CARA BERKESAN KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR...

THURSDAY, AUGUST 11, 2011
12:35 a.m.

Salam u alls..


Hurmm.. pejam celik pejam celik, alhamdulillah.. Dah nak masuk hari yang ke 11 kita semua berpuasa kan.. Dan aku sangat bersyukur sebab tahun ni dapat puasa dengan femli kat kampung.. Yela, sekarang aku tengah cuti sem ni.. Lepas raya nanti baru balik kampus.. Wahh.. bestnyer dapat cuti lamaa.. Yeay :)


Teringat pulak time aku puasa kat kolej tahun lepas.. Time tu tengah final season.. So, sahur tak pernah terlepas la sebab tiap malam tak pernah nak tidur.. Buat apa tak tidur?? Alah, study la weh (buat muka rajin).. Tapi ada jugak la time tertidur tu, tipu la kalau tak tidur langsung tu kan..kihkihkih.. Kalau dah tertidur tu kemain payah lagi nak bangun sahur. Ye dak?? Haa.. kali ni aku ada sikit tips nak share ngan korang..





TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN RAKAN BANGUN SAHUR..


1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu. Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.


2-Goyang bahunya perlahan-lahan. Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!


3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya. Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.


4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda. Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!

Fakta i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.


5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!


6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.


7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.


8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.


9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.


10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang. Biar dia sejuk menggigil.


11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.


12-Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk. Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.


13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.


14-Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jerit girlfrend nya dalam kecemasan. Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.


15-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ”MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya. Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.



Sumber: Encikbeliau


P/S: Ni pesanan penaja, sape-sape yang gunakan tips ni sila berhati-hati dengan tindakan anda dan jangan lupa mulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.. :)

13 orang rajin comment:

mellina aziz said...

haha, i pilih no 6 la babe, mcm2 cara boley pedajal. lagi2 law mmbe i yg susah nak bangun sahur tu u, i likeeee, hihi

Sophie said...

anak sapo la punye akal ni. ahahahah

Syairani Tarmizi said...

hahahaha.. u memang.. tp takpe kalau gitu i nak slalu susah bgn sahur lah.. sbb tak penah rasa lg org pedajal ni.. *teehee :)

Syairani Tarmizi said...

sofeafaudzi: hehe..ntah la anak sapo tu..heee :)

mellina aziz said...

wahh..sukee nye i bile ade org sggup dipedajal dgn i, okeh, nnti u jd housemate i yee, siap la u i kejekan, hihi

Syairani Tarmizi said...

hahaha.. i tungguuuuu.. ececcece :)

Gaya peneroka said...

siram air jer paling mudah..

'rudy Tensai' said...

cal hp die pas tu jerit 'wei pakwe ko call' sure bgn... hehehe

Syairani Tarmizi said...

@gayapeneroka: yer, boleh ikut kesesuaian keadaan time tu.. hee :)

@rudy_tensai: a'ah..bagus jugak tu.. :)

Anonymous said...

aku sokong no6

Syairani Tarmizi said...

@kapten atok: Ni mesti ada pengalaman pedajal sesape ni kan.. heee :)

inna_risna said...

byknya tips nak kejutkan org bgn sahur nie...klo tips no.1 xberkesan, boleh move on p tips no.2 dan seterusnya...haha!

Syairani Tarmizi said...

@miss ina: betul tu..try mana yg paling effective..heheh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani