GILA SETEROBERI

SUNDAY, JULY 10, 2011
02:05 a.m.



Salam uolss..







Bila cakap pasal seteroberi neyh mesti semua terimagine kehijauan alam, tetiba rasa fresh, cool jew.. Pastu tarik nafas panjang-panjang and then hembus slow-slow.. Hurmm, banyaknya SETEROBERI.. Haruman daun teh menusuk lobang hidung (kembang 2 inci).. Wahhh ! Ada rama-rama.. Cantik sangat.. Nyamannya kat Cameron Highland ni.. Tapi asal sakit pulak kepala ni, macam ada orang ketuk pakai senduk ja (takkan rama-rama tu ketuk aku)..




Lahhh ! Kat dapur rupanya taukeh.. Tadi mati-mati ingat kat Cameron (naseb baik tak mati).. Haishhh.. kacau mood betul my mom ni.. Naseb baik senduk je hinggap kat kepala taukeh ni.. Di buatnya periuk belanga dalam cabinet tu yang melayang tak ke naya.. hehehe.. Alah u alls ni.. Kan taukeh da cakap tadi ‘IMAGINE’ kan.. Urmm WHATEVER la taukeh ni.. Tapi taukeh tahu mesti u alls ingat taukeh pi Cameron kan kan kan kan… Haaa dah agak dah..




Actually, bukan taukeh yang pi sana, tapi my dad yang pi.. Last week dia ada seminar kat Melaka.. On the way balik menyinggah lah dia kat Cameron tu.. Hapa lagi, beli la buah kaki buat kamek-kamek kat rumah ni.. Ala biasa la u alls, kalau tak sayur, teh, bunga, maka SETEROBERI lah yang menjadi pilihan..
Then HURRAY lah bagi mereka-mereka yang GILA SETEROBERI.. Gerangan siapa lagik kalau bukan my lil sis.. ADIK IQA ! Walaupun air liur sudah meleleh time ketibaan rombongan cik kiah, dengar saja SETEROBERI di sebut-sebut maka tanpa berlengah lagi lahh..




Aksinya sempat di snap oleh lensa handphone burukku !



Makan jangan tak makan !







Sedang menikmati...







Tahu pun masam.. Amekkaw !







Nak amik gamba sangat an.. Neyh posing maut punya..





P/S: Taukeh sempat telan sebijik jek, tak suka sangat SETEROBERI sebab MASYAMMM




...321 CINTA...

Thursday, July 07, 2011
05:30 p.m.



Salam u alls..



Nak tanya, u alls dah tengok citer 321 Cinta tuh?? Apa, belum lagi?? Hapa la u alls ni (mentang2 la taukeh dah kan).. Ala taukeh ni, macam la best sangat citer tu an.. Boleh blah laa.. Eh eh eh korang jangan cakap cenggitu la weh ! Walaupun ramai yang berpendapatan yang filem2 Melayu ni tak berapa nak ngam kan.. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, 105% TAUKEH BANGKANG SAPE2 YANG BERPENDAPATAN CENGGITU !!




Kita sebagai anak Malaysia, kena sokong filem2 negara kita (bakal PM dalam ucapannya).. Baru lah MAJU Mesia neyh ! Apada u alls ni.. Best hapa citer tuh.. Entah kenapa taukeh macam excited je nak tengok 321 Cinta bila tahu dah ada kat pawagam hari tuh.. Tapi sekarang dah takde la kat pawagam.. Sekarang dah di tayangkan kat Astro suda.. Tapi kenapa taukeh cam excited tadi tu?? Maybe sebab depa bikin citer tuh kat kampus taukeh and for your info, I WAS THERE TIME TUH !! Muahahahahaha.. Sebenarnya nak bagitau u alls pasai tu ja kan..hehehehe..





Haa sekarang baru u alls ada feel sikit nak tengok that movie kan.. Yela sebab nanti boleh tengok kampus taukeh.. Tempat taukeh belajaq kan.. Apa?? Korang tak tahu taukeh belajaq kat mana? Laa patut lew taukeh tengok korang macam BLURRR ja an.. (buat muka nak kena penampor).. Actually taukeh menuntut kat UITM Puncak Alam (memang puncak betoi tempat tuh).. Tapi sebelum hangpa semua tengok sendiri and boleh buat penilaian hangpa sendiri pasai that movie.. Taukeh bagi hangpa read ini sinopsis dulu okeh !










Sinopsis


Mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati. Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.




P/S: Watak SAM dalam citer memang menjadi.. TERBAEK ! Tahniah buat Diana Amir..




Bagi sape sape yang nak download 321 Cinta boleh dapatkan link untuk download KAT SINI ye !! :)



TOMOK KAWEN DENGAN MIZZ NINA


Monday, July 04, 2011
01:30 a.m.


Salam uollssss...


Haa buat ape tu?? Tekejut berok ye dgn TAJUK ENTRI taukeh tu ek.. Ala korang takyah la nk tekejut berok sgt eh.. takyah eh.. Biar berok je yg tekejut.. hahahaha.. Takde la korang, taukeh joke je la.. Sekali sekala joke takkan takleh kan.. Haaa korang senyum mcm tu la comel mcm taukeh ! (nak jgk taukeh nieh)..



Sebenarnya Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan dah selamat nikah dengan bini die la.. Siti Rahayu nama nya.. Comel :) Bini die ni pramugari MAS.. (laa patot la comel, pramugari upenya ye).. Kat bawah ni gambaq depa time majlis tuh.. Btw, taukeh nak ucap tahniah lah buat tomok dan isteri, semoga berkekalan hingga akhir hayat hendaknya.. Yeay !





CONGRATS TOMOK :)



...Dup dap dup dap... di dlm dada....






So sweet :)


Pada majlis tu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11.. Manakala pihak lelaki menerima sebelas dulang hantaran balas..





APA?? Eh taklah.. Mizz Nina kawen dgn Noh Hujan laa.. Bukan dgn Tomok.. Tajuk entri taukeh tu saje je nak bagi korang gelabah kan..hehehe.. Depa ni kawen pada hari yg sama.. 02 July yg lepas.. Tahniah la buat Nina & Noh !! Semoga u olls cepat2 dpt anak nanti ye.. Amin.. :)




CONGRATS MIZZ NINA & NOH :)



...Di saksikan bapa Mizz Nina, Tan Sri Dato' Azman...





...Setelah bergelar suami dan isteri...




Taukeh taukeh, berapa hantaran Mizz Nina & Noh Hujan ni ??



Noh Hujan menghadiahkan 7 dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan Mas Kahwin sebanyak RM888.88 .



Mizz Nina membalas 9 dulang hantaran antaranya sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, Playbook dan cincin.






TIDUR LAMA CEPAT MATI

Sunday, July 03, 2011
21:30 p.m.


Salam semua...



Entri kali ni taukeh nak talk tentang fakta atau research bout sleep ! Hurmm.. tidur (wondering).. Oops ! Before dat taukeh ade 1 soalan nak tanya uolls.. Ye satu je tak banyak pun.. Soalannya penah tak korang alami saat tido yang tak best?? (tak temasuk nitemare or watsoever la kan).. Penah tak?? Tak penah kan kan kan.. Perkara yg paling best kat dunia ni ialah SLEEP ! (akhirnya taukeh mendedahkan tabiat buruknya yg SUKA TIDO).. Bukan taukeh je yg cakap mcm tu.. Korang pun sama kan.. ( ala tak nak ngaku ye korang nieh)..



Untuk sape2 yang suka tido atau masenye sehari-hari ni lebih banyak d habiskan dengan tido.. BANGKIT LAH U OLLS.. TIDO BOLEH MENYEBABKAN KORANG CEPAT PERGI ! Apa?? Korang tak pecaya ya.. Ok2 xpe.. Kalau macam tu mari kita sama2 read ini pulak..




KENIKMATAN TIDO YANG TAK TERHINGGA :)



MEH BACA MEH...





Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa…


- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih cepat.



Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda pergi menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.



Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)



Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)



Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.




Olololo.. takyah la buat muke cenggini.. bukan tak ley tido langsung OKEH !




P/S: Sama2 lah kite kurangkan waktu tido kita sehari2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani