Assalamualaikum..
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka buat semua blogger dan sesape saja yang mengenali diri ini.. Cewahh macam la ramai sangat yang kenal ngan aku yang entah sape-sape di bumi Tuhan ni kan.. Hurmm tak kesah la hapa-hapa pun.. Kita kan 1 Malaysia.. Ye dak?
Haa ni aku nak cakap pasal Sambutan Merdeka Raya yang diadakan di kampung halaman tercinta tempat tumpah darahku ni.. Ermm kampung aku pun tak ketinggalan nak sambut haghi ghaya dengan merdeka ni.. Kemain lagi semangat orang-orang kampung aku ni weh.. Ramai giler yang datang memeriahkan majlis pada malam 31 Ogos yang lalu.. Tapi haghi ni baru aku nak hupdate story 31 Ogos eh?? hihihihi.. biase lor, baru sempat..
Jomlah kita nengok gambar-gambar yang sempat di senep sekitar majlis..
Ada deklamasi sajak Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semua syok jer nengok bunga api tuh..hikhikhik
Selesai sudah majlis Sambutan Merdeka Raya kat kampung aku nih.. Hurmm ramai yang datang.. Yela sebab kan hari raya, so perantau-perantau semua pulang ke kampung.. Tu yang meriah sikit tu.. Harapnya tahun depan ada lagi majlis macam ni.. InsyaAllah.. :)
..Okbai..
0 orang rajin comment:
Post a Comment