GARA-GARA MAHUKAN HARGA YANG LEBIH RENDAH..PELANGGAN SANGGUP JUAL DIRI..

MONDAY, AUGUST 15, 2011

Assalamualaikum..

Amacam? Gempak tak tajuk entri taukeh kali ni.. Haa nak pancing pembaca, perkara pertama yang kita kena titik beratkan ialah berkenaan dengan tajuk entri.. Tajuk tu memainkan peranan paling penting.. Sebab apa? Orang kalau nak baca entri kita, mesti lah dia tengok tajuk dulu kan (hamboi, macam speech OTAI yang follower nye hampir mencecah 200,000).. Eh, ke ada readers yang baca content dulu baru tengok tajuk?? Macam pelik je readers tu..muahahaha..


Taukeh saje je nak share pengalaman taukeh ni.. Haa cer citer cer citer.. Taukeh ada la sorang kawan yang berniaga.. Alaa businessman.. Tapi business biasa-biasa je la.. Masa keluar dengan dia haghi tuh sempat la dok borak-borak.. Dia citer pasal pengalaman dia layan kerenah customer yang macam-macam lah ragam depa ni..


Satu hari tu, dia didatangi oleh sekumpulan student (tak ingat pulak dia cakap berapa orang) kat kedai dia.. Hurmm biasa lah, sebagai customer ni kita kalau boleh nak bargain sampai harga yang paling rendah kan.. Berbalik kepada citer ni.. Student tu dia nak beli pendrive.. Kalau pendrive ni harga standard la kan.. Kalau Kingston yang 4gb tu dalam 30 something macam tu la kalau tak silap taukeh.. Tapi dia nak murah lagi.. Sampai student tu cakap macam ni la lebih kurang.. 'Kalau abg bagi murah, saya bagi nombor telefon saya kat abg'..


Huk alooh, bagi aku biasa la kan.. Setakat nak bagi nombor fon.. Pastu mungkin jugak student tu main-main je nak bagi.. Kalau dia bagi sekali pun.. Boleh lah save dekat business list dekat contact kan.. Lepas ni senang kalau ada apa-apa yang diorang nak tanya ke nak order ke boleh lah call nombor tu.. Ye dak??


Tapi, bagi kawan taukeh ni lain.. Dia sebagai tuan punya kedai tu.. Dia cakap apa? 'Sebab nak harga yang murah, sanggup budak tu nak jual diri dia kat aku'.. WHAT?? Sampai macam tu sekali wehh.. Itu tanggapan si penjual bila customer dia bertindak macam student tadi tu.. Huhh! Bila pikir balik, ada betul nya jugak apa yang kawan taukeh tu cakap.. Kalau dia tak bagitau mungkin taukeh pun akan buat benda yang sama macam student tu..


Lepas tu, ada lagi satu cerita kawan taukeh ni.. Tapi cerita ni agak lucu sikit.. Masa dia tengah layan sorang customer ni.. errr customer boleh dikira dah berstatus mok cik dah.. Haaa same thing yang terpaksa dia layan kerenah customer ni.. Bargain.. Yeah! Tak boleh salahkan customer 100% sebab CUSTOMER ALWAYS RIGHT.. Tapi depend on what they want to buy jugak lah kan.. Nak beli dengan harga RM70 untuk barang yang harganya mencecah RM150?? (contoh)


Mok cik betul laa dia ni.. Then, kawan taukeh bagitau that mok cik cenggini.. 'Mok cik.. kalau mok cik nak beli dengan harga tu, boleh mok cik.. Saya boleh bagi.. Tapi bulan depan mok cik datang sini lagi memang mok cik tak jumpa dah kedai saya ni.. Sebab dah lingkup'..muahahaha..



Moral of the story, apa yang cuba taukeh nak sampaikan kat sini sebenarnya ialah.. *err ekceli taukeh pun tak tahu hap yang taukeh citer ni..hahaha.. Takdelah.. Hurmm sebagai manusia yang tak berapa nak berduit macam taukeh ni.. Mungkin taukeh pun will do the same thing like the student and the mok cik tadi.. Yer.. Lain kali kalau nak gi shopping ke nak beli hapa ke.. Sometimes kita kena letak diri kita dekat tempat penjual tu jugak.. Not seghatus peghatus as a customer.. *depend hokey..


Saje nak letak gambar ni comel...kahkahkah



Penat menaip, nak BW pulaks.. Okbai..


P/S: taukeh menaip guna homekey.. tangan menaip tapi mata di skrin.. korang boleh?? Haa nak buat cenggitu jugak belajar la keyboarding.. :)

3 orang rajin comment:

Ain Atika Zailani said...

ish ish banyak tanggapan betul..lepastu cerita2 kat orang tak baik betul..hmm kalau masing2 jalan kan tanggungjawab masing2 kan bagus..penjual jual jangan harga tinggi sangat san customer jangan mintak murah sangat.hmm....susoh. tapi yang nak menjual diri tu kenapa hekk..isk2 tak paham..huhu

Anonymous said...

mule tawar dulu... if mahee jugak.. g kedai lain..kikiki!!

Syairani Tarmizi said...

Ain: yg nak jual diri tu part yg customer offer no fon dia n sbg ganjaran, dia dpt beli dgn harga murah :)

Kak rose: bagus idea kak rose.hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani