...321 CINTA...

Thursday, July 07, 2011
05:30 p.m.



Salam u alls..



Nak tanya, u alls dah tengok citer 321 Cinta tuh?? Apa, belum lagi?? Hapa la u alls ni (mentang2 la taukeh dah kan).. Ala taukeh ni, macam la best sangat citer tu an.. Boleh blah laa.. Eh eh eh korang jangan cakap cenggitu la weh ! Walaupun ramai yang berpendapatan yang filem2 Melayu ni tak berapa nak ngam kan.. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, 105% TAUKEH BANGKANG SAPE2 YANG BERPENDAPATAN CENGGITU !!




Kita sebagai anak Malaysia, kena sokong filem2 negara kita (bakal PM dalam ucapannya).. Baru lah MAJU Mesia neyh ! Apada u alls ni.. Best hapa citer tuh.. Entah kenapa taukeh macam excited je nak tengok 321 Cinta bila tahu dah ada kat pawagam hari tuh.. Tapi sekarang dah takde la kat pawagam.. Sekarang dah di tayangkan kat Astro suda.. Tapi kenapa taukeh cam excited tadi tu?? Maybe sebab depa bikin citer tuh kat kampus taukeh and for your info, I WAS THERE TIME TUH !! Muahahahahaha.. Sebenarnya nak bagitau u alls pasai tu ja kan..hehehehe..





Haa sekarang baru u alls ada feel sikit nak tengok that movie kan.. Yela sebab nanti boleh tengok kampus taukeh.. Tempat taukeh belajaq kan.. Apa?? Korang tak tahu taukeh belajaq kat mana? Laa patut lew taukeh tengok korang macam BLURRR ja an.. (buat muka nak kena penampor).. Actually taukeh menuntut kat UITM Puncak Alam (memang puncak betoi tempat tuh).. Tapi sebelum hangpa semua tengok sendiri and boleh buat penilaian hangpa sendiri pasai that movie.. Taukeh bagi hangpa read ini sinopsis dulu okeh !










Sinopsis


Mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati. Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.




P/S: Watak SAM dalam citer memang menjadi.. TERBAEK ! Tahniah buat Diana Amir..




Bagi sape sape yang nak download 321 Cinta boleh dapatkan link untuk download KAT SINI ye !! :)



2 orang rajin comment:

Anonymous said...

aku jarang tgk filem melayu ni tp filem terbaru lisa surihani dengan sam apa ntah... mcm best

Syairani Tarmizi said...

yeah ! teringin jugak nak tgk citer tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani