(Tips) Cara Tambah Pembaca di Blog

October 15, 2011


Assalamualaikum..


Walaupun hari ni adalah hari minggu, tapi bangun pepagi semata-mata nak buat entri ni.. Orang lain tengah syiokk terkangkang tidur lagi sambil diiringi medley lagu-lagu Selena Gomez sebagai dengkuran *weehuuu.. Ada jugak yang tengah asyik melakar peta Mesia atas bantal yang aku rasa semenanjung dan Sabah Sarawak dah bersambung dah..muehahaha..


Memanglah aku suka merapu pepagi buta ni sebab bukan kebiasaan aku bangun time2 cenggini bila tibanya weekend.. Uh hooo sungguh tak cool minah ni.. Harus diakui sifat-sifat pompuan Melayu terawal sangat tak menebal dalam diri.. Biasa la, masa hari-hari biasa ku lalui dengan penuh kecapetan sebab terpaksa bersengkang mata ngadap buku-buku yang sebenarnya takde lah tebal mana pun..kahkahkah *budget student paling rajin abad ini.. Tapi alhamdulillah, perang akal dengan quiz Network dan Database telah berjaya dimeterai..*hewhewhew senyum sampai telinga


Dan disebabkan aku dah tak boleh nak terkangkang ngadap lappy hupdate belog nampulohribujuta lori sehari.. So, nak spend time untuk belogwalking pun dah tak buleh dah.. Tak macam masa tengah hanimun cuti semester hari tu.. Belogwalking sakan.. Siap dapat ceramah free dengan makbapak lettew sebab hari-hari ku dihabiskan dok ngadap belog ni jer.. Pendek kata kau nak makan pun depan lappy, nak tengok tibi pun usung lappy letak depan tibi, nak landing atas katil pun ada je lappy, nasib baiklah nak berak tak bawak lappy sekali..adehhh, no wonder la kena ceramah free kan..


Masa tengah hanimun hari tu aku rajin belogwalking dan memang mendapat sambutan.. Dah macam pisang goreng panas dah belog aku.. Memang laku lah.. Patbelaslapanpulohjuta orang singgah balas ke belog aku.. Ramai jugak yang drop comment.. Dan of kos, traffic up tahap jatuh rahang lima saat.. Wahlaupun follower belog aku sangatlah ciput jika compare kan dengan belog korang, tapi kalau ada ramai pembaca di belog itu dah cukup bagi aku..ecehhh


Ekceli banyak cara yang boleh kita buat untuk tambah pembaca di blog. Ye dok? Antaranya korang boleh join Triberr, bermesra dengan SEO, dan banyak lagi lah.. Haa aku tahu mesti korang dah terror bab-bab ni kan.. Maklum la dahku baru nak merangkak dalam dunia blogging ni.. Banyak lagi nak kena belajar.. Tapi hari ni aku taknak cakap pasal Triberr, SEO segala tu.. Hari ni aku nak cakap pasal kerja-kerja menge'PING belog.. Oh yeah! Sekarang ni, instead of belogwalking yang dah jarang-jarang kadang-kadang aku buat tu.. Aku nak try PING belog sebanyak namratuspatbelasjuta pulak..






Antara tempat yang paling cun abad ini untuk PING BELOG ialah:


Kelab Blogger abg ben - 13,465 members
Blogger - 480 members
Kawan Blogger - 2,375 members
Sahabat Blogger - 13,211 members
Iluvblog.com - 780 members
Diari Sahabat Blogger - 3,772 members
Dunia Blogger - 663 members
Blogger Members - 450 members
Sembang Blogger - 822 members
Geng Blogger Bersatu - 948 members



Haa cer imagine kalau sekali korang ping dekat salah satu group yang aku list kan tu.. At least paling-paling ciput 10 orang yang menapak dekat belog korang.. Pastu kalau dah ping dekat semua group tu, ahlamak ahlapak! Boleh up balik traffic belog la cenggini..teehee T__T Nanti boleh la collect reramai orang yang akan baca belog kita kan kan.. Kan ke tak kan? tanya Johan dalam Edisi Khas..



Selain tu, korang boleh jugak refer beberapa tips kat bawah ni:






P/S: Selamat mengePING belog ye korang!hiks.. Aku pun nak try jugak ni..


Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?


October 11, 2011





Assalamualaikum


Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.






1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan ysng hebak untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAK JIWANYA..


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..




Dicedok dari SINI <-------



P/S: Thanks for reading..

Tak Payah Risau Jika Belum Berpunya

October 10, 2011


Assalamualaikum..


Semenjak dua menjak ni banyak pulak yang share link dekat muka buku.. Dalam banyak-banyak tu aku tertarik menarik memang da boom dengan satu link ni.. Sebab ada la kaitan/relationship sikit dengan entri KENAPA TAK COUPLE yang aku tulis sebelum ni.. Alah yang aku tulis pasal gepren boipren hari tu.. Haa apa yang aku nak kongsikan hari ni sangatlah terkena batang hidong sendiri.. Dan nasib sentiasa baiklah hidong aku ni tergolong dalam golongan hidong2 yang mancung mengalahkan Abieshek Belacan.. *nampak sangat nipunya.. Tanpa membuang masa dalam tong sampah.. Ini dia...







Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.


"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".


Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress & gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal & haram. Yang penting, dapat.



Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.


Oh, remaja!


Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakan yg lbh penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!



Ingat, usaha yg Allah redha sahaja. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?



Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.



Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.



Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

by: Jannati Baiti



P/S: Thanks for reading this :D

Apa Akan Jadi Pada 2012?

October 09, 2011


Assalamualaikum..


Memang cantik tarikh hari ni.. 09.10.11 sape nak kawen pada tarikh yang cun ni masih sempat lagi ni aku rasa..haha.. Biasanya retis ramai je yang kawen pilih tarikh-tarikh cun macam ni.. Tapi hari ni aku tak dengar pulak retis kawen.. Maybe sebab bulan ni takde cuti-cuti am cuti-cuti khas cuti-cuti cinta cuti-cuti sekolah, yang sesuai nak dibuat majlis kot..muehahaha memandai je aku.. Entri ni sebenarnya aku nak share something dengan korang.. Apa yang aku nak share ni pun aku cedok dari kawan muka buku aku jugak.. Sekadar untuk renungan bersama dan peringatan untuk diri sendiri..








Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur...


Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..


Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...".


Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.


Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt merungkai persoalan samada benar atau tidak.

Oleh: Tarmizi Abd Halim




Dan pada tarikh 09.10.11 ni jugak.. Around 11 p.m. masa aku tengah asyik dok tweet tweet.. Ada la member aku kata ada lingkaran pada bulan malam ni.. Pastu dekat muka buku pun depa dok habaq pasai ni jugak.. Aku apa lagi, laju je bukak tingkap bilik.. Nak jugak tengok kan.. Jenguk punya jenguk, bulan pun aku tak nampak..adehh.. Nak keluar pi tengok ketakutan pulak.. Sebab aku dok apartment, level 3.. Kat bawah dah takde manusia.. Nasib baik lah ada jugak yang share gambar bulan tu kat muka buku..




Subhanallah.. Petanda apakah ini?




P/S: Kelik pada gambar untuk lihat lebih jelas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani