Hai cik Diey (diary)..
Kini ku kembali setelah lama menyepikan diri..bukan kerana sengaja atau tak tapi ini kes terpaksa sebabnya aku menjadi seorang yg buta IT semenjak kepulangan ku ke tanah air tercinta (sebelum ni aku kat oversea ke..??) hurmm..start cuti semester pada 10 November hari tu kalau tak silap aku la..maka brukband ku pun turut bercuti jua..dan aku pun dah penat berbahasa bangku neh (eh, berbahasa baku)..
Ok aku seyes dah, tadi pun memang dah seyes tapi bahasa yg aku gunakan tu jea yg mcm tak seyes..sebenarnya time kat umah selama sebulan lebih ni aku kena pi cc (cyber cafe) la kalau nk surf internet sbb umah aku mane ada streamyx nak update blog ni (jujur punya ayat)..sory yer cik Diey, baru sekarang i dapat jumpa u..ngeh3..banyak giler story mory yg aku nak share dgn cik Diey ni..ada story yang suka dan ada juga story duka..haish..
Aku story yg suka la dulu yer cik Diey..23 Disember 2010 yg lepas, aku ngan family pi Bukit Gambang Water Park!!!! yeay3 :) kitorang bukan pi 1 family kitorang jer tapi kitorang pi dalam 7 8 family mcm tu laaa (bunyi mcm meriah je).. sebabnya kitorang pi ni bawah anjuran bos dekat tempat keje abah ku (eh! betul ke ayat aku ni, mcm fail je BM)..hahahaha..lebih kurang mcm tu la citer dia, korang paham kan?? kalau tak paham tu buat2 paham je la ek..keh3..tanpa melengahkan masa, let’s check it out!!!
Welcome everyone!!! :)
Sebelum kite p mandi manda jom topup kat counter belakang kitorang tu supaya nanti boleh sewa tube, beli makanan n so on...
Coco beach! Sesuai untuk semua orang but be careful sebab paras air semakin tinggi so, sape2 yg rasa tak pandai nak berenang AWAS ye!
Haaa..mcm tu la. Dok je kat area depan2 ni. (tau pun takut, sbb aku pun tak pandai nk berenang). Yang penting tube tu takkan ku lepaskan. hehehehe..
This area is for kids only. No tube here.
Ombak kat sini best.
Before kitorang nak cabut, ada free show la plak. Jom singgah jap. (Dah orang ckp free ape lagi kan).ngeh3...
Wow! Agak2 boleh tak nak buat macam adik tu? Rasanya ada yg singgah hospital nanti kalau try. hahahaha...
Mak aii...boleh patah pinggangku..tapi bgs la adik2 ni sebab kecik2 lagi dah di latih so, tak heran la diorang boleh buat mcm tu kan.
Please don't do this at home!?
Ok now, urrmm jap ye cik Diey, nak ambik mood jap sbb dah tiba time untuk aku story yg duka plak kat cik Diey..actually, ataupun lebih tepat lagi honestly, aku boleh cakap kat sini 2010 doesn't make sense 4 me..yg ni la berkenaan dengan tajuk entri kali ni, "Hidup ni macam roda"..ada time kita di atas dan ada juga time kita di bawah..maksud aku, dah jadi lumrah hidup manusia yg takkan dapat semua yg di hajati, yg diingini..mungkin sebab kesilapan dan kelalaian yg kita sendiri cipta (ayat sindiran utk diri sendiri, takde kena mengena antara yg masih hidup mahupun yg dlm kubur)..kali ni nasib tak menyebelahi aku, DOWN HABIS!!!..RESULT AKU COROT GILER!!! aaaarrrggghh, cik Diey, tolong aku...perasaan ni hanya DIA je yg tahu, betapa aku malu dgn family, lecturer, n kawan2 yg lain..sedih, sebak, frust, hilang semua semangat aku tok study..bila dah jadik gini baru aku sedar, baru aku nampak, baru aku tahu, baru aku buka mata, di mana silap aku??? bila di fikir2 balik, rupa2nya semua ni ada hikmahnya..
Apa yg jadi ni belum terlambat untuk aku..aku redha dengan suratanNya dan bersyukur dengan dugaan nii..Dia menyedarkanku, Dia telah menyuntik semangat baru buatku, dan Dia membuka mataku yg semakin hari semakin lena dengan keasyikan dunia yg sementara ni..dan aku yakin bahawa ada rahmat yg tersembunyi..INSYAALLAH (bak kata Maher Zain)..
2010 telah berlalu, dan aku biarkan kekecewaan dan kegagalanku juga berlalu bersamanya..kini 2011 bertandang, akan ku bawa bersamanya sebuah kejayaan yang mampu buat aku kembali tersenyum ceria…bukan aku dah tak senyum dah sekarang ni tapi orang kata senyuman dalam tangisan macam tu laa..
Actually, banyak lagi yang aku nak luahkan kat cik Diey but aku rasa dah lega sikit lepas everything yg aku rasa dah terluah. So, whatever happen pun aku perlu dan mesti teruskan hidup aku. Sebab aku sendiri yang mulakannya dan of course aku kena habiskan.
P.S from Cik Diey :
Sedikit sebanyak story yg aku missed utk update time last semester break.
Not everything aku mention kat sini actually.
0 orang rajin comment:
Post a Comment