Tak Payah Risau Jika Belum Berpunya

October 10, 2011


Assalamualaikum..


Semenjak dua menjak ni banyak pulak yang share link dekat muka buku.. Dalam banyak-banyak tu aku tertarik menarik memang da boom dengan satu link ni.. Sebab ada la kaitan/relationship sikit dengan entri KENAPA TAK COUPLE yang aku tulis sebelum ni.. Alah yang aku tulis pasal gepren boipren hari tu.. Haa apa yang aku nak kongsikan hari ni sangatlah terkena batang hidong sendiri.. Dan nasib sentiasa baiklah hidong aku ni tergolong dalam golongan hidong2 yang mancung mengalahkan Abieshek Belacan.. *nampak sangat nipunya.. Tanpa membuang masa dalam tong sampah.. Ini dia...







Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.


"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".


Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress & gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal & haram. Yang penting, dapat.



Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.


Oh, remaja!


Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakan yg lbh penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!



Ingat, usaha yg Allah redha sahaja. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?



Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.



Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.



Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

by: Jannati Baiti



P/S: Thanks for reading this :D

Apa Akan Jadi Pada 2012?

October 09, 2011


Assalamualaikum..


Memang cantik tarikh hari ni.. 09.10.11 sape nak kawen pada tarikh yang cun ni masih sempat lagi ni aku rasa..haha.. Biasanya retis ramai je yang kawen pilih tarikh-tarikh cun macam ni.. Tapi hari ni aku tak dengar pulak retis kawen.. Maybe sebab bulan ni takde cuti-cuti am cuti-cuti khas cuti-cuti cinta cuti-cuti sekolah, yang sesuai nak dibuat majlis kot..muehahaha memandai je aku.. Entri ni sebenarnya aku nak share something dengan korang.. Apa yang aku nak share ni pun aku cedok dari kawan muka buku aku jugak.. Sekadar untuk renungan bersama dan peringatan untuk diri sendiri..








Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur...


Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..


Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...".


Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.


Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt merungkai persoalan samada benar atau tidak.

Oleh: Tarmizi Abd Halim




Dan pada tarikh 09.10.11 ni jugak.. Around 11 p.m. masa aku tengah asyik dok tweet tweet.. Ada la member aku kata ada lingkaran pada bulan malam ni.. Pastu dekat muka buku pun depa dok habaq pasai ni jugak.. Aku apa lagi, laju je bukak tingkap bilik.. Nak jugak tengok kan.. Jenguk punya jenguk, bulan pun aku tak nampak..adehh.. Nak keluar pi tengok ketakutan pulak.. Sebab aku dok apartment, level 3.. Kat bawah dah takde manusia.. Nasib baik lah ada jugak yang share gambar bulan tu kat muka buku..




Subhanallah.. Petanda apakah ini?




P/S: Kelik pada gambar untuk lihat lebih jelas..

Download Filem Johnny English Reborn

October 09, 2011


Assalamualaikum..


Ini ialah belog personal yang tulis apa saja yang terlintas di pikiran taukeh belog (owner).. Tapi disebabkan sekali lagi nak budget blogger sporting sebab memenuhi permintaan dari readers.. So, entri ni diwujudkan.. Ecehh.. Banyak mana la pembaca belog ni kan.. Dik Azyan! Sorilah baru terhegeh nak buat entri ni.. ngee T__T



Aku belum tengok lagi citer ni.. Sebab tak larat nak tunggu download sampai berjanggut.. Kalau banyak masa senggang bolehlah nak download.. kuikuikui.. Orang kata citer ni best oh! Rasa rugi pulak kalau tak tengok.. Nanti nak download jugak la.. *mengada tak? ok bai







Synopsis

Rowan Atkinson returns to the role of the accidental secret agent who doesn't know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty's Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos. In the years since MI-7's top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region of Asia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier's life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action. With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI-7. With mere days until a heads of state conference...


Genre:
Comedy


Info:





JER Part 1: KELIK SINI

JER Part 2: KELIK SINI




Subtitle:
http://subscene.com/Johnny-English-Reborn/subtitles-90906.aspx



Sumber -----> Direct Download Movie

Download Filem Bini-biniku Gangster


October 07, 2011

Assalamualaikum..



Di malam yang hening penuh keriangan dengan suara-suara sumbang budak-budak ni.. Aduhh naik serabut dalam perut aku neh.. Korang tau dak? Aku kat McD sekarang ni tengah mentekedarah Quater Pounder *sila JELES! Uh hoo tok sah nak jeles sangat sebab aku prefer GCB dan Spicy Chicken McDeluxe dari Quarter Pounder yang namanya je dari penjajah kelass satu.. Tapi hampeh! Aku bagi 1.527 bintang je out of 5 stars..



Perasaan sungguh tak puas hati sebab kemain aku eksaited mau try tapi better singgah beli berger daging tepi jalan dua hingget lima poloh seng! Berbaloi-baloi.. Haaa marah ni marah ni.. Adehh, datang McD usung laptop dengan harapan nak carik article untuk assignment paper Human Resource *budget makhluk paling rajin abad ini.. 13 tabs opened! Dua daripadanya ialah kerja halal tujuan sebenar selongkar article dari emeraldinsights, and the rest kerja-kerja penjenayah untuk bersosial.. Fesbuk, Twitter, Belog, Emel, dan dan dan dan dan dan.. Kerja-kerja mendownload sedang dijalankan.. *kesulitan amat dikesali




Mempersembahkan!






Synopsis


Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.



Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.




BBG Part 1



BBG Part 2



Sumber: Direct Download Movie



P/S: Entah kenapa tetiba laptop murah aku takleh nak download dari Youtube. What The Fish! So korang tengok lah sendiri trailer BBG dekat youtube hokey!
Selamat mendownload! Tata.. xoxo :D

Disampuk Collagen Dust

October 05, 2011


Asslamualaikum..



Tak pasal-pasal dah kena sampuk.. See! Memang pantang orang promote something terus di sampuk.. Ekceli aku ada baca entri Hanis Zalikha yang cerita pasal Collagen Dust ni la.. Hamboi kemain bisnes sakan HZ kali ni.. Mula-mula baca tajuk entri dia BEAUTY MUST-HAVE, aduhh aku terus jatuh, bukan jatuh beskal, bukan jatuh longkang, bukan jatuh saham, bukan jatuh katil, jatuh tergolek jauh sekali.. Tapi teroih JATUH HATI.. Cemana ni?adehhh





Gambar ihsan HZ T_T



Aku ni takde lah nak menahu serba serbi apa kelebihan Collagen Dust tu untuk badan kita.. Tapi bila HZ dah share dekat entri dia tuh barulah aku celik IT sikit.. HZ kata kawan mak dia yang supply Collagen Dust ni.. Dan produk ni datangnya dari France.. Jauh benor travel sampai Mesia.. Patutlah selalu tengok retis-retis, mak-mak datin sentiasa nampak cantik gojes cun melecun kulit halus mulus bergetah sentiasa punnnn.. Rupanya inilah rahsianya.. Sentap mak nak.. Ecehh





Gambar ihsan HZ T_T



Collagen Dust ni dihasilkan dari sisik dan kulit ikan.. Dan kata HZ lagi, antara benefits yang tertulis belakang botol ialah: Create glowing and radiant complexion, improve hair, improve nails & connective tissues, fat reduction, replace elasticity of skin, etc.. Bapak banyak benefits dia weh!




Agak-agak la kan.. Kalau aku makan benda ni boleh jadik cantik macam Fazura tak? teehee poyo kan minah ni T___T berangan lah kau! Tapi seriously aku memang berminat nak try.. Lepas ni kalau aku tempek gambar latest aku dekat entri, korang tak payah lah nak kata "Eh, u ni kembar Fasha Sandha ke?" Aku pun jawab "Oh, no komen" Macam yang selalu Fasha Sandha jawab bila Michelle (wartawan Melodi) tanya pasal kisah cinta dia dengan si Jejai tuh..bhahahaha LOL!




Dan lepas tu aku pun teroih hantaq email dekat Hanis Zalikha.. Tunggu punya tunggu semalam barulah dia reply.. Nah! Panjang berjeler-jeler dia reply merungkai semua persoalan yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku ni..




============================================================


Hello, so sorry for the late reply. Finally we’ve fixed our technical difficulties we were facing and are now here to cater you!
If you have made the purchase, please IGNORE this email.


How much per bottle of 70g and how long does it last?

RM170 (including postage). RM160 if you’re willing to come to my house (Shah Alam) and pick it up yourself (contact mom at
pungpangpungpang for this).

For my personal use, it can last for up to 2-3months. I use it daily.

Not recommended for Pregnant Woman and Kids Below the age of 7.

How to purchase?

  • Step 1: Bank in RM170 to my Maybank pungpangpungpang (Hanis Zalikha Zainal).


Step 2: Refer the transaction to keknis@yahoo.com + screencapture (if you use Maybank2U). Snap the receipt and email me the image if you use manual transfer.

Step 3: Send your details (Name, Location, Contact Number) to keknis@yahoo.com with the subject:COMPLETED.

Step 4: Delivery will be done within 1-3weeks depending on stock. We work on first come first serve basis.

For repeat order, please follow the same steps above. Our stock is frequently updated.



Answering frequently asked questions (FAQS)

What is Collagen Dust™?

Collagen Dust™ is actually marine hydrolyzed collagen that is 100% fish protein base product. The results are progressive, it works from within and the longer you stay on the product, the better your results will be. You can say it is an alternative to having collagen and Botox injections.


Does it work for skin?

Yes, by supplementing internally marine collagen, your skin will improve. Mom been using it for 2years, she’s aging but it doesn’t show (not that fast, at least). Your skin really does get perkier with Collagen Dust™. I believe that my skincare works better thanks to it.


Does it work for nails and hair?

Yes and yes. Collagen strengthens brittle nails. Hair should also be stronger and more elastic from the result of taking collagen (from ingestion). I use it mainly for hair to be honest, since I am always in and out of the saloon putting chemicals on it T_T. Must. Strengthen. Hair.


Does it reduce joint and muscle pain?

We have found this to be true. It works for us, my mom the superwoman no longer suffers backache and I no longer find myself lenguh-lenguh lutut at night when I wear my heels for too long during the day.


Is it HALAL?

Yes, certified. Industry secret: Most beauty products have added some concentrated collagen powder (Collagen Dust™) in their product line. What you’re purchasing is the real deal. Okay lemme copy paste my mom email reply:

“Kolagen yang Kak Nani ambil itu tidak dijual di pasaran. Kak Nani dapat dari seorang kawan yang supply concentrated marine collagen powder pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia ni. Contohnya dia supply kat Sendayu Tinggi, product terbaru Chef Wan (Mavellous) dan hampir semua syarikat product kecantikan di Malaysia ini. Ada status halal. Maklumlah, disupply ke semua syarikat kosmetik orang Melayu di Malaysia ni.
Tetapi penggunaan colegen didalam product mereka sangat sedikit. Manakala yang Kak Nani dapat dari supplier memang pure collagen dan keberkesanannya seratus peratus atau direct.”

LOL.


How do I use it?

1-2 teaspoons per day for consumption, highly soluble in cold water (juice/Milo/teh ais), really suitable with bubur/laksa/soup (fish powder + liquid food = SCORE!).
You can also mix a pinch of Collagen Dust™ with your moisturizer before applying to face. Sprinkle it in your body lotion for perky boobies.
Guna luar dalam for best result.


Beautify and make yourself youthful with Collagen Dust™.

============================================================


Sumber: Hanis Zalikha




Paras tanpa Collagen Dust ^^



P/S: KONFEM aku beli! Okbai..


Thanks for reading.. xoxo :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani