Jom Tukar Tayar Pancit..

Salam..


Entri kali ni khas untuk sape2 yg mempunyai kenderaan atau dalam proses untuk memiliki.. Entri ni sangat penting untuk korang kerana aku tahu masih ramai antara pemilik2 kenderaan atau dengan nama saintifiknya tuan punya keta (kereta) terutama bagi pemilik wanita, takde niat nak rendahkan kaum hawa sebab aku pun kaum hawa jugak, cuma nama aku je bukan hawa (but that the fact).. Semua info ni untuk knowledge aku jugak sebenarnya (akhirnya taukeh ngaku die pun tak pandai jugak nk tukar tayar), dan aku nak kongsi ngan korang semua (hamboi, panjang berjeler2 noo..).


Ok tanpa membuang masa, pastikan anda pergi ke keta anda ye (kita try sama2), jangan keta orang lain pulak.. nanti tak pasal2 makan penampor free jer kang..


JENG JENGG JENGGG..>>


LANGKAH PERTAMA - Stop kenderaan anda.

Apabila korang tengah memandu, tetiba jer rasa plak gegaran tayar pancit, perlahankan kenderaan, hidupkan lampu amaran Hazard Light dan cuba hentikan kereta korang di kawasan rata yang selamat secepat mungkin.

Jika kereta korang pakai gear auto, masukkan gear "PARK", tarik brek tangan dan matikan enjin. Kalau gear manual plak, masukkan gear Pertama.

Jika terpaksa ler jugak berhenti kat kawasan curam, cuba dapatkan objek berat, batu ker aper ker untuk menahan tayar yang masih berfungsi sebab ni akan menolong kereta tersebut supaya tidak bergerak atau menggelongsor ke bawah balik.



LANGKAH KEDUA - Bukak tayar yang pancit.

Pergi check samada korang ader tayar spare atau tidak dulu, karang buang peluh korang je penat-penat bukak. Pastikan juga tayar tu ader angin yang cukup, kalau tak cukup, anda boleh cuba tiup pakai mulut kalau larat, tapi sebaiknya, bawak la kat mana-mana petrol pump untuk mengisi angin. Keluarkan jack, wrench pembuka nat dan aper sajer alat yang kena-mengena atau yang buleh membantu proses menukar tayar tu.

Kalau keta anda pakai sport rim, boleh skip process nie, Kalau tak pakai sport rim plak, buka penutup hab atau rim cover dengan pemutar skru atau aper saja alat yang sama waktu dengannya. Untuk mereka yang inginkan kelainan, anda bolehlah cuba membukanya dengan menggunakan gigi atau pun siku.

Gunakan wrench pembuka nat untuk melonggarkan nat yang berbentuk segi enam. Jika nat tu ader tanda L kat atasnya, pusing mengikut pusingan jam, kalau tanda R atau tidak ader sebarang tanda, pusing lawan arah jam. Longgarkan nat nie sama rata dan jangan tanggalkan. Kalau anda menggunakan nat berbentuk "Allen Key", sila pastikan anda mempunyai alat penghubung join dia.

Pasang jack diatas tanah berhampiran tayar pancit dibawah badan kereta. Pastikan ia berada dibawah struktur yang boleh menyokong berat badan keto tu. Mula ler mengepam jack anda (kalau korang pakai jack hidraulik), kalau korang pakai jack biasa, pusing jer tempat pemusing jack tu sehingga tayar yang pancit tu terangkat dari tanah. Kalau kereta anda macam tak setabil jer, betulkan jack, dan cuba lagi sekali. Bila kereta dah terangkat, jangan masuk ke bawah kereta sebab kereta anda tak setabil melainkan anda menggunakan jack 2 tan dan mengangkatnya dari tengah. Kena hempap karang sia-sia jer.


Inilah tayar Ferrari..hehehe


LANGKAH KETIGA - Pasang balik tayar ganti.

Apabila tayar dah terangkat, tanggalkan nat dan letakkan pada temp Kemudian rendahkan jack sehingga tayar mencecah tanah dan tidak lagi menyokong berat kereta.

Ketatkan nat sepenuhnya dengan menggunakan wrench membuka nat. Settle sudah pemasangan tayar, so simpan tayar yang pancit tadi, jack dan aper saje yang anda dah keluarkan tadi. Tapi kalau korang dah rasa kaya sangat just tinggalkan kat jalan pun buleh jugak.(ngeh3)

Bayangkan kereta kancil anda tadi bertukar menjadi seperti kereta di atas (hari2 aku tukar tayar keta aku kalau camneh : )


notes : Kalau nat hilang, anda bukak la nat pada 3 rim yang lain, setiap rim satu nat. Kesimpulannya, setiap rim nanti hanya mempunyai 3 nat ketika bergerak. Drive dengan kelajuan yang rendah kerana rim anda kurang kuat melekat pada gandarnya tetapi sudah cukup untuk membawa anda ke kedai servis kereta terdekat atau balik rumah terus.

http://matcuoi.comAkhir kata, susah2 sangat, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali! huahuahua..


Sumber di sini>>


1 orang rajin comment:

Ridzuwan Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani