Showing posts with label Cerita artis... Show all posts
Showing posts with label Cerita artis... Show all posts

First Time Retis Datang Rumah



November 26, 2011

Assalamualaikum..


First time retis datang rumah aku. Gilos excited aku wehh. Yela, jarangjarang nak dengar retis datang rumah aku nehh, dahtu bukan sorang ja dua orang beb. Tapi sape retis tu?? Haa mesti korang nak tahu sape retis tu kan. Jeng jeng jeng! Dia ialah Tiz Zaqyah (eh betul ke spelling aku tu) dan sape lagi kalau bukan si kekasih hati pengarang jantungnya Remy Ishak. *hewhewhew



xoxo :)


Mulamula tu memang aku segan giler tahap kurakura sorok kepala ah! Tapi bila dah patpulohnamsaat dok borakborak dengan diorang, ternyata! Diorang ni humble siot. Baik Tiz mahupun Remy. Lepastu barulah borakborak tadi menjadi rancak. Femeli aku pun sporting diorang kata. *awwaww


Diorang tompang rumah aku sebab diorang ada shooting area Rantau Panjang (RP) tu. Rumah aku nak gi RP tu sepulohminit ja dah boleh sampai. Diorang ada bagitau shooting cerita apa tapi aku dah lupa la. Sebab masa diorang cakap tu aku macam dengar tak dengar je.


Diorang ni memang romantik giler la wehh. Masa lunch semalam kitorang ajak la diorang makan sama. Pastu si Remy ni pun pi la panggil Tiz makan siap ber baby ber abang gittew. *jeles aku. Diorang ingat dekat femeli hall tu takdak orang dah, sebab semua dah ngadap meja makan. Tak sedar di sebalik langsir tu aku dok skodeng. Haa kantoi. Depan kitorang i u i u ja.hehe malu lettew.


Haa baru aku tahu, retis ni maintain slim sebab makan nasik sikitttt ja weh. Itu pun sebab nak ambik ati tuan rumah ja kot, kalau tak entah makan entahkan idok. *pandai2 aku je buat andaian. Tapi tu Tiz Zaqyah la. Remy Ishak ni siap tambah lagi. Menu masa lunch tu tomyam ayam, telur dadar, daging masak merah, ikan 3 rasa, sayur kailan dan salad segala tu lah. Mentang mentang la makan dengan retis, banyak pulak umi aku masak kali ni.


Malam tu pulak ada cerita best weh. Dalam pukol 9 macam tu la. Si Remy ni sakit perut la pulak. Masa tu ada orang dalam bilik air. Aku pun tak sure sape ada sebab aku dalam bilik. Tetiba bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Remy beb. Dia kata umi aku suruh dia tompang bilik air dalam bilik aku jap. Sakit perut tak tahan dah katanya. Aku macam terkejut la time tu bagi isyarat tangan je suruh dia masuk. *ok Tiz Zaqyah pulak kena jeles dengan aku.muehahahaha


Satu hari ja diorang kat rumah aku. Esok tu pagipagi lagi diorang nak berangkat balik kolompo dah. Aku pulak bangun lewat sikit sebab malam tu dalam pukul 10 aku dah tidur. Pukul doblas bangun balik nak study Mandarin. Pukul lima aku sambung tidur balik, mata dah tak tahan ngantuk sangat. Tapi tidur kejap je. Aku ada writing test Mandarin pagi tu pukul lapansetengah. *sedih, tak sempat nak say baibai kat Tiz Zaqyah dengan Remy Ishak.




P/S: Aku pun tak tahu kenapa Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang tetiba muncul
dalam mimpi aku.*padahal aku tengah cuak nak ambik writing
test Mandarin.hurmm. Oops! Roparopanya dahku bermimpi.
Padah tidur tak basuh kaki. Laaarrriiikkkkk :D



(Cantik) Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium

September 22, 2011


Assalamualaikum..



Blog aku ni dah bertukar jadi blog gosip retis pulak ke? Berderet-deret entri pasal retis je ni.. Takda la, aku saja je nak share dengan korang semua.. Mana boleh blog aku tukar jadi blog gosip retis Malaysia, nanti marah pulak abang nara kat aku kang..hahaha.. Bukan hapa, aku tertarik betul tengok baju kahwin Memey dekat blog Abang Nara ni.. Memang cun habes lah.. Dengar katanya, nak letak baju tu kat Muzium Negara..



Setahu aku la kan.. Bukan calang-calang barang nak taruk kat muzium ni.. Ingat senang ke nak tayang hapa-hapa pun kat muzium? Selagi barang yang nak ditaruk tu tak memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang tertentu, jawabnya taruk dalam stor belakang rumah je lah.. Ye dak? Dan apa spesel nya sangat baju kahwin Memey tu sampai layak bertapa dalam muzium? Berdasarkan apa yang aku baca, gaun, sut dan kasut yang akan dipakai semasa majlis resepsi diorang nanti bertatahkan mutiara Rafflesia.. Kau ada?




Kelik gambar untuk penglihatan
jelas tahap maksimum..



Apa yang diorang cuba nak tunjuk dekat kita semua ni aku tak tahu lah.. Hari tu aku ada cerita serba sedikit berkenaan dengan majlis diorang KAT SINI.. Duit belanja kahwin jer dah RM12 juta.. Hapa lagi kau nak? Gerend betullah majlis diorang ni.. Sampai berjuta-juta tu.. Sape la yang taja tu kan.. Hurmm *sambil mengeluh..



Berbalik kepada cerita baju tadi tu.. Cantik memanglah jelas dan nyata bahawasanya baju tu MEMANG CANTIK.. Tapi soal nak taruk dekal Muzium Negara ni yang memusykilkan aku.. Apa sentimental value yang baju tu ada yang boleh dibangga-banggakan oleh negara kita.. Korang nampak tak apa yang aku tak nampak kat baju tu? Itulah yang menjadi persoalan untuk aku sekarang ni..




Sumber: Beautifulnara..



P/S: Walau macam mana pun.. Tahniah untuk diorang.. Dan terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis :)


Apa Nak Jadi Dengan Fida dan Mamat Sepah Ni??

September 21, 2011


Assalamualaikum..



Sekarang ni orang tengah bercerita pasal Fida dan Mamat Sepah.. Biasalah kan, mereka tu kan retis.. Apa yang diorang buat, apa yang diorang pakai, semuanya menjadi perhatian orang ramai.. Haishh.. Beberapa minggu lepas ada jugak aku terbaca dekat blog abang nara yang mengatakan Mamat Sepah ni playboy orangnya.. Dan dia jugak yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah itu sendiri.. Nak dijadikan cerita, bekas kekasih Mamat Sepah tu tampil memberikan kenyataan tentang siapa Mamat Sepah tu yang sebenarnya..



Nur Syuhada, bekas kekasih Mamat Sepah..



Mamat Sepah memberi kenyataan yang dia dan Nur Syuhada atau nama panggilannya Adda telah berpisah secara baik.. Tetapi sebaliknya Adda menafikan kenyataan tersebut.. Menurut Adda, semua tu bohong belaka.. Mana satu betul ni..



Ni kenyataan yang Adda berikan dalam BiPop..


Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.


Baca seterusnya KAT SINI..



Seperti yang kita semua sedia maklum, Fida ni seorang arti yang bertudung.. Baguslah kalau macam tu.. Lagipun ramai retis sekarang dah berhijrah dari seorang yang free hair tapi dah bertudung litup kan.. Contohnya macam Ziela Jalil, Irma Hasmie, dan yang paling latest yang aku tahu Siti Nordiana pun nampaknya dah bertudung sekarang ni.. Alhamdulillah..




Cantik kan Fida macam ni..



Tapi yang peliknya, Fida ni jenis yang ON OFF ke hapa? Kejap tudung kejap tak tudung.. Macam tu ke? Hurmm..macam-macam la retis sekarang ni.. Retis lain dari yang tak bertudung, mereka berhijrah ke arah kebaikan, bertudung.. Sebab tu aku kata Fida ni pelik, mula-mula timbul jadi retis dolu-dolu tu.. Tudung habes! Aku pun respect jugak dekat dia.. Tapi sekarang? Cer korang cekidaut gambar kat bawah ni..




Ni time Fida bertudung litup habes..





Fida bersama Wan Sharmila semasa MASIF 2011..
Tunjuk leher nampak..




Dan yang baru aku tahu tentang si Fida ni buat aku terkejut tahap kucing nampak lidi weh.. Fida ni tak sedar ke orang tengah perhatikan dia dan Mamat Sepah sekarang ni.. Dengan kes Mamat Sepah dengan bekas kekasih dia tu.. Pastu si Fida ni pulak keluar dating dengan Mamat tunjuk rambut terus.. Hadoii.. What's wrong with you Fida? Dengan berlakon jadi heroin citer Kasih Alia tu sepatutnya dia semakin komited dengan karier dia dan tak perlu lah nak kasik gempak dekat semua peminat yang dia pun tak nak ketinggalan untuk teknik rebondingkan rambut dia jugak.. haishhh..




Tengok rambut saya, cantikkan.. Rebonding ke?
Taklah, cuma guna Pantene je..muehahah



Sumber: Abang Nara..



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. Dan jangan lupa TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROBESI.. Peace no war :)


Sape Artis Tak Sombong #3

September 20, 2011


Assalamualaikum..


Rasanya dah lama aku tak buat entri ni.. Bagi sesiapa yang baru follow belog aku ni memang la korang tak tahu tentang kewujudan entri sebegini.. Sebabnya, bagi mereka-mereka yang dah lama follow aku pun belum tentu terperasan bahawasanya aku ada buat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG ni..kahkahkahkah.. Konon nak feeling retis lah orang nak perasan setiap entri kau? Ok, aku tahu aku bukan sape-sape bagi korang.. Eh?



Ok la jom kiter citer pasal sape pulak retis yang tak sombong kali ni.. Before this aku dah ada citer pasal ni kat entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #1 dan entri SAPE ARTIS TAK SOMBONG #2.. Aku ni bukan apa, aku tak la kata retis tu semuanya sombong.. Cuma, kalau ada retis mana-mana yang reply tweet aku dekat TWITTERLAND tu semuanya akan termasuk dalam kategori ARTIS TAK SOMBONG yang aku create ni.. Memandai je minah ni kan..



Tapi syiokk weh dapat tweet dengan retis ni.. Haa sekali diorang reply tweet aku.. Huhh! Kat sini aku taruk gambar diorang..muehahaha.. Takde la, betul aku cakap ni.. Sape tak sonok kalau boleh borak-borak dengan retis ni.. Kena pulak retis yang reply tweet tu kita admire tahap separuh mati.. Hamagadd! Tak tidur malam di buatnya.. Haa tampa membuang masa lagi moh ler kita nengok retis mana yang tercalon dalam kategori retis tak sombong aku ni..




Fouziah Gous




Julia Ziegler




Sharifah Shahira




Fiza Sab Jahan




Azza Elite




Erin Malek



Eh? Semua retis pompuan ke.. Haishh, nanti la aku usha-usha retis laki pulak.. Amacam? Bagus kan diorang ni.. At least diorang say hi jugak dekat fans diorang.. Dan antara retis yang aku list kan kat atas tu.. Yang paling aktif bertweet-tweet dan yang paling banyak reply tweet ialah Shila Amzah tu.. Huihh! Sekali dia tweet, penuh timeline aku weh.. Kalau aku jadi Shila Amzah ni kan, aku rasa tak larat aku nak reply tweet semua orang.. Cewahh, feeling retis lettew minah ni..muehahaha..



Tapi kan, retis yang tak pernah reply tweet aku sampai la ke hari ni korang tahu sape? Haa tak payah nak main teka-teki lah.. Biaq ceq habaq mai.. Fasha Sandha la retis tu.. Hadoii..feeling ekslusif betul Fasha Sandha ni.. Aku nengok, banyak jugak tweet yang dia reply tapi ngapei tweet aku tak pernah dia nak berkenan eh? Feras la cenggini.. Tapi takpe, aku takkan putus asa.. Nanti aku tweet dia banyak-banyak biar tweet aku je kat timeline dia..hahahaha



P/S: Ok la, penat menaip.. Terima kasih sebab baca sampai habis.. xx :)


TIADA KERAGUAN! SIMPLYSITI SAH HALAL, SELAMAT - JAKIM ^^

SATURDAY, AUGUST 13, 2011
02:30 a.m.

Assalamualaikum..


Entri kali ni adalah isu berbangkit di mana pada ENTRI NI aku ada cakap pasal produk Simplysiti yang di dakwa oleh individu yang tak bertanggungjawab bahawa produk tersebut ada bulu babi.. Ok tarik nafas.. Huhh.. panjang pulak ayat 1st tu.. So, aku jugak rasa terpanggil untuk buat entri ni.. Walaupun agak lambat sikit aku hupdate pasal ni tapi aku rasa info ni sangat penting untuk di kongsikan.. Jom kite tengok hapa yang penting sangat tu??

zaaassssss....


Gambar ni aku ambik dari portal Abg Budiey..


KUALA LUMPUR – Minggu lalu kita digemparkan dengan berita kononnya produk kecantikkan SimplySiti yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Permohonan itu kononnya ditolak kepada keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti adalah bulu babi.

Dalam reaksi segeranya, Siti menepis dakwaan itu dengan mengatakan semua produknya & berus yg digunakan mendapat kelulusan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemeriksaan dibuat sebelum setiap produk dihasilkan.

Terbaru, berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM yang kandungannya adalah seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

Justeru, menurut kenyataan JAKIM ini, jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam.



P/S: Harap maklum semua yer.. Okbai..

(GAMBAR) KAD JEMPUTAN KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY ^^

FRIDAY, AUGUST 12, 2011
01:50 a.m.



Salam u alls..

Macam mana?? Dah tengok gambar kat atas tu?.. Hurmm nampaknya pasangan tunang yang dah bebas dari tuduhan khalwat, siapa lagi kalau bukan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ni dah mula mengedarkan kad jemputan kahwin diorang.. Cantik tak kad diorang tu?? Mesti lah cantek kan.. Tapi bagi aku cantek lah macam mana pun kad kahwin diorang tu.. Mata aku yang tengok ni tetap kata tak cantek pon.. *oops! sory


Dan untuk pengetahuan korang jugak, mereka akan melangsungkan pernikahan pada 24 September depan di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, diikuti dengan majlis resepsi pada keesokan harinya dan satu lagi majlis persandingan besar-besaran bernilai RM12 juta di Crowne Plaza Kuala Lumpur.


Hamboi.. Tak payah lah nak buat gerend gerend sangat majlis tu.. Membazir je.. Lagipun semua orang dah tahu NORMEY akan kahwin.. (NORMEY tu Norman dan Memey) *peace.. Kalau lah duit 12 juta tu depa sedekahkan kat masjid ke.. Rumah-rumah anak yatim ke dapat jugak lah pahala tu.. Haa tambah pulak bersedekah time bulan-bulan pose ni lagilah BERKAT.. Huisshh.. Asal aku tetiba nak ngomel tak tentu pasal ni? Suka hati depa lah nak majlis dengan belanja yang beratus-ratus juta pun.. Satu sen pun depa tak mintak dengan aku..muahahahaha


Eh, suka hati akulah nak tulis hapa pon.. Ni belog aku.. Tak mintak depa tolong taipkan pon..Ye dak? haha.. Ok lah, mesti korang boleh imagine macam mana perasaan aku time tulis entri ni kan?.. *wondering.... Sory lah atas sedikit kekejaman gaya bahasa penulisanku kali ni.. Aku pun tak tahu kenapa.. Jari-jemaari ni laju je taip setiap bait-bait perkataan kat atas tu tanpa menekan backspace untuk paragraph yang boleh dikira censored jugak lah..cewahh


Gambar: Portal Murai..


Tanpa membuang masa.. Patik mintak diri dulu lah.. Zaaasssss :D

PRODUK KECANTIKAN SIMPLYSITI ADA BULU BABI?? Ape cerr..

SUNDAY, AUGUST 07, 2011
01:30 a.m.



Salam u alls..


Mesti korang dah tahu baru-baru ni ada dakwaan oleh pihak yang tak bertanggungjawab mengenai produk kecantikan milik Dato' Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut adalah berkenaan status penggunaan berus milik produk SimplySiti yang dikatakan mengandungi bulu babi.


Betul ke?? Aku mula-mula tahu tentang isu ni, aku macam dah tak berapa nak caye dah.. Yela, takkan pihak SimplySiti ni nak buat macam tu kan.. Pastu kalau betul diorang ada taruk bulu babi seperti yang didakwa tu pun, takkan pihak berwajib (JAKIM) senang-senang nak bagi pengesahan bahawa produk tersebut adalah halal.. Betul dak?? *Eh, macam produk makanan pulak halal-halal ni.. Ok emosi sikit tadi.. teehee


Walaubagaimanapun, pihak SimplySiti tampil memberikan kenyataan rasmi mereka berhubung dakwaan tersebut. Berikut merupakan kenyataan rasmi SimplySiti yang diwakili Dato' Siti Nurhaliza sendiri.


KENYATAAN RASMI SIMPLYSITI


*Gambar oleh Encik Google


Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut.


Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.


Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.


Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.


Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.


Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up dan kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.


Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.


SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.


Sekian, terima kasih.


Sumber: GUA

(PENYANYI) AWI RAFAEL ACCIDENT TERUK DI LEBUHRAYA FEDERAL..

SATURDAY, AUGUST 06, 2011
10:30 a.m.




Dipetik dari portal murai:


KL, 4 OGOS 2011: Apa yang menimpa penyanyi Awi Rafael ni, betul-betul mengejutkan Murai Batu. Dengan tidak semena-mena dia terlibat pula dengan kemalangan yang teruk, petang semalam.


Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.


Masa tu, Awi Rafael baru saja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam dan baju Melayu masih lagi dipakainya bersama samping dan songkok.


Entah macam mana, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Mujurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku pada Awi Rafael.


Kalau ada pun setakat terhantuk biasa. Tapi, disebabkan kejadian itu, Murai Batu dengar, Awi Rafael masih lagi dalam keadaan terkejutlah. Yelah, kalau sesiapa pun yang ada kat tempat Awi Rafael pun, mestilah jadi trauma.


Lagipun, kemalangan yang dialaminya tu memang teruk. Korang tengok sendirilah gambarnya. Silap-silap haribulan, memang boleh meragut nyawanya. Tapi, Tuhan masih sayangkan lagi Awi Rafael.


Lagipun, mungkin inilah dugaan Tuhan pada bulan ramadan yang penuh keberkatan ini ya. Kita kena selalu beringat padanya. Yang sedihnya tu, Murai Batu dapat tahu, kereta pacuan roda yang digunakannya itu masih baru dan bukanlah miliknya.



P/S: Nasib baik tak ada apa-apa berlaku kepada Awi Rafael, dan semoga dia kuat hadapi trauma yang di alami akibat kemalangan tersebut.

ALLY ISKANDAR SAH PUTUS TUNANG...

FRIDAY, AUGUST 05, 2011
08:00 a.m.


Salam u alls...


Sungguh tak ku sangka.. Rupanya Ally Iskandar dah bertunang.. Aku ingatkan dia single and available lagi.. Kalau tak boleh lah usha-usha kan.. *toksah nak berangan la*.. Tapi dah jadi tunangan orang rupanya si Ally Iskandar ni yer.. Berita tentang pertunangan Ally tak ramai yang tahu sebab berdasarkan apa yang aku baca dekat satu sumber ni..



Pertunangan Ally pada 11 Februari dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal tanpa pengetahuan media.. Tup-tup laa ni berita pasai depa putuih tunang pulak tersebaq nih..haish.. *ada can ni.. muahahahaha.. Tapi betoi ka putus?? Aku rasa sekarang ni musim putus tunang kot.. Hapa tak nya, aku baru je update entri pasal Khairul Fahmi Che Mat putus tunang kat ENTRI NI .. *Huk alooh.. Berbalik kepada kesah Ally tadi, haaa ni pengakuan dari Ally Iskandar sendiri..


"Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.

Walau bagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil.



Bila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu :


"Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu.

Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan. Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri.




Haishh.. Cemana ni Ally.. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Ally Iskandar dan bekas tunang, Nur Aishah Zainal.. Kalau nak tengok lagi gambar sekitar majlis pertunangan mereka boleh KELIK SINI..


NOTE: Sumber dipetik di sini..

DATO' CT NAK MASUK UiTM

TUESDAY, JULY 12, 2011
01:30 a.m.


Salam ualls…


Entri kali ni taukeh nak cakap pasal penyanyi pujaan ramai ni.. Sapa lagi kalau bukan Dato’ CT kita ni kan.. Baru-baru ni Dato’ CT masuk Melodi sebab dia dan beberapa artis lain seperti Lisa Surihani, Intan Ladyana, Ana Rafali, Shaheizy Sam, dan Aizat telah merelakan diri mereka menyertai ASKAR WATANIAH beb ! Wahh bagus tu.. sebab tak ramai artis yang suka buat keje-keje macam tu kan.. Yela, dah namanya askar, mesti la lepas tu NO MAKE UP IS ALLOWED kan.. Depa kena BERKAWAD !!




Haa kalau tak caya taukeh ada buktinya.. MEH TENGOK MEH..



Salute kat depa ! :)





Antara barisan-barisan army kita..heheh..






Lisa FOCUS FOCUS !!






Haa.. jangan main-main, DCT dah pandai pegang senapang dah sekarang...





Tapi apa kaitan dengan tajuk entri taukeh dengan semua ni ya?? Sini taukeh citer..
Urmm korang mesti tahu yang baru-baru ni Dato CT ada buat persembahan bersempena dengan Malam Gala dan Karnival SimplySiti bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam tu kan.. Lepas persembahan tu CT telah ditemubual dan dia telah menyatakan hasrat hatinya yang nak kahwin satu lagi.. Ehhh ! Apa yang taukeh cakap ni.. Sorry sorry ! Tersyasyul pulak..hehehe..




Sebenarnya Dato’ CT berhasrat nak sambung belajar kat universiti.. Alaa kat UiTM Shah Alam semestinya.. Dan dia takkan ambik architecture kat situ sebab bidang MUZIK pilihannya.. (lawak APAKAH yang cuba disampaikan)..




Taukeh rasa nampaknya lepas ni makin ramailah yang apply nak masuk UiTM dalam bidang muzik lepas neyh.. Yela mana tak nya kan.. Boleh belajar bersama dengan artis.. MELETOP GITU !!




Mana taukeh tahu DCT nak sambung belaja kat UiTM neyh?? Taukeh tahu semua ni dari SINI LAA..




NI ANTARA GAMBAR SEKITAR MAJLIS DCT


...LAGU KITA by DCT dan Aizat...









Dalam majlis tu jugak Dato’ CT ada nyanyikan lagu baru dia.. Lagu omputih, FALLING IN LOVE.. Taukeh rasa dia tujukan lagu ni wat Dato’ misai dia la kan (peace…).. Ngeh3.. Kalau korang teringin nak dengar CT nyanyi dalam bahasa magriss ni boleh dengar KAT SINI..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani