" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

SUNDAY, AUGUST 14, 2011
01:30 a.m.


Assalamualaikum..

Ok lagi segmen yang aku join.. Segmen kali ni betul-betul buat aku sedar diri bahawa belog aku neh sangatlah picisan sebab follower pun tak sampai 500 orang lagi..hahaha.. *gelak untuk diri sendiri.. (that's not funny ok).. muahahaha.. Moral of the story kenalah berusaha lagi untuk terus maju dalam dunia blogging ni.. Haa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Ye dak?? ececece.. Amacam? Nak join jugak kelik gambar kat atas tu.. KELIK SINI pun boleh gak.. *teehee


Jadi, untuk memenuhi syarat2 penyertaan, dengan bangganya aku taip kat bawah ni:

Nama
Norsyairani bt Tarmizi

Hobi
Daydreaming, blogging, chatting, reading novels, travelling, photography.. *kalau
nak listkan semua sampai esok pun tak habis.. kihkihkihkih



P/S: errr No fon tak payah tulis ke? muahahaha

TIADA KERAGUAN! SIMPLYSITI SAH HALAL, SELAMAT - JAKIM ^^

SATURDAY, AUGUST 13, 2011
02:30 a.m.

Assalamualaikum..


Entri kali ni adalah isu berbangkit di mana pada ENTRI NI aku ada cakap pasal produk Simplysiti yang di dakwa oleh individu yang tak bertanggungjawab bahawa produk tersebut ada bulu babi.. Ok tarik nafas.. Huhh.. panjang pulak ayat 1st tu.. So, aku jugak rasa terpanggil untuk buat entri ni.. Walaupun agak lambat sikit aku hupdate pasal ni tapi aku rasa info ni sangat penting untuk di kongsikan.. Jom kite tengok hapa yang penting sangat tu??

zaaassssss....


Gambar ni aku ambik dari portal Abg Budiey..


KUALA LUMPUR – Minggu lalu kita digemparkan dengan berita kononnya produk kecantikkan SimplySiti yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Permohonan itu kononnya ditolak kepada keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti adalah bulu babi.

Dalam reaksi segeranya, Siti menepis dakwaan itu dengan mengatakan semua produknya & berus yg digunakan mendapat kelulusan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemeriksaan dibuat sebelum setiap produk dihasilkan.

Terbaru, berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM yang kandungannya adalah seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

Justeru, menurut kenyataan JAKIM ini, jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam.



P/S: Harap maklum semua yer.. Okbai..

APA KORANG BUAT TIME KORANG RASA CUAK GILER ??

FRIDAY, AUGUST 12, 2011
09:345 p.m.


Assalamualaikum..


Neh aku nak citer kat korang.. Malam tadi, around 3:30 a.m masa aku tengah lepaking dengan gang-gang aku kat HAYAKI a.k.a Kelab Blogger Abg Ben.. *errr ye, semenjak dua menjak ni aku dah bertukar jadik spesis kelawar.. Musang pun boleh jugak..muahaha... Yelaa.. Dah pukul 3:30 tak tido lagik?haishh


Pastu tetiba aku rasa cuak giler wehh! Dah la aku sorang je yang dok ngadap lappy kat family hall.. Macam biasa la, aku kalau nak belogwalking time tu la baru best sikit.. Pastu aku switch off semua lampu, biar cahaya lappy je yang menemani aku.. TIBA-TIBA aku nampak satu cahaya yang menembusi sliding dan langsir kat rumah aku.. Cuak! Beberapa saat lepas tu, aku dengar bunyi guruh atau dalam bahasa magris nye Thunderstorm lahh..






Gambar yang Encik Google suggest untuk aku..


Sebelum ni bukan tak pernah dengar bunyi guruh tapi kali ni lain bunyinya.. Kuat giler.. Sampai aku rasa macam pintu rumah aku ni nak pecah dan dinding pulak boleh bergegar wehh (nampak sangat rumah aku ni takde lah nak banglo sangat).. Dalam hati aku *nak kiamat dah ke ni??* Betul tau.. Huhh.. Betul-betul menguji tahap keimanan aku ni.. Hapa lagi.. Terus usung lappy bawak masuk dalam bilik.. Laariikkk



Hurmm.. korang pun mesti pernah alami saat-saat kecuakan tahap maksima macam aku kan?? Cuma mungkin keadaan kecuakan kiter je yang berbeza.. Ye dakk? Apa yang korang buat lepas tu? Kalau aku, aku baca doa ni..


Doa ni aku ambik KAT SINI..


P/S: Penat menaip, sampai di sini saja dulu.. OKBAI..

Mood: err INSAF ^^

(GAMBAR) KAD JEMPUTAN KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY ^^

FRIDAY, AUGUST 12, 2011
01:50 a.m.



Salam u alls..

Macam mana?? Dah tengok gambar kat atas tu?.. Hurmm nampaknya pasangan tunang yang dah bebas dari tuduhan khalwat, siapa lagi kalau bukan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ni dah mula mengedarkan kad jemputan kahwin diorang.. Cantik tak kad diorang tu?? Mesti lah cantek kan.. Tapi bagi aku cantek lah macam mana pun kad kahwin diorang tu.. Mata aku yang tengok ni tetap kata tak cantek pon.. *oops! sory


Dan untuk pengetahuan korang jugak, mereka akan melangsungkan pernikahan pada 24 September depan di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, diikuti dengan majlis resepsi pada keesokan harinya dan satu lagi majlis persandingan besar-besaran bernilai RM12 juta di Crowne Plaza Kuala Lumpur.


Hamboi.. Tak payah lah nak buat gerend gerend sangat majlis tu.. Membazir je.. Lagipun semua orang dah tahu NORMEY akan kahwin.. (NORMEY tu Norman dan Memey) *peace.. Kalau lah duit 12 juta tu depa sedekahkan kat masjid ke.. Rumah-rumah anak yatim ke dapat jugak lah pahala tu.. Haa tambah pulak bersedekah time bulan-bulan pose ni lagilah BERKAT.. Huisshh.. Asal aku tetiba nak ngomel tak tentu pasal ni? Suka hati depa lah nak majlis dengan belanja yang beratus-ratus juta pun.. Satu sen pun depa tak mintak dengan aku..muahahahaha


Eh, suka hati akulah nak tulis hapa pon.. Ni belog aku.. Tak mintak depa tolong taipkan pon..Ye dak? haha.. Ok lah, mesti korang boleh imagine macam mana perasaan aku time tulis entri ni kan?.. *wondering.... Sory lah atas sedikit kekejaman gaya bahasa penulisanku kali ni.. Aku pun tak tahu kenapa.. Jari-jemaari ni laju je taip setiap bait-bait perkataan kat atas tu tanpa menekan backspace untuk paragraph yang boleh dikira censored jugak lah..cewahh


Gambar: Portal Murai..


Tanpa membuang masa.. Patik mintak diri dulu lah.. Zaaasssss :D

CARA BERKESAN KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR...

THURSDAY, AUGUST 11, 2011
12:35 a.m.

Salam u alls..


Hurmm.. pejam celik pejam celik, alhamdulillah.. Dah nak masuk hari yang ke 11 kita semua berpuasa kan.. Dan aku sangat bersyukur sebab tahun ni dapat puasa dengan femli kat kampung.. Yela, sekarang aku tengah cuti sem ni.. Lepas raya nanti baru balik kampus.. Wahh.. bestnyer dapat cuti lamaa.. Yeay :)


Teringat pulak time aku puasa kat kolej tahun lepas.. Time tu tengah final season.. So, sahur tak pernah terlepas la sebab tiap malam tak pernah nak tidur.. Buat apa tak tidur?? Alah, study la weh (buat muka rajin).. Tapi ada jugak la time tertidur tu, tipu la kalau tak tidur langsung tu kan..kihkihkih.. Kalau dah tertidur tu kemain payah lagi nak bangun sahur. Ye dak?? Haa.. kali ni aku ada sikit tips nak share ngan korang..





TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR..


1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu. Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.


2-Goyang bahunya perlahan-lahan. Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!


3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya. Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.


4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda. Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!

Fakta i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.


5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!


6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.


7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.


8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.


9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.


10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang. Biar dia sejuk menggigil.


11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.


12-Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk. Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.


13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.


14-Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jerit girlfrend nya dalam kecemasan. Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.


15-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ”MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya. Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.



Sumber: Encikbeliau


P/S: Ni pesanan penaja, sape-sape yang gunakan tips ni sila berhati-hati dengan tindakan anda dan jangan lupa mulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani