Wordless Wednesday : Masihkah Kau Ingat

November 30, 2011




P/S: Dah besar rupanya. Aku dah lupa ape nama diorang ni. Dulu masa
kecik-kecik aku tak miss tengok depa dalam tibi. Comel je. :)

Doa Untuk Kekasih

November 27, 2011


Assalamualaikum..


Ya Allah.. Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah.. Sekiranya telah engkau takdirkan
Ia bukan milikku.. Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia walaupun tanpanya..
Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah ya tuhanku.. Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah.. Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniankanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal A’lamin…



Nahh! muka tak sedeh tapi hati....




Happiness is a choice that requires effort at times.


“When a door of happiness closes, another opens, but we often look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us”
– Hellen Keller




P/S: Mood jiwa kacau :(

Hlovate

November 26, 2011

Assalamualaikum..


Hlovate. Sape kaki novel sure depa tau pasai hlovate nehh. Oleh sebab aku pun salah sorang dari kakikaki novel kat luar sana. Maka aku pun terjebak sama. Sebelum ni aku setia dengan novel keluaran Alaf 21. Sebab novel terbitan diorang memang tak pernah mengecewakan aku. Tapi ada kali ni jatuh centa pulak dengan novel Hlovate ni yang diterbitkan oleh Jemari Seni (JS). Awat skema ja ayat aku nehh?


Cerita die memang semua bestbest oh! Semua watak mahupun jalan cerita dalam Hlovate tu memang wujud. Dalam erti kata lain, ini memang kisah benar. Bukan rekaan semata-mata dan memang ada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah pergi *pergi kemana tu aku taktau la.


Aku salute lah dekat penulis novel ni. Sebab low profile. Walaupun sekarang ni ramai giler fans yang setia dengan hasil karyanya tapi tetap tak pernah nak tunjukkan siapa dia sebenarnya. Dia hanya ingin dikenali dengan nama Hlovate. Novel pertama yang ditulisnya ialah GreatTroublemaker_i. Dia start tulis tu masa belajar di tingkatan 3. Bagi Hlovate sendiri, menulis ni adalah cara dia untuk berkongsi dan meluahkan rasa.



...Antara kata-kata Hlovate...


"... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."


...dan...


"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."



Ini pulak antara novel-novelnya yang dah sold out..

Aa+bB, Tunas, Versus *baru 3 bijik ni aku baca



Hlovate jugak ada e-karya. Adik aku yang tingkatan 4 tu kalau bagi broadband kat dia memang ini lah yang dia search. Fanatik benor dengan Hlovate. Sampai aku di paksanya beli novelnovel hlovate tuh. adehh.


...e-karya Hlovate...

http://hlovate.blogdrive.com
http://hlovatehikayat.blogdrive.com
http://hlovatulis.blogdrive.com
http://hlovatalk.blogdrive.com


Apa yang aku tahu, Hlovate ni memang ada gayanya tersendiri yang boleh buat aku jatuh centa dengan hasil karyanya. Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. *aku search kat tenet dia kata macam tu.



P/S: Nanti kalau budget lebih nak beli lagi novel Hlovate yang lain-lain tu.
Ini memang betulbetul wujud, tak tipu. *lalalala :)


First Time Retis Datang Rumah



November 26, 2011

Assalamualaikum..


First time retis datang rumah aku. Gilos excited aku wehh. Yela, jarangjarang nak dengar retis datang rumah aku nehh, dahtu bukan sorang ja dua orang beb. Tapi sape retis tu?? Haa mesti korang nak tahu sape retis tu kan. Jeng jeng jeng! Dia ialah Tiz Zaqyah (eh betul ke spelling aku tu) dan sape lagi kalau bukan si kekasih hati pengarang jantungnya Remy Ishak. *hewhewhew



xoxo :)


Mulamula tu memang aku segan giler tahap kurakura sorok kepala ah! Tapi bila dah patpulohnamsaat dok borakborak dengan diorang, ternyata! Diorang ni humble siot. Baik Tiz mahupun Remy. Lepastu barulah borakborak tadi menjadi rancak. Femeli aku pun sporting diorang kata. *awwaww


Diorang tompang rumah aku sebab diorang ada shooting area Rantau Panjang (RP) tu. Rumah aku nak gi RP tu sepulohminit ja dah boleh sampai. Diorang ada bagitau shooting cerita apa tapi aku dah lupa la. Sebab masa diorang cakap tu aku macam dengar tak dengar je.


Diorang ni memang romantik giler la wehh. Masa lunch semalam kitorang ajak la diorang makan sama. Pastu si Remy ni pun pi la panggil Tiz makan siap ber baby ber abang gittew. *jeles aku. Diorang ingat dekat femeli hall tu takdak orang dah, sebab semua dah ngadap meja makan. Tak sedar di sebalik langsir tu aku dok skodeng. Haa kantoi. Depan kitorang i u i u ja.hehe malu lettew.


Haa baru aku tahu, retis ni maintain slim sebab makan nasik sikitttt ja weh. Itu pun sebab nak ambik ati tuan rumah ja kot, kalau tak entah makan entahkan idok. *pandai2 aku je buat andaian. Tapi tu Tiz Zaqyah la. Remy Ishak ni siap tambah lagi. Menu masa lunch tu tomyam ayam, telur dadar, daging masak merah, ikan 3 rasa, sayur kailan dan salad segala tu lah. Mentang mentang la makan dengan retis, banyak pulak umi aku masak kali ni.


Malam tu pulak ada cerita best weh. Dalam pukol 9 macam tu la. Si Remy ni sakit perut la pulak. Masa tu ada orang dalam bilik air. Aku pun tak sure sape ada sebab aku dalam bilik. Tetiba bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Remy beb. Dia kata umi aku suruh dia tompang bilik air dalam bilik aku jap. Sakit perut tak tahan dah katanya. Aku macam terkejut la time tu bagi isyarat tangan je suruh dia masuk. *ok Tiz Zaqyah pulak kena jeles dengan aku.muehahahaha


Satu hari ja diorang kat rumah aku. Esok tu pagipagi lagi diorang nak berangkat balik kolompo dah. Aku pulak bangun lewat sikit sebab malam tu dalam pukul 10 aku dah tidur. Pukul doblas bangun balik nak study Mandarin. Pukul lima aku sambung tidur balik, mata dah tak tahan ngantuk sangat. Tapi tidur kejap je. Aku ada writing test Mandarin pagi tu pukul lapansetengah. *sedih, tak sempat nak say baibai kat Tiz Zaqyah dengan Remy Ishak.




P/S: Aku pun tak tahu kenapa Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang tetiba muncul
dalam mimpi aku.*padahal aku tengah cuak nak ambik writing
test Mandarin.hurmm. Oops! Roparopanya dahku bermimpi.
Padah tidur tak basuh kaki. Laaarrriiikkkkk :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani