Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali


October 26, 2011





Assalamualaikum..


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Maknanya kalau nak buat baik tu sikit-sikit dah ler, tapi kalau nak buat jahat tu jangan buat sekali. buat banyak kali. Eh?? Ini bukan peribahasa dahni. Dah jadi perlibahasa. Ye dok? Sungguh terpesong oh.

Betul lah orang kata, cara atau attitude kita mencerminkan cara macam mana kita dibesarkan. Maksud aku, dalam suasana apa kita dibesarkan, sangat mempengaruhi perangai atau tingkah laku seharian kita.

Contoh?


Berumah di kawasan pantai.

Biasanya orang yang rumah dia memang dekat sangatlah dengan pantai. Tak kiralah Pantai Pasir Hitam ke putih ke. Pantai merdeka sekalipun. Orang-orang ni memang sesuai jadi cikgu tadika. Pasai apa? Pasai diorang bila bercakap mengalahkan mikrofon.

Walaupun dok sebelah diorang, tapi nak cakap tu macam sebatu jauh jaraknya. Kan rumah diorang area pantai, bila time petang-petang angin kuat kot. Tu pasai la diorang selalu kena cakap kuat-kuat.

Dah terbiasa macam tu, pergi la ke tempat lain pun mereka akan terbawa-bawa mikrofon tu sekali.


Makbapak pesara gangster.

Mak: Bro, kali ni wa nak lu dapat 101.5% markah Matematik lu.
Anak: Alah, kacang ja. Lu mau wa lulus periksa, lu angkat itu RX-Z dekat kedai tauke tu wa gerenti wa dapat punya. Kalau tak, habuk pun tarak la.
Bapak: Apa celup lu main ugut-ugut.
Mak: Lu kasik itu sengattttt dulu la, baru wa angkat itu motor.
Anak: Wak lu!
Bapak: Come to papa. come to papa.

LOL.

Bila dah dekat rumah cara percakapan macam tu jadi amalan. Maka renung-renungkan dan selamat beramallah jawabnya. hahahaha


Masa sekolah dapat black belt taekwondo.

Dulu masa kecik-kecik suka tengok WWE smackdown. Bila dah besar dah sekolah. Join kelab Taekwondo. Masuk competition alhamdulillah, dapat wakil negeri siot.

Bila dah besar ni dah hilang semua sifat sopan santun, lemah lembut segala. Habis sifat-sifat pompuan/lelaki melayu terakhir di sedut masa praktis taekwondo.

Apa yang bezanya masa sebelum join taekwondo dengan lepas tu join?

Dulu bila tengok semua orang tengah tidur. Bukak pintu senyap-senyap sebab takut nanti menggangu. Tapi sekarang kau hempap ja pintu bilik/rumah sekuat hati. Sape yang tengah tidor time tu memang bengang ngan hang.



Macam-macam perangai manusia yang kita jumpa kan. 10 orang maka 10 ragam. Kalau macam aku ni, aku rasa aku banyak ikut abah aku dari mak. Sebab perasaan tak tergamak yang ada dalam diri sangat tebal. Aku perasan benda bila satu hari tu kitorang pergi famili gath, makan-makan kat restoran. Pastu tak silap aku pelayan tu salah bagi makanan rasanya.

Abah aku ni dia order lain tapi dapat makanan lain pulak. Pastu mak aku hapa lagi, dah la tunggu makanan siap kemain lagi lama. Alih-alih salah menu. Mau tak hangin. Mak aku nak bagitau la pelayan tadi, mintak tukar. Tapi laju je abah aku halang. Dia kata 'Alah, makan je la yang ni pun. Sama ja mee kari ke mee bandung ke'.

See.

Perasaan nak jaga hati orang lain daripada hati sendiri pun menebal. 'Nanti kalau dia terasa macam mana?', 'Takleh, nanti kesian pulak kat dia'. Dia dia dia dan dia. Kita?

Dulu aku ni jenis yang mudah terasa, orang niat nak joke ja. Tapi aku dah terasa hati dah. Payah.

Sekarang ni, aku dah banyak belajar macam mana nak tukar dari hati tisu jadik hati batu. Daripada pengalaman aku dengan kawan-kawan. Aku try adapt. Tapi kalau certain-certain part yang memang aku takleh nak terima. Aku diam. Sebab diam boleh menyelamatkan aku dari termakan hati sendiri. Nanti parah.

Mungkin bagi korang biasa la macam tu, tapi luarbiasa bagi aku. Mungkin jugak sebab dari kecik aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam tu. Even aku dengan adik beradik aku pun. Tak biasa bergurau macam tu.


Kita buat baik, kita tak lawan, tak bermakna kita nak kepala kita di pijak-pijak sesuka hati.



My silence doesn't mean that I quit. It simply means that I don't want to argue with people who just don't want to understand.



Tapi tu lah. Orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau menguap. Eh! mengaum.


Ada satu perangai buruk aku dari kecik lagi. Suka duduk atas bantal. Bontot aku ni poyo sikit. Kalau atas simen, mozek ke memang aku tak duduk lah. Walau dah ada karpet sekalipun. Kena berlapik ngan something gak. Sebab tu kalau time tengok tibi kat rumah. Semua orang dah duduk kat kerusi. Aku datang lambat kenalah dok bawah je. Terus ambik bantal buat lapik bontot.

Mak aku pun dah tak larat nak potpetpotpet dah. Okbai



P/S: Entah kenapa aku rasa tajuk entri sungguh tak kena dengan entri kali ni. Korang perasan tak.

4 orang rajin comment:

Azyan said...

heh,goodluck dalam perjalanan tukar hati tisu jadik hati batu!hardcore bebeh.samalah.lagi prefer diam daripada nak argue :)

CTK said...

aik..memang suke lapik ke..bisul nanti..hihi


biaselah!...macam2 org kat dunia neh..bersabarlah and tindakan tuk diam tu memang bende yang paling betul kalau xnk gadO..

semoga dapat menjalani life dengan matang k :D

Syairani Tarmizi said...

Azyan: ha'ah. dah berjaya sikit2 tukar nehh.hiks. hardcore bebeh!

Syairani Tarmizi said...

CTK: orang2 tua slalu gak ckp kalau lapik nanti bisul. tp alhamdulillah stakat ni tak kena lgi.heheeh.

urm better diam kan.btw thanks dear :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani