(Pelik) Dia Jawab Semua Pertanyaan Kita Dengan Betul

September 17, 2011





Assalamualaikum..


Time kelas hari Khamis lepas, ada subjek yang kena masuk lab.. Aku suka masuk-masuk lab ni.. Tambahan pulak minggu first macam ni lecturer takda lah nak rajin sangat terus nak mengajar.. Tunggu hapa lagi, pc terbentang kat depan mata dengan kemudahan internet free yang tersedia.. Memang bukan aku lah kalau tak tweet ketika itu.. Yeah! Bukan hapa, bila lecturer dah start mengajar nanti takda lah nak menyempat aku nak tweet-tweet nya.. Di balingnya duster tepat ke dahi baru padan muka aku..hahaha..



Tapi sekarang tak nak story pasal baling-baling duster tu.. Ni story baek punya..hehe.. Aku rasa korang semua mesti pernah dengar tentang website askjud.com ni kan.. Aku pun dah lama tahu jugak, tapi yang aku tahu tu Peter Answer.. Both website ni tak silap aku, fungsinya sama.. Macam online games.. Korang tanya, dia jawab.. Tanya, dia jawab..



Yang aku tahu tentang Peter Answer tu dalam lebih kurang setahun yang lepas.. Tu pun sebab kawan aku sendiri yang terjebak dalam game ni.. Diorang cakap game ni macam spirit hapa entah.. Sebab setiap kali soalan yang diorang tanya, Peter Answer tu jawab dengan tepat sekali..hahahaha aku tak percaya langsung diorang ni.. Tengok diorang main syok je.. Tapi aku buat dekk je sebab malas la aku nak layan benda-benda cenggini.. Serius, memang aku tak ambik tahu pun..



Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas masa subjek database.. Kelas kitorang kena masuk lab.. Sebab memang subjek database ni diwajibkan belajar dalam lab pun.. Dan lecturer cakap hari ni aktiviti bebas.. Suka hati kau lah nak buat apa pun dalam lab ni janji jangan buat pelik-pelik sudah lah *nampak sangat nipunya tu..muahahahaha.. Disebabkan minggu tu ialah minggu first untuk semester baru ni.. Memang lecturer tu akan dikategorikan dalam lecturer yang workaholic sebab agak-agak la takkan 1st week pun dah nak start ngajar kot..hahahaha.. Biasanya lecturer baru yang rajinnya terlebih suda ni.. Oops! :)



Tunggu hapa lagi, dah lecturer sendiri kasik lampu hijau.. PC terbentang kat depan mata, internet free tersedia dan menunggu untuk di connect kan je.. Maka perkara wajib yang pertama of course lah aku bukak belog ni haa.. Open new tab, www.twitter.com.. Satu kelas dok khusyuk online.. Tetiba sekumpulan student kat area tengah-tengah perut lab ni ketawa terbahak-bahak *giler skema punya ayat.. Apa kes diorang ni?? Ganggu konsentrasi aku tengah tweet dengan Fasha Sandha betullah diorang ni..



Lepas tu diorang dah la guna PC lecturer yang dah disambungkan dengan projector.. So, apa yang diorang buat kat PC tu memang jelas-jelas terpamer dekat skrin besar depan tu haa.. Satu kelas boleh nengok.. Kau tahu, diorang main askjud.com! Aku pun layanlah kejap apa yang diorang main tu.. Diorang taip cenggini "Jud: answer the question" lepas tu dekat kotak bawah tu pulak diorang taip "Jud, Ann pakai baju warna apa?".. Ann tu kawan aku jugak, dan masa tu Ann pakai baju warna ungu.. Then, Jud jawab "UNGU".. Giler betul siot!




Buruk benor rupa Spongebob
kalau dah terkejut beruk ni..



Semua dalam kelas fokus kat skrin depan.. Diorang tanya lagi, "Jud: answer the question".. Kotak kat bawak pulak "Jud, apa nama boyfriend Najihah?" Najihah ni budak kelas aku jugak.. BF dia nama Izan.. Then jud jawab "IZAN".. What the??? Kitorang terlopong nengok, apa lagi si Najihah tu terkejut tahap King Kong la jawabnya.. Giler la weh.. Aku yang pada mulanya tak pernah nak percaya benda-benda tu.. Sekarang ni aku dah kompius, sama ada nak percaya ke tak eh? Tapi yang ada dalam kepala hotak aku sekarang ni macam-macam persoalan.. Macam mana dia tahu semua jawapan tu ek? Kenapa dia jawab tak pernah nak salah ek? Askjud.com ni sebenarnya website apa ek? PELIK !!



Monyet ni pun rasa pelik jugak..



Aku ada jugak google tentang askjud.com ni.. Banyak jugak belog-belog dah lama buat entri tentang benda ni.. Dan aku ada baca dekat satu belog tu dia ajar cara-cara macam mana nak guna askjud.com ni.. Tapi belog tu Indonesian punya lah.. Ada certain-certain perkataan tu aku pun tak berapa nak paham jugak sebab dia ngomong gayaknya seperti semua pembaca-pembaca dari Indonesia gittew.. Dia kata kalau kita sendiri tak percaya dengan Peter Answer atau askjud ni, kita takkan dapat jawapan yang betul dari website tersebut.. Lepas tu aku baca lagi..



'Jangan teruskan pembacaan kalau anda tak mempercayainya' lebih kurang macam tu la owner blog tu cakap.. Aku cuak dah.. Dah la masa tu pukul 2 pagi.. Roomate aku pun dah lama pergi ke alam lain.. Aku sorang je weh.. Takpe aku baca lagi.. Dia cakap 'cuba lagi, kita kena percaya, may the souls be with you'.. Giler, ayat dia buat aku bertambah cuak ni.. Tak tahan weh, last sekali aku blah terus dari website blog tu.. Kalau nak ikutkan takda lah seram sangat apa yang owner blog tu tulis tapi maybe di sebabkan keadaan aku yang online awal-awal pagi macam tu dalam suasana yang sunyi sepi gelap gulita tu yang buat ia scary sikit.. *taknak ngaku penakut lettew..



Walaupun aku blah macam tu je tapi sempat jugak aku copy link blog tu.. Haa korang baca lah sendiri KAT SINI.. Untuk lebih afdal, baca pada pukul 3 pagi..hahahaha.. Rasa macam nak try main askjud ni.. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, dia kata askjud ni boleh buat kita taksub dengannya.. Sampai ada yang tak tidur malam sebab dok main benda ni.. Bahaya ni.. Aku rasa dia boleh baca apa yang ada dalam hotak kita.. Yela, takkan dia boleh tahu dan jawab dengan tepat apa yang kita tanya kan.. Hurmm entah lah, aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh jawab semua tu.. Aku ada baca satu lagi belog yang story tentang askjud.com ni jugak.. Kalau korang nak baca, boleh cekidaut KAT SINI..




Smurf ucapkan selamat memberanikan diri
buat korang yang nak try askjud ni..hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca entri ini :)


Download Filem Hantu Bonceng



September 16, 2011





Assalamualaikum..


Haa..dah tahu dah.. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak download citer Hantu Bonceng nih kan.. Banyak untung wooo citer ni kutip RM8 juta kot.. Mana tak nya, siapa tak nak tengok hantu cun melecun si Juliana Evans dan heronya pulak orang paling lawak abad ini iaitu si Zizan..hehehe.. Tapi orang kata citer ni memang best.. Rugilah orang macam aku ni yang tak sempat nak nonton kat pawagam.. Dan bagi yang senasib dengan aku, marilah kita pakat download citer ni.. Tapi sebelum tu, nah aku bagi sinopsis dia dulu kat korang..



Sinopsis Hantu Bonceng


Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.


Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.


Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.


Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.








P/S: Kelik DOWNLOAD NOW untuk download Hantu Bonceng.. Enjoy your watching guys! :)


Hebatkah Insan Bernama Perempuan??



September 15, 2011




Assalamualaikum...


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?




Siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jek
tengah-tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit
hebat kan perempuan?







============================================================

What makes a girl beautiful are the smiles she gives and the kindness she shows.

Sometimes, someone with the widest smile is the who has gone through the hardest times.

============================================================



Siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?







============================================================

It's amazing how someone can break your heart, but you can keep loving them with every broken bit.

============================================================



Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan




Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang rebel diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon' diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?



============================================================

Some people come in your life as blessings, and others come in your life as lessons.

============================================================






Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?


Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa
kalau bukan kaki ibunya?


Betul, isteri kena ikut cakap suami tapi,
seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya








Tak adil lagikah Allah pada perempuan?


Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri,


cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu


MashaAllah, hebatnya perempuan kan?



============================================================

LIFE is a given. LIVING is optional. Don't be a passenger when YOU are already the CAPTAIN.

============================================================



kenapa perempuan hebat?


Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat


Cuba dengar pula lagu-lagu yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan,


sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia







Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita tak pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Tak kan?


hebat tak Allah jadikan perempuan tu?
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?


Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni,



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad) tak adil lagikah Allah dekat perempuan?



oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah?


Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?







============================================================

Thank you Allah for giving me sight after I was blind & placing me among the best of humanity. Alhamdulillah for making me a Muslim.

============================================================



P/S: Setelah di edit sikit dari SINI.. Kredit to kak Marjan.. Suka dengan entri ni, untuk peringatan diri sendiri jugak! Dan nak share dengan korang semua.. heee :)


Gara-gara Promoter Yang Menghilangkan Diri

September 13, 2011


Assalamualaikum..


Ni aku nak story tentang kesah malam semalam.. Pejam celik pejam celik rupanya aku dah ada kat Puncak Alam dah.. Hurmm, nampaknya setiap kali semester baru, setiap kali tu lah jugak kitorang pindah rumah.. Kitorang ni non-resident, tergolong dalam pelajar-pelajar UiTM yang tinggal di luar.. Maksudnya yang tak dok kolej/asrama lah.. Jawabnya menyewalah di kawasan yang berhampiran dengan kampus anda ok!



Semester lepas aku menyewa rumah teres dua tingkat area perumahan.. Rumah dah best tapi surrounding yang paling menyampah tu tak sanggup nak duduk lama-lama kat situ.. Tak nak citer lebih-lebih pasal ni, tapi aku bagi klu sikit.. Masa dok area perumahan tu 1st time kami jumpa jiran tetangga yang terlalu prihatin.. Sampai setiap orang/kawan-kawan/sedara-mara yang datang menjenguk kami kat rumah tu diorang scan sorang-sorang.. Bagus diorang ni, ambil berat tentang orang sekeliling.. Paham maksud aku kan?



Alamak! Apa yang aku dok semakkan entri ni dengan citer-citer lama pulok ni.. Takde kena mengena dengan tajuk langsung.. Ok sambung citer malam semalam.. Disebabkan kami ni suka hidup nomad, pindah randah setiap kali semester baru, jadi barang-barang keperluan sentiasa kena beli yang baru mengikut kesesuaian tempat tinggal baru.. *haa kemain banyak word BARU tu kan.. Benda alah yang pertama dalam senarai of cos lah almari weh..




Takkan lah aku nak biarkan semua ni atas katil kot..
Letak dalam almari barulah cun sikit..




See! Baju pun terpaksa dilipat, taruk kat situ dulu jugak..




Maka sampailah kami bertiga dekat sebuah shopping kompleks (SK) yang biasanya di kunjungi oleh mak-mak kiter untuk beli ayam, ikan, something like that la (ops! bukan pasar tani hokey).. Jangan risau, kat sini semua ada.. Aku malas nak sebut nama SK tu tapi aku pergi ni yang dekat area Setia Alam.. Masa tu orang tak ramai sangat, bagus laa baru senang hati sikit aku nak godek-godek apa yang nak di beli nanti.. Mula-mula Dina yang jumpa almari yang dia nak la.. Tapi yang tu bukan almari sangat, dia macam yang ada laci-laci macam tu je.. *haihh ni kalau aku beli yang macam ni jugak nampaknya kena sewa lori ni.. Kami naik kancil je kot, nak angkut dua-dua benda alah ni mana lah nak muat..




Kami bertiga :)




Almari laci Dina macam ni la.. Tapi ni Yaa punya..
Yaa roomate aku, so senang sikit aku tangkap gambar
almari dia senyap2.. Nak tunjuk contoh kat korang :)




Ok aku pergi jenguk-jenguk dekat bahagian perabut sat.. Haa ada pun almari yang murah, senang nak bawak balik, gerenti muat untuk disumbat dalam perut kancil, dan yang penting benda ni kena pasang sendiri.. WHAT? Pandai ke aku nak pasang-pasang almari ni? Takpe-takpe kita cuba.. Tapi MANA PROMOTER bahagian perabot ni?? Aku nak tanya ni mana satu almari yang harga dia RM49.90 yang aku dah berkenan bila tengok yang diorang display ni.. Takkan nak angkut yang display ni kot.. Mesti la kena ambik yang dalam kotak kat bawah ni.. Punya la aku cari sekeliling area perabot neh TAK JUMPA PROMOTER..




Ini yang aku maksudkan..



Dah la masa tu nak dekat pukul 11 dah.. Tetiba diorang announce, cakap diorang dah nak tutup dalam masa 20 minit lagi.. Gilos! Haku ni barang-barang keperluan lain pun tak beli lagi weh.. Hapa lagi, aku main ambik je almari dalam kotak tu yang mana satu entah.. Ni first time shopping macam lipas kudung lah di buatnya.. *Padan muka, sape suruh pergi lewat sangat, kang dah nak tutup tu.. Takpe-takpe sempat lagi ni nak pergi cari barang-barang lain.. Nasib baik aku dah buat senarai barang apa yang nak beli, takde laa kelam-kabut sangat..




Tapi aku ni jenis yang memang takleh nak ikut senarai lah.. Mana yang berkenan di hati, bedal je.. Sekejap je senarai yang aku buat aku pegang, lepas tu aku lipat elok-elok simpan dalam beg..kahkahkahkah.. Semua benda yang kiut-miut aku nak beli.. Tak caya tengok ni apa yang aku beli..



bath toy nama dia.. comel kan.. Dah siap
gantung dalam bilik ayaq dah :)



Korang bayangkanlah bila mandi pakai benda kiut tu..muahahaha.. Then, dalam pukul 11 lebih macam tu la.. Kitorang pun baliklah.. Dengan barang-barang yang memenuhi ruang perut kancil tu, maka Dina terpaksa balik dalam keadaan yang tak berapa selesa sebab dia terpaksa riba almari laci die tuh..hahahaha.. Kesian Dina.. Aku sedap-sedap dok gelak kat si Dina ni tapi sampai je kat rumah, aku pulok yang di gelakkan.. Korang tahu kenapa? Almari aku takleh nak pasang sebab tak cukup nat ke hapa entah nama panggilan benda tuh.. Demmmm!




Cara-cara nak pasang




Boleh ke aku buat ni? Oh hoo..




Tempat yang aku circle tu la alat-alat
dia yang tak ada..haishh



Ni semua gara-gara promoter yang makan gaji buta tu lah.. Orang suruh kerja kau pergi melepak kat mana?? Tak pasal-pasal aku pergi sekali lagi kat TESCO tu nak tukar balik almari.. Oops! Dah tercakap lah pulak aku shopping dekat TESCO je.. *ngeh3.. Haa aku marah ni marah ni.. Tak nampak ke muka marah ni.. Ingat senang ke nak pergi sana balik huh?? Kena sewa kereta lagi, kena isi minyak lagi, haishhh duit semua tu.. Dah la almari yang sepatutnya aku beli tu harga die RM49.90 je.. tapi yang aku main bedal tu kau tahu berapa harganya? RM89.90 beb.. Hamekkaw!



Moral of the story, kalau nak pergi shopping tu janganlah pergi lewat sangat.. Kang dah jadi lipas kudung.. Aku rasa lipas ni bukan setakat kudung, tapi dah jadi lipas 'FRUST' dah sebab salah beli almari.. Aduhhh.. Sabbor je la..



Penat menaip, wa chow lu hokey! TATA :)

(Tips) Macam Mana Nak Dapat Buffered Earnings


September 11, 2011



Assalamualaikum..


Haa entri kali ni ku talk-talk sikit tentang macam mana nak dapatkan Buffered Earnings dari nuffnang.. Buffered earnings ni aku perasan otai-otai kiter panggil BE je.. Yelah, aku ni mana lah nak tahu sangat pasal nuffnang nuffnang nih.. Aku baru je nak belajar macam mana nak dapat BE secara berterusan dari nuff.. Saja nak share ngan korang.. Aku ada lah godek-godek dekat google pasal ni..


Baru-baru ni aku adalah sikit dapat BE ni.. Takde lah banyak sangat pon.. Yela saya budak baru nak belajar.. Dan aku rasa takdelah susah sangat nak dapat BE ni korang.. Haa mesti korang dah pro dah apa itu BE dan cara nak dapatkannya kan.. Ye dak?? Kalau yang dah tahu tu boleh lah share-share sikit tips ngan ittew yer..ngee.. Kali ni aku nak kongsi-kongsi dengan sape-sape yang masih blur dengan BE ni.. Aku ada tips nya.. Jom lah tengok hapa tips nya..



Macam mana nak dapatkan BE??


1. Jawab Survey

Haa tips ni paling penting hokey.. Korang jawablah soalan-soalan yang diajukan tu elok-elok sikit.. Ingat balik tips-tips menulis karangan masa zaman sekolah-sekolah dulu tu..Tak payah risaulah, diorang takkan tanya punya sama ada korang dah kapel ke belum.. Contoh soalan yang ditanya ialah 'apakah hobi anda?'.. Halamak, senang je soalan die.. Kasik mantap sikit ayat korang tu eh.. Kalau yang newbie tak tahu kat mana nak jawab soalan ni korang boleh pegi dekat akaun nuff dan kelik lah edit survey.. Pastikan korang dah call balik cikgu BM korang sebelum edit survey hokey..hehehe



2. Naikkan Traffic

Up kan lah sikit traffic korang tu.. Aku pun tengah risau macam mana nak kasik up traffic ni.. Takut tak menyempat je nak up, yelah now kan dah start semester baru..adoiii.. Tapi kalau korang boleh kekalkan unique visitor korang yang beribu riban sehari tu dah okey aku rasa.. Tak macam haku, paling tinggi unique visitors aku 143 je kot..kuikuikui





3. Buat Entry Best

Kalau nak traffic tinggi, entry mestilah mantop-mantop kan.. Barulah orang rajin nak menjenguk ke belog kita. Ye dak? Aku tabik spring lah dekat otai-otai kiter sebab entry diorang memang syiokk habis kalau baca.. Dan kalau boleh nak baca lagik.. Hurmm kalau lah aku boleh menulis macam diorang..huwaaa THIS IS BEST BRO!!4. BlogwalkingRajin-rajinlah buat blogwalking.. Aku sekarang ni pun tengah rajin blogwalking.. Hapa tak nya berukband ku yang selama ni cap siput tapi dah up sikit.. Sekarang dah cap tikus mondok..kahkahkah




5. Tinggalkan Komen

Dah menjengah dekat belog lain tu tinggalkan komen sikit.. Bukannya kena bayar pon kalau komen an an an.. Kalau tak pun korang pegi lah belog otai-otai pastu komen banyak-banyak dekat belog diorang.. (belog-belog lain pun komen lah jugak, tak semestinya otai je)



6. Status Glitterati

Status ni penting kerana 'Sistem perangkak web kami akan mendaftar anda sebagai Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari dari waktu anda mendaftar blog atau selepas membuang kesemua unit iklan yang melanggar terma dan syarat program ini.Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai unit iklan yang melanggar terma dan syarat program ini, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari'.



Banyak kelebihannya kalau kita ada status GLITTERATI NI..




Rasanye setakat ni je lah dulu hapa yang aku nak share ngan korang.. Sebab itu je yang aku tahu..muahahaha.. Terima kasih jugak buat otai-otai yang sudi kongsi dengan kita semua tentang BE ni.. Ape yang aku tulis ni pun berdasarkan apa yang aku baca dan paham dari belog otai.. Sebab aku pun baru nak belajar dapatkan BE ni jugak.. Sama-samalah kita berusaha dapatkan BE sebab nanti boleh membantu kita bayar broadband yang dah semakin buat aku jatuh cinta dengannya.. Dulu rasa macam nak baling je kat luar tingkap lepas pergi ambik balik.. Kalau dekat luar tingkap tu ada longkang, naseb lah kau..hiks



Okbai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani