Showing posts with label Sedih sebenarnya :((. Show all posts
Showing posts with label Sedih sebenarnya :((. Show all posts

Doa Untuk Kekasih

November 27, 2011


Assalamualaikum..


Ya Allah.. Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah.. Sekiranya telah engkau takdirkan
Ia bukan milikku.. Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia walaupun tanpanya..
Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah ya tuhanku.. Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah.. Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniankanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal A’lamin…



Nahh! muka tak sedeh tapi hati....




Happiness is a choice that requires effort at times.


“When a door of happiness closes, another opens, but we often look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us”
– Hellen Keller




P/S: Mood jiwa kacau :(

Padan Muka Aku

November 12, 2011




Assalamualaikum..


Padan muka aku! Otak tetiba jadik tepu dah tak tahu nak hupdate entri pasai apa dah. Dah tepu payah nak jana idea balik. Kalau boleh refresh or format hotak aku dah buat dah.LOL. Dua minggu kot ku biarkan belog bersawang. Seminggu tu tak sempat nak hupdate pasai sibuk mengalahkan PM. Seminggu lagi buat ape lagi. Beraya la kat kampung. Dahsat kan! Orang lain dapat cuti raya dua hari ja. Aku ni seminggu dok beraya. Dahsat dahsat.


Padan muka aku! Tengoklah berapa entri aku untuk November ni. Buat malu ja naa. Rasa macam kena tarik diri dari list Blogger Tegar dekat belog Nizam Ijam ja nehh. Laa ni dah tak berapa nak tegar dah. Orang kampung pun geleng kepala tengok traffic belog aku jatuh menjunam siuttt! Dah macam penerjun yang buat terjunan dari tengkat 99.98 lepas tu baru perasan terlupa nak angkut sekali payung terjun dia. Terus mendarat kat ground floor.adehh


Padan muka aku! Sekarang dah ada kat Puncak Alam. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal abah, umi, akak, adik. Selamat tinggal Toq (kucing). Selamat tinggal orang kampung. Amareka!




P/S: Sekarang dah kena kapel balik dengan buku. Seminggu kot break off.
*nampak sangat cuti hari tu tinggal terus buku semua. Ooops!haha



Kerna Terpaksa

October 22, 2011




Assalamualaikum..


Kerna terpaksa, ku biarkan belog yang tak semenggah ini bersawang sawang.. Rindu yang teramat untuk hupdate entri dengan idea yang tengah membuak-buak ni.. Tup tup! Boleh pulak abah aku call kata berukband yang aku guna tu dia nak terminate ASAP. Demmm! Macam mana nak hupdate belog kalau dah terputus hubungan dengan dunia maya ni? adehhh.. Potong stim betul la..



Acane ni korang? Takpe takpe jangan risau sebab tak lama lagi aku akan dapat sim berukband yang baru.. Oh yeah! Yang sebelum ni abah aku nak terminate sebab dia beli berukband tu yang orang promote kat dia kalau beli berukband tu dapat henset free.. Eh! Beli berukband ke beli henset sebijik pastu dapat modem free.. Haa lebih kurang macam tu la.. And then, nak dijadikan cerita, henset tu tak guna ponn.. Tapi bil tetap jalan weh..



Buang duit ja kalau barangnya tak pakai, tapi bayaq tetap kena bayaq! Eh, awat huduh sangat bunyi aku sebut bayaq ni.. haha tu la dah asal dari timur poyo nak cakap utara ape celup kan. Sambung citer tadi, kalau nak stop bil untuk henset tu terpaksa berukband yang aku pakai ni di terminate kan jugak.. Wakluu! Dan hari ni aku ada masa sampai petang ni jaa sebelum terpisah dengan dunia maya.. Sadis wooo



Harap harap sim card berukband yang baru tu sampai ASAP jugak.. Maybe next week paling lewat kot.. Aduhh payahnya nak terima kenyataan ini.. Tapi apa boleh buat. Dah naseb aku takleh nak hupdate belog untuk seminggu dua ni.. dah tu bukan setakat belog ja, muka buku pun dah takleh nak belek, and me gonna STOP TWEETING. Uh hoo! Sungguh tak best macam ni.







This is short entry for today so, I'll stop till here! Bukan hapa, ku tengah nak siapkan satu lagi entry yang akan menyusul sat aja lagi.. Tunggu naa.. Sebelum berukband ni terdisconnect, baik aku cepat cepat siapkan.. Kbai

I Hate When...

September 10, 2011

Kelik pada gambar untuk tahap penglihatan lebih jelass..



Assalamualaikum..


Walaupun hari ni bukan masanya untuk aku ber'wordless Wednesday tapi hanya gambar yang agaklah comel di atas yang boleh mengungkapkan segalanya.. Cewahhh ayat madah berhelah lettew.. Huwaaa.. Selamat kembali ke kampus buat semua siswa siswi, korang rasa tak hapa yang aku rasa ni?? Haa dah tau dah korang pun sama macam aku gak.. Sedih woo.. Hokey lah no word can express my feeling right now.. Wa chaow lu! Okbai.. :(

Apekesni?!?

Salam,


Hai korang, baru dapat peluang nak update belog neh! Ok 1st of oll.. nak mintak sorry sebab hari tuh taukeh ada mention n siap gatal tangan comment dekat belog En. Ben Ashaari kita tu.. bahawasanya saya akan turut serta dalam mini gathering yg En. Ben adakan kat KB Mall baru2 nih..


Really sorry sebab ada urgent yang tak dpt dielakkan (nama pun urgent kan?). So, tak dapat nak join la (still dpt tunjuk muka cool padahal frust menonggeng dah ni)..



Ok! Dat's oll... :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani