Nak jadi cantik ?!


Salam,


Hai uolls ! Kali ni taukeh nak share and story tentang CANTIK ! Hurmm.. baru2 ni sya ade terbaca tentang 10 tips untuk kelihatan cantik dari luar mahupun dari dalam dengan menggunakan sumber asli..


Untuk mereka2 yang sentiasa sibuk dengan kerja2 atau aktiviti2 masing2 pastinya tidak punya banyak masa untuk menjaga wajah dan tubuh badan supaya kelihatan cantik dan sihat kan ? Sebenarnya, petua yang ingin sya share ni tak perlukan banyak masa pun.. Cuma kita perlu jadikan ia sebahagian dari amalan kita sehari-hari.. InsyaAllah, menjadi !

Ok la before taukeh bercakap banyak lagi.. Mari kita tengok apakah tips2 yg perlu anda tahu.. Let’s check it out J





  • KEMPISKAN PERUT DENGAN ASAM KEPING

Percaya atau tidak ? Mari kita cuba..hehe.. Bagi sesiapa yang rasa perut mereka semakin hari dah semakin memboroi.. Sila cuba tips ini bagi mengembalikan semula badan yang langsing.. (taukeh sangat terasa dengan kata-kata itu)..


..Asam keping..

Ambil satu atau dua keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air mulai suam. Minum air ini setiap pagi dan malam.


  • MERAWAT KULIT BERKEDUT

Bagi seseorang yang telah mencapai usia 40an, pastinya masalah kulit berkedut yang menjadi masalah kan.. Terutama kpd kaum wanita sbb takut suami lari nanti.. (boleh pulak taukeh ni joke pasal isu sensitive ni kan).. Ok, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku jom, do something !


...Lobak merah...

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan dan campurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu oleskan pada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan..

  • MENGHILANGKAN PARUT PADA KULIT

PARUT ?! Oh, noooo…. “Bio oil dah habis, macam mana ni?” Ini jawapannya..

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian yang berparut. Lakukan sekerap mungkin, lama-kelamaan parut akan beransur hilang.

P/S: Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan

jerawat di wajah.


  • MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Inginkan kulit muka yang halussss ? (tak nak takpe)..

...Asam Jawa...

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Kemudian, pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit. Selepas itu barulah dibilas.


  • LICINKAN KULIT MUKA

Tadi dah haluskan kulit muka.. Sekarang kita licinkan pulak.. TERBAEK LAH !

..Kunyit hidup..

Ambil 1cm kunyit hidup, setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan ke muka. Biarkan ia kering dan amalkan menyapu ramuan ini pada wajah setiap hari sebelum tidur.


  • NYAHKAN KELEMUMUR

Terasa gatal-gatal pada kulit kepala? Sah, ada kelemumur la tuuu..

..Limau purut..

Perah air limau purut di atas kulit kepala. Kemudian, lumurkan rata2 dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil yang lebih berkesan, biarkan rambut diperap dengan tuala. Selepas itu, basuh dengan air.


  • ATASI RAMBUT GUGUR

Bukan setakat orang yang pregnant je boleh gugur.. Rambut pun gugur jugak.. Kalau tak caye, try tengok kat lantai dalam bilik masing2.. Ade rambut kan? (nampak sangat taukeh ni jarang pegang penyapu kan).. ngeh3..

..Kacang Hijau..

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu pada kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.


  • MERAHKAN BIBIR YANG HITAM

Bibir hitam? Biasanya orang yang hisap rokok je bibir hitam nih.. Tapi ade jugak orang yang tak hisap rokok tapi bibirnya hitam.. Jom merahkan bibirmu..

...Daun Sirih...

Ambil tiga helai daun sirih lalu perah sehingga ia mengeluarkan air. Kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan InsyaAllah bibir kamu kembali merah.


  • ELAKKAN BADAN MENJADI GEMUK SELEPAS BERSALIN

Wanita yang hamil pastinya akan bersalin.. (lawak yg tak perlu ketawa).. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan bentuk badan tentu takut jika badan menjadi gemuk selepas bersalin.. Takde masalah bagi anda kerana petua ini sedia membantu.. Ahakz..

...Halia Cina...

Ambil 5cm halia Cina, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk semua bahan sampai lumat. Kemudian, perah sedikit limau nipis dan makanlah bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam setiap hari selama tempoh anda berpantang.


  • AWET MUDA

Haa.. sekarang tibalah masa untuk petua awet muda.. Sape tak nak awet muda? Semua nak kan.. Always 21 gitu.. hehehehe..

Selepas bangun pagi amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiring selawat ke atas Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari, InsyaAllah kamu akan kelihatan awet muda.


SELAMAT MENCUBA !!<o:p></o:p></font></u></b></p><p class=




4 orang rajin comment:

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Huhhh.. jdi ctik je ke ada , jdi hensem , x de ke . . :P

Syairani Tarmizi said...

hehe.. insyaAllah coming soon :-)

Anonymous said...

Assalam...waahhh bagusnya.byk petua...yg kulit kayu manis dlu2 masa kecik biasa buat...dok tgk akak buat...dia yg paksa lumurkan...yg kacang hijau tuu kan...redam jer ker?tak yah masak2?...

Terbaru►Tutorial : Buat Banner Online

Syairani Tarmizi said...

Owh yeke.. urmm, rendamkan je kacang ijau tu.. tak yah masak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani