11.50 p.m.
Salam u alls..
*Entri ni sepatutnya di publish macam tarikh yang taukeh buat kat atas tu.. tapi oleh sebab sebab yang tak dapat dielakkan, hari ni baru sempat publish.. Ok baca ni....
Hari ni adalah hari rajin sedunia. Sebab apa?? Celik je pagi tadi (oops! Pagi ke??) Korek taik mata jap pastu bangun buat spot check sekeliling rumah. Memanglah dah macam bukan rumah. Dah ada ghopa kapal Titanic karam dah nih. Haisshh takleh jadik ni.. (padahal sebelum ni memang cenggitu la).. Time rajin baru nak ‘haisshh’ kan.. alaa macam la u alls tak penah alami perasaan canni kan.. Yela.. kalau ada guests datang dari Jawa Tengah tetiba ketuk pintu rumah, cuak giler.. Time tu barulah hang jadik lipas kudung ngemas romah.. muahahahaha..
Bila kerajinan membuak buak memang takleh dibendung lagik.. sebabya memanglah tadi baru dok korek taik mata maka tak mandi lagi.. dan tangan sudah memegang sebatang penyapu yang baru dibeli. Hapa tunggu lagi.. satu romah ni aku sapu dah rasa macam esok nak raya dah weh !! (bestnya kalau esok raya, tak payah puasa..*peace)..Dok tengah nyapu tu aku cakap kat mom aku :
“Asal lah beli penyapu yang berat macam batu ni?? Nak bereskan satu romah ni boleh tercabut tangan nih”. Sambil angkat penyapu di tangan.
Mom jawab:
“Mana ada penyapu ringan, kalau nak ringan beli batang penyapu tu je. Lagipun tak penah lagi dengar orang patah tangan sebab menyapu ni”. LOL…
Maka tanpa sebarang kata, aku sambung sapu sambil kemas kemas apa yang patut. Tapi memanglah gelak yang amat besar dengan ayat yang terkeluaq dari mulut mom tadi..muahahaha.. Huhhh letih jugak weh.. Akhirnya siap gak aku ngemas. Dekat dua jam jugak, lama. Pastu hapa buat lagi, mandi la weh.. Dah macam kambing gurun dah (err.. ada ke kambing gurun) bau ni.. Dengan peluh yang mencurah curah ni maka gi lah aku mandi.. Sampai dekat pintu bilik ayaq, dalam kepala, ‘orang kata kalau mandi time badan tengah peluh nanti disinggahi ‘panau’. Betul ke weh?? Musykil musykil..’ Sebab takut bendasing tu singgah, tak jadik mandi lagi.. duduk duduk dengan seksi di bawah deruan angin kipas Panasonic dulu. Biaq hilang sedikit kepeluhan yang tadinya. Ngeh ngeh ngeh…
Lopeh setel semua kerja rest rest kan badan dulu.. Huhhh pekena nasik memanglah tepat pada waktunya, tambah sampai dua pinggan menandakan kepenatan + kebuluran tahap dewa dewi cinta. Perasaan macam dengan pinggan pinggan tu sekali aku nak telan.. *tapi masih waras. Teguk pulak jus oren sampai licin satu gelas 15 cm dengan lebar yang tak berapa nak sure.. Konyanggg den !! Eeerrrggghhh…. *sendawa
Kejadian pada waktu malam pulak memanglah niat di hati nak membungkam depan lappy sambil kunyah super ring (cekedes) terpaksalah di batalkan.. Pasai apa?? Pasai abah aku pulak yang bagi job malam malam ni.. Potong stim betoi lah.. Untuk menunjukkan aku seorang anak yang boleh dikira solehah lah jugak sebab sanggup tolong abah siapkan kerja dia yang terbengkalai.. Dengan perasaan yang kuciwa dan terkilan sebab takleh update entri maka aku bukak mulut.. “Nak kena buat macam mana?? Yang ni kena print ke? and buat berapa copy?? Bla bla bla blab la….” (ikhlaskah pertanyaan itu??).. Maka selepas mulut yang dibuka tadi ditutup rapat.. inilah keadaan a.k.a situasi aku… (salah siapa?)…
Aku tak salahkan sesiapa sebab kesian jugak tengok abah banyak kerja an an an an an… Daripada dok terbungkam terkangkang ngadap lappy tu baiklah tolong abah sekali sekala apa salahnya.. Boleh buat tabung akhirat… Haaaa kalau u alls nak tahu gambar gambar kat atas tu aku tolong abah aku prepare apa yang patut untuk sukan rakyat kat kampong aku ni.. Urmmm kat kampong kiter memang setiap tahun akan ada aktiviti aktiviti cenggini.. Sonok tengok orang kampong kiter bersukan.. Sebab macam macam acara yang dipertandingkan.. Depa kalau dengaq ja nak buat sukan memang berkobar-kobar… Baguih semangat kesukanan tu ada.. Adat pertandingan kalah menang yang tu nombor dua.. yang penting ‘main’ depa kata…
Ok lah u alls.. nanti taukeh akan update gambar gambar time sukan tu pulak okeh !! See ya… tata titi tutu… *taukeh penat…..
P/S: Image terpaksa di blurkan kerana agak 'CENSORED' (betul ke spelling taukeh tu?)..
2 orang rajin comment:
aku rasa dah 2 bulan x kemas rumah
silalah kemas sekarang..heheh
Post a Comment