Showing posts with label Rindu datang lagi.... Show all posts
Showing posts with label Rindu datang lagi.... Show all posts

Sebulan Menghilang

January 17, 2012


Holla peeps!


Masihkah hampa ingat dekat taukeh belog ni?? Hampa rindu aku dak?? Ok fine, tak rindu pun. Tapi aku rindu giler kat hampa dan jugak kat BELOG AKU ni.. Hurm. Kemaruk nak blogging ni. Untuk pengetahun korang semua, aku baru ja habis final exam. Yippeeee! Maka sebab nak buat preparation untuk final exam tu lah aku meng 'away' kan diri dari belog nih.


Bunyi macam study hard aku neh, dah macam tido buku, makan buku, mandi buku, minum buku, berak pun dengan buku. Padahal FB Twitter aktif ja! bhahahaha. Bukan hapa, aku ni kalau nak hupdate satu-satu entri tu aku ambik masa berejam-jam dok ngadap lappy ni. Aku pun pelik jugak, kenapa orang lain hupdate entri sejam pun dah cukup buat depa? Nizam pun kata lagu tu gak.hurm. Entah lah.


Niat di hati nak edit belog. Supaya nanti bila aku nak hupdate entri, semangat tu ada! ececece.. Semangat nak blogging memang tak pernah padam, tapi disebabkan lama dah aku biarkan belog nih bersawang, otak pun jadik tepu taktau nak nak tulis apa nih. Nanti bila bukak ja belog, tengok wajah baru belog aku semangat tu lain tau. Ye dok? Mesti taip pun laju ja.haha. Hampa jangan lupa naa tunggu wajah baru belog ni :))


Memandangkan entri ni ialah entri sulung aku untuk tahun baru 2012 ni, aku rasa belum terlambat lagi untuk aku wish Happy New Year, 2012 kat hampa semua! *peluketatketat trolololo.. Yeay! Sebelum aku blah, ni nak mintak maaf dekat si cantik manis Cik Wanie Lovela sebab dah lama tak jengok kamu. Sihat ka? Miss u damn mucho!


Pastu mintak maaf jugak dekat my dearies, CTK, adik blogger, Zuan, Nizam, ILA honeybunny, dan jugak ramai lagi kecintaan-kecintaanku kalau nak sebut semua kat sini sampai besok pun tak habis.hehe. Maaf sebab dah lama tak singgah belog hampa, pastu tak sempat nak balas komen hampa semua. Duibuqi!


Banyak lagi aku nak story kat hampa ni. Tapi aku macam tak sabar pulak nak edit belog.ehem. Takpa nanti aku nak story kat hampa apa jadik dekat aku selama sebulan kehilangan aku. Nantikan entri aku yang seterusnya hokey! *budgetretis




Ok babai! xoxo :))


Kehidupan di UiTM Puncak Alam



October 01, 2011





Assalamualaikum..



Kehidupan di UiTM Puncak Alam.. Teringat kembali masa aku dok kolej/hostel masa part 2 hari tu.. Dah dua semester berlalu.. Wahhh rupanya aku dah part 4 sekarang.. Adehh.. Maknanya lagi 2 semester yang aku ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya kat Puncak Alam ni.. Cewahh! SURAT KHABAR UTUSAN punya ayat aku!haha.. Memang tak dinafikan, best jadi student ni weh.. Banyak giler kenangan-kenangan yang mengusik jiwa, memori-memori daun pisang, dan kasih yang tercipta bagai..








Rutin aku kat sini kalau hari yang ada kelas tu macam biasa la.. Kalau hari Isnin, permulaan hari untuk ke kelas memang selalu kena berperang dengan nafsu tidor yang tak pernah nak cukup-cukup.. Terpaksa di akui, aku bukan jenis perempuan bersifat keibuan sebab malas bangun pagi..hahaha.. Tapi aku bangun jugak, hapa tak nya kalau tak bangun nanti hari-hari tak nampak la batang hidung aku kat kelas.. Tak ke kes naya tu.. 'PAKSA DIRI, JANGAN MANJAKAN DIRI'.. Tagline yang sentiasa melekat kat dinding asrama masa aku form 1..




Kadang-kadang aku rasa masa yang aku habiskan bersama keluarga lebih sikit berbanding masa aku berjauhan dengan mereka.. Yela, korang bayangkanlah aku ni form 1 lagi depa dah campak aku kat asrama.. Masa tu baru umur 13 tahun kot.. Orang kata, masih budak hingusan lagi.. Tapi takde la sampai hingus masih meleleh lagi..hahaha.. No wonder la aku kat Puncak Alam sampai berbulan-bulan tak balik rumah tapi ok je.. Tak pernah pun homesick sampai nangis-nangis.. *tipu



Aduhh.. Asal hari Isnin je aku malas benor nak bangun pepagi.. Bila dah bangun tu of kos la pi siap-siap nak ke kelas.. Kena pulak kelas 1st hari tu kelas Account.. *tangan ke dahi.. Nak pergi kelas aku kena menuruni tangga Batu Caves yang mempunyai berapa ratospulohbelas anak tangga entah.. Aku tak sempat kira.. Giler tinggi tangga tu, that's why kitorang panggil tangga tu tangga batu Caves.. Tak caya haa cer tengok gambar kat bawah ni..












Haa kau sanggup? Kalau turun tu no hal la.. Takde nak letih sangat.. Yang nak naik tu masalah sikit.. Kalau salah budget bila nak tarik nafas, bila nak hembus pulak.. Boleh semput aku rasa.. Tercungap-cungap la jawabnya.. Aku ni takpe la masa tu maintain slim lagi.. *cewahh poyo minah ni.. Kena yang obess tu tak ke kesian kat depa.. Pulak tu bulan puasa kena panjat tangga tu.. dush3.. Aku lebih rela bayar sehinggit naik bas rapidKL weh.. Siyes masa tu aku rasa sangat bertuah kalau aku jadi burung-burung yang berkicauan seolah melambai-lambai sayapnya kat atas tu perli aku yang tengah gunakan sepenuh tenaga panjat tangga Batu Caves tu..adehh sungguh tak adil




Sampai je kat kampus kena jalan kaki lagi nak ke fakulti aku.. Macam biasa, pagi-pagi orang ramai giler tengah tunggu giliran nak naik lif.. Fakulti aku paling tinggi sampai level 17.. Tapi tak pernah lagi kelas aku sampai tengkat 17 tu.. Paling tinggi pun tengkat 11 je.. Ada la satu hari tu terlewat pergi kelas.. Tak sanggup nak tunggu lif lama-lama.. So, dengan semangat yang kental aku panjat tangga.. Takot lecturer marah kalau masuk kelas lambat nanti.. Ok FINE, kelas aku kat tengkat seploh.. T____T







Suasana malam memang cantik kat sini..




Dah habis kelas around 4 or 6 p.m tu.. Menyinggah dulu kat kafe, kebuluq nak melantak.. Kalau naik kolej terus nanti penat pulak nak turun beli makanan kat kafe.. So, melantak terus kat kafe atau tapau je buat naik bilik.. Makanan kat situ boleh tahan jugak la.. Cuma bila dah hari-hari kau ngadap benda yang sama apa rasa? hahaha.. Tapi aku paling suka diorang punya steamboat.. pergghh hari-hari aku bedal tak hengat..




Suasana kafe masa takde manusia..


Steamboat 5 bintang..




Tapi jangan risau, weekend anda takkan sia-sia di sini.. Kalau poket kering, no money no talk.. No hangout jugak.. Korang boleh beriadah tough kan badan di gym.. Petang sikit boleh la berbasikal ramai-ramai.. Best oh! Boleh teroka entire UiTM ni sambil hirup udara segar, pokok-pokok nan menghijau.. Eh? Nampak sangat dalam hutan.. muehahahah..





Pandai ke nek beskal tu? haha


Eceh! kemain seronok boleh release tensen..
Dah tak hengat assignment berlambak..




Dan sekarang aku dah tak boleh rasa dah semua tu.. Sebab aku dah dok luar sekarang ni.. Manusia kan, bila ada depan mata diorang tak nak hargai.. tapi bila dah takde baru nak terhegeh-hegeh cari balik.. *ahlamak! terkena batang hidung sendiri teehee ^^ Rindu pulak nak panjat tangga batu caves tu.. *buat muka nak kena lempang.. Mengada betul minah ni kan.. hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca.. xoxo !


Rinduku Terhenti ^_^

SEPTEMBER 03, 2011



Assalamualaikum..


Cewahh tajuk entri kemain lagi rinduku terhenti la pulok.. Kerlass kau jah! haha.. Bukan hapa, seyes memang ku rindu giler nak hupdate belog nih.. Seminggu lebih udah den tak hupdate ni weh.. Konon bizi la kan.. Tapi betullah, memang bizi pon.. Takde lah sampai mengalahkan PM tahap kebizian ku itu yer..kahkahkah


Seminggu before raya tu biasa la.. Semua orang bizi manjang je.. Mana nak tukar langsirnya, nak kemas rumah, nak buat biskut raya, buat kek nya lagi.. Pendek kata, kalau buat kerja last-last minute ni memang tak menang tangan lah.. Haa nak di jadikan cerita, pada 02 September bersamaan dengan hari Jumaat, atau lebih dikenali dengan hari raya keempat.. Kakak aku ni pulak bertunang.. Hamekkaw!


Hamboi.. Mana nak menang tangannya kan.. Silap hari bulan, kaki pun boleh kalah jugak tau.. Ye dak?? Hurmm.. Pejam celik pejam celik, hari ni barulah ada masa ku nah hupdate belog neh.. Haishh, dah bersarang belog ni di buatnya..


Aku sebenarnya tak nak biarkan entri ni panjang, tapi bila dah dapat naip ni ku tak dapat nak bendung gian ku ini.. Tak boleh berhenti naip siott.. hahaha.. Takde la ku gurau je.. Nanti akan ku hupdate lagi entri-entri yang terpaksa di tangguhkan sepanjang hari raya ni okeh..


Boleh tak aku nak anggap konon-konon ramai followers yang rindukan aku hupdate belog ni.. Boleh tak? Haa kalau boleh tunggu entri terbaru dariku yer cinta-cinta ku sekalian.. (buat muka mintak penampor).. Bagus betul la korang ni.. Nak kiss sikit..


Sorang dapat satu hokey :)



..Okbai..

...Taching Day...

Wednesday, June 1, 2011

7:45 a.m.

Salam..

Hai uolls ! Pe habaq? Sila tengok tajuk entri aku kali ni.. hurmm, kenapa aku ckp hari ni adelah hari taching (touching) wat aku?? Mst korang tak tahu kan.. Panjang citenya.. Cer citer, cer citer.. Haa.. meh sini aku citer..



Malam tadi mase aku tengah siap2 nak mandi (siap2 nak mandi? Apakah?!) tiba2 kring kring kring kring (antik pulak bunyinya).. Kawan aku Haris (bukan nama sebenar), dia ajak p shah alam. Blh p jumpa kwn aku (Yaya, pon bkn nama sebenar) yang wat part time kat shah alam tu katanya. Alamak! Assignment mcm mana? Aku dah janji ngan housemate aku nak wat mlm ni. Aku bagitau Haris mlm ni blh sebab nak wat assignment. Haris cakap ape?? Die cakap, ermm.. takpe lah kalau mcm tu kite kuar mkn je la kejap. Nanti die datang ambik. Makan?? Adoii..aku baru je pas mkn, banyak pulak tu mkn. Takpe, aku bgtau Haris nanti aku temankan die mkn je.. Die tak nak !!

Die ckp takpe la kalau mcm tu jap lg die datang umah aku borak2 jap pastu die blah ! (aku serba salah). Tapi aku ckp OK ! Aku terus p mandi and.. tengah mandi ni.. "hai..best jgk kalau p shah alam ni, blh jumpa Yaya. Lagi pun, dah lama tak jumpa die". Here's the plan...


15 minit kemudian (nmpak sgt aku mndi smp 15 minit, hehe)...

"...Haris, jom p shah alam.." send to Haris.

2 minit kemudian..tit tit tit tit..(ape yg tit tit tu?)

1 msg received..Haris.."Ok, Haris dah on the way ni, jap lg sampai".


Dalam perjalanan...

Haris : Dah call Yaya?
Aku : Belum..(dengan selambanya)
Haris : Laa..ingatkan dah call.
Aku : Nak call la ni.. jap ek.. (alamak! takde kredit)

Haris bagi handphone die.. (samsung! same ngan aku)

Aku : Nape Yaya ni.. org call tak jwb. (dah banyak kali try tapi no answer,
bengang). Try pulak nombor die yg 1 lagi. "Yaya..please pick up the phone".
(speaking)
Haris : Habis tu mcm mane skrg? Kite nak p mana??
Aku : Erm..(pk jap). Mcm ni la Haris, saya ikut awk je. (langsung tak menjawab
soalan)
Haris : Nak p mana ek?? (lama pk). Ok la ape kate kite p jumpa kwn Haris jap kat
Gombak. Blh? (akhirnya dpt idea)

Haris pun story kat aku psl kwn die tu..Neyh, story nye! Eh, sblm tu die ade tanya ku tahu tak nape die nak p jumpe kwn die yg kat Gombak tu?? Mane la aku tahu kan..Tanpa sempat jawab, Haris story lg.. Sebab Haris sebenarnya kesian kat Syafik (pon bkn nama sebenar). Kenape?? (aku tanya dgn penuh minat). Awek die curang ngan die. Diorang hampir2 nak engaged dah (speaking lagi) tapi putus sbb awek die suka kat sorang mamat ni. Mamat ni Minang tau (keturunan Minangkabau kot! Eh, btl ke aku ni). Syafik ape lg.. frust menonggeng la kan. Mane tak frustnye. Die syg giler kot kat awek die tu!

Sampai la 1 hari tu, si Syafik ni tanpa pk panjang, die pecah msk umah awek die (dilarang meniru aksi ini). Tindakan berani mati tu beb!! Pastu?? (excited). Masa tu pukul 10 pagi, semua org dlm umah tu takdem, pegi keje. Syafik msk bilik awek die. Gambar die still ade dlm blik tu!! (lega sikit). Sebab nak jumpa sgt dgn awek die tu (nak face to face la kan) die menyorok bwh katil sampai la pukul 10 mlm (10 pg smp 10 mlm? lama tu).

Bila awek die balik, jeng jeng jeng..die nyorok lagi larh.. pastu kring kring kring..(bayangkan ringtone die lgu firework)..handphone awek die bunyi..Mamat minang tu call! hancur hati Syafik bila dengar perbualan awek die dgn mamat tu yg terlebih mesra tu..Die tak tahan..terus nangis dan keluar dari tmpt sorokannya tu.. Ape lagi?? Terkejut beruk awek die.. Bertubi2 soalan yg kuar dari mulut awek die. Ape kau buat dlm bilik aku ni?? Kau nak ape lg dgn aku?? Aku dah tak nak kat kau la..Jgn kacau aku lg.. Jgn ggu aku lg blh tak?? (contoh2 soalan dan amaran dari awek dia). Syafik nangis teresak2 (laki nangis??). Tak sangka sampai mcm tu skali ketiadaan perasaan awek die tuh. Hurmm..

Syafik sampai merayu-rayu sampai melutut kat kaki pompuan tu (betul ni). Tapi pompuan tu tak ckp ape pun. Die buat dekkk je. Sekali lg tindakan bodoh dari Syafik. Die toreh lengan die dgn pisau sbb nak buktikan yg die btl2 nakkan pompuan tu (dari mana datangya pisau tu aku pun tak tahu). Ape reaksi pompuan tu?? Buat donno je!! (sakit ke ape pompuan ni?? takde perasaan kesian sikit pun cukup la kan). Syafik kat situ smpai la hari siang lepas org lain semua p kerja barulah pompuan tu suruh die blah. Yela, tkt mak bapak die tahu yg Syafik ade kat situ.

Panjang jugak citer Haris pasal kwn die ni...

Setelah tu..sampai la kami ke destinasi yg dituju..Akhirnya dpt jugak aku kenal sape Syafik yg Haris dok citer td..(blh tahan org nye) hehe..tanpa buang masa, terus cari port yg sesuai. Mana lagi? Kedai mkn la..(idea Syafik)..Kami borak panjang (pnjg lg)..Mula2 Syafik mcm kekok nak bercerita tp bila Haris ckp yg aku pun tahu citer psl die, lepas tu baru la die mcm selesa sikit (cewahh! selesa).. Bila tengok air muka Syafik time die story kt kitorang tu, aku tahu mmg die btl2 syg kat pompuan tu.. Aku nampak mata die berkaca (bukan kaca yg tajam tu). Nak nangis kah?? Die cover diri die spya tak nangis, maybe sbb malu ngan aku kot. Aku sempat la bagi nasihat, pendapat, n pandangan aku kat si Syafik ni.. Sedeyh pulak aku d buatnye. Tiba2!! tit tit tit tit.. Msg?? Member lama aku Aisha (ye ye mmg bukan nma sebenar)..dah lama aku tak contact die..Yela, kalau die tak contact aku dulu..haram aku nk contact die..(Ayat yg die slalu bahan aku). Adoii..die msj aku mcm ni haa...

U may HAVE ...
SOMEONE in your life..
SOMEONE in your dream..
SOMEONE in your heart..

But I am SOMEONE when U

Have NO one..take care frens :-)


Mcm mane tu?? Hurmm..sambung pasal td..

Sambil2 dok borak tu Haris try call Yaya lagi.. DAPAT!! Die jawab. Haris bagi aku cakap ngan Yaya..tadi die tengah kerja and baru balik umah..Die penat sesangat.. tak larat nak kuar ngan kitorang..erm takpe la kalau mcm tu (terkilan sbb tujuan sbnar aku kuar ngan si Haris ni sbb nak jumpe die).

Then, kami pun mintak diri dulu..(nak balik la..) Syafik mcm sedih je, mungkin sbb die xde tmpat nk bercerita (aku rase la).


Ini story dlm perjalanan balik pulak !!

Bila dah terlanjur (haa..korang jgn pk bukan2) bercakap soal hati dan perasaan tadi. Si Haris ni pulak yang 'emo'. Ape die cakap??

"Macam tu la jugak Haris sedih bila awk tolak cinta Haris??" Ooops!! Terlepas cakap kat korang. Adoii..(korang jgn bagitau org lain ek?? Aku caye korang!)..
Sambung Haris lagi..Katanya, lepas aku tolak die (jatuh ke die?), seminggu jugak die sasau.. HARIS!! Kenape kau ungkit lagi benda ni..(dalam hati)..Awk nak tahu tak? (jgn Haris, jgn truskan kata2 awk tu)..Saya punya sasau ni smpai ramai perasan..Dekat tempat kerja, semua org tgur saya. "Kenape ngan kau ni Haris?? Serabai tak tentu arah je aku tengok kau, mcm org mati bini dah gayanye." (perlu ke kau bagitau aku Haris? bertambah-tambah lah serba salah aku ni).

Salah aku ke semua ni?? Aku nak wat mcm mana lg? Bukannya aku sengaja tak nak terima die tapi...tanya la hati ni.. "Wahai jangtung hatiku, kenapa ssh sgt kau nak terima si Haris ni?? Bukak la sikit mata kau.. Kau tak nampak ke betapa baiknya, betapa care nye Haris thadap kau??(jawat jgn tak jawab). "Jgn mrh aku!! Sebab bukan saje si Haris tu sorang yg ssh aku nak terima. Tapi kalau ade org lain sekalipun yg mengetuk pintu rumah aku ni, mintak nak msk..belum tentu lg aku bagi die msk..Lainlah kalau orang tu berjaya curi aku!! hatiku berkata. (pelik tapi benar). Huhhh...tu jawapannye Haris!! Jgn kau persoalkan lg tentang hal ni..

Sesampainya aku kat umah...

Bukak FB jap.. Pastu get ready nak tido..Pejam celik pejam celik..."hai..awat ssh benor mata ni nak lelap pulak". Try lg pejam tak celik2.. Ape jadik?? tak tido la beb!! tapi Kenapa?? Ape yg aku pk??

1. Kecewa ngan Yaya..

2. Cerita sedeyh Syafik..

3. Terkilan pasal Aisha..

4. Haris wat aku rasa bersalah..

Then, tiba2 je (banyak pulak tiba2 dlm entri kali ni) rindu kat family aku..huwaaaaa....Nak balik kampung halamanku sekarang jugak!!! (perasaanku meronta2). Kakak2 n adik2 aku semua ade kat umah (sekarang kan musim cuti sekolah) tapi aku?? MISS U OLL DAMN MUCHHHH !! :-(

"Bukan ke lepas habis short sem ni aku nak kerja kat sini?? Tak nak balik lagi??" (CANCEL!!) "Mcm tu je??" hurmm...

....DAT'S OLL....

"Haaa.. korang jgn nk salahkan aku pulak.. tadi aku dah cakap kan citer ni panjang..tapi ape korang jawab??" Cer citer, cer citer.. So, aku citer je la.. Bukan ape, aku cuma takut korang "bakorrr" je umah Kak Limah tu nanti..

Hurmm...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani