Betul Ke Lelaki Macam Ni?

September 28, 2011


Assalamualaikum..


Memanglah cakap tak serupa bikin betul tuan belog ni.. Kata tak sempat nak hupdate belog, bizi segala.. Tup tup, pang! satu lagi entri di tempeknya kat sini.. Kalau korang nak tahu, hari-hari aku bukak belog nih.. Cuma tak hupdate jer.. Kekangan masa yang mencemburui kita.. Aku rindu belog aku yang tak semenggah ni kata Cik Epal.. Dan aku tak boleh weh kalau tak bukak belog.. Sebok macam mana pun, takkan aku nak biarkan belog ni bersawang berhabuk ber apa lagi?? Tangan gatal je nak taip entri baru..



Hari tu aku ada tulis tentang HEBATKAH INSAN BERNAMA PEREMPUAN dekat ENTRI NI.. Dan ada yang komen and request tentang lelaki pulak.. Konon budget blogger hebakk lah aku ni, sebab tunaikan permintaan reader..ekekekeke, maka wujudlah entri ni.. Aku bukan hapa, kau tahu la kan aku ni perempuan.. Jadi aku buatlah entri pasal perempuan, sebab mana lah aku tahu pasal lelaki ni.. Dalam family aku, abah aku sorang je kot lelaki.. Yer, adik beradik aku 5 orang semua pompuan.. Oh yeah! Hari ni 1st time cubaan aku untuk membongkar rahsia seorang insan bernama lelaki.. Berjayakah aku? haha jom kite tengok hebak tak aku.hiks




Betul ke LELAKI macam ni?


1. Guys don't actually look after good-looking girls.. They prefer neat and presentable girls. Eceh, speaking London.. teehee T_T lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka budget Jennifer Lopez, bibir ala-ala Angelina Jolie.. tapi sebaliknya lelaki lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketerampilan.. Jadi, perempuan yang kurang cantik di luar sana *termasuk aku tok sah nak risau, pergi bershoping dan tonjolkan kekemasan diri korang.. For sure, lelaki akan kata 'Sedap mata pandang pompuan macam ni'..



2. Lelaki suka perempuan pandai memasak.. Oh! Ini memang fakta, bukan auta.. Lelaki mana tak suka perempuan pandai masak. Ye dok? Jimat kos weh.. Tak payah beli makanan kat luar.. Masak kat rumah kan save.hiks.. Haa orang kata kalau nak pikat lelaki ni kita jaga perut dia.. Jaga perut ni bukannya siang malam kau dok tilik, dok gosok perut dia.. Jaga perut kat sini maksudnya jaga makan minum dia lah.. Hadoi, jangan salah paham pulak.. Kemain lelaki suka lettew hari-hari kena gosok perut.kahkahkah



3. Kebanyakan Lelaki sebenarnya tak tahu apa perasaan sebenar seorang perempuan.. Lelaki kalau bab baca hati perempuan ni memang FAIL lah.. Betul ke? Jadi, kalau kita (perempuan) syiokk dekat mana-mana lelaki.. Jangan biarkan perasaan tu lama-lama sebab dok tunggu si lelaki usha kita dulu.. Sebab diorang memang tak tahu tahap cikgu tak pernah ajar kat sekolah yang kita ni dok syiokk kat dia.. Bagi hint sikit hokey.. *susah jugak ni.hurmm



4. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, LELAKI juga akan bersedih.. Cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di depan orang.. Cewahh! aku kalau dah break dan tengok si dia cool je tak sedih macam aku yang nangis boleh banjir Semenanjung Mesia ni mesti aku akan kata 'LELAKI semua sama! Masa tengah cintan cintun tak hengat, boleh lah kata I tak boleh hidup tanpa U.. Tapi dah clash ni kau nangis pun tak, cepat je lupakan semuanya.ggrrrr'...



5. Betapa hebatnya LELAKI itu bersikap romeo dan keluar dengan ramai perempuan namun dia tetap hanya ada SATU teman wanita yang istimewa selebihnya hanya kawan.. Hamboi..kawan la sangat kan.haha.. Betullah, lelaki kalau dah serius dalam satu-satu hubungan tu, memang dia takkan sia-siakannya.. Cuma perempuan kena banyak bersabar dengan lelaki yang jenis ramai kawan perempuan ni.. Kasik slow down sikit tone cemburu buta tu.. InsyaAllah ok lettew..



6. LELAKI cuba menonjolkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati perempuan.. Biasa la ni, 1st time dating ajak gi candle light dinner kat Concorde Hotel siot! Ini kalau si lelaki anak angkat tiri menteri-menteri lah.. Kalau lelaki yang tengah bulan pun poket dah nipis.. Nasib la kau, ajak pergi dating kat KLCC pun jadilah.. Pergi makan tu siap tolong tarik kerusi, NAH bunga taik ayam 5 tangkal.. muahahaha



7. Kebanyakkan LELAKI cukup lemah dengan air mata perempuan.. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihinya.. Sebab itu orang kata air mata tu senjata perempuan.. Eh? Pompuan-pompuan kat luar sana, lepas ni kalau si lelaki ni tak nak belikan handbag limited edition Jimmy Choo sebagai birthday present.. Ingat, gunakan senjata yang ada..hahaha



Setakat tu je yang aku tahu tentang lelaki.. Kalau korang rasa tak puas hati dengan pendapat aku yang entah betul entahkan tidak ni boleh argue dengan aku..bhahaha.. Ni aku nak share pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan:




1. Perempuan yang suka mengumpat. *Tapi aku rasa ada je lelaki join sekaki.teehee


2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal. *Yang ni aku pun tak suka.


3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki. *Tahulah dah kapel, tak payahla nak over sangat..


4. Merokok. *Reject teroih!


5. Perempuan yang melayan lelaki seperti alas kaki.. *Hamboi, kuang ajor..


6. Perempuan yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian. *gedik tahap ular sawa


7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul. *Banyak songeh minah ni..


8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. *tak boleh nak tegur langsung..


9. Wanita yang bersikap hipokrit.. *Depan baik, belakang....haishh


10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.. *Sebok jew la


11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.. *kalau dah tak sayang terus terang je laaa


12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang.. *kuang ajor, kau main terajang je kucing tu? takde sifat keibuan langsung


13. Pakaian wanita berselerak di biliknya.. *dah boleh bayangkan rumah korang bila dah kawen nanti boleh replace kapal pecah.haha


14. Tidak bertanggungjawab langsung..


15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.. *suka hati mak bapak tiri kau je nak bertepuk tampar dengan laki lain..
ingat sini Holiwud ke hapa


16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.. *setepler je mulut dia.hiks


17. Boros berbelanja.. *Kasut vincci yang belum keluar pun dah ada dalam koleksi..


18. Tidak tahu/malas memasak..


19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.. *menyampah lah minah gedik ni


20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.. *haha yang ni tak leh blah la wehhh..






Mempersembahkan boipren baru aku..
Perempuan lain sila jeles.muehahaha




P/S: Terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis.. xoxo :D


16 orang rajin comment:

EzrlG said...

eh yeke?? *garu kepala..hahaha

hamzah ian said...

ada betul ada tak betul.. ahhaha

Syairani Tarmizi said...

ezrlG: hahaha..ku main hentam je.hiks :D

Syairani Tarmizi said...

hamzah ian: mana yang tak betul sila betulkan. teehee T_T

Cik tikah said...

lelaki mmg x suka pompuan yg suka mengumpat tpi hakikatnya laki kalau mengumat lgi dahsyat. haha..

Syairani Tarmizi said...

Cik tikah: hahaha..2x5 la ni..dasat woo :D

echa takashimaya said...

haha.kalau lelaki tak suka pmpuan gedik. yg jenis lelaki ala ala manja gedik gedik 2 plak cane?haha.

Izzuddin Fauzi said...

Errkkk~~~ Aku sedang mencari nie:
- Gedik
- Manja
- Seksi

Syairani Tarmizi said...

echa: kalau laki yang gedik, pompuan gedik mcm dia jugak la yg layan..haha thanks sayang :D

Syairani Tarmizi said...

izzuddin: gatai hang naaa.. haha :p

Azyan said...

fewitt,haha laki tak tengok rupa kak?

Nizam Ijam said...

alamak..sy kat mana nie..hehe

Heidi Shafiq said...

hahaha.. semua fakta ni betul.. :D

Syairani Tarmizi said...

azyan: ye dik, laki tak tengok rupa sbb laki yang tu buta..haha

Syairani Tarmizi said...

Heidi: awk orang 1st sokong 101%. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani