Showing posts with label Kesah bulan puasa... Show all posts
Showing posts with label Kesah bulan puasa... Show all posts

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar ^^


AUGUST 24, 2011



Assalamualaikum..

Tanda kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.


Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

i. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
ii. Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
iii. Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;
iv. Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
v. Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
vi. Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
vii. Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
viii. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan
vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu .


Terima kasih kepada Udink..

Guru Tuisyen Sebar Agama Lain Kepada Murid Beragama Islam ^^

Assalamualaikum..

Seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama, KL, dilaporkan mengajar murid-muridnya yang kebanyakan antara mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.. MasyaAllah..Tak sangka, ada juga yang bertindak sebegini..


Murid-murid yang belajar di kelas tuisyen tersebut dikatakan diberi belajar secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.. Lepas tu, mereka pulak diajar nyanyi lagu "Yes, I know Jesus loves me" dan jugak lagu "Hari ini Ku Rasa Bahagia" yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib..


Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, murid terbabit diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.


Huishh.. Hapa nak jadik ni?? Dalam hal ni aku rasa ibu bapa kena mainkan peranan masing-masing.. Dan mengikut sumber, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun dah sedia maklum mengenai isu ini.. Harapnya pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya..




Sumber: BERITA HARIAN

Manusia suka menganiaya binatang..^^

Assalamualaikum..

Taukeh rasa sedih sangat bila ada juga antara kita yang suka menganiaya binatang ni.. (termasuklah taukeh sendiri).. Tambah pulak pada bulan puasa ni.. Memang ramai yang lebih suka untuk ragging binatang.. Yela, cer tengok kat bawah ni apa kita selalu buat kat binatang..


Kesian kat ayam ni sebab...


...tak pasal-pasal kita makan nasik dia,
dia nak makan hapa?



Itik ni tanya best ke makan taik dia


Tapi kali ni taukeh rasa kita yang dianiaya sebab
kena makan taik dia..



Kucing ni dah la comel.. tapi sayangggg


Kita gi makan pulak mata dia.. Hurmm apa
nak buat.. Syedap mata kucing ni :)


Okbai...

GARA-GARA MAHUKAN HARGA YANG LEBIH RENDAH..PELANGGAN SANGGUP JUAL DIRI..

MONDAY, AUGUST 15, 2011

Assalamualaikum..

Amacam? Gempak tak tajuk entri taukeh kali ni.. Haa nak pancing pembaca, perkara pertama yang kita kena titik beratkan ialah berkenaan dengan tajuk entri.. Tajuk tu memainkan peranan paling penting.. Sebab apa? Orang kalau nak baca entri kita, mesti lah dia tengok tajuk dulu kan (hamboi, macam speech OTAI yang follower nye hampir mencecah 200,000).. Eh, ke ada readers yang baca content dulu baru tengok tajuk?? Macam pelik je readers tu..muahahaha..


Taukeh saje je nak share pengalaman taukeh ni.. Haa cer citer cer citer.. Taukeh ada la sorang kawan yang berniaga.. Alaa businessman.. Tapi business biasa-biasa je la.. Masa keluar dengan dia haghi tuh sempat la dok borak-borak.. Dia citer pasal pengalaman dia layan kerenah customer yang macam-macam lah ragam depa ni..


Satu hari tu, dia didatangi oleh sekumpulan student (tak ingat pulak dia cakap berapa orang) kat kedai dia.. Hurmm biasa lah, sebagai customer ni kita kalau boleh nak bargain sampai harga yang paling rendah kan.. Berbalik kepada citer ni.. Student tu dia nak beli pendrive.. Kalau pendrive ni harga standard la kan.. Kalau Kingston yang 4gb tu dalam 30 something macam tu la kalau tak silap taukeh.. Tapi dia nak murah lagi.. Sampai student tu cakap macam ni la lebih kurang.. 'Kalau abg bagi murah, saya bagi nombor telefon saya kat abg'..


Huk alooh, bagi aku biasa la kan.. Setakat nak bagi nombor fon.. Pastu mungkin jugak student tu main-main je nak bagi.. Kalau dia bagi sekali pun.. Boleh lah save dekat business list dekat contact kan.. Lepas ni senang kalau ada apa-apa yang diorang nak tanya ke nak order ke boleh lah call nombor tu.. Ye dak??


Tapi, bagi kawan taukeh ni lain.. Dia sebagai tuan punya kedai tu.. Dia cakap apa? 'Sebab nak harga yang murah, sanggup budak tu nak jual diri dia kat aku'.. WHAT?? Sampai macam tu sekali wehh.. Itu tanggapan si penjual bila customer dia bertindak macam student tadi tu.. Huhh! Bila pikir balik, ada betul nya jugak apa yang kawan taukeh tu cakap.. Kalau dia tak bagitau mungkin taukeh pun akan buat benda yang sama macam student tu..


Lepas tu, ada lagi satu cerita kawan taukeh ni.. Tapi cerita ni agak lucu sikit.. Masa dia tengah layan sorang customer ni.. errr customer boleh dikira dah berstatus mok cik dah.. Haaa same thing yang terpaksa dia layan kerenah customer ni.. Bargain.. Yeah! Tak boleh salahkan customer 100% sebab CUSTOMER ALWAYS RIGHT.. Tapi depend on what they want to buy jugak lah kan.. Nak beli dengan harga RM70 untuk barang yang harganya mencecah RM150?? (contoh)


Mok cik betul laa dia ni.. Then, kawan taukeh bagitau that mok cik cenggini.. 'Mok cik.. kalau mok cik nak beli dengan harga tu, boleh mok cik.. Saya boleh bagi.. Tapi bulan depan mok cik datang sini lagi memang mok cik tak jumpa dah kedai saya ni.. Sebab dah lingkup'..muahahaha..



Moral of the story, apa yang cuba taukeh nak sampaikan kat sini sebenarnya ialah.. *err ekceli taukeh pun tak tahu hap yang taukeh citer ni..hahaha.. Takdelah.. Hurmm sebagai manusia yang tak berapa nak berduit macam taukeh ni.. Mungkin taukeh pun will do the same thing like the student and the mok cik tadi.. Yer.. Lain kali kalau nak gi shopping ke nak beli hapa ke.. Sometimes kita kena letak diri kita dekat tempat penjual tu jugak.. Not seghatus peghatus as a customer.. *depend hokey..


Saje nak letak gambar ni comel...kahkahkah



Penat menaip, nak BW pulaks.. Okbai..


P/S: taukeh menaip guna homekey.. tangan menaip tapi mata di skrin.. korang boleh?? Haa nak buat cenggitu jugak belajar la keyboarding.. :)

APA KORANG BUAT TIME KORANG RASA CUAK GILER ??

FRIDAY, AUGUST 12, 2011
09:345 p.m.


Assalamualaikum..


Neh aku nak citer kat korang.. Malam tadi, around 3:30 a.m masa aku tengah lepaking dengan gang-gang aku kat HAYAKI a.k.a Kelab Blogger Abg Ben.. *errr ye, semenjak dua menjak ni aku dah bertukar jadik spesis kelawar.. Musang pun boleh jugak..muahaha... Yelaa.. Dah pukul 3:30 tak tido lagik?haishh


Pastu tetiba aku rasa cuak giler wehh! Dah la aku sorang je yang dok ngadap lappy kat family hall.. Macam biasa la, aku kalau nak belogwalking time tu la baru best sikit.. Pastu aku switch off semua lampu, biar cahaya lappy je yang menemani aku.. TIBA-TIBA aku nampak satu cahaya yang menembusi sliding dan langsir kat rumah aku.. Cuak! Beberapa saat lepas tu, aku dengar bunyi guruh atau dalam bahasa magris nye Thunderstorm lahh..






Gambar yang Encik Google suggest untuk aku..


Sebelum ni bukan tak pernah dengar bunyi guruh tapi kali ni lain bunyinya.. Kuat giler.. Sampai aku rasa macam pintu rumah aku ni nak pecah dan dinding pulak boleh bergegar wehh (nampak sangat rumah aku ni takde lah nak banglo sangat).. Dalam hati aku *nak kiamat dah ke ni??* Betul tau.. Huhh.. Betul-betul menguji tahap keimanan aku ni.. Hapa lagi.. Terus usung lappy bawak masuk dalam bilik.. Laariikkk



Hurmm.. korang pun mesti pernah alami saat-saat kecuakan tahap maksima macam aku kan?? Cuma mungkin keadaan kecuakan kiter je yang berbeza.. Ye dakk? Apa yang korang buat lepas tu? Kalau aku, aku baca doa ni..


Doa ni aku ambik KAT SINI..


P/S: Penat menaip, sampai di sini saja dulu.. OKBAI..

Mood: err INSAF ^^

CARA BERKESAN KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR...

THURSDAY, AUGUST 11, 2011
12:35 a.m.

Salam u alls..


Hurmm.. pejam celik pejam celik, alhamdulillah.. Dah nak masuk hari yang ke 11 kita semua berpuasa kan.. Dan aku sangat bersyukur sebab tahun ni dapat puasa dengan femli kat kampung.. Yela, sekarang aku tengah cuti sem ni.. Lepas raya nanti baru balik kampus.. Wahh.. bestnyer dapat cuti lamaa.. Yeay :)


Teringat pulak time aku puasa kat kolej tahun lepas.. Time tu tengah final season.. So, sahur tak pernah terlepas la sebab tiap malam tak pernah nak tidur.. Buat apa tak tidur?? Alah, study la weh (buat muka rajin).. Tapi ada jugak la time tertidur tu, tipu la kalau tak tidur langsung tu kan..kihkihkih.. Kalau dah tertidur tu kemain payah lagi nak bangun sahur. Ye dak?? Haa.. kali ni aku ada sikit tips nak share ngan korang..





TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR..


1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu. Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.


2-Goyang bahunya perlahan-lahan. Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!


3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya. Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.


4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda. Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!

Fakta i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.


5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!


6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.


7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.


8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.


9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.


10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang. Biar dia sejuk menggigil.


11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.


12-Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk. Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.


13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.


14-Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jerit girlfrend nya dalam kecemasan. Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.


15-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ”MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya. Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.



Sumber: Encikbeliau


P/S: Ni pesanan penaja, sape-sape yang gunakan tips ni sila berhati-hati dengan tindakan anda dan jangan lupa mulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.. :)

6 JENIS WANITA YANG HARUS LELAKI JAUHI UNTUK DI KAHWINI..

MONDAY, AUGUST 08, 2011
07:00 a.m.




Salam u alls..


Ok, entri kali ni adalah untuk lelaki-lelaki yang akan mendirikan masjid tak lama lagi.. Wahh, memang kaya la hang sebab boleh bina masjid.. kihkihkih (lawak pagi Isnin).. Dah gatai sangat kawen ja la kan.. Kalau nak kawen takleh main hentam ja.. Kena tahu serba sedikit latar belakang pasangan masing-masing kan.. Haa orang sekarang ni bukan setakat sikit, banyak dah yang depa tau tentang pasangan depa neh.. Ye dak?? Haha gurau je weh.. tok sah nak ambik hati sangat noo.. Nanti tak pasai-pasai ade yang takda hati pulak susah..



Malas nak cakap banyak pepagi ni.. Jom kite tengok wanita yang jenis macam mana perlu di jauhi ni..


1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.


2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"


3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.


4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.


5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.


6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.



P/S: Kalau ada lelaki-lelaki atau wanita-wanita di luar sana yang ada nak tambah atau nak buat correction tentang apa yang aku copy dari BELOG NI.. Boleh lah luahkan ketidakpuasan hati anda kat borang di ruangan comment yer.. hahaha kemain lagi korang ingat aku buat buat research pasal entri ni kan, padahal aku men'copy je kan.. Saje je nak share dengan korang.. *peace..


Okbai..

5 RAHSIA NIKMATI IBADAT PUASA...

SUNDAY, AUGUST 07, 2011
08:50 p.m.



Salam u alls..


5 Rahsia Nikmati Ibadat Puasa.. Dipetik dari : Dakwah2u


DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.



1. Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)



2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.



3. Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.



4. Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).



5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

KHAIRUL FAHMI CHE MAT BERPEGANGAN TANGAN DENGAN DAHLIA TECK..

SATURDAY, AUGUST 06, 2011
07:00 p.m.


Salam u alss..


Hari tu aku ada update entri tentang Khairul Fahmi Che Mat nekad pulangkan cincin tunang kepada Elia.. Apa yang aku tulis dekat ENTRI TU, KFCM menafikan tuduhan bahawa dia putus tunang gara-gara kehadiran orang ke tiga.. Ok fine, sekali lagi aku ulang dia kata takde kena mengena dengan orang ke 3.. Dan entri kali ni pulak aku nak korang tengok sendiri sejauh mana kesahihan dakwaan KFCM mengenai kes putus tunang depa ni..


Zaaasssssss.....










Huhh ! Dah tengok?? Amacam? Haa lu pikir la sendighi...

Okbai


Sumber KAT SINI..

EH, KORANG DAH BELI KE BAJU RAYA??

FRIDAY, AUGUST 05, 2011
11:40 p.m.


Salam u alls..


Hari ni exhausted sangat bagi aku.. Dah la semalam belogwalking sampai tengah malam (join contest abg ben, komen-komen belog, update entri, etc etc).. Pastu lentok habis sampai lappy pun tak sempat nak shut down apa lagi untuk cuci muka dan buang taik gigi..haishh.. Satu amalan dan tabiat yang aku kira bagus untuk tubuh badan.. *ok fikir sebaliknya, teehee…


Around 4:30 a.m. satu ketukan bertalu-talu betoi-betoi mengganggu lenaku.. Ye, masa tu Aaron Aziz baru je nak sarung cincin kat jari manisku.. Huk aloohh.. Spoil lah.. Hurmm, dengan malasnya aku bangun sebab takut nanti tak pasal-pasal kena beli pintu bilik yang baru ok..


Lepas sahur sambung aktiviti malam yang tergendala sebab ketiduran.. Yela hapa lagi belogwalking lah.. *that’s why lah aku di list kan oleh Abg Nizam as BLOGGER TEGAR ye dak?? Eh aku belogwalking lama-lama dalam satu masa bukan sebab banyak belog yang aku terjah, tapi sebab aku terpaksa reload page banyak kali untuk bukak satu-satu belog yang aku singgah tuh.. *ye saya pengguna berukband cap ayam kawan siput, MOISTURIZER sangat (lembab ok)..


Pagi yang gelap kini sudah terang *nyanyi.. Jadi rutin bulan posa ni lepas sahur belogwalking jap pastu sambung membuta.. Antara kerja yang sangat berfaedah untuk penganggur part time macam aku ok.. Weh, takleh membuta hari ni sebab nak keluaq pi KB (Kota Bharu).. Nak buat apa?? Pi caghi baju ghaya untuk nenek aku pastu shopim-shopim buang duit sikit..


Jom tengok apa yang jadi lepas tu:


Huhh! Singgah tesco beli benda ekspensif nih.. Sape nak rasa kek or biskut air tangan aku jemput datang rumah raya ni.. *laaarriiikkkk


Hamboi.. Beli stok raya lettew...


Saya memang suka tolak kereta ni...


Ok aktiviti wajib di tesco... *timbang lah berat anda


OMG! 5 haghi pose 1.5 kilo beghat aku loss weh.. Good job.


Jom ke destinasi seterusnya.. *mata terpaksa disepetkan, panas dowh


Sekarang berada di zon Nagoya Textiles.. *memang berbaloi


Cop! Nak yang ni..


Balik rumah dalam pukul 5 petang dah.. Ok sekarang cuba teka apa yang blogger tegar dan pengganngur part time macam aku buat?? Yerrr pandai korang eh.. Ngadap lappy lah hapa lagi… Disebabkan berukband ni buat aku bertambah-tambah sayang kat dia.. *perasaan macam nak baling ke luar tingkap je dan pergi ambik balik.. Maka aku ketiduran lagi.. Tak cukup tidur la weh.. Haa macam ni lah aku tertidur tadi.. *cute dak?? (buat muka mintak penampar)..



Muahahahaha... *cuak ke derr.. wa gurau je derr :)

YEAY! BELOG NI TERSENARAI DALAM BLOGLIST BLOGER TEGAR OKEY...

THURSDAY, AUGUST 04, 2011
09:30 p.m.

Salam u alls..

Hasil dari aku join segmen AKU BLOGER TEGAR ni.. Alhamdulillah, akhirnya aku tercalon dalam bloglist Abg Nizam KAT SINI.. Mula-mula memang aku saje je join, tak sangka pulak boleh tercalon..hehehe (buat muka toya)..


Eh, segmen ni boleh join lagi la weh.. kalau korang nak join jugak jom KELIK SINI okey.. Jom kita pakat ramai-ramai dok dalam bloglist BLOGGER TEGAR abg Nizam ni..


Haa ni la chance untuk blogger-blogger macam aku ni yang tak berapa nak pemes nih.. Boleh lak kita kenal-kenalan kat sini yer.. Selain boleh men tukar-tukar link suka sama suka kan kan kan..


Selain tu jugak boleh up kan traffic dan tambah follower kita.. Betul dak?? Bukan senang nak TERsenarai dalam bloglist otai blogger ni kan.. Yela, belog aku ni memanglah tak sebeghapa kalau nak di bandingkan dengan femes bloger yang lain.. Macam langit dengan bumi..

*errr kalau nak bagi contoh lain apa ek?? Isi ngan kuku? Eh, tak sesuai.. urmm jauh panggang dari api? *Eh betul ke peghibahasa tuh? Entah lah hapa-hapa je la kan.. Hentam saja la labu..


Ok wa chow dulu.. Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat, sebab wa pun dah penat.. (AJIB yang kata bukan aku)..



OKBAI.. Heart u alls okay.. XO

KHAIRUL FAHMI CHE MAT PULANGKAN CINCIN TUNANG?? Ape Cer..

THURSDAY, AUGUST 04, 2011
06:20 p.m.


Salam u alls..


Khairul Fahmi Che Mat nekad putuskan pertunangan betul-betul memeranjatkan aku.. Mana tak nye kan.. Sebelum ni aku dengar bahagia je mereka.. Jadi, mula-mula tu aku ingatkan semua ni sekadar gosip je la.. Tapi betul-betul weh.. Adoyaii.. Aku tahu ni pun sebab ada terbaca kat paper dan dekat belog rakan-rakan blogger kita jugak.. First time baca kesah mereka ni aku buat dek je la.. Tapi ramai pulak yang dok update pasal mereka neh membuatkan aku taknak ketinggalan jugak..Muahahaha.. (eh, asal aku sebok nak ambik tahu ni)..



...Saat bahagia mereka...


Yela.. Si Apek ni kan dah jadik ikon sukan sekarang ni.. Mesti la ramai peminat yang nak tahu whassup ni Apek?? Putus-putus tunang pulak dah..haishh (sambil geleng-geleng kepala).. Ini dah kes berat ni.. Kalau berdasarkan apa yang aku baca, Si petunang Apek ni (Elia) mendakwa yang dia tidak tahu menahu hal ni.. Dan dapat tahu melalui media je.. Apo kono eh Jang?? Dalam ulasan Elia dengan media jugak, dia kata semua ni angkara orang ke tiga.. (what the)..






Itu kata Elia.. Tapi sebaliknya kata Apek pulak.. Dia kata pemutusan pertunangan dia dengan Elia takde kena mengenanya dengan orang ke tiga.. Huk alooh lah.. Mana satu betoi ni?? Aku sendiri pun tak tahu ape cer sebenarnya depa ni.. Tapi kalau betullah apa yang didakwa Elia.. Hilang kerespektan aku kat si Apek.. Sebab selama dia jadi goal keaper skuad kebangsaan ni aku tabik spring lah kat dia..



Apa pendapat korang?? Hurmm memang takleh nak kata apa-apa dah sebab hal ni cuma mereka berdua je yang tahu.. Kita tak berhak nak hukum mana-mana pihak sebab kita tak tahu duduk letak perkara sebenar.. Aku harap bukan keglamouran semata-mata yang Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kejar menjadi punca utama dia nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia.. Dan buat Elia mesti ini adalah perkara yang paling perit untuk dia hadapi.. Aku harap Elia dapat atasinya dengan tenang..



Ok la u alls.. Kita tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi (macam Melodi pulak).. Salam Ramadhan dan selamat beramal... :)

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

TUESDAY, AUGUST 02, 2011
06:30 p.m.
Salam u alls...

Rasanya belum terlambat lagi untuk taukeh ucap Salam Ramadhan buat semua umat Islam di muka bumi ni kan.. Entri ni ialah entri ke dua taukeh untuk edisi August ni.. Hari ke dua jugak untuk kita mengikat perut menahan nafsu lapar dan dahaga.. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar..


Okay ssshhhhh (semua diam).. Entri kali ni untuk kiter kiter je okeh ! Jangan bagitau orang lain..hehehe.. Ekceli, taukeh berjaya turunkan bendera merah (bendera orang pompuan)dan akhirnya tercapai hasrat untuk sambut kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ni bersama u alls.. Ok dah dua hari kite puasa kan..


Jangan nak ponteng ponteng pulak yer.. dosa tau.. Pastu jangan gatal gatal tangan nak korek hidung pulak.. Biasanya kalau time malam takde lah hidung ni rasa geli semacam mintak dikorek kan.. Bila time siang siang ni lah dia gediks sikit.. Dugaan betul.. Haa tu baru dugaan nak korek hidung.. Banyak lagi dugaan yang perlu kita lalui sepanjang bulan puasa ni kan..


Contoh dugaan paling besar terpaksa di lalui ialah:








P/S: Amacam? Mau tak meleleh air liuq.. hahaha.. saje nak test iman korang kuat ke tak..*taukeh memang kejam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani