Showing posts with label Sayang u lebey lah... Show all posts
Showing posts with label Sayang u lebey lah... Show all posts

Retired

July 18, 2012

Holla peeps!

Takpayah nak buat-buat tekejut sangatlah. Taukeh belog ni bersara dari dunia bloggingnya buat sementara ja dulu. Hampa toksah la nak sedih sangat naa (macam la orang pedulik kan). Di atas sebab-sebab yang tak dapet den nak nolong ni, terpaksa lah stop dulu blogging ni. 

Untuk pengetahuan hampa, aku sekarang tengah bersemester break sambil berbueno. Tapi break kojap jo. Kena internship la pulok. Apa la naseb aku ni, baru je nak rasa cuti panjang lepas penat lelah aku berpereang dengan final exam. Nak kena internship pulok.haihhh. Sungguh tak adil cenggini. 

Ekceli aku cuak sebab first time nak kena kerja ni. Cemana la nanti kan. Boleh tak nak adapt dengan dunia kerja yang jauh bezanya dengan dunia belajar ni. Harap-harap semua berjalan lancar la nanti. Hampa doakan aku gak tau. (sempat aje).

SEE! Kata nak retire, tapi still taip panjang berjeler ni apesal?? Aku bukan ape beb, darah blogging dah sebati dalam tubuh aku (pinjam ayat sasterawan negara sat). Giler nak berenti blogging?? Haa tu la prob aku. Tapi aku kena la inform kat sini yang bahawasanya taukeh belog ni takkan update belog buat sementara waktu ni. 'Sementara' aku ni taktau la sampai bila tu.kuikuikui. Tapi siyes, takleh nak janji sampai bila baru aku nak aktif blogging balik.

Kalau hampa nak tau, hampa bayangkanlah lama tak lama aku menyepi sampai password belog buleh lupa. Siot je. Kata darah mengalir sebati dalam tubuh bagai an, tapi password pun boleh lupa apa celop??  Tu la pasai. Solusinya terpaksa la reset balik password baru la leh taip entri ni.

Banyaknya nak story kat hampa ni.. Tapi mata dah tangkap leleh ni. Tu la sape suruh taip entri time pagi-pagi buta ni kan. Time ni orang tengah syiokk tidoq lerrr. Nak wat cemana dah terbiasa blogging time pepagi gini.hurmm.

Sebelum aku lentok ke alam mimpi, aku nak ambik kesempatan ni untuk ucap berbanyak terima kasih pada hampa-hampa kecintaanku yang sudi singgah teratak usang aku ni. Yang singgah sambil belek-belek entri lama aku tu thanks a lot (mana ada entrri baru nak belek kan). Pastu kepada yang singgah drop comment, yang sambil lelambai je, thanks jugak yer. 

Walaupun dah bersawang belog ni tapi still ada yang like FB page cEriTeRaLiFeKu and drop comment dekat sana. Dan ada jugak yang PM tanya bila nak update belog. Aku terharu sangat hampa peduli jugak pasai belog aku ni yer. Tak sangka.hee. (budget retis lettew). Takde la, at least aku tau la yang aku ni takdak la syiokk sendiri dok update belog ni kan. Aku ada hampa. Ye dok? And sebab hampa la wujudnya entri yang tak semenggah ni.  Itu tandanya aku appreciate hampa tau dak. (siyes bukan ayat kencing, ikhlas dari lubuk hati).

Ok la. Aku blah dulu naa. Keep in touch k. Sayang hampa. Nah hadiah.


=)

Sape Artis Tak Sombong #3

September 20, 2011


Assalamualaikum..


Rasanya dah lama aku tak buat entri ni.. Bagi sesiapa yang baru follow belog aku ni memang la korang tak tahu tentang kewujudan entri sebegini.. Sebabnya, bagi mereka-mereka yang dah lama follow aku pun belum tentu terperasan bahawasanya aku ada buat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG ni..kahkahkahkah.. Konon nak feeling retis lah orang nak perasan setiap entri kau? Ok, aku tahu aku bukan sape-sape bagi korang.. Eh?



Ok la jom kiter citer pasal sape pulak retis yang tak sombong kali ni.. Before this aku dah ada citer pasal ni kat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #1 dan entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #2.. Aku ni bukan apa, aku tak la kata retis tu semuanya sombong.. Cuma, kalau ada retis mana-mana yang reply tweet aku dekat TWITTERLAND tu semuanya akan termasuk dalam kategori ARTIS TAK SOMBONG yang aku create ni.. Memandai je minah ni kan..



Tapi syiokk weh dapat tweet dengan retis ni.. Haa sekali diorang reply tweet aku.. Huhh! Kat sini aku taruk gambar diorang..muehahaha.. Takde la, betul aku cakap ni.. Sape tak sonok kalau boleh borak-borak dengan retis ni.. Kena pulak retis yang reply tweet tu kita admire tahap separuh mati.. Hamagadd! Tak tidur malam di buatnya.. Haa tampa membuang masa lagi moh ler kita nengok retis mana yang tercalon dalam kategori retis tak sombong aku ni..




Fouziah Gous




Julia Ziegler




Sharifah Shahira




Fiza Sab Jahan




Azza Elite




Erin Malek



Eh? Semua retis pompuan ke.. Haishh, nanti la aku usha-usha retis laki pulak.. Amacam? Bagus kan diorang ni.. At least diorang say hi jugak dekat fans diorang.. Dan antara retis yang aku list kan kat atas tu.. Yang paling aktif bertweet-tweet dan yang paling banyak reply tweet ialah Shila Amzah tu.. Huihh! Sekali dia tweet, penuh timeline aku weh.. Kalau aku jadi Shila Amzah ni kan, aku rasa tak larat aku nak reply tweet semua orang.. Cewahh, feeling retis lettew minah ni..muehahaha..



Tapi kan, retis yang tak pernah reply tweet aku sampai la ke hari ni korang tahu sape? Haa tak payah nak main teka-teki lah.. Biaq ceq habaq mai.. Fasha Sandha la retis tu.. Hadoii..feeling ekslusif betul Fasha Sandha ni.. Aku nengok, banyak jugak tweet yang dia reply tapi ngapei tweet aku tak pernah dia nak berkenan eh? Feras la cenggini.. Tapi takpe, aku takkan putus asa.. Nanti aku tweet dia banyak-banyak biar tweet aku je kat timeline dia..hahahaha



P/S: Ok la, penat menaip.. Terima kasih sebab baca sampai habis.. xx :)


Rinduku Terhenti ^_^

SEPTEMBER 03, 2011



Assalamualaikum..


Cewahh tajuk entri kemain lagi rinduku terhenti la pulok.. Kerlass kau jah! haha.. Bukan hapa, seyes memang ku rindu giler nak hupdate belog nih.. Seminggu lebih udah den tak hupdate ni weh.. Konon bizi la kan.. Tapi betullah, memang bizi pon.. Takde lah sampai mengalahkan PM tahap kebizian ku itu yer..kahkahkah


Seminggu before raya tu biasa la.. Semua orang bizi manjang je.. Mana nak tukar langsirnya, nak kemas rumah, nak buat biskut raya, buat kek nya lagi.. Pendek kata, kalau buat kerja last-last minute ni memang tak menang tangan lah.. Haa nak di jadikan cerita, pada 02 September bersamaan dengan hari Jumaat, atau lebih dikenali dengan hari raya keempat.. Kakak aku ni pulak bertunang.. Hamekkaw!


Hamboi.. Mana nak menang tangannya kan.. Silap hari bulan, kaki pun boleh kalah jugak tau.. Ye dak?? Hurmm.. Pejam celik pejam celik, hari ni barulah ada masa ku nah hupdate belog neh.. Haishh, dah bersarang belog ni di buatnya..


Aku sebenarnya tak nak biarkan entri ni panjang, tapi bila dah dapat naip ni ku tak dapat nak bendung gian ku ini.. Tak boleh berhenti naip siott.. hahaha.. Takde la ku gurau je.. Nanti akan ku hupdate lagi entri-entri yang terpaksa di tangguhkan sepanjang hari raya ni okeh..


Boleh tak aku nak anggap konon-konon ramai followers yang rindukan aku hupdate belog ni.. Boleh tak? Haa kalau boleh tunggu entri terbaru dariku yer cinta-cinta ku sekalian.. (buat muka mintak penampor).. Bagus betul la korang ni.. Nak kiss sikit..


Sorang dapat satu hokey :)



..Okbai..

Yeay! Header Baru Dah Siap ^^


AUGUST 24, 2011

Assalamualaikum..


Haa seperti mana yang aku dah janji ngan korang dekat entri First Time Menang Contest hari tu.. Aku janji nak tunjuk kat korang header baru kan.. Kat atas tu la header nya.. Shomel kan..Header ni aku dapat free jer.. Sebagai hadiah aku menang Contest Belog Aku Kena Gigit.. Dan untuk pengetahuan korang, header ni air tangan sepenuhnya oleh adik Yana Kit Kat yang kiut miut ni.. TQVM yer Yana.. Really love it!


Kalau tak silap Yana ni dia ambik tempahan jugak untuk header ni.. Kalau sape-sape berminat nak try header doodle baru yang shomel macam kat atas tu boleh lah contact dengan Yana yer..hehe..


Tapi nape aku tak tukar pun header tu?? Haa bukan tak nak tukar tapi ada prob sikit dengan aku punya belog ni..haishh.. Takpe la kalau dah setel nanti baru aku tukar okeh..


...Tata Titi Tutu...

First Time Menang Contest ^^


August 21, 2011



Assalamualaikum..

Woww! Betul ke aku menang ni weyh.. Macam tak caye jer.. Ececece.. Tapi contest hapa pulak ni?? Alah, Contest Blog Aku Kena Gigit yang aku join haghi tuh.. Tak silap aku pada 03 August lepas tarikh die.. Dekat Entri Ni aku tulis..


Bukan hapa, aku join tu sebab hadiah die best wooo.. Penganjur a.k.a Cik Innanie nak kasik hadiah dari barang-barang bodyshop.. Sape tak nak kan.. Tapi, nampaknya aku kempunan lah nak ghaya dengan barang bodyshop tahun nih.. Sebab nya aku bukan lah pemenang tempat 1, 2, mahupun 3..muahahaha.. *Dekat entri Cik Innanie YANG NI nama aku tersenarai..


Habis tu? Tadi kata menang.. Yela menang tapi tempat ketuzuh je lah bro.. Walauhapapun, aku tetap bersyukur ke hadrat illahi kerana di bulan yang mulia penuh keberkatan ni.. Aku masih diberi kesempatan untuk menang.. Tempat ketuzuh pun tuzuh lah.. Dapat hadiah gak.. *sambung ucapan.. Terima kasih tak terhingga kepada mak ayah kat kampung, tak lupa jugak kepada pihak penganjur saya iaitu Cik Innanie dan yang paling penting.. Terima lah kasih saya buat pemenat-pemenat saya di luar sana.. Tanpo korang siapalah saya.. AI LEBIU *jerit..


Amacam? Boleh jadik retis tak aku? Haa tadi tu speech retis time atas pentas gi ambik award lettew.. muahahahaha.. Ok lah.. Mesti korang nak tahu apa hadiah yang aku dapat sebagai pemenang ke ketuzuh nih (padahal takde sape nak kesah pon ko dapat la wey).. Jeng jeng jeng.. Aku dapat header free lah.. Suke suke suke.. Dan aku sekarang tengah pikiaq aku nak header macam mana eh?? Nak doodle ke nak header biasa tuh..haishh.. Takpe la, nanti dah decide and kalau header tu dah siap aku tunjuk lah kat korang eh..heheh


Header ni bukan Cik Innanie yang buat tapi Cik Yana Kit Kat yang buat.. Aww tak sabau den nak try header baghu nih.. Kalau korang nak tahu hapa ucapan keretif yang buat untuk join contest ni korang boleh KELIK SINI dan tengok lah sendiri.. Malu lah nak bagitahu kat sini *buat muka malu-malu kambing..


Ok laa penat menaip.. Sampai sini dulu untuk hari ni yer.. Esok kita jumpa lagi..
OKBAI..XOXO :)

SAYA BUKAN BERLAGAK DIVA OKE

THURSDAY, AUGUST 04, 2011
01:15 a.m.
Setelah sekian lama aku pikirkan.. Betul ke tak tindakan aku ni.. Perasaan segan dan humble tu sentiasa menguasai diri setiap kali aku pikirkannya.. Memanglah susah untuk aku buat keputusan ni.. Ye, aku manusia biase je dan takleh nak puaskan hati semua orang.. Dan sebagai manusia biase jugak ada orang yang sanggup tikam belakang semata-mata untuk puaskan hati mereka sendiri..


Terlanjur bercakap pasal manusia ni la kan.. Semakin kita berjaya dan *errr pemes.. Semakin ramai lah manusia-manusia yang hasad dengki dengan kita.. (ye, saya cuma bagi contoh)..


Kalau tak pecaya, tengok PM kita, walaupun ramai rakyat Mesia yang sokong beliau dan sanggup X (pangkah) UMNO setiap kali pilihan raya.. tapi tak kurang jugak mereka-mereka yang tak X beliau.. Saya bukan nak berpolitik kat sini sebab saya tak suka dan memang tak pandai nak politik-politik ni.. Ini adalah sekadar contoh dan first impression aku nak korang bayangkan untuk pemahaman mengenai entri ini sepenuhnya.. (takde kaitan antara yang hidup mahupun yang telah pergi oke)..


Hurmm.. aku bagi contoh lain.. Kita tengok dunia hiburan tanah air kita ni la pulak kan.. Sape tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato' Ct Nurhaliza.. Yang satu ketika dulu menjadi pojaan ramai kan.. Dan sampai sekarang ni pun ramai jugak yang peminat beliau.. Setiap kali AJL je mesti dia lah yang akan menang award.. Orang kata tak sah lah kalau dia tercalon dan tak menang.. Sebab apa? Selain bakat yang dia ada.. Dia jugak ada aura nye sendiri.. Tapi..Dalam ramai2 peminat yang vote dia, ada jugak si 'pemenat-pemenat' yang akan menjuihkan bibir mereka..



Ye kawan-kawan.. Aku tahu korang masih blur dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni.. Sebab aku sendiri pun tak sure sebenarnya apa yang aku dok melalut tak tentu pasal tu?? Muahahahaha.. Ya alls, sebenarnya aku nak habaq kat hangpa yang errr errr aku sebenarnya ermm ermm.. Ekceli aku baru je create FB Fanpage.. Nampak tak box kat sebelah kanan korang tu haa.. Dan aku nak ya alls tahu aku saje je create fanpage tu supaya senang aku nak sebarkan entri-entri terbaru yang aku update.. Selain tu kita bolehlah berkongsi pendapat or hapa-hapa je lah..


Dan yang paling penting aku nak korang tahu yang


----------> 'SAYA TAK BERLAGAK DIVA OKE' <----------


Dah tuh tunggu hapa lagi LIKE LIKE LIKE LIKE la sekarang.. *teehee Ok sekali lagi eh ! Kalau suka LIKE JE KAT SINI PON BOLE.. XOXO


Peace No War



TATA TITI TUTUUUTT

SAPE ARTIS TAK SOMBONG #2

THURSDAY, JULY 14, 2011
05:50 p.m.



Salam u alls..


Amacam hari neyh?? Sehat? Taukeh tak berapa nak sehat hari neyh.. Asyik haaachoo ! haachoo je.. Running nose la pulak.. Tak suka betoi.. Tapi kan tapi kan kan kan kan.. Tetiba rasa macam dah sehat je.. Kenapa?? Sebab walaupun tengah demam demam kambing ni (apakah?) taukeh sempat lagi layan tweet tweet.. kehkehkeh..



Haa taukeh tweet dengan sape la tu.. Sepetang taukeh tweet bersama artis.. Ooo yeah ! Sonok bangat weyh.. Artis mana la yang reply tweet taukeh tuh.. Tak nak bagitau lagi sape.. Taukeh cuma nak u alls tahu yang that artis INVITE ME RAYA BERSAMA THIS YEAR !! Hey u alls.. I just can't believe it.. I don't know how to express this feeling.. (mesti u alls tengah gelakkan i)..



Urmm so excited.. Lepas ni mesti taukeh selalu tweet tweet neyh kan.. Of course la u alls.. Cara yang mudah nak dekat dengan artis ialah bertweet tweet lah u alls.. Kalau kat Fesbuk depa tak layan sangat.. So, moh lah kita bertweeting yeap !




Ok laa now i told u.. Artis tu ialah MISHA OMAR beb ! Dah lama kan kite tak nampak dia on TV.. Katanya tengah sibuk berlakon.. Kalau u alls nak tengok kak Misha kite belakon nantikan drama 13 episod yang akan muncul tak lama lagik.. Tajuknya Qaseh Marissa..




...MISHA OMAR...




Borak panjang jugak la dengan kak Misha ni.. Mesti u alls pelik kan.. Kenapa Misha Omar ajak taukeh raya kat rumak dia this year.. Hapa tak nya u alls.. Orang kampung kite tuh.. Tapi takde la sampai satu kampung kan.. Ngeh3.. JANGAN JELES U ALLS.. (buat muka nak kena penumbuk)..




Eh nanti dulu.. Jangan offline dulu.. Sebabnya hari ni bukan Misha Omar je yang reply tweet taukeh.. Tapi NATASHA HUDSON pun reply jugak.. Wahh kelas gitu.. So, Natasha Hudson pun terlist jugak dalam SAPE ARTIS TAK SOMBONG neyh.. Masa tweet tadi tanya la dia buat apa sekarang (fav question yang akan di tanya).. Katanya tengah baru nak makan and siap siap nak gi photoshoot.. Pastu tengok kat TIMELINE dia ada upload gambarnya before photoshoot tuh..




...NATASHA HUDSON...



P/S:: Sory u alls.. tu bukan photo NATASHA HUDSON yang taukeh cakap tadi.. I've got the problem to show u that photo.. BUT u alls boleh KELIK SINI kalau nak tengok NATASHA HUDSON with her daughter, NEESA.. Before their shoot..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani