01:15 a.m.
Salam u alls...
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhanadalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Dan pada 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:“Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1) Memperbanyakkan puasa sunat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
2) Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”
3) Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.
P/S:: Sumber dipetik dari SINI..Terima kasih kerana sudi
share this info..Sangat bermakna.. :)
0 orang rajin comment:
Post a Comment