JANGAN PERNAH MENABUR JANJI KALAU RASA TAKLEH NAK TEPATI..


Salam,


Tajuk entri kali ini betul2 buat aku rasa HOT sangat. Bukan apa la kan, dah tahu u tu memang susah sangat nak tepati janji, dok usoh ler nok menaburnya kan (hangin semacam jer bunyinya tu). Uurrrmmm..memang dah hangin bebenor udoh neh. Mesti korang blur lagi sebab ape taukeh blog ni hangin?? Kan kan kan… haaa, meh sini nak habaq kat depa semua noo.


Kesahnya berbunyi begini ye kengkawan, sebelum aku balik puncak (Puncak Alam) hari tu, maknanya aku kat kampong la kan. Entah la jin mana yang goda aku sampai aku terlupa something nak beli and bawak mai sini. Aku pun kompius ape nak buat ni?? Then, dapat satu idea! Idea tu berkata yang aku ada sorang kawan tinggal kat area Selangor ni.


Hurray! Tunggu ape lagi, terus kol dia and mintak tolong dia belikan. Yela ape guna kawan kalau tak leh tolong kawan kan (dengan jayanya aku berkata demikian, sebabnya aku yang need help). Lepas tu dia cakap ok nanti dia belikan. Huhh! Lega noo.. macam mana aku tak lega gitu, benda yang aku perlukan tu memang penting beb! Kenapa aku kata penting?? Sebab kalau takde dat thing, maka tak lulus lah pinjaman PTPTN aku. Mesti korang dah boleh agak ape kebendanya tuh kan.


Bukan aku tak leh pi beli sendiri tuan2 puan2, sebab takde transport la yang jadi punca utama student2 yang tinggal di rumah sewa mencapai level keboringan paling atas, iaitu tahap babun tak silap aku. Ok continue! Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari (bila nak abis pengiraan aku ni), aku tunggu kawan aku. Bila aku kol, mesej dia ape dia jawab?? “Saya tak beli lagi la”, “Ok saya beli esok”, “Hari ni tak sempat nak beli, saya keje sampai malam”, “Saya baru balik keje, jalan jem”.


Huh! Kalau korang ape korang buat bila dah bermacam excuse yang dilemparkan tu?? Mesti korang hangin satu badan kan. Tapi aku tak macam korang, aku baik tau (masuk bakul angkat sendiri nampak) heheheh… Tapi betul la aku cakap, sebab aku still sabar lagi lepas semua excuse tu. Sebab ape? Sebab aku ni yang need help dari dia so aku rileks dulu. Dia pun macam betul2 takleh nak elak obstacle2 tu semua.


Sabar punya sabar, tunggu punya tunggu akhirnya perasaan sedikit nak marah tu menguasai la weh. Aku ni manusia biasa jer, sampai bila aku nak tunggu buah yang jatuh (eh! Ape aku cakap ni??) Dah 2 weeks benda ni berlarutan beb! Yang aku paling takleh nak tahan sekali, semalam aku kol dia tak jawab, aku kol3 and kol lagi tapi still no angsa. Then aku sms dia la kot2 tengah keje ke ape ke. After 1 hour baru dia reply cakap dia tak bawak fon gi keje. Alasan apakah?? Aku pun tak tahu.


Bila dah tak tahan macam ni dah, aku pun dah letih nak wait dia lagi. Lastly, aku sms dia, “Ok la awk, pasal tuuutttt yang aku mintak tolong dia belikan tu it’s ok la. Nanti saya beli sendiri, and tenks sebab awk dah try untuk tolong saya. Bye”.


Tu je la yang aku nak bagitau korang, sebab aku tahu korang boleh bagi konklusinya relate dengan opinion korang sendiri. Aku pun dah takde mood nak menulis lagi ni. Baik aku pi cari makan dari dok pikiaq dis thing (taukeh memang dah hangin).




Wanna be alone :(


0 orang rajin comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani