Tak Payah Risau Jika Belum Berpunya

October 10, 2011


Assalamualaikum..


Semenjak dua menjak ni banyak pulak yang share link dekat muka buku.. Dalam banyak-banyak tu aku tertarik menarik memang da boom dengan satu link ni.. Sebab ada la kaitan/relationship sikit dengan entri KENAPA TAK COUPLE yang aku tulis sebelum ni.. Alah yang aku tulis pasal gepren boipren hari tu.. Haa apa yang aku nak kongsikan hari ni sangatlah terkena batang hidong sendiri.. Dan nasib sentiasa baiklah hidong aku ni tergolong dalam golongan hidong2 yang mancung mengalahkan Abieshek Belacan.. *nampak sangat nipunya.. Tanpa membuang masa dalam tong sampah.. Ini dia...







Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.


"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".


Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress & gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal & haram. Yang penting, dapat.



Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.


Oh, remaja!


Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakan yg lbh penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!



Ingat, usaha yg Allah redha sahaja. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?



Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.



Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.



Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

by: Jannati Baiti



P/S: Thanks for reading this :D

11 orang rajin comment:

GadisAntik said...

entry yg sgt menginsafkan. T_T
well done!

Azyan said...

remaja!
saya terasa satt.Nice entry akak!

INNANIE ARIFFIN said...

tersentuh sangat dengan entry ni. yes, it is true. sometimes, kita rasa kita forever alone. but bear in our mind, Allah always beside us and we are not alone!

INNANIE ARIFFIN said...

tersentuh sangat dengan entry ni. yes, it is true. sometimes, kita rasa kita forever alone. but bear in our mind, Allah always beside us and we are not alone!

Unknown said...

alololo nice giler!! sy dh ijazah mknanyaaa kawen!

a i m z said...

erm.. betol betol betol.

Syairani Tarmizi said...

syue: tq syg :D

azyan: sape mkn lada dia la yg rasa pedasnya tu..hehehe :p

siti nurazlinda: yup! hee :)

Syairani Tarmizi said...

Innanie: u're right dear :D

Paris Lipton: haha dah boleh kawenn dah tu..

Syairani Tarmizi said...

aimz: betul kan syg :)

BHAIHAQI COOL: mcm astro pulak.. mcm2 ada an..hehe :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani