Review Blog Best #1

September 21, 2011




Assalamualaikum..



Apa khabar korang semua.. Harapnya sihat walafiat la selalu yer.. Yela, sekarang asyik hujan je kan.. Kadang-kadang tu pepagi lagi dah start hujan.. Basah kuyup aku dibuatnya.. Keluar dari rumah aku ni, nak pergi dekat bus stand tu kena berjalan dalam 10 minit jugak la.. Memanglah aku pakai payung tapi kalau dah hujan lebat tu basah jugak bhai! Sekarang ni dah tak hujan, tapi cuaca mendung je kan.. Kalau tidur syiokk yang amat ni.. Tapi kalau belogwalking pun best jugak..



Haa semenjak dua menjak dan tiga empat menjak ni aku rajin pulak blogwalking.. Kau tahu kenapa? Sebab masa kat kampung aku tak pernah alami kuasa broadband yang laju macam dekat litar F1 ni weh.. Eh? Kat mana la kampung aku sampai line broadband pun tahap siput sedut je kan.. Takda la sampai gittew, cuma kat kampung aku tu wilayah celcom.. Yang kau pergi beli broadband maxis tu hapa hal?



Ni nak citer time aku blogwalking tadi.. Terus aku falling in love dengan satu blog ni.. Korang tengok header blog dia yang aku letak dekat atas tu.. Hah! Header je pun aku tengok unik je..hehe.. Tapi betul, banyak-banyak blog yang aku terjah, dengan mudahnya blog dia yang aku berkenan.. Kenapa eh? Nak kata entri dia panjang berjeler-jeler tak pun.. Dia tulis dua tiga patah, pastu dia blah..



Mungkin sebab cara penulisan dia yang buat aku suka jer baca.. Pastu gambar yang dia letak dekat setiap entri tu lain dari yang lain sikit.. Unik! Eh, aku ni takda benda lain ke nak cakap, asyik unik unik je ni.. Betul weh, susah aku nak express kan apa yang aku rasa ni.. Dan pada pendapat aku, owner blog tu rock beb! hahaha.. Ok lah kalau korang tak percaya korang boleh cekidaot la sendiri yer.. Nah aku bagi link blog dia http://twistedtwilightteentale.blogspot.com/.. Kalau korang malas nak taip link tu boleh je KELIK SINI.. Aku kasik pautan terus ke belog tu..haha



P/S: Terima kasih sebab baca sampai habis.. Selamat menerjah! YOU ROCK! :P

4 orang rajin comment:

Azyan said...

Thankyouuuuu :D
Serius terharu gila nih.
Blog biasa2 ja :)
terima kasih sangat sangat ye awak <3

Syairani Tarmizi said...

Azyan: u're most welcome dear.. :)

Saiazuan said...

simple n unik header :)

Syairani Tarmizi said...

Saiazuan: ha'ah kan.. entri die pun saya suka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani