Showing posts with label Kebizian melanda.... Show all posts
Showing posts with label Kebizian melanda.... Show all posts

Retired

July 18, 2012

Holla peeps!

Takpayah nak buat-buat tekejut sangatlah. Taukeh belog ni bersara dari dunia bloggingnya buat sementara ja dulu. Hampa toksah la nak sedih sangat naa (macam la orang pedulik kan). Di atas sebab-sebab yang tak dapet den nak nolong ni, terpaksa lah stop dulu blogging ni. 

Untuk pengetahuan hampa, aku sekarang tengah bersemester break sambil berbueno. Tapi break kojap jo. Kena internship la pulok. Apa la naseb aku ni, baru je nak rasa cuti panjang lepas penat lelah aku berpereang dengan final exam. Nak kena internship pulok.haihhh. Sungguh tak adil cenggini. 

Ekceli aku cuak sebab first time nak kena kerja ni. Cemana la nanti kan. Boleh tak nak adapt dengan dunia kerja yang jauh bezanya dengan dunia belajar ni. Harap-harap semua berjalan lancar la nanti. Hampa doakan aku gak tau. (sempat aje).

SEE! Kata nak retire, tapi still taip panjang berjeler ni apesal?? Aku bukan ape beb, darah blogging dah sebati dalam tubuh aku (pinjam ayat sasterawan negara sat). Giler nak berenti blogging?? Haa tu la prob aku. Tapi aku kena la inform kat sini yang bahawasanya taukeh belog ni takkan update belog buat sementara waktu ni. 'Sementara' aku ni taktau la sampai bila tu.kuikuikui. Tapi siyes, takleh nak janji sampai bila baru aku nak aktif blogging balik.

Kalau hampa nak tau, hampa bayangkanlah lama tak lama aku menyepi sampai password belog buleh lupa. Siot je. Kata darah mengalir sebati dalam tubuh bagai an, tapi password pun boleh lupa apa celop??  Tu la pasai. Solusinya terpaksa la reset balik password baru la leh taip entri ni.

Banyaknya nak story kat hampa ni.. Tapi mata dah tangkap leleh ni. Tu la sape suruh taip entri time pagi-pagi buta ni kan. Time ni orang tengah syiokk tidoq lerrr. Nak wat cemana dah terbiasa blogging time pepagi gini.hurmm.

Sebelum aku lentok ke alam mimpi, aku nak ambik kesempatan ni untuk ucap berbanyak terima kasih pada hampa-hampa kecintaanku yang sudi singgah teratak usang aku ni. Yang singgah sambil belek-belek entri lama aku tu thanks a lot (mana ada entrri baru nak belek kan). Pastu kepada yang singgah drop comment, yang sambil lelambai je, thanks jugak yer. 

Walaupun dah bersawang belog ni tapi still ada yang like FB page cEriTeRaLiFeKu and drop comment dekat sana. Dan ada jugak yang PM tanya bila nak update belog. Aku terharu sangat hampa peduli jugak pasai belog aku ni yer. Tak sangka.hee. (budget retis lettew). Takde la, at least aku tau la yang aku ni takdak la syiokk sendiri dok update belog ni kan. Aku ada hampa. Ye dok? And sebab hampa la wujudnya entri yang tak semenggah ni.  Itu tandanya aku appreciate hampa tau dak. (siyes bukan ayat kencing, ikhlas dari lubuk hati).

Ok la. Aku blah dulu naa. Keep in touch k. Sayang hampa. Nah hadiah.


=)

Terasa Asing di Negara Sendiri


November 13, 2011



Assalamualaikum..


Terasa asing di negara sendiri. Itu yang tak tahannya. Patut rasa bangga selesa sebab di lahirkan di Mesia yang amandamaisejahtera ini. Tapi tetiba dalam hotak keluar ayat ni "aku sekarang ni dekat Bangkok ke?"


Ini cerita 11.11.11. Bagi aku tarikh tu buat aku sedih bangat. Pasai malam tu kena paksa diri masuk dalam perut bas. Bertolak ke Puncak Alam. Rasa terkilan sebab biasanya abah akan angkut semua yang ada kat rumah pergi hantaq aku berangkat. Tapi kali ni abah sorang je hantaq aku. Umi aku tak ikot sebab mak dia ada kat rumah masa tu. *eh nenek aku la kan. Jadi, mereka mereka yang lain pon tak ikot sama. Sadis!


Ok takpe. Try buatbuat cool tahap nambelasjuta depan abah. Dah la abah gi hantar aku awal kot. Bas pukul lapansetengah tapi pukul lapan aku dah terpacak kat sana. Lapanpatminit dah betulkan duduk dalam bas. Abah dah tinggalkan aku sebab kena balik awal dia ada kerja lain nak dibuat. Hapalah naseb!


Masa tu ada dua orang ja dalam bas. Aku dengan pokcik drebar. Yelah, dah lapanpatminit aku dah terkontangkanting dalam bas. Dalam kul lapanduapuluh tu dah ada nampak makhluk makhluk lain. Lega. Ingatkan aku sorang je penompang. Tapi kau tahu, aku pulak yang jadik makhluk asing masa tuh.


Pasainya, masuk sorang ja 'kaprunkaap sawadeekap'.. Masuk dua orang 'medaaiii2 narathiwat'.. Masuk yang ketiga 'krokodaihanterrr'.. adehhh. Di tempat sendiri dahku terasa macam di negara seberang sana nuh. Depan tepi belakang. Spesies yang sama ja. Sebab tu la aku tak suka sangat naik bas kat Rantau Panjang ni. Tapi sebab dekat ja ngan rumah dahku, terpaksa dahku akur lah.


Naik kereta 10 minit dah sampai pekan Rantau Panjang. Boleh ja nak naik bas kat Kota Bharu tapi abah aku la bizi takut tak sempat nak hantar aku pulak. Nak gi KB ada la jugak patpulohminit baru sampai.


Biasanya kalau dari RP pokcik drebar ni akan ikot jalan lain. Tak masuk KB dah. Tapi malam tu dia pergi KB dulu. Lepas tu barulah terasa dahku sebenarnya ada di Mesia. Ingatkan dahku akan habiskan lapanjam dalam bas dengan makhluk makhluk luarnegara tadi. Nasib baik makhluk yang naik kat KB tu melayu.




P/S: Kenapa orang asing dengan senang sewenang wenangnya boleh masuk negara kita eh? *sungguh tak adil situasi ini.


Padan Muka Aku

November 12, 2011




Assalamualaikum..


Padan muka aku! Otak tetiba jadik tepu dah tak tahu nak hupdate entri pasai apa dah. Dah tepu payah nak jana idea balik. Kalau boleh refresh or format hotak aku dah buat dah.LOL. Dua minggu kot ku biarkan belog bersawang. Seminggu tu tak sempat nak hupdate pasai sibuk mengalahkan PM. Seminggu lagi buat ape lagi. Beraya la kat kampung. Dahsat kan! Orang lain dapat cuti raya dua hari ja. Aku ni seminggu dok beraya. Dahsat dahsat.


Padan muka aku! Tengoklah berapa entri aku untuk November ni. Buat malu ja naa. Rasa macam kena tarik diri dari list Blogger Tegar dekat belog Nizam Ijam ja nehh. Laa ni dah tak berapa nak tegar dah. Orang kampung pun geleng kepala tengok traffic belog aku jatuh menjunam siuttt! Dah macam penerjun yang buat terjunan dari tengkat 99.98 lepas tu baru perasan terlupa nak angkut sekali payung terjun dia. Terus mendarat kat ground floor.adehh


Padan muka aku! Sekarang dah ada kat Puncak Alam. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal abah, umi, akak, adik. Selamat tinggal Toq (kucing). Selamat tinggal orang kampung. Amareka!




P/S: Sekarang dah kena kapel balik dengan buku. Seminggu kot break off.
*nampak sangat cuti hari tu tinggal terus buku semua. Ooops!haha



Perkara Yang Paling Ditakuti Abad Ini..

September 25, 2011




Assalamualaikum..



Perkara yang paling ditakuti abad ini.. Bapak seram tajuk entri aku..hiks.. Faham-faham sajalah kehidupan seorang student UiTM dihatiku macam aku nih.. 1st week 2nd week study ni boleh lah kau nak enjoy lagi.. Boleh lah kau nak keluar merendek tanpa hala tuju.. Boleh lah kau nak ukur jalan Shah Alam-KL, KL-Shah Alam.. Tangkap gambar sana sini pastu muat naik dekat fesbuk kata 'GIRLS JUST WANNA HAVE FUN'.. perggghhh heaven weh kalau hari-hari macam tu.. Ye dak??




Ini KL lah bro!




Semester ni sekali lagi aku ambik subjek Mandarin.. Mandarin II beb! Tapi sampai sekarang aku takleh nak speaking Mandarin lagik.. Kalau kau tanya aku 'cantik' dalam Mandarin apa? Laju aku jawab piaoliang.. Pastu tanya lagi 'student' dalam Mandarin apa? Sambil petik jari aku jawab xuesheng.. Tapi kalau kau suruh aku cakap panjang-panjang satu perenggan dalam Mandarin.. Alamak! Aku tergagap-gagap..ekekekeke.. Tapi insyaAllah semester ni nampaknya lecturer yang ngajor memang dia sendiri belajar dekat Beijing sana nuh.. Aku harap kali ni aku expert lah Mandarin ni..cewahh semangat!




Hamekkaw!



Esok, hari Isnin.. Memanglah Isnin kan.. Dan kelasss pun dah start.. Aku dapat rasakan yang 3rd week ni dah nak start bizi dah.. Aku pun kena fokus pada study lebih sikit dari berblog ni.. Yer, itulah perkara yang paling aku takut abad ini.. Bila aku tak boleh nak belek-belek, godek-godek, usha-usha belog macam biasa.. Aku takut tak boleh nak hupdate belog selalu.. Rindu teramat lah aku dengan belog picisan aku ini..huwarrrgghhh!










Hapa boleh buat.. Semester ni aku nak struggle saiz bapak punya..muahahaha.. Siyes, nak belajar sungguh-sungguh.. Tapi belog tetap belog.. Nanti pandai-pandai lah aku curik masa nah hupdate..haha.. Tak senang duduk aku kalau tak bukak belog sehari pun weh.. Rindu kat korang lah.. teehee.. Semoga aku boleh divide masa nak bila nak belajor and bila nak hupdate belog.. Wish me luck ya all!awww :D




Saja nak tayang baju fakulti yang aku pakai
bila tibanya hari Tiusday or Wenesday.yawww




P/S: Terima kasih korang sudi baca sampai habis! :D

SAYA MEMANG RAJIN *SILA BANGGA

FRIDAY, JULY 22, 2011
11.50 p.m.

Salam u alls..


*Entri ni sepatutnya di publish macam tarikh yang taukeh buat kat atas tu.. tapi oleh sebab sebab yang tak dapat dielakkan, hari ni baru sempat publish.. Ok baca ni....



Hari ni adalah hari rajin sedunia. Sebab apa?? Celik je pagi tadi (oops! Pagi ke??) Korek taik mata jap pastu bangun buat spot check sekeliling rumah. Memanglah dah macam bukan rumah. Dah ada ghopa kapal Titanic karam dah nih. Haisshh takleh jadik ni.. (padahal sebelum ni memang cenggitu la).. Time rajin baru nak ‘haisshh’ kan.. alaa macam la u alls tak penah alami perasaan canni kan.. Yela.. kalau ada guests datang dari Jawa Tengah tetiba ketuk pintu rumah, cuak giler.. Time tu barulah hang jadik lipas kudung ngemas romah.. muahahahaha..



Bila kerajinan membuak buak memang takleh dibendung lagik.. sebabya memanglah tadi baru dok korek taik mata maka tak mandi lagi.. dan tangan sudah memegang sebatang penyapu yang baru dibeli. Hapa tunggu lagi.. satu romah ni aku sapu dah rasa macam esok nak raya dah weh !! (bestnya kalau esok raya, tak payah puasa..*peace)..Dok tengah nyapu tu aku cakap kat mom aku :


“Asal lah beli penyapu yang berat macam batu ni?? Nak bereskan satu romah ni boleh tercabut tangan nih”. Sambil angkat penyapu di tangan.

Mom jawab:

“Mana ada penyapu ringan, kalau nak ringan beli batang penyapu tu je. Lagipun tak penah lagi dengar orang patah tangan sebab menyapu ni”. LOL



Maka tanpa sebarang kata, aku sambung sapu sambil kemas kemas apa yang patut. Tapi memanglah gelak yang amat besar dengan ayat yang terkeluaq dari mulut mom tadi..muahahaha.. Huhhh letih jugak weh.. Akhirnya siap gak aku ngemas. Dekat dua jam jugak, lama. Pastu hapa buat lagi, mandi la weh.. Dah macam kambing gurun dah (err.. ada ke kambing gurun) bau ni.. Dengan peluh yang mencurah curah ni maka gi lah aku mandi.. Sampai dekat pintu bilik ayaq, dalam kepala, ‘orang kata kalau mandi time badan tengah peluh nanti disinggahi ‘panau’. Betul ke weh?? Musykil musykil..’ Sebab takut bendasing tu singgah, tak jadik mandi lagi.. duduk duduk dengan seksi di bawah deruan angin kipas Panasonic dulu. Biaq hilang sedikit kepeluhan yang tadinya. Ngeh ngeh ngeh…



Lopeh setel semua kerja rest rest kan badan dulu.. Huhhh pekena nasik memanglah tepat pada waktunya, tambah sampai dua pinggan menandakan kepenatan + kebuluran tahap dewa dewi cinta. Perasaan macam dengan pinggan pinggan tu sekali aku nak telan.. *tapi masih waras. Teguk pulak jus oren sampai licin satu gelas 15 cm dengan lebar yang tak berapa nak sure.. Konyanggg den !! Eeerrrggghhh…. *sendawa



Kejadian pada waktu malam pulak memanglah niat di hati nak membungkam depan lappy sambil kunyah super ring (cekedes) terpaksalah di batalkan.. Pasai apa?? Pasai abah aku pulak yang bagi job malam malam ni.. Potong stim betoi lah.. Untuk menunjukkan aku seorang anak yang boleh dikira solehah lah jugak sebab sanggup tolong abah siapkan kerja dia yang terbengkalai.. Dengan perasaan yang kuciwa dan terkilan sebab takleh update entri maka aku bukak mulut.. “Nak kena buat macam mana?? Yang ni kena print ke? and buat berapa copy?? Bla bla bla blab la….” (ikhlaskah pertanyaan itu??).. Maka selepas mulut yang dibuka tadi ditutup rapat.. inilah keadaan a.k.a situasi aku… (salah siapa?)…



















Aku tak salahkan sesiapa sebab kesian jugak tengok abah banyak kerja an an an an an… Daripada dok terbungkam terkangkang ngadap lappy tu baiklah tolong abah sekali sekala apa salahnya.. Boleh buat tabung akhirat… Haaaa kalau u alls nak tahu gambar gambar kat atas tu aku tolong abah aku prepare apa yang patut untuk sukan rakyat kat kampong aku ni.. Urmmm kat kampong kiter memang setiap tahun akan ada aktiviti aktiviti cenggini.. Sonok tengok orang kampong kiter bersukan.. Sebab macam macam acara yang dipertandingkan.. Depa kalau dengaq ja nak buat sukan memang berkobar-kobar… Baguih semangat kesukanan tu ada.. Adat pertandingan kalah menang yang tu nombor dua.. yang penting ‘main’ depa kata…



Ok lah u alls.. nanti taukeh akan update gambar gambar time sukan tu pulak okeh !! See ya… tata titi tutu… *taukeh penat…..


P/S: Image terpaksa di blurkan kerana agak 'CENSORED' (betul ke spelling taukeh tu?)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani