Showing posts with label Belog editted... Show all posts
Showing posts with label Belog editted... Show all posts

Sebulan Menghilang

January 17, 2012


Holla peeps!


Masihkah hampa ingat dekat taukeh belog ni?? Hampa rindu aku dak?? Ok fine, tak rindu pun. Tapi aku rindu giler kat hampa dan jugak kat BELOG AKU ni.. Hurm. Kemaruk nak blogging ni. Untuk pengetahun korang semua, aku baru ja habis final exam. Yippeeee! Maka sebab nak buat preparation untuk final exam tu lah aku meng 'away' kan diri dari belog nih.


Bunyi macam study hard aku neh, dah macam tido buku, makan buku, mandi buku, minum buku, berak pun dengan buku. Padahal FB Twitter aktif ja! bhahahaha. Bukan hapa, aku ni kalau nak hupdate satu-satu entri tu aku ambik masa berejam-jam dok ngadap lappy ni. Aku pun pelik jugak, kenapa orang lain hupdate entri sejam pun dah cukup buat depa? Nizam pun kata lagu tu gak.hurm. Entah lah.


Niat di hati nak edit belog. Supaya nanti bila aku nak hupdate entri, semangat tu ada! ececece.. Semangat nak blogging memang tak pernah padam, tapi disebabkan lama dah aku biarkan belog nih bersawang, otak pun jadik tepu taktau nak nak tulis apa nih. Nanti bila bukak ja belog, tengok wajah baru belog aku semangat tu lain tau. Ye dok? Mesti taip pun laju ja.haha. Hampa jangan lupa naa tunggu wajah baru belog ni :))


Memandangkan entri ni ialah entri sulung aku untuk tahun baru 2012 ni, aku rasa belum terlambat lagi untuk aku wish Happy New Year, 2012 kat hampa semua! *peluketatketat trolololo.. Yeay! Sebelum aku blah, ni nak mintak maaf dekat si cantik manis Cik Wanie Lovela sebab dah lama tak jengok kamu. Sihat ka? Miss u damn mucho!


Pastu mintak maaf jugak dekat my dearies, CTK, adik blogger, Zuan, Nizam, ILA honeybunny, dan jugak ramai lagi kecintaan-kecintaanku kalau nak sebut semua kat sini sampai besok pun tak habis.hehe. Maaf sebab dah lama tak singgah belog hampa, pastu tak sempat nak balas komen hampa semua. Duibuqi!


Banyak lagi aku nak story kat hampa ni. Tapi aku macam tak sabar pulak nak edit belog.ehem. Takpa nanti aku nak story kat hampa apa jadik dekat aku selama sebulan kehilangan aku. Nantikan entri aku yang seterusnya hokey! *budgetretis




Ok babai! xoxo :))


Inilah

November 20, 2011

Assalamualaikum..


Nahh. Inilah header yang dah lama terkepam elok dalam lappy tapi tak pernah digunakan. Header hasil dari aku join contest dekat belog Innanie. Aku dah mention tentang contest tu dekat ENTRI NI. Kesian dekat Yana (dia yang buat header tu) sebab baru sekarang aku tepek header tu kat belog nehh.adehh.


Aku bukan taknak tukar header tu tapi ada prob dengan blog aku ni. Kan kalau nak tukar header macam biasa la pergi dekat design pastu klik la button edit tu. Tapi aku punya ni takde button edit la pulak.




Dekat header aku takde button edit. Jadi macam ni la.
keliklah dekat gambar ni kalau nak tengok lebih jelas.



Aku dah usha usha member tapi takde yang boleh tolong. Dan kali ni 2nd time aku refer prob berkenaan dengan blogspot ni dekat group FB 2dayblogger. Nasib baik la Topijerami ni hadir untuk bantu aku.ecehh. Kemain lagi ayat aku.hehe. Thanks sangat kat awok deh. Lain kali buleh la mitok tulong lagi deh.*hewhewhew



P/S: Comel kan header baru kiter tu :)

UKUR TAHAP KETERUJAAN ANDA...

TUESDAY, AUGUST 02, 2011
04:30 p.m.


Salam u alls...


Bagi taukeh, teruja ni bermaksud perasaan kagum dengan sesuatu atau dalam bahasa magris nya we proud of.. Pastu kalau Indonesia pulak kite sebut kaget.. Betul dak?? Haa kalau tak betul hangpa boleh betulkan lah sendighi yer.. Dan yang betulnya pulak, taukeh sekarang dah slow sikit bab bab update entri kan.. Last update ialah pada July 31. Dan hari ni dah 2 Ogos dah beb.. Rasanya macam dah setahun tak update belog ni.. (agak-agak la nak nipu pun)..



Taukeh ada sebab-sebab taukeh sendiri kenapa tak ter update belog nih.. dibiarkan bersarang macam tu je.. Eh! No no no… Jangan kata lagu tu.. taukeh bukan tak nak update entri tapi setiap kali nak naip, jejari runcing ku ini dok terketar-ketar je weh.. Pasai apa?? Pasai taukeh SANGAT TERUJA dengan apa yang dah jadi di sekeliling taukeh ni.. Yer, try korang tengok, renung renungkan (dan selamat beramal) apa jadik dengan teratak usang taukeh yang sebelum ni..



Kalau korang ingat, hari tu taukeh ada buat entri ni DIA BOLEH BETUKAR WAJAH.. Dekat entri tu taukeh ada habaq pasai HEADER BARU taukeh yang kiut miut tu.. dan sekarang the entire blog ni dah di renovate kan.. dan taukeh amatlah TERUJA dengan perubahan terbaru ni.. Rasa macam sifat-sifat keperempuanan yang ada dalam diri sangatlah terserlah kerana dikelilingi dengan bunga bunga Cinta Misha Omar dan yang penting color PINK itu sendiri telah menaikkan tahap kegersangan, EH SILAP tahap KETERUJAAN taukeh..



MARI KITA TENGOK TAHAP KETERUJAAN YANG DI ALAMI
DIMANAKAH ANDA??

















Jadik.. belog ini sudah tidak melayakkan dirinya digelar ‘teratak usang’ yang aku dok sebut sebut dalam entri sebelum ni.. Sekarang taukeh akan tukaq nama nya sempena dengan wajah baru belog ini.. (Cewahh macam dekat event nak launching album pulak cakap macam tu..) Ok nak panggil apa pulak weh?? Hurmm.. ekceli taukeh belum pikiaq lagi nama baru untuk belog nih.. muahahahahaha… Tapi yang penting taukeh masih taukeh belog ni lah.. Itu yang for sure kan..



FOR YOUR INFO… Belog ni adalah hasil air kaki EH SILAP LAGI.. Hasil kerja dan air tangan sepenuhnya oleh EN. CAER ni.. Taukeh sangatlah berterima kaseh kat EN. CAER yer.. Sebab dia lah TERATAK USANG yang dulunya bertukaq jadi VILLA macam sekarang ni.. I looikee ! Jadi, kalau sesape yang rasa nak ‘BERTUKAR’ (versi oltroman) macam taukeh boleh ke BANGLO EN. CAER.. Di sana anda boleh request sendiri teratak atau persinggahan yang macam mana anda inginkan.. (buat muka promoter yang seyes)..



Korang paham tak apa yang taukeh dok melalut kat atas tu?? Haa kalau paham



P/S: Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan taukeh jamin korang akan mendapat TAHAP KETERUJAAN YANG MAKSIMUM.. ngeh ngeh ngeh..

DIA BOLEH BERTUKAR WAJAH..

SATURDAY, JULY 30, 2011
01:00 a.m.

Salam u alls...


Ehem ehem…ehermmm…ya alls perasan tak ?? perasan hapa la taukeh ni… hurmm…sedey betul, ya alls ni memang tak berperasaan (buat muka merajuk).. Takkan ya alls tak nampak belog taukeh ni dah berubah kan kan kan (kembali ceria).. Haaa.. tu la, belog dah bertukar wajah… Ya alls! Meh la dekat sikit.. nak tanya ni.. Amacam?? Cun tak belog taukeh yang baghu ni?? Alah dah tahu dah mesti cun punya kan.. Sape lagi nak puji kalau tak dighi sendighi.. (masuk bakul angkat sendiri)..


Tapi kenapa taukeh tetiba je memandai make up teratak dia ni?? Lahh.. takkan u alls tak tahu.. belog taukeh nih telah di keritik hebak oleh blogger blogger lain (takde la hebak sangat, saje nak bikin gempak).. Yalah, taukeh join segmen abg ben hari tuh.. Segmen ‘Ben Ashaari Tanya Berani Ke Kritik Blog Aku’… Hurmm ramai la jugak yang kritik belog taukeh yang tak seberapa ni.. Di sebabkan tak seberapa ni la ramai yang kritik.. Ya alls nak tahu tak hapa depa dok kutuk belog taukeh ni?? Haa meh sini nak citer…


Ni dia keritikan membina yang depa bagi:

1. 6 blogger kata belog taukeh gelap, background kasi kaler kaler la sikit baru okey..

2. 3 blogger kata feedjit tu tak payah letak buat berat belog je..

3. 2 blogger suruh buang word verification kat ruangan komen.. *errrr cemana nak buang ya alls? (tunduk malu)

4. 1 blogger kata belog ni simple sangat.. kasi serabut la sikit.. baru berat belog tu.. *haish APAKAH?

5. 1 blogger kata saiz header tu kasik sama dengan saiz template, lagi cun woo.. *dah samakan dah 

6. 1 blogger suruh buang je Mr. Spongebob kesayangan taukeh tu sebab tak perlu.. *dengan berat hati dah di buang.

7. 1 blogger kata bloglist berjela sangat, kotak komen tukar ke pop-up.. *taukeh dah kurangkan beloglist dan kotak komen masih dalam proses.



Haahh ! Amacam, mau tak nye taukeh tukaq habis 1 belog ni.. Hebak tak keritikan depa?? Walauhapapun taukeh nak BERTERIMAS kat depa sebab sudi keritik taukeh hari tuh.. Orang kata kalau ada something kat muka kita, kalau tak ngadap cermin memang kita tak tahu apa yang tak kena kat muka kiter kan.. Last last orang lain jugak yang tegur kan.. (contoh lain taik hidong kat pipi, nasik kat dagu).. Sama la dengan situasi taukeh ni, kadang kadang kiter perlukan pendapat orang lain.. *halah yang aku dah macam penceramah bebas pepagi ni pasai apa??


Takde hapa, ekceli taukeh nak BERTERIMAS je la dengan blogger blogger yang sudi singgah teratak taukeh ni dan rajin pulak tinggal komen.. Hurmm bukan apa, boleh jugak naikkan trafik kan.. (take advantage la sikit).. Pastu nak BERTERIMAS jugak dekat abg ben sebab buat segmen segmen macam ni.. At least ada jugak blogger yang singgah belog taukeh ni.. (buat muka 25 sen)..


Bagi blogger blogger yang dah keritik belog taukeh hari tuh dan terbaca entri ni (memang satu keajaiban) harap korang puas hati dengan perubahan pada belog ni… (berubah ke??).. Sebenarnya belog ni masih dalam proses untuk di editkan.. dan berdasarkan keritikan yang ya alls bagi.. ada lagi certain certain part yang masih di kekalkan.. (laaariiiikkk).. heheh.. Kalau ada nak kritik lagi memang dialu-alukan.. Best jugak kalau ya alls selalu singgah sini.. (rela dikritik).. *peace


Taukeh sebenarnya masih tak puas hati dengan background yang baru ni.. sebab aku main ambik je background asal dekat belog nih.. Masih mencari background yang cun melecun dan sesuai dengan HEADER BARU taukeh.. *aww aww (gediks).. For your info, header belog taukeh ni di design kan oleh CAER.. Kalau ya alls nak jugak boleh ke belog Caer KELIK SINI.. Mekasih yer Caer.. Credit to you...


Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Dat’s All !!

…OKBAI…



Saja nak letak pic ni.. Memang takde kena mengena.. (laaariiiikkkk)… 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani