Showing posts with label Senyum. Show all posts
Showing posts with label Senyum. Show all posts

Retired

July 18, 2012

Holla peeps!

Takpayah nak buat-buat tekejut sangatlah. Taukeh belog ni bersara dari dunia bloggingnya buat sementara ja dulu. Hampa toksah la nak sedih sangat naa (macam la orang pedulik kan). Di atas sebab-sebab yang tak dapet den nak nolong ni, terpaksa lah stop dulu blogging ni. 

Untuk pengetahuan hampa, aku sekarang tengah bersemester break sambil berbueno. Tapi break kojap jo. Kena internship la pulok. Apa la naseb aku ni, baru je nak rasa cuti panjang lepas penat lelah aku berpereang dengan final exam. Nak kena internship pulok.haihhh. Sungguh tak adil cenggini. 

Ekceli aku cuak sebab first time nak kena kerja ni. Cemana la nanti kan. Boleh tak nak adapt dengan dunia kerja yang jauh bezanya dengan dunia belajar ni. Harap-harap semua berjalan lancar la nanti. Hampa doakan aku gak tau. (sempat aje).

SEE! Kata nak retire, tapi still taip panjang berjeler ni apesal?? Aku bukan ape beb, darah blogging dah sebati dalam tubuh aku (pinjam ayat sasterawan negara sat). Giler nak berenti blogging?? Haa tu la prob aku. Tapi aku kena la inform kat sini yang bahawasanya taukeh belog ni takkan update belog buat sementara waktu ni. 'Sementara' aku ni taktau la sampai bila tu.kuikuikui. Tapi siyes, takleh nak janji sampai bila baru aku nak aktif blogging balik.

Kalau hampa nak tau, hampa bayangkanlah lama tak lama aku menyepi sampai password belog buleh lupa. Siot je. Kata darah mengalir sebati dalam tubuh bagai an, tapi password pun boleh lupa apa celop??  Tu la pasai. Solusinya terpaksa la reset balik password baru la leh taip entri ni.

Banyaknya nak story kat hampa ni.. Tapi mata dah tangkap leleh ni. Tu la sape suruh taip entri time pagi-pagi buta ni kan. Time ni orang tengah syiokk tidoq lerrr. Nak wat cemana dah terbiasa blogging time pepagi gini.hurmm.

Sebelum aku lentok ke alam mimpi, aku nak ambik kesempatan ni untuk ucap berbanyak terima kasih pada hampa-hampa kecintaanku yang sudi singgah teratak usang aku ni. Yang singgah sambil belek-belek entri lama aku tu thanks a lot (mana ada entrri baru nak belek kan). Pastu kepada yang singgah drop comment, yang sambil lelambai je, thanks jugak yer. 

Walaupun dah bersawang belog ni tapi still ada yang like FB page cEriTeRaLiFeKu and drop comment dekat sana. Dan ada jugak yang PM tanya bila nak update belog. Aku terharu sangat hampa peduli jugak pasai belog aku ni yer. Tak sangka.hee. (budget retis lettew). Takde la, at least aku tau la yang aku ni takdak la syiokk sendiri dok update belog ni kan. Aku ada hampa. Ye dok? And sebab hampa la wujudnya entri yang tak semenggah ni.  Itu tandanya aku appreciate hampa tau dak. (siyes bukan ayat kencing, ikhlas dari lubuk hati).

Ok la. Aku blah dulu naa. Keep in touch k. Sayang hampa. Nah hadiah.


=)

Re-post Entri: Hang Kata Hang Sengal ?


AUGUST 25, 2011

Assalamualaikum..

Hey ! Sapa pulak sengal neyh.. hang ada gaduh ngan sapa2 ka?? Takdak ! Dah tu hang buang tabiat ka hapa cakap sengal2 ni? Dak aihhh..


Haa..korang cer teka entri aku kali ni pasai apa noo.. Kalau korang nak tahu (mesti korang tak sabar2 nak tahu an an an).. Ooo tak eh?? Xpe la aku tetap nak bagitau korang pasai apa wujudnya entri ni.. Aku sebenarnya ada teka teki buat hangpa semua..


Aku ada 15 soklan nak test korang.. Katakanlah (katakanlah dengarkanlah percayalah) sumbang beno suara taukeh kalau nyanyi yer.. Urmm sambung, katakanlah korang Berjaya jawab 10 soklan daripada 15 tadi (cewah! Konon2 terrar la korang) maka memang dah sah & tak payah ragu2 lagi sebab korang memang ‘SENGAL’ !! (mcm aku).


Apa tunggu lagi.. Cer teka.. Cer teka..


Soklan2nye adelah….


1. Pintu ape walaupun dgn 10 orang pun tetap tak boleh tolak ??

2. Saya ada 3 kepala, 4 tangan & 5 kaki. Siapakah saya ??

3. Apa dia, ‘Jauh di mata dekat di hati’ ??

4. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila ??

5. Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson ??

6. Nak mencari punya la susah, bila dah dapat buang. Apa kebendanya tu ??

7. Apa persamaan kain jemuran dengan telefon ??

8. Kenapa pokok kelapa depan rumah harus ditebang ??

9. Banyak2 bas, bas apa yang pandai??

10. Ahmad bin Abu, kambing bin apa ?? (ape punya soklan daa)

11. Apa benda bila masuk segi tiga bila keluar bergulung-gulung ??

12. Antara kapal terbang & kuih lepat liat, mana yg paling tinggi ??

13. Masa dia hidup kita nyanyi, bila dia mati kita tepuk tangan ??

14. Scorpion warna apa ??

15. Ada sorang imam, tengah sembahyang kemudian ada la sekor anjing ni lalu depan imam tu. Lepas tu dia jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ??


AKU TAU YANG TERLINTAS KAT FIKIRAN KORANG “ENTAH HAPA2 ENTAH SOKLAN MINAH NI BAGI”.. kan kan kan..hahaha..


Muka korang dah cenggina haa..
Bengang ! Tak moo tak moo..


Pape pun tanggapan korang, taukeh nak bagitau selain sakit otak korang sebab piker pe menda jawapannya, korang jugak boleh ukur tahap kesengalan korang..setanding taukeh ke tak?? Tak leh blah.. Hahahaha..


Ok rileks…rileks…dah angsa semua kan?? Ni dia aku bagi
terus angsa nya.. JENG JENG JENG 


1. Pintu yg ada tulis TARIK
2. Pembohong
3. Usus
4. Sebab lelaki kan buaya
5. Dua2 tak kenal korang
6. Taik hidung
7. Dua2 kalau dah kringggg ! bole diangkat
8. Mestilah kena tebang, takkan nak cabut pulak
9. Bas sekolah
10. Kambing Binatang
11. Seluar dalam lerrr..hahaha
12. Kuih lipat liat, sebab kapal terbang sampai langit tapi kuih liat sampai lelangit
13. Lilin masa sambut HEPY BESDAY
14. Kala jengking lah
15. Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri, bukan kaki imam tu..


KETAWA TERBAHAK-BAHAK TAK INGAT DUNIA

KETAWA SAMPAI PECAH PERUT TU TIPU LA KAN !! 

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

SUNDAY, AUGUST 14, 2011
01:30 a.m.


Assalamualaikum..

Ok lagi segmen yang aku join.. Segmen kali ni betul-betul buat aku sedar diri bahawa belog aku neh sangatlah picisan sebab follower pun tak sampai 500 orang lagi..hahaha.. *gelak untuk diri sendiri.. (that's not funny ok).. muahahaha.. Moral of the story kenalah berusaha lagi untuk terus maju dalam dunia blogging ni.. Haa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Ye dak?? ececece.. Amacam? Nak join jugak kelik gambar kat atas tu.. KELIK SINI pun boleh gak.. *teehee


Jadi, untuk memenuhi syarat2 penyertaan, dengan bangganya aku taip kat bawah ni:

Nama
Norsyairani bt Tarmizi

Hobi
Daydreaming, blogging, chatting, reading novels, travelling, photography.. *kalau
nak listkan semua sampai esok pun tak habis.. kihkihkihkih



P/S: errr No fon tak payah tulis ke? muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani