Showing posts with label Luahan Hati... Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati... Show all posts

Demam


December 4, 2011

Assalamualaikum..


Taukeh belog demam. 2 hari tergolek atas katil. Kelas pun ponteng. Tak larat. Apa lagi nak hupdate belog.*kesian kiter kan. Hari ni baru rasa kudrat ni kembali bertenaga. Alhamdulillah. Nak berterima kasih banyak-banyak dekat korang yang sudi singgah belog dahku yang tak semenggah ni. Walaupun kunjungan korang tak berbalas oleh dahku. Bukan sengaja taknak balas kunjungan tapi kan dah habaq dahku demam.ececece konon garang la kan.muehahaha. InsyaAllah bila free nanti dahku buat belogwalking marathon kat belog korang eh! tapi dalam masa terdekat ni tak janji lagi sebab assignment berlambak nak kena submit.okeyh.


Saje letak gambar ni kasik entri panjang sikit :)


P/S: Macam la orang kesah sangat aku online ke tak kan. :)

Kecut Perut

November 03, 2011




Holla peeps! Last hope. Esok ada speaking test Mandarin. Cuak beb. BI boleh la aku nak goreng. Ni Mandarin.adehh. Cemana?
Tapi bila ingat esok last test untuk minggu ni sebelum berangkat balik kampung rayo aji weh! Chill beb.*hewhewhew. Tak sabar pulok nak balik kelate. Nak jupo femli. Dekat dua bule doh dok balik kampung nehh. Seminggu cuti. Nati balik ni nak make daging banyok. Tok sabar nyo la sero. Kbai


P/S: Sila buat buat paham dengan entri ni.*lalalala

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali


October 26, 2011





Assalamualaikum..


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Maknanya kalau nak buat baik tu sikit-sikit dah ler, tapi kalau nak buat jahat tu jangan buat sekali. buat banyak kali. Eh?? Ini bukan peribahasa dahni. Dah jadi perlibahasa. Ye dok? Sungguh terpesong oh.

Betul lah orang kata, cara atau attitude kita mencerminkan cara macam mana kita dibesarkan. Maksud aku, dalam suasana apa kita dibesarkan, sangat mempengaruhi perangai atau tingkah laku seharian kita.

Contoh?


Berumah di kawasan pantai.

Biasanya orang yang rumah dia memang dekat sangatlah dengan pantai. Tak kiralah Pantai Pasir Hitam ke putih ke. Pantai merdeka sekalipun. Orang-orang ni memang sesuai jadi cikgu tadika. Pasai apa? Pasai diorang bila bercakap mengalahkan mikrofon.

Walaupun dok sebelah diorang, tapi nak cakap tu macam sebatu jauh jaraknya. Kan rumah diorang area pantai, bila time petang-petang angin kuat kot. Tu pasai la diorang selalu kena cakap kuat-kuat.

Dah terbiasa macam tu, pergi la ke tempat lain pun mereka akan terbawa-bawa mikrofon tu sekali.


Makbapak pesara gangster.

Mak: Bro, kali ni wa nak lu dapat 101.5% markah Matematik lu.
Anak: Alah, kacang ja. Lu mau wa lulus periksa, lu angkat itu RX-Z dekat kedai tauke tu wa gerenti wa dapat punya. Kalau tak, habuk pun tarak la.
Bapak: Apa celup lu main ugut-ugut.
Mak: Lu kasik itu sengattttt dulu la, baru wa angkat itu motor.
Anak: Wak lu!
Bapak: Come to papa. come to papa.

LOL.

Bila dah dekat rumah cara percakapan macam tu jadi amalan. Maka renung-renungkan dan selamat beramallah jawabnya. hahahaha


Masa sekolah dapat black belt taekwondo.

Dulu masa kecik-kecik suka tengok WWE smackdown. Bila dah besar dah sekolah. Join kelab Taekwondo. Masuk competition alhamdulillah, dapat wakil negeri siot.

Bila dah besar ni dah hilang semua sifat sopan santun, lemah lembut segala. Habis sifat-sifat pompuan/lelaki melayu terakhir di sedut masa praktis taekwondo.

Apa yang bezanya masa sebelum join taekwondo dengan lepas tu join?

Dulu bila tengok semua orang tengah tidur. Bukak pintu senyap-senyap sebab takut nanti menggangu. Tapi sekarang kau hempap ja pintu bilik/rumah sekuat hati. Sape yang tengah tidor time tu memang bengang ngan hang.



Macam-macam perangai manusia yang kita jumpa kan. 10 orang maka 10 ragam. Kalau macam aku ni, aku rasa aku banyak ikut abah aku dari mak. Sebab perasaan tak tergamak yang ada dalam diri sangat tebal. Aku perasan benda bila satu hari tu kitorang pergi famili gath, makan-makan kat restoran. Pastu tak silap aku pelayan tu salah bagi makanan rasanya.

Abah aku ni dia order lain tapi dapat makanan lain pulak. Pastu mak aku hapa lagi, dah la tunggu makanan siap kemain lagi lama. Alih-alih salah menu. Mau tak hangin. Mak aku nak bagitau la pelayan tadi, mintak tukar. Tapi laju je abah aku halang. Dia kata 'Alah, makan je la yang ni pun. Sama ja mee kari ke mee bandung ke'.

See.

Perasaan nak jaga hati orang lain daripada hati sendiri pun menebal. 'Nanti kalau dia terasa macam mana?', 'Takleh, nanti kesian pulak kat dia'. Dia dia dia dan dia. Kita?

Dulu aku ni jenis yang mudah terasa, orang niat nak joke ja. Tapi aku dah terasa hati dah. Payah.

Sekarang ni, aku dah banyak belajar macam mana nak tukar dari hati tisu jadik hati batu. Daripada pengalaman aku dengan kawan-kawan. Aku try adapt. Tapi kalau certain-certain part yang memang aku takleh nak terima. Aku diam. Sebab diam boleh menyelamatkan aku dari termakan hati sendiri. Nanti parah.

Mungkin bagi korang biasa la macam tu, tapi luarbiasa bagi aku. Mungkin jugak sebab dari kecik aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam tu. Even aku dengan adik beradik aku pun. Tak biasa bergurau macam tu.


Kita buat baik, kita tak lawan, tak bermakna kita nak kepala kita di pijak-pijak sesuka hati.



My silence doesn't mean that I quit. It simply means that I don't want to argue with people who just don't want to understand.



Tapi tu lah. Orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau menguap. Eh! mengaum.


Ada satu perangai buruk aku dari kecik lagi. Suka duduk atas bantal. Bontot aku ni poyo sikit. Kalau atas simen, mozek ke memang aku tak duduk lah. Walau dah ada karpet sekalipun. Kena berlapik ngan something gak. Sebab tu kalau time tengok tibi kat rumah. Semua orang dah duduk kat kerusi. Aku datang lambat kenalah dok bawah je. Terus ambik bantal buat lapik bontot.

Mak aku pun dah tak larat nak potpetpotpet dah. Okbai



P/S: Entah kenapa aku rasa tajuk entri sungguh tak kena dengan entri kali ni. Korang perasan tak.

Aku Seorang Blogger


October 23, 2011




Assalamualaikum..


Aku seorang blogger.. Kalau hang bukak belog aku memang hang tahu aku seorang blogger.. Ye dok? Sejak akhir-akhir ni ramai jugak yang add muka buku aku dan biasanya mereka-mereka tu terdiri dari kalangan blogger-blogger jugak.. Pastu post dekat wall aku, 'Ni blogger tu kan?' , 'Terima kasih akak blogger', Aku rasa ini satu perkembangan yang bagus untuk karier aku sebagai part time blogger ni.ekekeke.. Terasa tahap kepoyoan semakin menebal dalam diri..haha..


Kalau korang nak tahu, aku ni pemalu orangnya.. Biar betik! Perasaan malu itu hadir bila aku tahu makhluk-makhluk di sekeliling baca belog aku. Ye, weird part of me. Kalau orang lain, mesti lah akan heboh-hebohkan, sebar-sebarkan, war-warkan tentang kewujudan belog diorang dekat schoolmate, classmate, housemate, roomate, dan segala macam mate mate lagi lah.. Kan kan kan?


Bila dah semua tahu kita ada belog, at least boleh up sikit traffic kan.. 'Tell da world that imma blogger'.. Promote sana promote sini.. Macam tu la baru boleh maju sikit.. Tapi tak bagi aku. Yup! aku pun promote jugak belog aku, aku join triberr, aku ping belog.. Yang peliknya, aku tak pernah pun post entri aku dekat muka buku.. Tak nak aku. Malu la weh, nanti diorang tahu apa aku tulis. Sebab kekadang time aku jiwa kacau, lahir dari lubuk hatiku, ku coret luahan perasaan bagai dekat sini..


Sebab tu aku buat FB Page untuk blog aku.


Kalau post dekat FB personal aku nanti tak pasai-pasai mak cik aku (mak cik aku ada FB weh) yang dok baca belog yang tak semenggah ni.. Pulak tu, aku ni dok syiokk citer pasai Zac Efron ajak aku kapel dengan dia. Kang kantoi free free ja. Huish. Takleh jadi ni..







Ada satu hari tu, kitorang belajar dalam lab untuk subjek database.. Pastu kawan aku, merangkap roomate aku si Yaa ni dok usha-usha la blog aku. Yang aku ni pulak, dok sebelah dia.. Tak ke malu tahap nak masukkan kepala dalam beg cenggitu.. Adehh. Kenapa aku nak malu eh? entah. aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau diorang baca tanpa pengetahuan aku takpe pulak. Memang spesis pelik sungguh dahku ini.



Bukan hapa, takut nanti aku termengumpat lecturer dekat sini, pastu ada pulak yang hasad dengki pergi report kat lecturer tu aku dok ngata dia kat sini.. Tak ke aku kena aim terus ngan lecturer tu. Nanti tak pasal-pasal aku sorang takleh markah bonus untuk individual assignment kang.. *contoh hokey LOL







Tapi kalau orang lain yang aku tak kenal, baca belog aku. Itu lagi lagi lah takpe. haha. Aku suka ramai yang baca belog aku. Memang suka. Tapi mungkin sebab aku belum rasa yang belog aku ni hebakk lagi. Rasa macam aku ni kecik je dalam dunia blogging ni. Dan jugak rasa belog aku ni belog picisan je kot. Itu sebenarnya menjadi penyebab utama untuk perasaan malu tu sendiri. *aww awww




P/S: Hensem lah Zac Efron kat atas tu. *ngee


Bilang Padaku Kenapa Nak Sombong Sangat?


October 16, 2011



Assalamualaikum..


Kalau dah rambut sama hitam, hidong sama tak mancung, gigi pun pinjam dengan arnab.. Tok sah lah nak menyombong sangat.. Ini bukan entri emo tapi sengaja nak meluahkan isi hati dan tempek dekat belog kecintaan aku ni.. Supaya nanti bila aku rajin nak marathon entri sendiri, ada jugak kenangan yang mungkin boleh buat aku senyum sorang-sorang nangis ramai-ramai. Eh?


Ni aku nak story kisah tragis jiran tetangga yang agak menyombongkan diri mereka. Aku ni dok apartment, 1 level ada 4 buah rumah. Depan rumah aku ni student laki yang menyewa kat situ. Tak perasan pulak diorang dok berapa orang. Tapi yang pasti diorang ni suka main ketuk-ketuk pintu rumah lepas ketuk diorang lari tahap kecik kepala masuk dalam rumah sebab takut kitorang sempat bukak pintu. Nanti kantoi lah kan. Memang nakal tahap mengalahkan budak taska baru register.


Walaupun suka main ketuk-ketuk pintu, tapi aku perasan diorang ni selalu pergi solat jemaah kat surau area apartment kitorang ni. Kalau time weekend, Zohor Asar pun diorang pergi surau. Kau pergi? Kalau aku memang tak la kan. Hurm mana nak carik laki macam tu di zaman celik IT hari ni? Lepas tu dah tak hangin dah bila tetiba ada yang ketuk pintu rumah kitorang. Sebab mesti dalam hati kata "Oh, diorang dah balik dah pergi semayang Asar kat surau". teehee T__T


Story jiran depan rumah dah, sekarang jiran sebelah rumah pulak. Pompuan. Mula-mula pindah apartment ni lega sangat sebab orang sebelah tu pompuan jugak. Pasai apa? Pasai tingkap dekat tempat nak masak takde langsir. Kena panggil tempat nak masak sebab tak sampai hati nak panggil dapur. Tak nampak rupa dapur dah aku tengok, sekali dengan ruang tamu. Kau nak masak sambil tengok tibi pun boleh aje. Tingkap diorang pun takde langsir jugak. Kalau selalu keluar masuk bilik ke ruang tamu tanpa pakaian memang nak cari nahas. Ops! *nampak sangat nipunya


Sungguh tak best kalau orang sebelah tu lelaki. Nanti tak pasal-pasal privasi orang pompuan semasa dalam rumah dicabuli hak mereka. Hapa tak nya, dalam rumah sendiri pun nak kena pakai tudung ka? Tingkap tempat masak tu transparent habes! Sebab tu lah kitorang try untuk bermesra dengan jiran sebelah sebab diorang pun pompuan. Islam menggalakkan kita bertegur sapa sesama kita kan. Ye dok? *budget muslimah sejati menegur sesama Islam*. Kawan aku yang tegur diorang tu. Mula-mula borak-borak kosong tanya diorang part berapa, dari fakulti apa, ambik kos hapa pungpangpungpang..


Kebetulan masa tu mesin basuh rumah kitorang rosak la pulek. Nak basuh buleh, part nak spin tu yang spoil. Demm! Masa sesi bertegur sapa tu kawan aku ni dok basuh baju la. Pastu dia tanya la jiran sebelah tu. "Rumah korang ada mesin basuh tak? Nak tompang spin baju jap boleh tak?" Tengah dok ralit borak borak tadi bila tanya macam tu terus senyap cenggitu ja. Ape hal? Tak boleh cakap je la tak boleh. Lepas kejadian hari tu terus tak bertegur dah. Kita senyap, dia lagi lah membisu.


Sombong betul. Kitorang bukan apa, bayangkanlah kalau kentut pun boleh dengar dek orang sebelah. Kalau time diorang tengah masak, kitorang pun masak bukan ke kalau dah baik-baik boleh kata "Hai korang, tengah masak ke? Masak apa hari ni?" Hah! Macam tu kan bagus. Tak paham betoi aku.adehh. Lepas tu bila dah baik sangat sangat buleh la pulak kata "Eh, korang masak asam pedas dengan kari kepala ikan ke hari ni? Bak la sini sikit". muehahahaha LOL :D




If you always see the negative side of things, eventually that’s all there is. Always look for the positive no matter how small.




My humble writing and experience..without prejudice people!


Thanks for reading this :D

Tak Payah Risau Jika Belum Berpunya

October 10, 2011


Assalamualaikum..


Semenjak dua menjak ni banyak pulak yang share link dekat muka buku.. Dalam banyak-banyak tu aku tertarik menarik memang da boom dengan satu link ni.. Sebab ada la kaitan/relationship sikit dengan entri KENAPA TAK COUPLE yang aku tulis sebelum ni.. Alah yang aku tulis pasal gepren boipren hari tu.. Haa apa yang aku nak kongsikan hari ni sangatlah terkena batang hidong sendiri.. Dan nasib sentiasa baiklah hidong aku ni tergolong dalam golongan hidong2 yang mancung mengalahkan Abieshek Belacan.. *nampak sangat nipunya.. Tanpa membuang masa dalam tong sampah.. Ini dia...







Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.


"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".


Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress & gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal & haram. Yang penting, dapat.



Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.


Oh, remaja!


Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakan yg lbh penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!



Ingat, usaha yg Allah redha sahaja. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?



Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.



Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.



Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

by: Jannati Baiti



P/S: Thanks for reading this :D

Disampuk Collagen Dust

October 05, 2011


Asslamualaikum..



Tak pasal-pasal dah kena sampuk.. See! Memang pantang orang promote something terus di sampuk.. Ekceli aku ada baca entri Hanis Zalikha yang cerita pasal Collagen Dust ni la.. Hamboi kemain bisnes sakan HZ kali ni.. Mula-mula baca tajuk entri dia BEAUTY MUST-HAVE, aduhh aku terus jatuh, bukan jatuh beskal, bukan jatuh longkang, bukan jatuh saham, bukan jatuh katil, jatuh tergolek jauh sekali.. Tapi teroih JATUH HATI.. Cemana ni?adehhh





Gambar ihsan HZ T_T



Aku ni takde lah nak menahu serba serbi apa kelebihan Collagen Dust tu untuk badan kita.. Tapi bila HZ dah share dekat entri dia tuh barulah aku celik IT sikit.. HZ kata kawan mak dia yang supply Collagen Dust ni.. Dan produk ni datangnya dari France.. Jauh benor travel sampai Mesia.. Patutlah selalu tengok retis-retis, mak-mak datin sentiasa nampak cantik gojes cun melecun kulit halus mulus bergetah sentiasa punnnn.. Rupanya inilah rahsianya.. Sentap mak nak.. Ecehh





Gambar ihsan HZ T_T



Collagen Dust ni dihasilkan dari sisik dan kulit ikan.. Dan kata HZ lagi, antara benefits yang tertulis belakang botol ialah: Create glowing and radiant complexion, improve hair, improve nails & connective tissues, fat reduction, replace elasticity of skin, etc.. Bapak banyak benefits dia weh!




Agak-agak la kan.. Kalau aku makan benda ni boleh jadik cantik macam Fazura tak? teehee poyo kan minah ni T___T berangan lah kau! Tapi seriously aku memang berminat nak try.. Lepas ni kalau aku tempek gambar latest aku dekat entri, korang tak payah lah nak kata "Eh, u ni kembar Fasha Sandha ke?" Aku pun jawab "Oh, no komen" Macam yang selalu Fasha Sandha jawab bila Michelle (wartawan Melodi) tanya pasal kisah cinta dia dengan si Jejai tuh..bhahahaha LOL!




Dan lepas tu aku pun teroih hantaq email dekat Hanis Zalikha.. Tunggu punya tunggu semalam barulah dia reply.. Nah! Panjang berjeler-jeler dia reply merungkai semua persoalan yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku ni..




============================================================


Hello, so sorry for the late reply. Finally we’ve fixed our technical difficulties we were facing and are now here to cater you!
If you have made the purchase, please IGNORE this email.


How much per bottle of 70g and how long does it last?

RM170 (including postage). RM160 if you’re willing to come to my house (Shah Alam) and pick it up yourself (contact mom at
pungpangpungpang for this).

For my personal use, it can last for up to 2-3months. I use it daily.

Not recommended for Pregnant Woman and Kids Below the age of 7.

How to purchase?

  • Step 1: Bank in RM170 to my Maybank pungpangpungpang (Hanis Zalikha Zainal).


Step 2: Refer the transaction to keknis@yahoo.com + screencapture (if you use Maybank2U). Snap the receipt and email me the image if you use manual transfer.

Step 3: Send your details (Name, Location, Contact Number) to keknis@yahoo.com with the subject:COMPLETED.

Step 4: Delivery will be done within 1-3weeks depending on stock. We work on first come first serve basis.

For repeat order, please follow the same steps above. Our stock is frequently updated.



Answering frequently asked questions (FAQS)

What is Collagen Dust™?

Collagen Dust™ is actually marine hydrolyzed collagen that is 100% fish protein base product. The results are progressive, it works from within and the longer you stay on the product, the better your results will be. You can say it is an alternative to having collagen and Botox injections.


Does it work for skin?

Yes, by supplementing internally marine collagen, your skin will improve. Mom been using it for 2years, she’s aging but it doesn’t show (not that fast, at least). Your skin really does get perkier with Collagen Dust™. I believe that my skincare works better thanks to it.


Does it work for nails and hair?

Yes and yes. Collagen strengthens brittle nails. Hair should also be stronger and more elastic from the result of taking collagen (from ingestion). I use it mainly for hair to be honest, since I am always in and out of the saloon putting chemicals on it T_T. Must. Strengthen. Hair.


Does it reduce joint and muscle pain?

We have found this to be true. It works for us, my mom the superwoman no longer suffers backache and I no longer find myself lenguh-lenguh lutut at night when I wear my heels for too long during the day.


Is it HALAL?

Yes, certified. Industry secret: Most beauty products have added some concentrated collagen powder (Collagen Dust™) in their product line. What you’re purchasing is the real deal. Okay lemme copy paste my mom email reply:

“Kolagen yang Kak Nani ambil itu tidak dijual di pasaran. Kak Nani dapat dari seorang kawan yang supply concentrated marine collagen powder pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia ni. Contohnya dia supply kat Sendayu Tinggi, product terbaru Chef Wan (Mavellous) dan hampir semua syarikat product kecantikan di Malaysia ini. Ada status halal. Maklumlah, disupply ke semua syarikat kosmetik orang Melayu di Malaysia ni.
Tetapi penggunaan colegen didalam product mereka sangat sedikit. Manakala yang Kak Nani dapat dari supplier memang pure collagen dan keberkesanannya seratus peratus atau direct.”

LOL.


How do I use it?

1-2 teaspoons per day for consumption, highly soluble in cold water (juice/Milo/teh ais), really suitable with bubur/laksa/soup (fish powder + liquid food = SCORE!).
You can also mix a pinch of Collagen Dust™ with your moisturizer before applying to face. Sprinkle it in your body lotion for perky boobies.
Guna luar dalam for best result.


Beautify and make yourself youthful with Collagen Dust™.

============================================================


Sumber: Hanis Zalikha




Paras tanpa Collagen Dust ^^



P/S: KONFEM aku beli! Okbai..


Thanks for reading.. xoxo :D

Kenapa Tak Couple?


October 02, 2011





Assalamualaikum..


Kenapa tak couple? Sebab aku single..hahaha.. Kalau orang tanya aku kenapa aku single? siyes! I HAVE NO ANSWER.. Masa sesi berkenalan dengan lecturer hari tu.. Aku makhluk first kena kenalkan diri.. Sebab aku yang dok meja depan sekali.. Aku pun PUNG PANG PUNG PANG bagitau lecturer tu nama nickname segala.. Pastu ada ke patut dia tanya aku dah ada boipren ke belum.. Tak sempat aku jawab lecturer tu kata 'mesti la dah ada kan' ok whatever..



Then ada la kawan aku (Fida, bukan retis) datang tompang tidur kat rumah aku ni.. Kat rumah dia dah takde manusia sebab ada yang balik kampung, pergi jumpa member diorang, berdating.. Maklum la hujung minggu kan.. Dan dia pulak mesti la cuak dok sorang-sorang kat rumah.. Malam tu sebelum tidor dok borak-borak la dengan si fida ni.. Dia tanya aku tak keluar dating ke esok? *Cepuk mas punya soalan..Dush3.. Seperti biasa aku bagitau dia aku mana ada boipren nak dating dating ni.. Tak percaya langsung dia kat aku..



Aku hapa lagi PUNG PANG PUNG PANG nak yakinkan fida yang aku ni bercakap benor.. Tak nipu eh.. Dia kata tengok aku pergi kelas pun berseri-seri macam manusia yang ada boipren.. Aku BERSERI?? Seri INNERSHINE lettew! muehahaha.. Entah la, susah nak explain cemana ni.. Tapi kalau aku kata aku MALAS nak kapel boleh? Tu la yang aku rasa sebenarnya.. Belum bersedia nak bagi komitmen dalam hal-hal cintan cintun ni..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I can't love someone, if I can't love myself.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku tak nafikan, memang ada sedikit perasaan jeles bila tengok manusia-manusia lain di sekeliling aku yang keluar berpeleseran dengan boipren, bergayut sampai Subuh dengan boipren (dapat free call dari Celcom sempena bufday), report setiap aktiviti yang dilakukan dekat boipren, pendek kata semua BOIPREN lah.. Perasaan nak kapel tu memang ada.. Tapi masalahnya aku ni jenis yang susah nak terima manusia lain dalam hati aku.. susah nak berkenan dan percaya kat orang.. Lain lah kalau orang tu Brad Pitt ke.. Tanpa ragu-ragu aku terima..kahkahkah *cilakak




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sometimes life doesn’t want to give you something you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve more.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku rasa aku lebih selesa berkawan.. Not more than that.. Tapi, bila aku baik dengan seseorang dengan niat nak 'kawan' dan mungkin untuk aku tambahkan dekat list BFF aku.. Diorang pulak salah anggap.. Kenapa kalau kita nak baik dengan orang tu sebab nak kawan, tapi dia pulak nak lebih dari tu?? Sebab tu la mula-mula kenal aku contact dia, dia contact aku.. Tapi bila lama-lama kenal aku pulak yang jauhkan diri.. Selalu terjadi macam tu kat aku.. Dan sampai sekarang, still the same thing happen along my way.. I don't know sampai bila..



Bukan aku taknak, tapi kemungkinan besar aku belum bersedia.. Hati aku tak terbukak lagi untuk sape-sape.. Sebab tu kalau orang tanya status aku, aku kata 'I'm single but not available'.. Mesti diorang kata poyo la minah ni.. Tak pun diorang akan kata 'ala kalau dah berpunya tu terus terang je la'.. No! U're totally wrong.. I'm single, YES memang aku single dan hati aku belum dimiliki sesape.. Not available here means aku belum bersedia.. Don't get me wrong guys..




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The most difficult thing to explain in life is the simplest truth called LOVE.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kadang-kadang aku terfikir jugak.. Sampai bila aku nak single macam ni ek? Best jugak kalau ada boipren.. Boleh ajak temankan aku pergi shopping, tengok Bini-biniku Gangster sama-sama, pergi I-City main baling-baling salji sama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama, berak sama-sama.. Eh! terlebih suda.. hahaha.. Wahhh bestnya semua boleh sama-sama gittew kan.. Aku rasa baik kawin teros je kalau dah semua nak sama-sama ni ye dok??




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sometimes I know in my heart I love someone, but I've to go away before my head can figure it out.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tapi kan.. Best jugak aku macam ni.. Aku rasa macam MISTERI sangat manusia yang bakal ambik separuh dari jiwa aku ni.. Sebab dia buat aku tertunggu-tunggu bila dia nak datang.. dia buat aku terfikir-fikir macam mana rupa dia.. dia buat aku tertanya-tanya dalam keadaan apakah dia muncul.. dia buat aku senyum sorang-sorang bila bayangkan cara apa yang akan digunakan untuk curi hati aku.. WHAT A SURPRISE?




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The person who really loves u is not someone who sees u everyday, but someone who looks for u everyday.

A heart is not judged by how much I love but by how much I am loved by others.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





It's better for me to know and be disappointed
than to never know and always wonder.




P/S: Terima kasih sudi baca.. xoxo !

Kehidupan di UiTM Puncak Alam



October 01, 2011





Assalamualaikum..



Kehidupan di UiTM Puncak Alam.. Teringat kembali masa aku dok kolej/hostel masa part 2 hari tu.. Dah dua semester berlalu.. Wahhh rupanya aku dah part 4 sekarang.. Adehh.. Maknanya lagi 2 semester yang aku ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya kat Puncak Alam ni.. Cewahh! SURAT KHABAR UTUSAN punya ayat aku!haha.. Memang tak dinafikan, best jadi student ni weh.. Banyak giler kenangan-kenangan yang mengusik jiwa, memori-memori daun pisang, dan kasih yang tercipta bagai..








Rutin aku kat sini kalau hari yang ada kelas tu macam biasa la.. Kalau hari Isnin, permulaan hari untuk ke kelas memang selalu kena berperang dengan nafsu tidor yang tak pernah nak cukup-cukup.. Terpaksa di akui, aku bukan jenis perempuan bersifat keibuan sebab malas bangun pagi..hahaha.. Tapi aku bangun jugak, hapa tak nya kalau tak bangun nanti hari-hari tak nampak la batang hidung aku kat kelas.. Tak ke kes naya tu.. 'PAKSA DIRI, JANGAN MANJAKAN DIRI'.. Tagline yang sentiasa melekat kat dinding asrama masa aku form 1..




Kadang-kadang aku rasa masa yang aku habiskan bersama keluarga lebih sikit berbanding masa aku berjauhan dengan mereka.. Yela, korang bayangkanlah aku ni form 1 lagi depa dah campak aku kat asrama.. Masa tu baru umur 13 tahun kot.. Orang kata, masih budak hingusan lagi.. Tapi takde la sampai hingus masih meleleh lagi..hahaha.. No wonder la aku kat Puncak Alam sampai berbulan-bulan tak balik rumah tapi ok je.. Tak pernah pun homesick sampai nangis-nangis.. *tipu



Aduhh.. Asal hari Isnin je aku malas benor nak bangun pepagi.. Bila dah bangun tu of kos la pi siap-siap nak ke kelas.. Kena pulak kelas 1st hari tu kelas Account.. *tangan ke dahi.. Nak pergi kelas aku kena menuruni tangga Batu Caves yang mempunyai berapa ratospulohbelas anak tangga entah.. Aku tak sempat kira.. Giler tinggi tangga tu, that's why kitorang panggil tangga tu tangga batu Caves.. Tak caya haa cer tengok gambar kat bawah ni..












Haa kau sanggup? Kalau turun tu no hal la.. Takde nak letih sangat.. Yang nak naik tu masalah sikit.. Kalau salah budget bila nak tarik nafas, bila nak hembus pulak.. Boleh semput aku rasa.. Tercungap-cungap la jawabnya.. Aku ni takpe la masa tu maintain slim lagi.. *cewahh poyo minah ni.. Kena yang obess tu tak ke kesian kat depa.. Pulak tu bulan puasa kena panjat tangga tu.. dush3.. Aku lebih rela bayar sehinggit naik bas rapidKL weh.. Siyes masa tu aku rasa sangat bertuah kalau aku jadi burung-burung yang berkicauan seolah melambai-lambai sayapnya kat atas tu perli aku yang tengah gunakan sepenuh tenaga panjat tangga Batu Caves tu..adehh sungguh tak adil




Sampai je kat kampus kena jalan kaki lagi nak ke fakulti aku.. Macam biasa, pagi-pagi orang ramai giler tengah tunggu giliran nak naik lif.. Fakulti aku paling tinggi sampai level 17.. Tapi tak pernah lagi kelas aku sampai tengkat 17 tu.. Paling tinggi pun tengkat 11 je.. Ada la satu hari tu terlewat pergi kelas.. Tak sanggup nak tunggu lif lama-lama.. So, dengan semangat yang kental aku panjat tangga.. Takot lecturer marah kalau masuk kelas lambat nanti.. Ok FINE, kelas aku kat tengkat seploh.. T____T







Suasana malam memang cantik kat sini..




Dah habis kelas around 4 or 6 p.m tu.. Menyinggah dulu kat kafe, kebuluq nak melantak.. Kalau naik kolej terus nanti penat pulak nak turun beli makanan kat kafe.. So, melantak terus kat kafe atau tapau je buat naik bilik.. Makanan kat situ boleh tahan jugak la.. Cuma bila dah hari-hari kau ngadap benda yang sama apa rasa? hahaha.. Tapi aku paling suka diorang punya steamboat.. pergghh hari-hari aku bedal tak hengat..




Suasana kafe masa takde manusia..


Steamboat 5 bintang..




Tapi jangan risau, weekend anda takkan sia-sia di sini.. Kalau poket kering, no money no talk.. No hangout jugak.. Korang boleh beriadah tough kan badan di gym.. Petang sikit boleh la berbasikal ramai-ramai.. Best oh! Boleh teroka entire UiTM ni sambil hirup udara segar, pokok-pokok nan menghijau.. Eh? Nampak sangat dalam hutan.. muehahahah..





Pandai ke nek beskal tu? haha


Eceh! kemain seronok boleh release tensen..
Dah tak hengat assignment berlambak..




Dan sekarang aku dah tak boleh rasa dah semua tu.. Sebab aku dah dok luar sekarang ni.. Manusia kan, bila ada depan mata diorang tak nak hargai.. tapi bila dah takde baru nak terhegeh-hegeh cari balik.. *ahlamak! terkena batang hidung sendiri teehee ^^ Rindu pulak nak panjat tangga batu caves tu.. *buat muka nak kena lempang.. Mengada betul minah ni kan.. hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca.. xoxo !


Betul Ke Lelaki Macam Ni?

September 28, 2011


Assalamualaikum..


Memanglah cakap tak serupa bikin betul tuan belog ni.. Kata tak sempat nak hupdate belog, bizi segala.. Tup tup, pang! satu lagi entri di tempeknya kat sini.. Kalau korang nak tahu, hari-hari aku bukak belog nih.. Cuma tak hupdate jer.. Kekangan masa yang mencemburui kita.. Aku rindu belog aku yang tak semenggah ni kata Cik Epal.. Dan aku tak boleh weh kalau tak bukak belog.. Sebok macam mana pun, takkan aku nak biarkan belog ni bersawang berhabuk ber apa lagi?? Tangan gatal je nak taip entri baru..



Hari tu aku ada tulis tentang HEBATKAH INSAN BERNAMA PEREMPUAN dekat ENTRI NI.. Dan ada yang komen and request tentang lelaki pulak.. Konon budget blogger hebakk lah aku ni, sebab tunaikan permintaan reader..ekekekeke, maka wujudlah entri ni.. Aku bukan hapa, kau tahu la kan aku ni perempuan.. Jadi aku buatlah entri pasal perempuan, sebab mana lah aku tahu pasal lelaki ni.. Dalam family aku, abah aku sorang je kot lelaki.. Yer, adik beradik aku 5 orang semua pompuan.. Oh yeah! Hari ni 1st time cubaan aku untuk membongkar rahsia seorang insan bernama lelaki.. Berjayakah aku? haha jom kite tengok hebak tak aku.hiks




Betul ke LELAKI macam ni?


1. Guys don't actually look after good-looking girls.. They prefer neat and presentable girls. Eceh, speaking London.. teehee T_T lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka budget Jennifer Lopez, bibir ala-ala Angelina Jolie.. tapi sebaliknya lelaki lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketerampilan.. Jadi, perempuan yang kurang cantik di luar sana *termasuk aku tok sah nak risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri korang.. For sure, lelaki akan kata 'Sedap mata pandang pompuan macam ni'..



2. Lelaki suka perempuan pandai memasak.. Oh! Ini memang fakta, bukan auta.. Lelaki mana tak suka perempuan pandai masak. Ye dok? Jimat kos weh.. Tak payah beli makanan kat luar.. Masak kat rumah kan save.hiks.. Haa orang kata kalau nak pikat lelaki ni kita jaga perut dia.. Jaga perut ni bukannya siang malam kau dok tilik, dok gosok perut dia.. Jaga perut kat sini maksudnya jaga makan minum dia lah.. Hadoi, jangan salah paham pulak.. Kemain lelaki suka lettew hari-hari kena gosok perut.kahkahkah



3. Kebanyakan Lelaki sebenarnya tak tahu apa perasaan sebenar seorang perempuan.. Lelaki kalau bab baca hati perempuan ni memang FAIL lah.. Betul ke? Jadi, kalau kita (perempuan) syiokk dekat mana-mana lelaki.. Jangan biarkan perasaan tu lama-lama sebab dok tunggu si lelaki usha kita dulu.. Sebab diorang memang tak tahu tahap cikgu tak pernah ajar kat sekolah yang kita ni dok syiokk kat dia.. Bagi hint sikit hokey.. *susah jugak ni.hurmm



4. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, LELAKI juga akan bersedih.. Cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di depan orang.. Cewahh! aku kalau dah break dan tengok si dia cool je tak sedih macam aku yang nangis boleh banjir Semenanjung Mesia ni mesti aku akan kata 'LELAKI semua sama! Masa tengah cintan cintun tak hengat, boleh lah kata I tak boleh hidup tanpa U.. Tapi dah clash ni kau nangis pun tak, cepat je lupakan semuanya.ggrrrr'...



5. Betapa hebatnya LELAKI itu bersikap romeo dan keluar dengan ramai perempuan namun dia tetap hanya ada SATU teman wanita yang istimewa selebihnya hanya kawan.. Hamboi..kawan la sangat kan.haha.. Betullah, lelaki kalau dah serius dalam satu-satu hubungan tu, memang dia takkan sia-siakannya.. Cuma perempuan kena banyak bersabar dengan lelaki yang jenis ramai kawan perempuan ni.. Kasik slow down sikit tone cemburu buta tu.. InsyaAllah ok lettew..



6. LELAKI cuba menonjolkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati perempuan.. Biasa la ni, 1st time dating ajak gi candle light dinner kat Concorde Hotel siot! Ini kalau si lelaki anak angkat tiri menteri-menteri lah.. Kalau lelaki yang tengah bulan pun poket dah nipis.. Nasib la kau, ajak pergi dating kat KLCC pun jadilah.. Pergi makan tu siap tolong tarik kerusi, NAH bunga taik ayam 5 tangkal.. muahahaha



7. Kebanyakkan LELAKI cukup lemah dengan air mata perempuan.. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihinya.. Sebab itu orang kata air mata tu senjata perempuan.. Eh? Pompuan-pompuan kat luar sana, lepas ni kalau si lelaki ni tak nak belikan handbag limited edition Jimmy Choo sebagai birthday present.. Ingat, gunakan senjata yang ada..hahaha



Setakat tu je yang aku tahu tentang lelaki.. Kalau korang rasa tak puas hati dengan pendapat aku yang entah betul entahkan tidak ni boleh argue dengan aku..bhahaha.. Ni aku nak share pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan:




1. Perempuan yang suka mengumpat. *Tapi aku rasa ada je lelaki join sekaki.teehee


2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal. *Yang ni aku pun tak suka.


3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki. *Tahulah dah kapel, tak payahla nak over sangat..


4. Merokok. *Reject teroih!


5. Perempuan yang melayan lelaki seperti alas kaki.. *Hamboi, kuang ajor..


6. Perempuan yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian. *gedik tahap ular sawa


7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul. *Banyak songeh minah ni..


8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. *tak boleh nak tegur langsung..


9. Wanita yang bersikap hipokrit.. *Depan baik, belakang....haishh


10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.. *Sebok jew la


11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.. *kalau dah tak sayang terus terang je laaa


12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang.. *kuang ajor, kau main terajang je kucing tu? takde sifat keibuan langsung


13. Pakaian wanita berselerak di biliknya.. *dah boleh bayangkan rumah korang bila dah kawen nanti boleh replace kapal pecah.haha


14. Tidak bertanggungjawab langsung..


15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.. *suka hati mak bapak tiri kau je nak bertepuk tampar dengan laki lain..
ingat sini Holiwud ke hapa


16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.. *setepler je mulut dia.hiks


17. Boros berbelanja.. *Kasut vincci yang belum keluar pun dah ada dalam koleksi..


18. Tidak tahu/malas memasak..


19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.. *menyampah lah minah gedik ni


20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.. *haha yang ni tak leh blah la wehhh..






Mempersembahkan boipren baru aku..
Perempuan lain sila jeles.muehahaha




P/S: Terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis.. xoxo :D


Facebook Dah Makin Canggih Sekarang. Betul Ke?


September 22, 2011


Klik image dan bukak spek korang :)



Assalamualaikum..


Fesbuk dah semakin canggih sekarang ni kan.. Advance u.. Tapi betul ke canggih? Apa pendapat korang tentang perubahan yang dilakukan oleh admin fesbuk ni.. Perasaan aku bila bukak je akaun fesbuk aku ni.. Rasa annoying giler kot.. Entah kenapa aku lebih suka old fesbuk.. Ala, masa kita baru-baru nak kenal fesbuk dulu tu.. Haa aku lebih suka yang tu..



Apa yang istimewanya fesbuk sekarang berbanding dengan fesbuk yang lama eh? Cer korang tengok gambar kat atas tu yang aku red circle area tu.. Ada lists close friends, family, lepas tu recent posts orang yang berdekatan dengan kita.. Kalau macam aku sekarang ni dok Puncak Alam.. Then, akan ada recent posts sape-sape yang ada dekat area Puncak Alam jugak.. Eh tak perlu la semua tu.. Buat menyemak je aku rasa.. Apa kelebihan dia buat macam tu?



Kalau korang tengok pula dekat red error pada gambar kat atas tu.. Giler ah, image yang super duper besar.. Kiranya kalau dia buat macam tu orang tak payah klik kat gambar tu kalau nak tengok ke? Sebab image dah memang triple besar dari sebelum ni.. Tapi aku rasa orang still akan bukak new tab untuk tengok gambar tu kan.. Macam yang selalu aku buat kalau nak tengok gambar yang kawan-kawan kita baru upload..haishh tak paham aku..



Then, cer tengok yang circle yang warna oren sebelah kanan tu.. Ini yang tak boleh blah aku rasa.. Kan sebelum ni kita boleh tengok online friend je kat side bar belah kanan tu.. Ni diorang tambah pulak friend activity kat situ.. Kau nak like album orang ke, kau nak comment status orang ke, kau upload gambar ke, hapa bagai lagi semua boleh tengok kat situ.. Adeeeiiii..



Ada satu lagi yang aku tak mention dalam gambar kat atas tu.. Time kita nak update status tu bukan ke ada dia tulis nama tempat kita kat mana masa tuh kan kan kan.. Tak pribesi langsung lah.. Lepas ni dah boleh tutup akaun foursquare memasing sebab fesbuk sekarang dah ada jugak function yang foursquare gunakan..muehahaha...



Sorry Facebook, you keep saying you have changed, but it's too late. I'm already in love with someone else, her name is Twitter.



P/S: Ini cuma pendapat ketidakpuasan hati aku.. Terima kasih korang sudi baca entri ni :)

Gara-gara Promoter Yang Menghilangkan Diri

September 13, 2011


Assalamualaikum..


Ni aku nak story tentang kesah malam semalam.. Pejam celik pejam celik rupanya aku dah ada kat Puncak Alam dah.. Hurmm, nampaknya setiap kali semester baru, setiap kali tu lah jugak kitorang pindah rumah.. Kitorang ni non-resident, tergolong dalam pelajar-pelajar UiTM yang tinggal di luar.. Maksudnya yang tak dok kolej/asrama lah.. Jawabnya menyewalah di kawasan yang berhampiran dengan kampus anda ok!



Semester lepas aku menyewa rumah teres dua tingkat area perumahan.. Rumah dah best tapi surrounding yang paling menyampah tu tak sanggup nak duduk lama-lama kat situ.. Tak nak citer lebih-lebih pasal ni, tapi aku bagi klu sikit.. Masa dok area perumahan tu 1st time kami jumpa jiran tetangga yang terlalu prihatin.. Sampai setiap orang/kawan-kawan/sedara-mara yang datang menjenguk kami kat rumah tu diorang scan sorang-sorang.. Bagus diorang ni, ambil berat tentang orang sekeliling.. Paham maksud aku kan?



Alamak! Apa yang aku dok semakkan entri ni dengan citer-citer lama pulok ni.. Takde kena mengena dengan tajuk langsung.. Ok sambung citer malam semalam.. Disebabkan kami ni suka hidup nomad, pindah randah setiap kali semester baru, jadi barang-barang keperluan sentiasa kena beli yang baru mengikut kesesuaian tempat tinggal baru.. *haa kemain banyak word BARU tu kan.. Benda alah yang pertama dalam senarai of cos lah almari weh..




Takkan lah aku nak biarkan semua ni atas katil kot..
Letak dalam almari barulah cun sikit..




See! Baju pun terpaksa dilipat, taruk kat situ dulu jugak..




Maka sampailah kami bertiga dekat sebuah shopping kompleks (SK) yang biasanya di kunjungi oleh mak-mak kiter untuk beli ayam, ikan, something like that la (ops! bukan pasar tani hokey).. Jangan risau, kat sini semua ada.. Aku malas nak sebut nama SK tu tapi aku pergi ni yang dekat area Setia Alam.. Masa tu orang tak ramai sangat, bagus laa baru senang hati sikit aku nak godek-godek apa yang nak di beli nanti.. Mula-mula Dina yang jumpa almari yang dia nak la.. Tapi yang tu bukan almari sangat, dia macam yang ada laci-laci macam tu je.. *haihh ni kalau aku beli yang macam ni jugak nampaknya kena sewa lori ni.. Kami naik kancil je kot, nak angkut dua-dua benda alah ni mana lah nak muat..




Kami bertiga :)




Almari laci Dina macam ni la.. Tapi ni Yaa punya..
Yaa roomate aku, so senang sikit aku tangkap gambar
almari dia senyap2.. Nak tunjuk contoh kat korang :)




Ok aku pergi jenguk-jenguk dekat bahagian perabut sat.. Haa ada pun almari yang murah, senang nak bawak balik, gerenti muat untuk disumbat dalam perut kancil, dan yang penting benda ni kena pasang sendiri.. WHAT? Pandai ke aku nak pasang-pasang almari ni? Takpe-takpe kita cuba.. Tapi MANA PROMOTER bahagian perabot ni?? Aku nak tanya ni mana satu almari yang harga dia RM49.90 yang aku dah berkenan bila tengok yang diorang display ni.. Takkan nak angkut yang display ni kot.. Mesti la kena ambik yang dalam kotak kat bawah ni.. Punya la aku cari sekeliling area perabot neh TAK JUMPA PROMOTER..




Ini yang aku maksudkan..



Dah la masa tu nak dekat pukul 11 dah.. Tetiba diorang announce, cakap diorang dah nak tutup dalam masa 20 minit lagi.. Gilos! Haku ni barang-barang keperluan lain pun tak beli lagi weh.. Hapa lagi, aku main ambik je almari dalam kotak tu yang mana satu entah.. Ni first time shopping macam lipas kudung lah di buatnya.. *Padan muka, sape suruh pergi lewat sangat, kang dah nak tutup tu.. Takpe-takpe sempat lagi ni nak pergi cari barang-barang lain.. Nasib baik aku dah buat senarai barang apa yang nak beli, takde laa kelam-kabut sangat..




Tapi aku ni jenis yang memang takleh nak ikut senarai lah.. Mana yang berkenan di hati, bedal je.. Sekejap je senarai yang aku buat aku pegang, lepas tu aku lipat elok-elok simpan dalam beg..kahkahkahkah.. Semua benda yang kiut-miut aku nak beli.. Tak caya tengok ni apa yang aku beli..



bath toy nama dia.. comel kan.. Dah siap
gantung dalam bilik ayaq dah :)



Korang bayangkanlah bila mandi pakai benda kiut tu..muahahaha.. Then, dalam pukul 11 lebih macam tu la.. Kitorang pun baliklah.. Dengan barang-barang yang memenuhi ruang perut kancil tu, maka Dina terpaksa balik dalam keadaan yang tak berapa selesa sebab dia terpaksa riba almari laci die tuh..hahahaha.. Kesian Dina.. Aku sedap-sedap dok gelak kat si Dina ni tapi sampai je kat rumah, aku pulok yang di gelakkan.. Korang tahu kenapa? Almari aku takleh nak pasang sebab tak cukup nat ke hapa entah nama panggilan benda tuh.. Demmmm!




Cara-cara nak pasang




Boleh ke aku buat ni? Oh hoo..




Tempat yang aku circle tu la alat-alat
dia yang tak ada..haishh



Ni semua gara-gara promoter yang makan gaji buta tu lah.. Orang suruh kerja kau pergi melepak kat mana?? Tak pasal-pasal aku pergi sekali lagi kat TESCO tu nak tukar balik almari.. Oops! Dah tercakap lah pulak aku shopping dekat TESCO je.. *ngeh3.. Haa aku marah ni marah ni.. Tak nampak ke muka marah ni.. Ingat senang ke nak pergi sana balik huh?? Kena sewa kereta lagi, kena isi minyak lagi, haishhh duit semua tu.. Dah la almari yang sepatutnya aku beli tu harga die RM49.90 je.. tapi yang aku main bedal tu kau tahu berapa harganya? RM89.90 beb.. Hamekkaw!



Moral of the story, kalau nak pergi shopping tu janganlah pergi lewat sangat.. Kang dah jadi lipas kudung.. Aku rasa lipas ni bukan setakat kudung, tapi dah jadi lipas 'FRUST' dah sebab salah beli almari.. Aduhhh.. Sabbor je la..



Penat menaip, wa chow lu hokey! TATA :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani