Review Blog Best #2


October 22, 2011


Assalamualaikum..


Ok lepas buat entri Review Blog Best #1 setahun yang lepas *tipu* kini aku kembali dengan entri Review Blog Best #2 pulak.. Haa agak take time sikit untuk entri seterusnya ni sebab aku nak carik belog yang betul-betul buat aku falling in love dengan cara penulisan dalam sesebuah belog tu sendiri. ecehh minah ni cakap macam la belog dia best sangat.. *poooorrahhhh


Dan akhirnya i've found it! NurulBadiah *hewhewhew.. Taukeh belog sangatlah comel orangnya.. Bila aku kata comel tu, of kos lah pompuan kan.. Dia tak selalu hupdate entri tapi bila dah sekali hupdate, peerrrgghhh 2 3 kali baca pun tak puas beb! Wa cakap sama lu, wa tak tipu.. Ekceli wa dah lama nak buat entri ni tapi disebabkan kekangan masa so, wa postpone dulu derr.. Kalau lu tak caye sama wa derr.. Wa boleh kasik lu baca ini latest entri dari NurulBadiah.. Lu baca derr







Alahai Bangsa Kita Melayu


menjadi spesis mamalia yang berbangsa melayu adalah satu kebanggaan yang teramat bagi aku..aku sangat bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai orang melayu even tak sepenuhnya melayu..coz bagi aku melayu itu indah dan penuh dengan tradisi..

namun..semakin lama dan lama..sungguh bangsa Melayu itu buat aku sedih, kecewa, bengang dan arrgghhhh..
why?

terlalu bersikap menghakimi.

orang melayu dia suka sangat menghukum dan memandai2 tentang sesuatu perkara..dia suka memandang sesuatu dari sudut yang negatif dulu barulah dia fikir positif.

contoh..

kawan aku pernah g masjid..die ni tak bertudung..time dia ambik air sembahyang sume mata pandang kat dia dengan pandangan yang sangat mengejek..seolah olah nak cakap " orang mcm ni pon pergi masjid ke"..

melayu tindas melayu

kerosakan yang berlaku dekat bangsa melayu adalah disebabkan orang melayu sendiri..aku tengok orang melayu..kalu dia nak naik..dia sanggup lakukan apa saja asalkan dia capai hasrat dia..kita tak payah nak bising2 kalu ade bangsa lain nak tindas bangsa kita kalaulah bangsa kita sendiri yang bagi peluang untuk ditindas..

melayu penting diri

ramai orang melayu dia tak nak tolong orang melayu lain..dia nak berjaya seorang diri..

pernah sekali aku nak pergi gerai makanan..ade gerai sup..and ada gerai nasi..so aku pergi beli sup kosong..lepas bayar aku pon pergi lah beli nasi kosong..and tibe2 penjual tu tanya aku

"awk beli sup kat situ ke??sorry lah..bos kami tak bagi jual nasi kalu beli sup dekat tempat lain..kalau nak beli nasi kat sini..kene beli lauk kt sini"..

oh my..selfish giler..
pernah jugak aku pergi kedai cina..nak beli charger..tapi kat tempat dia dah habis..
then penjual tu gtau kat aku

" try pergi kedai sebelah..kot2 dia ada stock"..

see?judge it people..

cakap orang lebih diri sendiri hampeh

melayu suka menuduh.,,bila ade sesuatu perkara terjadi,..dia suka bising2kan biar semua orang tahu daripada nak selesaikan perkara tu baik2...
and kalau dia nak selesaikan masalah orang..die suke selesaikan dengan way yang mengaibkan..

contoh ade orang pinjam duit dgn dia sebab nak bayar bil hospital....then die tolong..ya tolong..tapi at de same time..5 minit lepas tu..satu malaysia tahu yang orang tu pinjam duit dia..

pastu suka sangat cakap buruk tentang orang..bla bla bla..
tapi diri sendiri lebih worse lagi..cakap anak orang bohsia la..anak orang mat rempit la..padahal anak sendiri dah 2 tahun awal jadik bohsia..pathetic.

darjat.

percaya atau tak..melayu yang dulu dah hilang..yang tinggal melayu yang ego,sombong malahan melayu yang suke membeza bezakan..
sorry to say la..even pemimpim2 pon yang cakap bla..bla.. tapi die sendiri sombong ngn rakyat..

orang miskin dengan miskin..kaya dengan kaya..pipit sama pipit..enggang sama enggang..

aku bukan nak puji..tapi aku pernah nampak la..ayah aku dia suka sangat pergi chinatown and aku tengok..orang2 cina kat situ..diorang bleh je duduk semeja minum teh..berbual2..even ade yang datang ngn basikal..even datang ngn motor..and even ade orang kaya giler babas kat situ....diorang bleh main mahjung sama2..minum sama2..sebab ape?sebab diorang bersatu dan tak membeza bezakan..

kalu orang melayu..even nak jumpa ketua kampung dah kerek mcm nak jumpa Pm..seriously..

dengki kejayaan orang

melayu bila dengar kejayaan orang..akan cepat je ade cerita2 tak enak kat belakang..contohnya mamat ni bekas penagih dadah..now dah jadik businessman berjaya..
and bila semua orang puji yang mamat ni dah berjaya..kaya..baik..and akan adalah yang busuk hati yang cakap mcm ni..

ye ke baik..die tu dulu penagih dadah..dia tu bla..bla..bla...

and akibatnya??
mamat tu yang nak mula hidup baru pon terus menerus membawa nama yang busuk akibat dari hasad dengki orang..

kenapa ye?
kenapa kalu orang tu berjaya..kita nak sebut buruk dia?
kenapa kalu die berjaya kita tak nak sebut baik dia??

benci pada orang yang mencuba..

orang melayu kalu dia malas mencuba..kalau die tak reti..die seharusnya bangga pada org yang reti and suka mencuba...tapi tak..
die suka mengejek and pandang rendah pada bangsa sendiri..

Orang cina cakap melayu tungganglanggang..cakap english yang ade sound2 bahasa cina..orang cina tak bising and tak jadikan satu isu yang besar pon..

tapi orang melayu..kalau cakap english salah sikit..prounance ade slang2 kemelayuan sikit..mula la kondem..mula lah buat orang tu rasa down like..

tak yah speking la kalu tak reti..
tak yah tulis dalam english la kalau english broken giler..

ntah..pandangan aku..kenapa kita nak membenci pada usaha orang lain untuk membaiki diri??


wak lu!


sebenarnya semua bangsa ade baik dan buruk..semua bangsa ade kena puji dan kena kutuk..tapi biar pi la ngn bangsa lain..kita melayu..kita yang kene ubah mentality kita..mana hilangnya nilai2 murni dalam bangsa kita??
berubahlah..

my humble opinion je..without prejudice people!

Thanks for reading this




P/S: Kalau lu perasan, wa dah lama taruk ini belog dalam belog list SNEK
PETANG belog wa. Lu nak baca lagi pervious entri NurulBadiah ni lu
terjah lah belog dia. Wa gerenti lu tak nyesal derr.. *ngee


3 orang rajin comment:

Azyan said...

dah usya blog akak tuu.Hihi.Stai!

CTK said...

memang best!!!!terbaik!...comey2 pOn cOmey.hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani