ALLY ISKANDAR SAH PUTUS TUNANG...

FRIDAY, AUGUST 05, 2011
08:00 a.m.


Salam u alls...


Sungguh tak ku sangka.. Rupanya Ally Iskandar dah bertunang.. Aku ingatkan dia single and available lagi.. Kalau tak boleh lah usha-usha kan.. *toksah nak berangan la*.. Tapi dah jadi tunangan orang rupanya si Ally Iskandar ni yer.. Berita tentang pertunangan Ally tak ramai yang tahu sebab berdasarkan apa yang aku baca dekat satu sumber ni..



Pertunangan Ally pada 11 Februari dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal tanpa pengetahuan media.. Tup-tup laa ni berita pasai depa putuih tunang pulak tersebaq nih..haish.. *ada can ni.. muahahahaha.. Tapi betoi ka putus?? Aku rasa sekarang ni musim putus tunang kot.. Hapa tak nya, aku baru je update entri pasal Khairul Fahmi Che Mat putus tunang kat ENTRI NI .. *Huk alooh.. Berbalik kepada kesah Ally tadi, haaa ni pengakuan dari Ally Iskandar sendiri..


"Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.

Walau bagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil.



Bila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu :


"Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu.

Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan. Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri.




Haishh.. Cemana ni Ally.. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Ally Iskandar dan bekas tunang, Nur Aishah Zainal.. Kalau nak tengok lagi gambar sekitar majlis pertunangan mereka boleh KELIK SINI..


NOTE: Sumber dipetik di sini..

4 orang rajin comment:

pinky_liscious said...

oh bekas teman lelaki ku... hahaha.. prasan suda...

aza shafiza said...

da penah kuar berita la ms diorang tunang dlu.kt melody pon ade.huhuu...skrg mmg musim org ptus tunang...

Syairani Tarmizi said...

pinky_liscious: sama-sama prasan la kite..hehehe

Kapten: wahh, lama kapten tak singgah sini.. :)

aza shafiza: urmm..kite terlepas pandang kot..hehehe.. tapi menurut sumber yang kiter baca macam tu la dia cakap.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani