(PENYANYI) AWI RAFAEL ACCIDENT TERUK DI LEBUHRAYA FEDERAL..

SATURDAY, AUGUST 06, 2011
10:30 a.m.




Dipetik dari portal murai:


KL, 4 OGOS 2011: Apa yang menimpa penyanyi Awi Rafael ni, betul-betul mengejutkan Murai Batu. Dengan tidak semena-mena dia terlibat pula dengan kemalangan yang teruk, petang semalam.


Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.


Masa tu, Awi Rafael baru saja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam dan baju Melayu masih lagi dipakainya bersama samping dan songkok.


Entah macam mana, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Mujurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku pada Awi Rafael.


Kalau ada pun setakat terhantuk biasa. Tapi, disebabkan kejadian itu, Murai Batu dengar, Awi Rafael masih lagi dalam keadaan terkejutlah. Yelah, kalau sesiapa pun yang ada kat tempat Awi Rafael pun, mestilah jadi trauma.


Lagipun, kemalangan yang dialaminya tu memang teruk. Korang tengok sendirilah gambarnya. Silap-silap haribulan, memang boleh meragut nyawanya. Tapi, Tuhan masih sayangkan lagi Awi Rafael.


Lagipun, mungkin inilah dugaan Tuhan pada bulan ramadan yang penuh keberkatan ini ya. Kita kena selalu beringat padanya. Yang sedihnya tu, Murai Batu dapat tahu, kereta pacuan roda yang digunakannya itu masih baru dan bukanlah miliknya.



P/S: Nasib baik tak ada apa-apa berlaku kepada Awi Rafael, dan semoga dia kuat hadapi trauma yang di alami akibat kemalangan tersebut.

0 orang rajin comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani