(Rezeki) Power Root Nak Bagi RM10 Ribu

September 18, 2011




Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Nampaknya rezeki di bulan syawal ni datang bergolek.. Tengah aku syiokk naip ENTRI NI.. Tetiba dapat satu call.. Number tak naik, unknown.. Sape pulak call aku petang-petang macam ni.. Cewahh macam la tak pernah dapat call waktu petang kan.. Orang tengah call tu aku bukannya nak jawab terus, menyempat jer aku dok pikir benda lain eh? Aku bukan hapa, saja nak bagi diorang dengar caller ringtone haku tu lama-lama sikit.. Mahal-mahal aku bayar sehinggit setengah per week hokey! muahahaha



Pastu aku jawab la kan.. Haihhh ngomong apa dong? Aku nggak paham, ngomong nya laju bangat.. Mamat Acheh yang call.. Serius aku tak berapa nak paham apa yang dia cakap.. Maklum la sejak semester baru dah bukak ni tak sempat nak nonton sinetron.. Eh, citer Amanah Dalam Cinta tu dah habis ke ek? Ok sambung, rupanya mamat Acheh ni cakap dia dari syarikat official Power Root yang terletak di Bukit Jalil dan telah memilih AKU dan enam orang lagi sebagai pemenang bertuah yang akan mendapat RM10 riban/ribu.. What?? Giler, excited betul aku..







Ni perbualan aku dengan Mamat Acheh tu, sambung citer kat atas tu:



Aku: Aik, kalau tak silap saya lah kan.. Saya tak pernah pulak beli atau guna apa-apa barang ke produk ke dari Power Root.. So, kenapa saya pulak yang terpilih..





Mamat Acheh: Oh macam ni encik (sungguh kuang ajar kau panggil aku ENCIK!) syarikat kami telah memilih 7 orang termasuk encik yang bertuah untuk menerima RM10 riban tersebut.. Encik tak perlu bayar apa-apa pun.. Jadi, saya nak tanya encik ada tak akaun bank? Akaun bank ini tidak kiralah maybink ke, bsn ke, bink rakyet ke..



Aku: Oooohhh.. *aku tahan gelak siot..bink rakyet, haha lucu bangat kau sebut itu bink rakyet yer..kahkahkah



Mamat Acheh: Encik jangan risau, kami tidak minta nombor akaun atau password encik (dia ingat aku teragak-agak nak jawab tadi sebab ingat dia nak mintak no akaun aku, padahal nak pecah perut aku tahan gelak).. Kami takkan minta sebab kami tahu nombor akaun sama password itu adalah privacy encik.. *hamboi, speaking london mamat ni..



Aku: Yer yer saya tahu.. Saya ada akaun bink rakyet (menjadi jugak aku tiru mamat tu cakap, tapi bila masa pulak aku ada akaun bink rakyet eh?haha).. Tapi kalau u tak mintak nombor akaun saya macam mana saya nak dapatkan duit tu? *saja aku tanya nak psycho mamat tu..



Mamat Acheh: Sekarang ni encik adanya di mana ya? Macam ni encik, boleh tak encik luangkan masa sebenter pergi ke ATM bink rakyet yang berdekatan dengan encik? Ddua minit saja encik perlu luangkan masa.. Sebelum encik sampai ke ATM tu encik boleh call saya.. Encik boleh ambil nombor telefon saya, 011-9587567.. Nama saya Haji Abdul Aziz b. Sulaiman.. *takde rahsia antara kita, nama dan nombor fon kau, aku tulis kat sini yer..haha



Aku: *Lepas tulis nama dan nombor fon dia.. Sekarang saya ada kat Sungai Buloh.. Tapi saya pelik la, kenapa saya yang terpilih, sedangkan saya tak pernah pun beli produk Power Root ni.. Kacip fatimah ke, hapa ke.. tongkat ali lagi la saya tak beli.. Macam mana tu yer?



Mamat Acheh: Ok takpe encik, kalau encik nak bercakap dengan minijer (manager) saya pun boleh.. Encik nak ke cakap dengan minijer saya? *mamat ni dah fed up dengan aku banyak sangat tanya dia..



Aku: Ok boleh.. Panggil manager awak sekarang *ececece konon garang ah aku..



Aku dengar mamat tu panggil manager dia macam tu je.. tak silap aku dia panggil nama, takde nya nak panggil bos ke panggil encik ke macam dia panggil dekat aku.. Pastu pulak, kalau dekat opis ni bukan ke at least dia kena sambungkan talian tu ke talian opis manager dia tuh.. Ini tak, aku dengar cara dia panggil tu macam manager dekat sebelah dia je and macam panggil member-member dia jer..


Minijer: Yer cik, ada apa? *haa yang ni cakap ok sikit.. Tapi slang acheh dia tu still aku boleh dengar..


Aku: Takde, macam ni encik.. Saya sebenarnya musykil, macam mana saya yang terpilih untuk terima duit tu?


Minijer: Oh ok macam ni.. Sebenarnya bukan cik sorang je yang kami pilih.. Ada lagi 6 orang yang bertuah telah kami pilih untuk menerima RM10 ribu tersebut.. bla bla bla bla bla bla bla.. *tiba masanya untuk aku menamatkan perbualan ini..oh! sungguh aku tak sanggup lagi nak mendengornya.. sorry to say la bro!


Aku: Oh gitu yer.. Saya rasa macam ni la encik, boleh tak encik bagi saya masa dulu..


Minijer: Berapa lama cik perlukan masa tu? Kalau sampei berhari-hari tu kami mintak maaf sebab memang tak boleh..


Aku: Tak tak.. Bagi saya 15 minit lepas tu encik call saya balik.. *aku pun dah tak tahu apa yang aku cakap..haha


Minijer: Ok boleh cik..



Maka tamatlah perbualan antara aku, mamat acheh dan si minijer.. Hahaha memang lawak ah diorang ni.. Diorang ingat senang je nak tipu aku eh? Salah orang la bro.. Diorang ingat semua yang aku cakap tu betul ke? Aku cakap aku ada akaun bank rakyat, padahal takde pun.. Pastu aku cakap aku ada kat Sungai Buloh, padahal aku kat Puncak Alam ni je.. Hokey sekarang ni aku kompius sape yang tipu sape sebenarnya ni..muehahaha..



Giler ah! Sekarang ni mana ada orang nak bagi duit senang-senang macam tu je kan.. sepuloh ghibu pulak tu.. haishh best jugak kalau betul nak bagi aku kan.. Hurmm agak-agak apa aku nak buat dengan duit sebanyak tu eh? *daydreaming.. Untunglah kalau ada yang dapat duit free macam tu je kan.. Tapi aku pelik jugak cara diorang menipu ni.. Tak mintak no akaun.. Biasanya nombor akaun tu la yang diorang mintak.. Aku cakap ni sebab hari tu mak cik aku pernah kena macam ni jugak.. Tapi dia punya bukan dari Power Root, tapi dari TNB.. Lagi dahsat weh!



Aduhh macam-macam cara yang orang guna nak tipu kita kan.. Moral of the story, sentiasalah memakai tali pinggang keledar kalau tak nak terpelanting keluar dari tingkap kereta anda yer.. Berhati-hatilah di jalan raya.. INGAT ORANG YANG TERSAYANG!! Eh??



Tapi citer aku belum habis lagi.. Kan tadi aku suruh minijer tu call aku lepas 15 minit kan? Haaa sampai hari ni diorang tak call pun aku.. Nampak sangat nipunya kan.. Ye dak? Ok lah penat menaip wa chow dulu..



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. :)

12 orang rajin comment:

afzalsukasuki said...

hoho nak menang jugak la macamni.macam besh je org kol.rasa mcm retis.haha

Syairani Tarmizi said...

hahaha..retis la sangat kan..org call sebab nak nipu kiter kot..hihi :)

Ezad Skytech said...

haha...nak tipu pon agak2 la..hee~

Syairani Tarmizi said...

ezad: haa betul tu..agak2 la kan.. ini tak, nampak sangat nipunya..ehehe :)

faizal hashim said...

hahahaha...nak menipu orng tp x pndai...nasib baik awk nie bijak..kalu x ntah ape2 terjadi..huhuhu..mamak acheh tue memang sengal..huhu

Syairani Tarmizi said...

azrijohan: memang sengal kan..haha

faizal: haa tu la..kalau tak hapa la nak jadi kalau ikut cakap dia kan..hehe thanks :)

M.Huzaifah Muntalip said...

Power root tu...Memang banyak sangat scam yang macam ni..Too good to be true, right? Glad you are not scammed. Haha..

melayukini.net

Syairani Tarmizi said...

Nizam: kalau nak ambik saya punya je lah.. sbb saya tolak tawaran ni and saya bgi kat awak..haha

M.Huzaifah: ha'ah kan.. Thank god i'm not scammed.muahahaha :)

kpah k-poh said...

tahun lepas saja kpah pernah dpt berbelas ribu dik oiii...Petronas..Power root..Akademi Fantasia..fuh..mcm ler nak percaya..kan..

Syairani Tarmizi said...

kpah: betul tu kpah..mcm la kiter ni nak percaya sangat kat diorang ni kan..hurmm.. tq kpah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani