(Tips) Ketandusan Idea Untuk Berblogging ??


Assalamualaikum..

Malam ni ku terpaksa memerah otak untuk wujudkan 1 entri.. Yer, 1 jer.. Macam mana cara pemerahan otak berlaku? Bagi ku.. Ke lebih suka mendengar lagu sambil mencari idea.. Tak kiralah lagu hapa pun janji aku suka lagu tu.. So, layaaannn je lah kan..

Ku rasa ramai dalam kalangan blogger-blogger yang mengalami situasi sepertiku.. Di mana idea itu perlu di cari, dia tak datang dengan sendirinya untuk buat posting satu-satu entri.. Dan ku rasa mereka juga ada cara tersendiri bagaimana untuk grab idea tu.. Ye dak??




Antara cara-caranya yang ku rasa sangat familiar dengan ku (dalam mimpi) selain dok dengar lagu je.. Kadang-kadang kita perlukan suasana yang peaceful like heaven.. Uhh, contoh naa.. Jadi, menjadi kelebihan kepada blogger-blogger yang rumahnya atau tempat tinggal mereka berdekatan dengan pantai.. Wahh.. Bestnya, petang-petang boleh lepak tepi pantai hirup udara segar.. Sambil cari idea.. Hurmm bagus tu..

Pastu, cara yang seterusnya ialah berada di khalayak ramai.. Haa cara ni sangatlah opposite dengan sesetengah orang yang suka kan ketenangan macam yang dok tepi pantai tadi..Orang yang jenis macam ni mungkin dia suka melihat gelagat-gelagat manusia yang pelbagai.. Dan dari situ timbul idea-idea yang menarik untuk buat entri.. Shopping complex adalah tempat yang sesuai untuk mereka.. Ku suka orang macam ni..ngee

Ada lagi cara yang ku rasa agak menarik jugak.. Dapat idea melalui laman social networking.. Mungkin nampak simple tapi bagi ku ia sangatlah membantu.. Contohnya macam twitter and facebook.. Banyak yang kita boleh dapat kat sana.. Sebab ku rasa dah tentu ramai yang suka membangkitkan isu-isu atau pautan ke laman-laman web menarik seperti social networking ni.. So, kita bolehlah cari apa yang kita nak kat situ.. Ok dak?

Kalau nak cara yang lebih mudah.. Boleh baca je komen-komen readers dari kotak komen korang.. Yang ni memang akan memberi inspirasi lah buat korang.. Sebagai contohnya sebelum ni korang ada buat entri yang bertajuk ‘Tips Awet Muda Buat Si Dara’.. Lepas tu ada komen yang tanya tips untuk si teruna takde ke?? Haa dari situ korang boleh wujudkan 1 entri yang bertajuk ‘Tips Awet Muda Buat Si Teruna’.. Senang kan.. (boleh jugak buat belogwalking untuk idea macam ni)..

Ku sedang mendengar lagu UiTM di hatiku,
dapat idea untuk entri ni..muahahaha


P/S: Mana yang korang rasa bermanfaat tu ambiklah.. Mana yang entah
hapa-hapa tu ignore je ye.. *peace no war dari ku

7 orang rajin comment:

amirulspurs said...

haha. tk perlu fikir apa. tulis je. hehe :p

Syairani Tarmizi said...

mana boleh.. kalau takde idea nak tulis hapa?lol :p

amirulspurs said...

i rasa satu lg bnda u ptt add up. ni cadangan tau. hehe
Kalau i tkda idea nk tulis ape,i akan google image ape2 shj. dari situ tgk some pics,then kdg2 boleh dpt idea tau. haha

H.J said...

dalam bilik air pom blh datangkan idea..hehe

Chempaka Sari said...

letak je gambar heheheheeh...

Pocket said...

putus idea nak berblogging.
erk.. since when blogging ada date line. like macam ni kena post samting or else.. traffic turun.. oh oh!!

susah tuu!! :D


kalau tak der idea, sila jangan post. ok jer kan.. rilek laa :D

Syairani Tarmizi said...

Hehe. Macam2 komen korang. Ekceli kita saje je tulis apa yang terlintas d fikiran.. Nway, bgs jgk cadangan untuk google imej dan dapat idea time dlm bilik air..hehe.. Thanks atas komen korang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani