Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 3 MAC 2011: "Semua yang ada pada diri saya adalah asli dan tulen. Tak pernah saya melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri saya. Gosip yang mengatakan silikon payu dara saya pecah adalah cerita yang amat memalukan dan bodoh," kata aktres popular Fazura mengulas tentang gosip silikon di dadanya yang pecah dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor, baru- baru ini.
Menganggap penyebaran gosip itu dilakukan oleh individu yang iri hati kepadanya, pelakon filem Gol Dan Gincu, itu berkata, dia telah pun memaafkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Tambah Fazura, setiap perbuatan yang buruk itu akan dibalas semula oleh Yang Maha Esa.
"Saya malas nak layan benda-benda remeh dan bodoh ini. Bagi saya ini merupakan perbuatan orang yang dengki pada kejayaan diri saya.
"Saya dah maafkan individu-individu tersebut. Cuma saya nak ingatkan mereka, setiap perbuatan yang dilakukan, pastinya akan kembali atau dipulang semula pada mereka," katanya yang seratus peratus tidak mempercayai amalan pembedahan plastik demi kecantikan.
Ditemui petang tadi pada majlis pelancaran haruman baru Avon, Fazura mengakui gosip sedemikian tidak akan sekali-kali melelahkan dirinya.
"Sebelum ini pun pernah keluar cerita pasal video lucah saya kemudian cerita silikon pecah pula yang digembar-gemburkan. Ia dah jadi benda ni dah normal dan biasa pada saya. Waktu mula-mula dengar pun, saya hanya mampu ketawa dan menganggap ianya satu jenaka," ujarnya sambil ketawa.
Ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan kini cepat melenting serta kerapkali meluahkan perasan tak puas hati menerusi twitter berikutan penulisan tentang dirinya,, Fazura menjelaskan perkara tersebut berlaku disebabkan rimas dengan penulisan yang acap kali membongkar kisah lalunya.
"Saya tak melenting cuma rimas pada cerita-cerita yang ditulis lebih fokus pada perkara- perkara yang tak baik. Ada yang fokus pada kisah lama-lama dah bertahun-tahun diungkit-ungkit semula.
"Mereka nak ingat tentang apa juga berkaitan diri saya, itu terpulang pada mereka. Tapi saya rimas dan terkilan, kalau boleh fokuslah pada benda-benda baru. Lebih baik macam itu kan,"katanya mengakhiri perbualan.
P/S: Ape pun orang cakap pasal u, I tetap minat u Fazura..ngeh3