Wordless Wednesday : Masihkah Kau Ingat

November 30, 2011




P/S: Dah besar rupanya. Aku dah lupa ape nama diorang ni. Dulu masa
kecik-kecik aku tak miss tengok depa dalam tibi. Comel je. :)

Doa Untuk Kekasih

November 27, 2011


Assalamualaikum..


Ya Allah.. Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah.. Sekiranya telah engkau takdirkan
Ia bukan milikku.. Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia walaupun tanpanya..
Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah ya tuhanku.. Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah.. Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniankanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal A’lamin…



Nahh! muka tak sedeh tapi hati....




Happiness is a choice that requires effort at times.


“When a door of happiness closes, another opens, but we often look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us”
– Hellen Keller




P/S: Mood jiwa kacau :(

Hlovate

November 26, 2011

Assalamualaikum..


Hlovate. Sape kaki novel sure depa tau pasai hlovate nehh. Oleh sebab aku pun salah sorang dari kakikaki novel kat luar sana. Maka aku pun terjebak sama. Sebelum ni aku setia dengan novel keluaran Alaf 21. Sebab novel terbitan diorang memang tak pernah mengecewakan aku. Tapi ada kali ni jatuh centa pulak dengan novel Hlovate ni yang diterbitkan oleh Jemari Seni (JS). Awat skema ja ayat aku nehh?


Cerita die memang semua bestbest oh! Semua watak mahupun jalan cerita dalam Hlovate tu memang wujud. Dalam erti kata lain, ini memang kisah benar. Bukan rekaan semata-mata dan memang ada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah pergi *pergi kemana tu aku taktau la.


Aku salute lah dekat penulis novel ni. Sebab low profile. Walaupun sekarang ni ramai giler fans yang setia dengan hasil karyanya tapi tetap tak pernah nak tunjukkan siapa dia sebenarnya. Dia hanya ingin dikenali dengan nama Hlovate. Novel pertama yang ditulisnya ialah GreatTroublemaker_i. Dia start tulis tu masa belajar di tingkatan 3. Bagi Hlovate sendiri, menulis ni adalah cara dia untuk berkongsi dan meluahkan rasa.



...Antara kata-kata Hlovate...


"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."


...dan...


"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."



Ini pulak antara novel-novelnya yang dah sold out..

Aa+bB, Tunas, Versus *baru 3 bijik ni aku baca



Hlovate jugak ada e-karya. Adik aku yang tingkatan 4 tu kalau bagi broadband kat dia memang ini lah yang dia search. Fanatik benor dengan Hlovate. Sampai aku di paksanya beli novelnovel hlovate tuh. adehh.


...e-karya Hlovate...

http://hlovate.blogdrive.com
http://hlovatehikayat.blogdrive.com
http://hlovatulis.blogdrive.com
http://hlovatalk.blogdrive.com


Apa yang aku tahu, Hlovate ni memang ada gayanya tersendiri yang boleh buat aku jatuh centa dengan hasil karyanya. Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. *aku search kat tenet dia kata macam tu.



P/S: Nanti kalau budget lebih nak beli lagi novel Hlovate yang lain-lain tu.
Ini memang betulbetul wujud, tak tipu. *lalalala :)


First Time Retis Datang Rumah



November 26, 2011

Assalamualaikum..


First time retis datang rumah aku. Gilos excited aku wehh. Yela, jarangjarang nak dengar retis datang rumah aku nehh, dahtu bukan sorang ja dua orang beb. Tapi sape retis tu?? Haa mesti korang nak tahu sape retis tu kan. Jeng jeng jeng! Dia ialah Tiz Zaqyah (eh betul ke spelling aku tu) dan sape lagi kalau bukan si kekasih hati pengarang jantungnya Remy Ishak. *hewhewhew



xoxo :)


Mulamula tu memang aku segan giler tahap kurakura sorok kepala ah! Tapi bila dah patpulohnamsaat dok borakborak dengan diorang, ternyata! Diorang ni humble siot. Baik Tiz mahupun Remy. Lepastu barulah borakborak tadi menjadi rancak. Femeli aku pun sporting diorang kata. *awwaww


Diorang tompang rumah aku sebab diorang ada shooting area Rantau Panjang (RP) tu. Rumah aku nak gi RP tu sepulohminit ja dah boleh sampai. Diorang ada bagitau shooting cerita apa tapi aku dah lupa la. Sebab masa diorang cakap tu aku macam dengar tak dengar je.


Diorang ni memang romantik giler la wehh. Masa lunch semalam kitorang ajak la diorang makan sama. Pastu si Remy ni pun pi la panggil Tiz makan siap ber baby ber abang gittew. *jeles aku. Diorang ingat dekat femeli hall tu takdak orang dah, sebab semua dah ngadap meja makan. Tak sedar di sebalik langsir tu aku dok skodeng. Haa kantoi. Depan kitorang i u i u ja.hehe malu lettew.


Haa baru aku tahu, retis ni maintain slim sebab makan nasik sikitttt ja weh. Itu pun sebab nak ambik ati tuan rumah ja kot, kalau tak entah makan entahkan idok. *pandai2 aku je buat andaian. Tapi tu Tiz Zaqyah la. Remy Ishak ni siap tambah lagi. Menu masa lunch tu tomyam ayam, telur dadar, daging masak merah, ikan 3 rasa, sayur kailan dan salad segala tu lah. Mentang mentang la makan dengan retis, banyak pulak umi aku masak kali ni.


Malam tu pulak ada cerita best weh. Dalam pukol 9 macam tu la. Si Remy ni sakit perut la pulak. Masa tu ada orang dalam bilik air. Aku pun tak sure sape ada sebab aku dalam bilik. Tetiba bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Remy beb. Dia kata umi aku suruh dia tompang bilik air dalam bilik aku jap. Sakit perut tak tahan dah katanya. Aku macam terkejut la time tu bagi isyarat tangan je suruh dia masuk. *ok Tiz Zaqyah pulak kena jeles dengan aku.muehahahaha


Satu hari ja diorang kat rumah aku. Esok tu pagipagi lagi diorang nak berangkat balik kolompo dah. Aku pulak bangun lewat sikit sebab malam tu dalam pukul 10 aku dah tidur. Pukul doblas bangun balik nak study Mandarin. Pukul lima aku sambung tidur balik, mata dah tak tahan ngantuk sangat. Tapi tidur kejap je. Aku ada writing test Mandarin pagi tu pukul lapansetengah. *sedih, tak sempat nak say baibai kat Tiz Zaqyah dengan Remy Ishak.




P/S: Aku pun tak tahu kenapa Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang tetiba muncul
dalam mimpi aku.*padahal aku tengah cuak nak ambik writing
test Mandarin.hurmm. Oops! Roparopanya dahku bermimpi.
Padah tidur tak basuh kaki. Laaarrriiikkkkk :D



Komen Christiano Ronaldo (Malaysia vs Indonesia) Sukan SEA 2011

November 21, 2011



Assalamualaikum..


Tak sabar rasanya nak tunggu malam ni. Ghimau akan mengauuuummmm di Palembang. Harapharap Mesia akan menang. Yeah! Hardcore fans. Semangat berkobar-kobar nehh.


Setelah Mesia berjaya tewaskan Myanmar dengan keputusan 1-0. Akhirnya berjaya ke final lawan Indonesia pulek. Dulu aku takdelah nak minat sangat dengan bola ni. Tapi ada sebabsebab yang tak dapat dielakkan meminatkan aku untuk nonton bola ni. Haa nak tahu sebabsebab tu boleh tanya aku sendiri personal hokey.*gedix minah ni


Papepon, aku harap Mesia menang malam ni. Yeah! Semangat tu penting. Jom kita sama-sama doakan yang terbaek untuk skuad Harimau Malaya. *terover pulek aku di sini.hehe


Sebelum tu jom layan apa komen Christiano Ronaldo. Haa jangan mainmain. Christiano Ronaldo pun sokong Mesia hokey! Oh yeah.hewhewhew



video



P/S: Mesia boleh! :)

Inilah

November 20, 2011

Assalamualaikum..


Nahh. Inilah header yang dah lama terkepam elok dalam lappy tapi tak pernah digunakan. Header hasil dari aku join contest dekat belog Innanie. Aku dah mention tentang contest tu dekat ENTRI NI. Kesian dekat Yana (dia yang buat header tu) sebab baru sekarang aku tepek header tu kat belog nehh.adehh.


Aku bukan taknak tukar header tu tapi ada prob dengan blog aku ni. Kan kalau nak tukar header macam biasa la pergi dekat design pastu klik la button edit tu. Tapi aku punya ni takde button edit la pulak.




Dekat header aku takde button edit. Jadi macam ni la.
keliklah dekat gambar ni kalau nak tengok lebih jelas.



Aku dah usha usha member tapi takde yang boleh tolong. Dan kali ni 2nd time aku refer prob berkenaan dengan blogspot ni dekat group FB 2dayblogger. Nasib baik la Topijerami ni hadir untuk bantu aku.ecehh. Kemain lagi ayat aku.hehe. Thanks sangat kat awok deh. Lain kali buleh la mitok tulong lagi deh.*hewhewhew



P/S: Comel kan header baru kiter tu :)

Seribu Kemaafan Dahku Pohon


November 18, 2011

Assalamualaikum..



Dahku hanya manusia biasa yang punya perasaan marah dan dahku catit setiap kemarahan tu dekat sini. Walaupun ayat setan yang digunakan tapi tetap publish di sini. Shame on me.


I am a woman , I am not a princess , I have emotions , a temper , opinions, a very loud voice , and one hell of a right hook .




Kadangkadang tulisan dahku tak menggambarkan siapa dahku sebenarnya. *nak cover lettew.hehe. Dan jugak tak mencerminkan diri sendiri. Kadangkala entri berbaur gosip retis. boleh jadi jugak budget diri seorang J Lo. Tapi entri semalam sangat berbaur EMOSI. Shame on me.


I won't listen to all the people who hate me, because they know nothing about me while I know everything about myself.




Bila emosi menguasai. Dengan akal yang singkat, kata hati dituruti.
I've got haters. Thats the reality.


If you don't like me, someone else will. If you're not missing me, someone else is. If you don't love me, someone else does.


When you let people lie and take advantage of you, you're only demoralizing yourself. You don't deserve to be treated that way.




This is all because of the above facts tentang dahku.hehe.



After the end, moving on may seem like the hardest thing to do, But in the end, it will be the best decision you will ever make.




P/S: Entri kali berbaur kemaafan dahku pohon atas keterlanjuran kata di
entri lepas. Korang maafkan kiter tau.awww :))


Kenapa Nak Jeles Sangat Dengan Aku??

November 15, 2011



Kenapa nak jeles sangat dengan aku?? Vavi betull la. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak pasal pasal mencarut segala kat sini. Kalau hangpa rasa taknak baca boleh blah terus.


Facebook aku kena hacked!! Bodo nak mampos makhluk tu. Kalau hacked ja takpa lagi. Ni hang pi post video haramjadah tu kat wall aku pasai apa?? Aku teros blocked post tu tetiba jadik aku pulak gi post kat wall orang lain natang haramjadah tadi tu.


MANA NAK LETAK MUKA NI?? FB aku tu bukan hang sorang ja dalam friend aku. ABAH aku, MAKCIK aku, CIKGU aku, ADIKBERADIK aku semua ada dalam tuh. BODO LA HANG!!


Kepada sesiapa yang kata aku yang post benda tuh. Harap maklum. Aku dah text status yang FB aku kena hacked oleh natang hanjing mana entah. AKU TAK GILA la nak post benda kotor tu. HANG tu yang GILA VAVI buat gitu kat aku!


Weh! Aku bukan retis la hang nak hacked hacked ni. Eh, hapa lagi perkataan carut marut aku nak bagi semua kat hang!!


FB aku dah DEACTIVED! Puas hati hang! Hari tu belog aku kena removed, sekarang FB aku pulak hang attack! CONGRATS WAT HANG! Fakkkkkk off!




P/S: Aku taip entri ni lepas aku deactive FB aku. Perasaan time ni bercampur
baur,MARAH! MALU! Semua ada. Esok aku ada kelas.Mana nak
taruk muka aku nanti mesti dakdak kelas semua tanya. Semua
ni sebab HANG yang post NAJIS tu kat FB aku!!
go to hell la hang.


Terasa Asing di Negara Sendiri


November 13, 2011



Assalamualaikum..


Terasa asing di negara sendiri. Itu yang tak tahannya. Patut rasa bangga selesa sebab di lahirkan di Mesia yang amandamaisejahtera ini. Tapi tetiba dalam hotak keluar ayat ni "aku sekarang ni dekat Bangkok ke?"


Ini cerita 11.11.11. Bagi aku tarikh tu buat aku sedih bangat. Pasai malam tu kena paksa diri masuk dalam perut bas. Bertolak ke Puncak Alam. Rasa terkilan sebab biasanya abah akan angkut semua yang ada kat rumah pergi hantaq aku berangkat. Tapi kali ni abah sorang je hantaq aku. Umi aku tak ikot sebab mak dia ada kat rumah masa tu. *eh nenek aku la kan. Jadi, mereka mereka yang lain pon tak ikot sama. Sadis!


Ok takpe. Try buatbuat cool tahap nambelasjuta depan abah. Dah la abah gi hantar aku awal kot. Bas pukul lapansetengah tapi pukul lapan aku dah terpacak kat sana. Lapanpatminit dah betulkan duduk dalam bas. Abah dah tinggalkan aku sebab kena balik awal dia ada kerja lain nak dibuat. Hapalah naseb!


Masa tu ada dua orang ja dalam bas. Aku dengan pokcik drebar. Yelah, dah lapanpatminit aku dah terkontangkanting dalam bas. Dalam kul lapanduapuluh tu dah ada nampak makhluk makhluk lain. Lega. Ingatkan aku sorang je penompang. Tapi kau tahu, aku pulak yang jadik makhluk asing masa tuh.


Pasainya, masuk sorang ja 'kaprunkaap sawadeekap'.. Masuk dua orang 'medaaiii2 narathiwat'.. Masuk yang ketiga 'krokodaihanterrr'.. adehhh. Di tempat sendiri dahku terasa macam di negara seberang sana nuh. Depan tepi belakang. Spesies yang sama ja. Sebab tu la aku tak suka sangat naik bas kat Rantau Panjang ni. Tapi sebab dekat ja ngan rumah dahku, terpaksa dahku akur lah.


Naik kereta 10 minit dah sampai pekan Rantau Panjang. Boleh ja nak naik bas kat Kota Bharu tapi abah aku la bizi takut tak sempat nak hantar aku pulak. Nak gi KB ada la jugak patpulohminit baru sampai.


Biasanya kalau dari RP pokcik drebar ni akan ikot jalan lain. Tak masuk KB dah. Tapi malam tu dia pergi KB dulu. Lepas tu barulah terasa dahku sebenarnya ada di Mesia. Ingatkan dahku akan habiskan lapanjam dalam bas dengan makhluk makhluk luarnegara tadi. Nasib baik makhluk yang naik kat KB tu melayu.




P/S: Kenapa orang asing dengan senang sewenang wenangnya boleh masuk negara kita eh? *sungguh tak adil situasi ini.


Padan Muka Aku

November 12, 2011




Assalamualaikum..


Padan muka aku! Otak tetiba jadik tepu dah tak tahu nak hupdate entri pasai apa dah. Dah tepu payah nak jana idea balik. Kalau boleh refresh or format hotak aku dah buat dah.LOL. Dua minggu kot ku biarkan belog bersawang. Seminggu tu tak sempat nak hupdate pasai sibuk mengalahkan PM. Seminggu lagi buat ape lagi. Beraya la kat kampung. Dahsat kan! Orang lain dapat cuti raya dua hari ja. Aku ni seminggu dok beraya. Dahsat dahsat.


Padan muka aku! Tengoklah berapa entri aku untuk November ni. Buat malu ja naa. Rasa macam kena tarik diri dari list Blogger Tegar dekat belog Nizam Ijam ja nehh. Laa ni dah tak berapa nak tegar dah. Orang kampung pun geleng kepala tengok traffic belog aku jatuh menjunam siuttt! Dah macam penerjun yang buat terjunan dari tengkat 99.98 lepas tu baru perasan terlupa nak angkut sekali payung terjun dia. Terus mendarat kat ground floor.adehh


Padan muka aku! Sekarang dah ada kat Puncak Alam. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal abah, umi, akak, adik. Selamat tinggal Toq (kucing). Selamat tinggal orang kampung. Amareka!




P/S: Sekarang dah kena kapel balik dengan buku. Seminggu kot break off.
*nampak sangat cuti hari tu tinggal terus buku semua. Ooops!haha



Kecut Perut

November 03, 2011




Holla peeps! Last hope. Esok ada speaking test Mandarin. Cuak beb. BI boleh la aku nak goreng. Ni Mandarin.adehh. Cemana?
Tapi bila ingat esok last test untuk minggu ni sebelum berangkat balik kampung rayo aji weh! Chill beb.*hewhewhew. Tak sabar pulok nak balik kelate. Nak jupo femli. Dekat dua bule doh dok balik kampung nehh. Seminggu cuti. Nati balik ni nak make daging banyok. Tok sabar nyo la sero. Kbai


P/S: Sila buat buat paham dengan entri ni.*lalalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani