'SAM', FILEM SULUNG ARAHAN SYAFIQ, ADIK SYAMSUL YUSUF

WEDNESDAY, JULY 13, 2011
03:10 a.m.



...Syafik Yusuf...



KUALA LUMPUR: Pengarah muda, Syafiq Yusof, 18, terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) bagi menjalankan projek filem pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM).


Anak bongsu kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini berkata, dia berehat selama dua semester bagi memberi sepenuh perhatian pada pembikinan filem tersebut.


"Saya tangguhkan dua semester kerana ingin memberi tumpuan kepada filem ini, Ia merupakan filem pertama dan saya mahu berikan yang terbaik.


"Pada awalnya, memang saya merancang untuk tamatkan pengajian terlebih dahulu dan selepas itu barulah fokus pada bidang ini, tapi peluang tu datang dalam waktu yang singkat.


"Lagi pula bukan senang untuk dapat kepercayaan daripada ayah saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem SAM, di Dataran Karyawan, Finas, di sini, Isnin.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan pelakon-pelakon filem tersebut seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, dan Neelofa.



Sementara itu, kata Syafiq, dia sudah bersedia untuk mengarah sebuah filem selepas diberi peluang mengarahkan beberapa buah siri drama “Gerak Khas”.




...Gaya seorang pengarah muda...


"Saya sudah dibesarkan dalam keluarga yang bercakap tentang filem setiap hari, saya selalu mengikut setiap pembikinan drama atau filem yang dibuat oleh ayah dan abang.


"Ayah juga telah beri peluang saya untuk mengarahkan drama “Gerak Khas” untuk tiga episod awal tahun lalu," katanya.


Tambahnya, dia bersyukur mendapat sokongan penuh daripada ayah dan abangnya untuk menjayakan filem sulungnya itu.


"Abang saya akan turut berlakon dalam filem ini, memang kalau boleh saya mahu dia berada bersama saya dan membantu mengarahkan filem ini," katanya yang menganggap Syamsul sebagai idola dan sumber inspirasinya.


Dalam pada itu, biarpun bukan genre filem kegemarannya, namun Syafiq yakin suntikan filem cinta kepada “psiko thriller” ini bakal mendapat perhatian penggemar filem.


"Saya suka filem aksi komedi dan artistik dan kurang menggemari filem cinta tapi saya anggap ini adalah cabaran," katanya.


Filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada 8 Julai ini di sekitar Lembah Klang dan dijangka ditayangkan pada 2012.


Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.


Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.



...Antara barisan pelakon filem SAM...




P/S: Sumber di sini >>>>>>> CREDIT TO BRO SAIFUL...





5 orang rajin comment:

Kapten Atok said...

kecik2 dah jd pengarah

Syairani Tarmizi said...

A'ah..
memang bapak borek anak rintek ni..
heheh

Zool Blogger said...

terbaiklah.. tengok je la hasil kerjanya nanti..


Zool

Syairani Tarmizi said...

yup.. sama samalah kite wait n see hasil keje dia nanti..

gud luck for him ! :)

Nur Kahlimah said...

18 thun..dah buat filem sndiri.. kuat btul pngaruh fmily..bole jdi pengarah tmuda kt Malaysia ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani