window shopping kau tulis, kau makan mangga cicah kuah rojak Mak Bee pun tulis, termasuklah kau insomnia sebab selalu hupdate belog lewat malam sampai ke awal pagi punnnn kau tulis.. *yer, nampak sangat aku tergolong dalam golongan mereka-mereka ini.. Tapi aku selit jugak isu-isu semasa, gosip sikit dalam penulisan aku..




Sambung membebel..


Masa aku diploma part 3.. Tahun lepas lettew.. Lecturer aku yang ngajar subject Internet (nama singkatan) rekemen satu blog ni untuk budak-budak kelass aku.. Dia kata korang baca la blog tu bagus tau.. Banyak info-info berguna yang dikongsikan dekat blog tu.. Dan penulis blog tu pun sebaya dengan u all.. Dia pun student UiTM di hatiku (saje aku tambah di hatiku) jugak.. Then, madam (lecturer) siap kasik url belog yang dia cakap tu.. 'inibelogsaya.blogspot.com'..







Habis kelas, balik kolej terus bukak laptop and connect wi-fi.. Terus aku search blog tu.. THIS IS BEST BRO! Memang best blog tu.. Hanis Zalikha nama tuan blog.. Lama aku dok belek-belek setiap entri dia.. Memang jatuh cinta dengan penulisan dia.. Jatuh cinta pandang ke berapa hentah.. Dan dari situlah aku mula berminat untuk terjebak sama berblogging ni.. Punyalah panjang intro aku kan..oh hooo..






Sekarang HZ ni dah jadik FEMES BLOGGER.. Sebut je nama Hanis Zalikha, blogger mana tak kenal dia sila habaq mai kat aku.. Dan aku rasa HZ lagi femes dari retis-retis yang ada kat Mesia ni.. Hurmm, Tengok je orangnya, gojes youuuuu.. Rambut dia, aduhhh! 746754847 kali aku LIKE.. Aku yang pompuan jugak ni pun dah tangkap leleh habes nengok HZ, ini kan pulak kalau laki.. Ye dak? Haa tak nak ngaku lettew..



Tapi yang paling aku respect two thumbs up dekat HZ ialah.. Walaupun jadual dia sebagai blogger aku kira bizi lah sebab mesti ada jer event yang nak di attend.. Nak hupdate belog lagi.. Cer tengok entri dia setiap kali dia hupdate mengenai result exam dia.. Ada tak dia cakap cgpa dia 3.5 below? Takde kan.. Bukan setakat 3.5 dia score, lagi ciput nak 4 flat weh.. Of kos la HZ ada dalam dean's list every semester.. Hadoii.. Salute la HZ.. *jelousy teramat



Then, bila aku dah naik pangkat jadi blogger ni.. Rajinlah dok usha-usha blog lain kan.. Tapi kau tengoklah entri aku masa tu.. Tulis dua tiga patah, aku blah.. Dah tu pulak, within one month paling banyak entri yang mampu aku buat 7-11 entri je kot.. MASIH BUTA IT waktu itu.. Tak pandai nak blogging macam u alls.. Boleh terbitkan entri sampai berpuluh-puluh ribu lori eskrim magnum sehari.. *eh terlebih suda..







Haa lepas tu aku kenallah dengan Abang Ben.. Apa yang aku tahu Abang Ben ni dia selalu buat contest untuk newbies.. Bagus la kalau macam tu.. At least newbies boleh tambah kenalan melalui contest yang diorang join tu.. Boleh up follower sikit.. *tak macam aku, follower tak ramai pun.. Tapi itu tak mematahkan semangat aku yang tengah berkobar-kobar untuk blogging ni.. cewahhh







Aku kenal pulak dengan Cik Epal.. Sebelum ni tak tahu pun sape CE tu.. Tapi selalu tengok kawan aku dok layan entri CE ni.. Aku pun terokalah belog CE pulak.. Mak aii CE ni asyik makan je kan.. Bila nak kurus ni CE? Banyak sangat Menternak Lemak CE ni... Hapa taknya, CE hepy go lucky lettew sebab boleh jumpa Encik Shaheizy Sam dia selalu.. Bukan takat Encik Shaheizy Sam si pengarang jantung hati CE tapi Shaheizy Sam si Adnan Sempit pun dia dah dating..haishhh sekali lagi jeles yang amat









Kalau dah kenal Cik Epal, of kos lah Fatin Liyana pula menyusul.. Aku kalau tak baca entri FL ni dua tiga kali memang tak sah lah.. Ayat dia guna dalam penulisan dia buat aku tak siuman seketika.. Sebab dok tergelak sorang-sorang.. Eleh, macam la korang tak gelak time baca entri FL.. Kan? Comel FL ni.. Aku suka style dia.. Tak mekap tapi still cun melecun.. Kau boleh?








Habis semua otai-otai, femes blogger aku nak story kat sini.. Sorang lagi blogger gojes yang tak lengkap entri ni kalau aku tak tempek tentang dia sekali kat sini.. Si gojes ni kalau keluar, eyeliner adalah perkara wajib yang akan dikerjakan.. Keluar bukak puasa dengan tak mandi itu bukan masalah baginya.. Tapi eyeliner maintain.. STEADY!!!.. huahuahua.. Siapa dia kalau bukan Yuyu Zulaikha.. Yuyu, jangan marah kiter gurau jer..hiks.. *kepada pengikut-pengikut Yuyu Zulaikha, bersedialah sebab Yuyu akan memenuhi dashboard anda.. Yuyu kembali aktif dengan entri berjuta-juta lemon setiap hari.. Aku tak sabar nak baca entri Yuyu seterusnya..yawwww





Penat sudah aku menaip panjang lebar kali ni..
Aku chow dulu ya all :)




P/S: Terima kasih sebab korang sudi baca entri bebel dari aku.. *big hug


Facebook Dah Makin Canggih Sekarang. Betul Ke?


September 22, 2011


Klik image dan bukak spek korang :)



Assalamualaikum..


Fesbuk dah semakin canggih sekarang ni kan.. Advance u.. Tapi betul ke canggih? Apa pendapat korang tentang perubahan yang dilakukan oleh admin fesbuk ni.. Perasaan aku bila bukak je akaun fesbuk aku ni.. Rasa annoying giler kot.. Entah kenapa aku lebih suka old fesbuk.. Ala, masa kita baru-baru nak kenal fesbuk dulu tu.. Haa aku lebih suka yang tu..



Apa yang istimewanya fesbuk sekarang berbanding dengan fesbuk yang lama eh? Cer korang tengok gambar kat atas tu yang aku red circle area tu.. Ada lists close friends, family, lepas tu recent posts orang yang berdekatan dengan kita.. Kalau macam aku sekarang ni dok Puncak Alam.. Then, akan ada recent posts sape-sape yang ada dekat area Puncak Alam jugak.. Eh tak perlu la semua tu.. Buat menyemak je aku rasa.. Apa kelebihan dia buat macam tu?



Kalau korang tengok pula dekat red error pada gambar kat atas tu.. Giler ah, image yang super duper besar.. Kiranya kalau dia buat macam tu orang tak payah klik kat gambar tu kalau nak tengok ke? Sebab image dah memang triple besar dari sebelum ni.. Tapi aku rasa orang still akan bukak new tab untuk tengok gambar tu kan.. Macam yang selalu aku buat kalau nak tengok gambar yang kawan-kawan kita baru upload..haishh tak paham aku..



Then, cer tengok yang circle yang warna oren sebelah kanan tu.. Ini yang tak boleh blah aku rasa.. Kan sebelum ni kita boleh tengok online friend je kat side bar belah kanan tu.. Ni diorang tambah pulak friend activity kat situ.. Kau nak like album orang ke, kau nak comment status orang ke, kau upload gambar ke, hapa bagai lagi semua boleh tengok kat situ.. Adeeeiiii..



Ada satu lagi yang aku tak mention dalam gambar kat atas tu.. Time kita nak update status tu bukan ke ada dia tulis nama tempat kita kat mana masa tuh kan kan kan.. Tak pribesi langsung lah.. Lepas ni dah boleh tutup akaun foursquare memasing sebab fesbuk sekarang dah ada jugak function yang foursquare gunakan..muehahaha...



Sorry Facebook, you keep saying you have changed, but it's too late. I'm already in love with someone else, her name is Twitter.



P/S: Ini cuma pendapat ketidakpuasan hati aku.. Terima kasih korang sudi baca entri ni :)

(Cantik) Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium

September 22, 2011


Assalamualaikum..



Blog aku ni dah bertukar jadi blog gosip retis pulak ke? Berderet-deret entri pasal retis je ni.. Takda la, aku saja je nak share dengan korang semua.. Mana boleh blog aku tukar jadi blog gosip retis Malaysia, nanti marah pulak abang nara kat aku kang..hahaha.. Bukan hapa, aku tertarik betul tengok baju kahwin Memey dekat blog Abang Nara ni.. Memang cun habes lah.. Dengar katanya, nak letak baju tu kat Muzium Negara..



Setahu aku la kan.. Bukan calang-calang barang nak taruk kat muzium ni.. Ingat senang ke nak tayang hapa-hapa pun kat muzium? Selagi barang yang nak ditaruk tu tak memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang tertentu, jawabnya taruk dalam stor belakang rumah je lah.. Ye dak? Dan apa spesel nya sangat baju kahwin Memey tu sampai layak bertapa dalam muzium? Berdasarkan apa yang aku baca, gaun, sut dan kasut yang akan dipakai semasa majlis resepsi diorang nanti bertatahkan mutiara Rafflesia.. Kau ada?




Kelik gambar untuk penglihatan
jelas tahap maksimum..



Apa yang diorang cuba nak tunjuk dekat kita semua ni aku tak tahu lah.. Hari tu aku ada cerita serba sedikit berkenaan dengan majlis diorang KAT SINI.. Duit belanja kahwin jer dah RM12 juta.. Hapa lagi kau nak? Gerend betullah majlis diorang ni.. Sampai berjuta-juta tu.. Sape la yang taja tu kan.. Hurmm *sambil mengeluh..



Berbalik kepada cerita baju tadi tu.. Cantik memanglah jelas dan nyata bahawasanya baju tu MEMANG CANTIK.. Tapi soal nak taruk dekal Muzium Negara ni yang memusykilkan aku.. Apa sentimental value yang baju tu ada yang boleh dibangga-banggakan oleh negara kita.. Korang nampak tak apa yang aku tak nampak kat baju tu? Itulah yang menjadi persoalan untuk aku sekarang ni..




Sumber: Beautifulnara..



P/S: Walau macam mana pun.. Tahniah untuk diorang.. Dan terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis :)


Apa Nak Jadi Dengan Fida dan Mamat Sepah Ni??

September 21, 2011


Assalamualaikum..



Sekarang ni orang tengah bercerita pasal Fida dan Mamat Sepah.. Biasalah kan, mereka tu kan retis.. Apa yang diorang buat, apa yang diorang pakai, semuanya menjadi perhatian orang ramai.. Haishh.. Beberapa minggu lepas ada jugak aku terbaca dekat blog abang nara yang mengatakan Mamat Sepah ni playboy orangnya.. Dan dia jugak yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah itu sendiri.. Nak dijadikan cerita, bekas kekasih Mamat Sepah tu tampil memberikan kenyataan tentang siapa Mamat Sepah tu yang sebenarnya..



Nur Syuhada, bekas kekasih Mamat Sepah..



Mamat Sepah memberi kenyataan yang dia dan Nur Syuhada atau nama panggilannya Adda telah berpisah secara baik.. Tetapi sebaliknya Adda menafikan kenyataan tersebut.. Menurut Adda, semua tu bohong belaka.. Mana satu betul ni..



Ni kenyataan yang Adda berikan dalam BiPop..


Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.


Baca seterusnya KAT SINI..



Seperti yang kita semua sedia maklum, Fida ni seorang arti yang bertudung.. Baguslah kalau macam tu.. Lagipun ramai retis sekarang dah berhijrah dari seorang yang free hair tapi dah bertudung litup kan.. Contohnya macam Ziela Jalil, Irma Hasmie, dan yang paling latest yang aku tahu Siti Nordiana pun nampaknya dah bertudung sekarang ni.. Alhamdulillah..




Cantik kan Fida macam ni..



Tapi yang peliknya, Fida ni jenis yang ON OFF ke hapa? Kejap tudung kejap tak tudung.. Macam tu ke? Hurmm..macam-macam la retis sekarang ni.. Retis lain dari yang tak bertudung, mereka berhijrah ke arah kebaikan, bertudung.. Sebab tu aku kata Fida ni pelik, mula-mula timbul jadi retis dolu-dolu tu.. Tudung habes! Aku pun respect jugak dekat dia.. Tapi sekarang? Cer korang cekidaut gambar kat bawah ni..




Ni time Fida bertudung litup habes..





Fida bersama Wan Sharmila semasa MASIF 2011..
Tunjuk leher nampak..




Dan yang baru aku tahu tentang si Fida ni buat aku terkejut tahap kucing nampak lidi weh.. Fida ni tak sedar ke orang tengah perhatikan dia dan Mamat Sepah sekarang ni.. Dengan kes Mamat Sepah dengan bekas kekasih dia tu.. Pastu si Fida ni pulak keluar dating dengan Mamat tunjuk rambut terus.. Hadoii.. What's wrong with you Fida? Dengan berlakon jadi heroin citer Kasih Alia tu sepatutnya dia semakin komited dengan karier dia dan tak perlu lah nak kasik gempak dekat semua peminat yang dia pun tak nak ketinggalan untuk teknik rebondingkan rambut dia jugak.. haishhh..




Tengok rambut saya, cantikkan.. Rebonding ke?
Taklah, cuma guna Pantene je..muehahah



Sumber: Abang Nara..



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. Dan jangan lupa TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROBESI.. Peace no war :)


Review Blog Best #1

September 21, 2011




Assalamualaikum..



Apa khabar korang semua.. Harapnya sihat walafiat la selalu yer.. Yela, sekarang asyik hujan je kan.. Kadang-kadang tu pepagi lagi dah start hujan.. Basah kuyup aku dibuatnya.. Keluar dari rumah aku ni, nak pergi dekat bus stand tu kena berjalan dalam 10 minit jugak la.. Memanglah aku pakai payung tapi kalau dah hujan lebat tu basah jugak bhai! Sekarang ni dah tak hujan, tapi cuaca mendung je kan.. Kalau tidur syiokk yang amat ni.. Tapi kalau belogwalking pun best jugak..



Haa semenjak dua menjak dan tiga empat menjak ni aku rajin pulak blogwalking.. Kau tahu kenapa? Sebab masa kat kampung aku tak pernah alami kuasa broadband yang laju macam dekat litar F1 ni weh.. Eh? Kat mana la kampung aku sampai line broadband pun tahap siput sedut je kan.. Takda la sampai gittew, cuma kat kampung aku tu wilayah celcom.. Yang kau pergi beli broadband maxis tu hapa hal?



Ni nak citer time aku blogwalking tadi.. Terus aku falling in love dengan satu blog ni.. Korang tengok header blog dia yang aku letak dekat atas tu.. Hah! Header je pun aku tengok unik je..hehe.. Tapi betul, banyak-banyak blog yang aku terjah, dengan mudahnya blog dia yang aku berkenan.. Kenapa eh? Nak kata entri dia panjang berjeler-jeler tak pun.. Dia tulis dua tiga patah, pastu dia blah..



Mungkin sebab cara penulisan dia yang buat aku suka jer baca.. Pastu gambar yang dia letak dekat setiap entri tu lain dari yang lain sikit.. Unik! Eh, aku ni takda benda lain ke nak cakap, asyik unik unik je ni.. Betul weh, susah aku nak express kan apa yang aku rasa ni.. Dan pada pendapat aku, owner blog tu rock beb! hahaha.. Ok lah kalau korang tak percaya korang boleh cekidaot la sendiri yer.. Nah aku bagi link blog dia http://twistedtwilightteentale.blogspot.com/.. Kalau korang malas nak taip link tu boleh je KELIK SINI.. Aku kasik pautan terus ke belog tu..haha



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. Selamat menerjah! YOU ROCK! :P

Sape Artis Tak Sombong #3

September 20, 2011


Assalamualaikum..


Rasanya dah lama aku tak buat entri ni.. Bagi sesiapa yang baru follow belog aku ni memang la korang tak tahu tentang kewujudan entri sebegini.. Sebabnya, bagi mereka-mereka yang dah lama follow aku pun belum tentu terperasan bahawasanya aku ada buat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG ni..kahkahkahkah.. Konon nak feeling retis lah orang nak perasan setiap entri kau? Ok, aku tahu aku bukan sape-sape bagi korang.. Eh?



Ok la jom kiter citer pasal sape pulak retis yang tak sombong kali ni.. Before this aku dah ada citer pasal ni kat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #1 dan entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #2.. Aku ni bukan apa, aku tak la kata retis tu semuanya sombong.. Cuma, kalau ada retis mana-mana yang reply tweet aku dekat TWITTERLAND tu semuanya akan termasuk dalam kategori ARTIS TAK SOMBONG yang aku create ni.. Memandai je minah ni kan..



Tapi syiokk weh dapat tweet dengan retis ni.. Haa sekali diorang reply tweet aku.. Huhh! Kat sini aku taruk gambar diorang..muehahaha.. Takde la, betul aku cakap ni.. Sape tak sonok kalau boleh borak-borak dengan retis ni.. Kena pulak retis yang reply tweet tu kita admire tahap separuh mati.. Hamagadd! Tak tidur malam di buatnya.. Haa tampa membuang masa lagi moh ler kita nengok retis mana yang tercalon dalam kategori retis tak sombong aku ni..




Fouziah Gous




Julia Ziegler




Sharifah Shahira




Fiza Sab Jahan




Azza Elite




Erin Malek



Eh? Semua retis pompuan ke.. Haishh, nanti la aku usha-usha retis laki pulak.. Amacam? Bagus kan diorang ni.. At least diorang say hi jugak dekat fans diorang.. Dan antara retis yang aku list kan kat atas tu.. Yang paling aktif bertweet-tweet dan yang paling banyak reply tweet ialah Shila Amzah tu.. Huihh! Sekali dia tweet, penuh timeline aku weh.. Kalau aku jadi Shila Amzah ni kan, aku rasa tak larat aku nak reply tweet semua orang.. Cewahh, feeling retis lettew minah ni..muehahaha..



Tapi kan, retis yang tak pernah reply tweet aku sampai la ke hari ni korang tahu sape? Haa tak payah nak main teka-teki lah.. Biaq ceq habaq mai.. Fasha Sandha la retis tu.. Hadoii..feeling ekslusif betul Fasha Sandha ni.. Aku nengok, banyak jugak tweet yang dia reply tapi ngapei tweet aku tak pernah dia nak berkenan eh? Feras la cenggini.. Tapi takpe, aku takkan putus asa.. Nanti aku tweet dia banyak-banyak biar tweet aku je kat timeline dia..hahahaha



P/S: Ok la, penat menaip.. Terima kasih sebab baca sampai habis.. xx :)


(Rezeki) Power Root Nak Bagi RM10 Ribu

September 18, 2011




Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Nampaknya rezeki di bulan syawal ni datang bergolek.. Tengah aku syiokk naip ENTRI NI.. Tetiba dapat satu call.. Number tak naik, unknown.. Sape pulak call aku petang-petang macam ni.. Cewahh macam la tak pernah dapat call waktu petang kan.. Orang tengah call tu aku bukannya nak jawab terus, menyempat jer aku dok pikir benda lain eh? Aku bukan hapa, saja nak bagi diorang dengar caller ringtone haku tu lama-lama sikit.. Mahal-mahal aku bayar sehinggit setengah per week hokey! muahahaha



Pastu aku jawab la kan.. Haihhh ngomong apa dong? Aku nggak paham, ngomong nya laju bangat.. Mamat Acheh yang call.. Serius aku tak berapa nak paham apa yang dia cakap.. Maklum la sejak semester baru dah bukak ni tak sempat nak nonton sinetron.. Eh, citer Amanah Dalam Cinta tu dah habis ke ek? Ok sambung, rupanya mamat Acheh ni cakap dia dari syarikat official Power Root yang terletak di Bukit Jalil dan telah memilih AKU dan enam orang lagi sebagai pemenang bertuah yang akan mendapat RM10 riban/ribu.. What?? Giler, excited betul aku..







Ni perbualan aku dengan Mamat Acheh tu, sambung citer kat atas tu:



Aku: Aik, kalau tak silap saya lah kan.. Saya tak pernah pulak beli atau guna apa-apa barang ke produk ke dari Power Root.. So, kenapa saya pulak yang terpilih..





Mamat Acheh: Oh macam ni encik (sungguh kuang ajar kau panggil aku ENCIK!) syarikat kami telah memilih 7 orang termasuk encik yang bertuah untuk menerima RM10 riban tersebut.. Encik tak perlu bayar apa-apa pun.. Jadi, saya nak tanya encik ada tak akaun bank? Akaun bank ini tidak kiralah maybink ke, bsn ke, bink rakyet ke..



Aku: Oooohhh.. *aku tahan gelak siot..bink rakyet, haha lucu bangat kau sebut itu bink rakyet yer..kahkahkah



Mamat Acheh: Encik jangan risau, kami tidak minta nombor akaun atau password encik (dia ingat aku teragak-agak nak jawab tadi sebab ingat dia nak mintak no akaun aku, padahal nak pecah perut aku tahan gelak).. Kami takkan minta sebab kami tahu nombor akaun sama password itu adalah privacy encik.. *hamboi, speaking london mamat ni..



Aku: Yer yer saya tahu.. Saya ada akaun bink rakyet (menjadi jugak aku tiru mamat tu cakap, tapi bila masa pulak aku ada akaun bink rakyet eh?haha).. Tapi kalau u tak mintak nombor akaun saya macam mana saya nak dapatkan duit tu? *saja aku tanya nak psycho mamat tu..



Mamat Acheh: Sekarang ni encik adanya di mana ya? Macam ni encik, boleh tak encik luangkan masa sebenter pergi ke ATM bink rakyet yang berdekatan dengan encik? Ddua minit saja encik perlu luangkan masa.. Sebelum encik sampai ke ATM tu encik boleh call saya.. Encik boleh ambil nombor telefon saya, 011-9587567.. Nama saya Haji Abdul Aziz b. Sulaiman.. *takde rahsia antara kita, nama dan nombor fon kau, aku tulis kat sini yer..haha



Aku: *Lepas tulis nama dan nombor fon dia.. Sekarang saya ada kat Sungai Buloh.. Tapi saya pelik la, kenapa saya yang terpilih, sedangkan saya tak pernah pun beli produk Power Root ni.. Kacip fatimah ke, hapa ke.. tongkat ali lagi la saya tak beli.. Macam mana tu yer?



Mamat Acheh: Ok takpe encik, kalau encik nak bercakap dengan minijer (manager) saya pun boleh.. Encik nak ke cakap dengan minijer saya? *mamat ni dah fed up dengan aku banyak sangat tanya dia..



Aku: Ok boleh.. Panggil manager awak sekarang *ececece konon garang ah aku..



Aku dengar mamat tu panggil manager dia macam tu je.. tak silap aku dia panggil nama, takde nya nak panggil bos ke panggil encik ke macam dia panggil dekat aku.. Pastu pulak, kalau dekat opis ni bukan ke at least dia kena sambungkan talian tu ke talian opis manager dia tuh.. Ini tak, aku dengar cara dia panggil tu macam manager dekat sebelah dia je and macam panggil member-member dia jer..


Minijer: Yer cik, ada apa? *haa yang ni cakap ok sikit.. Tapi slang acheh dia tu still aku boleh dengar..


Aku: Takde, macam ni encik.. Saya sebenarnya musykil, macam mana saya yang terpilih untuk terima duit tu?


Minijer: Oh ok macam ni.. Sebenarnya bukan cik sorang je yang kami pilih.. Ada lagi 6 orang yang bertuah telah kami pilih untuk menerima RM10 ribu tersebut.. bla bla bla bla bla bla bla.. *tiba masanya untuk aku menamatkan perbualan ini..oh! sungguh aku tak sanggup lagi nak mendengornya.. sorry to say la bro!


Aku: Oh gitu yer.. Saya rasa macam ni la encik, boleh tak encik bagi saya masa dulu..


Minijer: Berapa lama cik perlukan masa tu? Kalau sampei berhari-hari tu kami mintak maaf sebab memang tak boleh..


Aku: Tak tak.. Bagi saya 15 minit lepas tu encik call saya balik.. *aku pun dah tak tahu apa yang aku cakap..haha


Minijer: Ok boleh cik..



Maka tamatlah perbualan antara aku, mamat acheh dan si minijer.. Hahaha memang lawak ah diorang ni.. Diorang ingat senang je nak tipu aku eh? Salah orang la bro.. Diorang ingat semua yang aku cakap tu betul ke? Aku cakap aku ada akaun bank rakyat, padahal takde pun.. Pastu aku cakap aku ada kat Sungai Buloh, padahal aku kat Puncak Alam ni je.. Hokey sekarang ni aku kompius sape yang tipu sape sebenarnya ni..muehahaha..



Giler ah! Sekarang ni mana ada orang nak bagi duit senang-senang macam tu je kan.. sepuloh ghibu pulak tu.. haishh best jugak kalau betul nak bagi aku kan.. Hurmm agak-agak apa aku nak buat dengan duit sebanyak tu eh? *daydreaming.. Untunglah kalau ada yang dapat duit free macam tu je kan.. Tapi aku pelik jugak cara diorang menipu ni.. Tak mintak no akaun.. Biasanya nombor akaun tu la yang diorang mintak.. Aku cakap ni sebab hari tu mak cik aku pernah kena macam ni jugak.. Tapi dia punya bukan dari Power Root, tapi dari TNB.. Lagi dahsat weh!



Aduhh macam-macam cara yang orang guna nak tipu kita kan.. Moral of the story, sentiasalah memakai tali pinggang keledar kalau tak nak terpelanting keluar dari tingkap kereta anda yer.. Berhati-hatilah di jalan raya.. INGAT ORANG YANG TERSAYANG!! Eh??



Tapi citer aku belum habis lagi.. Kan tadi aku suruh minijer tu call aku lepas 15 minit kan? Haaa sampai hari ni diorang tak call pun aku.. Nampak sangat nipunya kan.. Ye dak? Ok lah penat menaip wa chow dulu..



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. :)

(Pelik) Dia Jawab Semua Pertanyaan Kita Dengan Betul

September 17, 2011





Assalamualaikum..


Time kelas hari Khamis lepas, ada subjek yang kena masuk lab.. Aku suka masuk-masuk lab ni.. Tambahan pulak minggu first macam ni lecturer takda lah nak rajin sangat terus nak mengajar.. Tunggu hapa lagi, pc terbentang kat depan mata dengan kemudahan internet free yang tersedia.. Memang bukan aku lah kalau tak tweet ketika itu.. Yeah! Bukan hapa, bila lecturer dah start mengajar nanti takda lah nak menyempat aku nak tweet-tweet nya.. Di balingnya duster tepat ke dahi baru padan muka aku..hahaha..



Tapi sekarang tak nak story pasal baling-baling duster tu.. Ni story baek punya..hehe.. Aku rasa korang semua mesti pernah dengar tentang website askjud.com ni kan.. Aku pun dah lama tahu jugak, tapi yang aku tahu tu Peter Answer.. Both website ni tak silap aku, fungsinya sama.. Macam online games.. Korang tanya, dia jawab.. Tanya, dia jawab..



Yang aku tahu tentang Peter Answer tu dalam lebih kurang setahun yang lepas.. Tu pun sebab kawan aku sendiri yang terjebak dalam game ni.. Diorang cakap game ni macam spirit hapa entah.. Sebab setiap kali soalan yang diorang tanya, Peter Answer tu jawab dengan tepat sekali..hahahaha aku tak percaya langsung diorang ni.. Tengok diorang main syok je.. Tapi aku buat dekk je sebab malas la aku nak layan benda-benda cenggini.. Serius, memang aku tak ambik tahu pun..



Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas masa subjek database.. Kelas kitorang kena masuk lab.. Sebab memang subjek database ni diwajibkan belajar dalam lab pun.. Dan lecturer cakap hari ni aktiviti bebas.. Suka hati kau lah nak buat apa pun dalam lab ni janji jangan buat pelik-pelik sudah lah *nampak sangat nipunya tu..muahahahaha.. Disebabkan minggu tu ialah minggu first untuk semester baru ni.. Memang lecturer tu akan dikategorikan dalam lecturer yang workaholic sebab agak-agak la takkan 1st week pun dah nak start ngajar kot..hahahaha.. Biasanya lecturer baru yang rajinnya terlebih suda ni.. Oops! :)



Tunggu hapa lagi, dah lecturer sendiri kasik lampu hijau.. PC terbentang kat depan mata, internet free tersedia dan menunggu untuk di connect kan je.. Maka perkara wajib yang pertama of course lah aku bukak belog ni haa.. Open new tab, www.twitter.com.. Satu kelas dok khusyuk online.. Tetiba sekumpulan student kat area tengah-tengah perut lab ni ketawa terbahak-bahak *giler skema punya ayat.. Apa kes diorang ni?? Ganggu konsentrasi aku tengah tweet dengan Fasha Sandha betullah diorang ni..



Lepas tu diorang dah la guna PC lecturer yang dah disambungkan dengan projector.. So, apa yang diorang buat kat PC tu memang jelas-jelas terpamer dekat skrin besar depan tu haa.. Satu kelas boleh nengok.. Kau tahu, diorang main askjud.com! Aku pun layanlah kejap apa yang diorang main tu.. Diorang taip cenggini "Jud: answer the question" lepas tu dekat kotak bawah tu pulak diorang taip "Jud, Ann pakai baju warna apa?".. Ann tu kawan aku jugak, dan masa tu Ann pakai baju warna ungu.. Then, Jud jawab "UNGU".. Giler betul siot!




Buruk benor rupa Spongebob
kalau dah terkejut beruk ni..



Semua dalam kelas fokus kat skrin depan.. Diorang tanya lagi, "Jud: answer the question".. Kotak kat bawak pulak "Jud, apa nama boyfriend Najihah?" Najihah ni budak kelas aku jugak.. BF dia nama Izan.. Then jud jawab "IZAN".. What the??? Kitorang terlopong nengok, apa lagi si Najihah tu terkejut tahap King Kong la jawabnya.. Giler la weh.. Aku yang pada mulanya tak pernah nak percaya benda-benda tu.. Sekarang ni aku dah kompius, sama ada nak percaya ke tak eh? Tapi yang ada dalam kepala hotak aku sekarang ni macam-macam persoalan.. Macam mana dia tahu semua jawapan tu ek? Kenapa dia jawab tak pernah nak salah ek? Askjud.com ni sebenarnya website apa ek? PELIK !!



Monyet ni pun rasa pelik jugak..



Aku ada jugak google tentang askjud.com ni.. Banyak jugak belog-belog dah lama buat entri tentang benda ni.. Dan aku ada baca dekat satu belog tu dia ajar cara-cara macam mana nak guna askjud.com ni.. Tapi belog tu Indonesian punya lah.. Ada certain-certain perkataan tu aku pun tak berapa nak paham jugak sebab dia ngomong gayaknya seperti semua pembaca-pembaca dari Indonesia gittew.. Dia kata kalau kita sendiri tak percaya dengan Peter Answer atau askjud ni, kita takkan dapat jawapan yang betul dari website tersebut.. Lepas tu aku baca lagi..



'Jangan teruskan pembacaan kalau anda tak mempercayainya' lebih kurang macam tu la owner blog tu cakap.. Aku cuak dah.. Dah la masa tu pukul 2 pagi.. Roomate aku pun dah lama pergi ke alam lain.. Aku sorang je weh.. Takpe aku baca lagi.. Dia cakap 'cuba lagi, kita kena percaya, may the souls be with you'.. Giler, ayat dia buat aku bertambah cuak ni.. Tak tahan weh, last sekali aku blah terus dari website blog tu.. Kalau nak ikutkan takda lah seram sangat apa yang owner blog tu tulis tapi maybe di sebabkan keadaan aku yang online awal-awal pagi macam tu dalam suasana yang sunyi sepi gelap gulita tu yang buat ia scary sikit.. *taknak ngaku penakut lettew..



Walaupun aku blah macam tu je tapi sempat jugak aku copy link blog tu.. Haa korang baca lah sendiri KAT SINI.. Untuk lebih afdal, baca pada pukul 3 pagi..hahahaha.. Rasa macam nak try main askjud ni.. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, dia kata askjud ni boleh buat kita taksub dengannya.. Sampai ada yang tak tidur malam sebab dok main benda ni.. Bahaya ni.. Aku rasa dia boleh baca apa yang ada dalam hotak kita.. Yela, takkan dia boleh tahu dan jawab dengan tepat apa yang kita tanya kan.. Hurmm entah lah, aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh jawab semua tu.. Aku ada baca satu lagi belog yang story tentang askjud.com ni jugak.. Kalau korang nak baca, boleh cekidaut KAT SINI..




Smurf ucapkan selamat memberanikan diri
buat korang yang nak try askjud ni..hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca entri ini :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani