MAWI DATANG JUMPA SAYA...


SUNDAY, JULY 31, 2011
02:35 a.m.

Salam u alls...

Lepas kemas rumah sikit tadi siap siap nak pi hantar adik taukeh.. Sambil sambil family outing jugak laa.. Hurmm.. Kuar tadi matahari masih terpacak atas kepala.. Balik pulak ditemani bulan yang cahayanya terang benderang.. Wahh ayat puitis tetiba meniti di bibir J LO ku dan di biarkan menghiasi entri kali ni.. Sungguhku tak sangka rupanya cempedak jadik nangka *EH SILAP rupanya aku ada bakat terpendam untuk ganti A Samad Said satu hari nanti.. *WONDERING


Mula mula kaki ini mendarat di KB Mall.. Walaupun tak sempat lunch kat rumah tadi.. Dan perut sudah mula mendendangkan ghazal untuk rabiah.. Kalau tak silap jap lagi ghazal bertukar jadik konsert Gig tapi terpaksa ku gagahkan kaki ini yang dah mula menggigil kerana sebutir beras (nasi la) pun tak sempat nak jamah tadi (eh, kau makan beras ke?).. KENAPA?? Kerana kat KB hari ni manusia manusia keluar dari sarang (rumah) masing masing dan menuju ke satu destinasi yang sama iaitu KB Mall.. (PELIK).. Aku boleh dikatakan tiap tiap hari la jugak akan terpacak kat KB tu tapi takde la pulak aku nampak orang ramai macam hari ni..Hurrmmm tak kesah lah.. Dok pikiaq pasai benda ni cuma membebankan minda aku je.. Lantak depa la bukan aku sorang je FAMILY OUTING hari ni.. haish


Dok asyik pilih bag untuk akak aku tetiba nampak orang ramai je kat depan tu buat hapa depa ni? Pastu dengar ‘Yang terguris tak nampak di mata, yang terhiris terluka… Sesekali terbit airmata, tahan sebak di dada…’ Eh ni suara Mawi ni weh.. Terus letak bag yang di pegang tadi laju je jalan pegi tengok betoi ke ada MAWI.. Walaupun aku tak berapa nak admire si Mawi ni tapi di sebabkan dia retis dan aku pulak jarang nak ada rejeki jumpa retis ni maka AKU AGAK JAKUN tadi… NAH hambik kau ! Berkat kepantasan langkahku meredah lautan manusia yang membanjiri KB Mall hari ni dan inilah dia yang namanya MAWI


....MAWI BERSAMA DUA ORANG PESERTA MAHARAJA LAWAK....



GAMBAR AGAK TAK JELAS KERANA MAWI TAK CAKAP AWAL-AWAL NAK JUMPA AKU.. KALAU DIA BAGITAU AWAL-AWAL BOLEH LAH AKU BAWAK NIKON D90 KESAYANGAN SEKALI.. (dan dan je…tapi takpe nanti aku bawak D90 ku dalam mimpi je lah)..


Haaa habis dah citer Mawi.. Lepas ronda satu KB Mall dan beli apa yang patut.. Kami singgah pulak dekat Parkson.. Nak carik apa pulak kat situ? Entah lah akak aku ni mentang-mentang lah esok dia nak pi KL sebab lusa dia nak start kerja.. Habis dengan baju, bag, kasut nak di beli nya.. Huh! Orang lain kalau nak shopping baik tak yah datang sini sebab barang semua dah habis. TITIK.


Dalam kesibukan akak dan mom aku dok pilih kasut maka AKU SEMPAT POSING KAT SINI..


Saya sekarang berada di wilayah BONIA di mana barang barang kat sini agak *errrr bukan setakat AGAK tapi MEMANG MAHAL dan DI LUAR KEMAMPUANKU.. (tak dapat pakai bag Bonia boleh senep gambar pun jadilah)..


Eh budak ni orang nak posing dia pun sibuk jugak nak posing… (Nah hambik kau.. 1, 2, 3, klik klik).. Hamboi kemera apa lah kau pakai cenggitu bunyinya yer.. *buruk



Lopeh tu nak tahu apa jadi?? Depa dah mainkan lagu raya kat sini weh.. *BIAR BETIK… Posa dak lagik ni dah pasang lagu raya..haish. (AKU KOMPIUS).. Patut ke aku rasa GUMBIRA bila dengar lagu raya sebab tak lama lagi memang dah nak raya dan memang semua orang akan gumbira.. TAPI, patut ke aku SEDIH sebab memikirkan manusia sekarang ni lebih ingat nak raya daripada EXCITED sebab nak sambut kedatangan bulan yang mulia iaitu BULAN RAMADAN ni??


Entri kali ni ku akhiri dengan penuh PERSOALAN yang tak terjawab.. dan ke KONFIUSAN yang ku biarkan mati di situ.. Berhenti menulis dan layan lagu ‘TAK TERCAPAI AKALKU’ oleh Elyana...


...Okbai...



2 orang rajin comment:

Amni said...

salam ramadhan dear.. hiks... imagine mawi betul jumpa awak, maunya pengsan kan? =p

kat sarawak ni pun sama dear.. tak raya lagi.. eh silap... tak puasa lagi pun dah pasang lagu raya.. huhu

Syairani Tarmizi said...

hahaha..memang satu keajaiban lah kalau mawi datang jumpa saya..kihkihkih

btw.. salam ramadhan jugak dear.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani