(Tips) Cara Memikat Lelaki ^^


AUGUST 24, 2011



Assalamualaikum..

Kali ni aku nak share ngan korang tips macam mana nak pikat lelaki.. Toodiaa haihh! Kalau cakap pasal cara nak pikat perempuan ni rasanya lelaki-lelaki sekarang ni dah memang pakar dah bab tu.. Ye dak?? heheh jangan marah ku gurau je okeh.. Tapi mestilah ramai jugak antara perempuan-perempuan yang tahu macam cara nak pikat si jejaka idaman mereka kan.. Haa kalau macam tu senang lah sikit untuk korang..kihkihkih.. Ok lah, kat bawah ni ada tips nya.. Jom layaaaaannnn !


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

16. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

17. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

18. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

19. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

20. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

21. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

22. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

23. Mengetahui bila hari lahirnya.

24. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

25. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

26. Manja!

27. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

28. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

29. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

30. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

31. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

32. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

33. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

34. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

35. Jangan bersikap terlalu kuno.

36. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

37. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

38. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

39. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

40. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

41. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

42. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

43. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

44. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Kesimpulannya, ada yang aku rasa ye betul tu, tapi ada jugak yang aku rasa alah takkan yang tu pun nak kira, dan yang tak tahannya aku rasa laki ni nak yang cantik2 je, yang perfect, tapi diri sendiri takde pun ciri-ciri tu.. Yang jadik persoalannya kenapa kebanyakan lelaki yang tak hensem tapi boleh dapat perempuan cantik?? Jawapannya tanyalah si perempuan kenapa yang tak encem tu diorang pilih..muahahahaha.. *laariikkkk


Kasik kredit untuk: Azhan

0 orang rajin comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani