Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Cerita Raya Ke-4 yang Happening!


August 07, 2011

Assalamualaikum..


Masa aku muda-muda dolu (mcm la dah tua kan), aku penah cakap dekat akak aku cenggini.. 'k.amy, nanti tak payah la kawen lagi.. Kerja carik duit dulu banyak-banyak lepas tu boleh lah belikan kereta untukku.. Boleh bawak pi kampus, penatlah dah la habis kelas petang dah, panas pulak tu, pastu kena tunggu bas rapid KL tu.. Kalau time balik tu orang ramai, kena berdiri dalam bas tu dekat sejam tau..' Giler ah alasan gua memang tepat padat weh..


Hurmm tapi ape kan daya, gatai betol akak aku ni.. Tak sabor-sabor nak kawen yer.. Haa tapi dia tak kawen lagi, tunang dulu.. Sebab tu lah tajuk entri kali ni Cerita Raya Ke-4 yang Happening.. Sebab ada yang bertunang rupanya..kahkahkah.. Pape pun, a big CONGRATS for u sis.. Dah jadi tunangan orang yer kakakku ni.. xoxo



SELAMAT BERTUNANG SISTA!!



Gambar tempat termeterainya kisah cinta antara
si dia dan si dia *-*



Dengan ini, sahlah kamu menjadi tunangan
orang yer sista!



Time ni la DUP DAP DUP DAP :P





Suasana majlis yang penuh gilang-gemilang dengan
kehadiran kaum kerabat, sepupu-sepapat.. (ayat paling over di dunia)..




Semoga cepat-cepatlah hangpa kawen supaya ku
dapat merasa anak buah sulung darimu...kahkahkah






Calon bakal bertunang pada bila-bila
masa saja dari sekarang..





Baru sempat diriku termasuk dalam gambar..
Gambar sengaja di blurkan sedikit supaya tidak ketara
PATI di wajahku itu kelihatan buat tontonan umum...ngeh3




Patut la tak sempat nak bergambar, sebab aku lah camera
woman pada hari kejadian..Eksaited terlebih dapat
pegang DSLR.. *sila bangga




Gambar kredit untuk aku sebab berjaya jadi photographer tak diiktiraf pada hari berlangsungnya majlis pertunangan sista! Untuk pengetahuan semua, DSLR tersebut adalah hak milik kekal bakal abang ipar.. ececece... *wondering, bila la aku dapat pegang D90 eh? Di sini juga aku nak nasihatkan ya alls yang bakal dapat abang ipar or kakak ipar.. Carilah macam bakal abang iparku sebab dia sangat pandai ambik hati bakal adik iparnya dengan sepenuh kepercayaan dia menyerahkan DSLR nya kepadaku..



Dan dengan pengalaman lebih kurang 10 minit aku di ajar menghandelkan camera tersebut, maka pada hari kejadian, aku dengan bangganya pura-pura seorang yang pro menangkap gambar mereka-mereka yang hadir.. Keputusannya, ternyata lakonanku berhasil bila ku lihat wajah-wajah mereka dalam lensa yang ku halakan ke arah mereka.. muahahahahahahahaha



Tahniah untuk aku jugak hokey.. Tapi takde la teruk sangat gambar yang aku senep tu.. Korang tengok la sendiri kat atas tu kan.. Ok hapa.. Ye dak?? hehehe.. Banyak lagi gambar yang ku tak pamerkan kat sini.. Bukan hapa, ku terpaksa tunggu sampai 10, 15 minit untuk 1 gambar di upload.. Sanggup kau??



P/S: Wanna take a short nap after writing this entry.. Babai..

(Meriah) Sambutan Merdeka Raya

September 05, 2011


Assalamualaikum..


Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka buat semua blogger dan sesape saja yang mengenali diri ini.. Cewahh macam la ramai sangat yang kenal ngan aku yang entah sape-sape di bumi Tuhan ni kan.. Hurmm tak kesah la hapa-hapa pun.. Kita kan 1 Malaysia.. Ye dak?


Haa ni aku nak cakap pasal Sambutan Merdeka Raya yang diadakan di kampung halaman tercinta tempat tumpah darahku ni.. Ermm kampung aku pun tak ketinggalan nak sambut haghi ghaya dengan merdeka ni.. Kemain lagi semangat orang-orang kampung aku ni weh.. Ramai giler yang datang memeriahkan majlis pada malam 31 Ogos yang lalu.. Tapi haghi ni baru aku nak hupdate story 31 Ogos eh?? hihihihi.. biase lor, baru sempat..


Jomlah kita nengok gambar-gambar yang sempat di senep sekitar majlis..



Antara tetamu yang hadir..



Retis jemputan, ada Adik Wani duet
dengan anak jati kampungku..



Haa ni la Adik Wani retis tuh.. First
time tengok dia comel gak..hihi




Ada deklamasi sajak Merdeka!



Countdown...



Tepat jam 12 a.m. bersamaan dengan 31 Ogos 2011..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Semua syok jer nengok bunga api tuh..hikhikhik




Selesai sudah majlis Sambutan Merdeka Raya kat kampung aku nih.. Hurmm ramai yang datang.. Yela sebab kan hari raya, so perantau-perantau semua pulang ke kampung.. Tu yang meriah sikit tu.. Harapnya tahun depan ada lagi majlis macam ni.. InsyaAllah.. :)


..Okbai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani