Guru Tuisyen Sebar Agama Lain Kepada Murid Beragama Islam ^^

Assalamualaikum..

Seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama, KL, dilaporkan mengajar murid-muridnya yang kebanyakan antara mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.. MasyaAllah..Tak sangka, ada juga yang bertindak sebegini..


Murid-murid yang belajar di kelas tuisyen tersebut dikatakan diberi belajar secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.. Lepas tu, mereka pulak diajar nyanyi lagu "Yes, I know Jesus loves me" dan jugak lagu "Hari ini Ku Rasa Bahagia" yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib..


Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, murid terbabit diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.


Huishh.. Hapa nak jadik ni?? Dalam hal ni aku rasa ibu bapa kena mainkan peranan masing-masing.. Dan mengikut sumber, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun dah sedia maklum mengenai isu ini.. Harapnya pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya..




Sumber: BERITA HARIAN

6 orang rajin comment:

Hafizin Jamil said...

dakyah diorang nak memurtadkan melayu islam

Syairani Tarmizi said...

hurmm.. tu la.. rasanya dah macam-macam cara mereka guna untuk memurtadkan orang Islam ni..

Kita sebagai orang Islam ni kenalah lebih berhati-hati.. :)

Anonymous said...

budak2 pun diorg nk pengaruh jgak ..
ish3 ..

hmm miezah tag awk .. http://aku-ar-anonymous.blogspot.com/2011/08/saya-mahu-duit-syiling-malaysia-siri.html

yayath said...

Astaghfirullahalazim...ada jugak camni..em

Syairani Tarmizi said...

Hurm tu la.. Mcm2 cara diorang guna utk pesongkan akidah kita org islam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani