Assalamualaikum..
Ni aku nak story tentang kesah malam semalam.. Pejam celik pejam celik rupanya aku dah ada kat Puncak Alam dah.. Hurmm, nampaknya setiap kali semester baru, setiap kali tu lah jugak kitorang pindah rumah.. Kitorang ni non-resident, tergolong dalam pelajar-pelajar UiTM yang tinggal di luar.. Maksudnya yang tak dok kolej/asrama lah.. Jawabnya menyewalah di kawasan yang berhampiran dengan kampus anda ok!
Semester lepas aku menyewa rumah teres dua tingkat area perumahan.. Rumah dah best tapi surrounding yang paling menyampah tu tak sanggup nak duduk lama-lama kat situ.. Tak nak citer lebih-lebih pasal ni, tapi aku bagi klu sikit.. Masa dok area perumahan tu 1st time kami jumpa jiran tetangga yang terlalu prihatin.. Sampai setiap orang/kawan-kawan/sedara-mara yang datang menjenguk kami kat rumah tu diorang scan sorang-sorang.. Bagus diorang ni, ambil berat tentang orang sekeliling.. Paham maksud aku kan?
Alamak! Apa yang aku dok semakkan entri ni dengan citer-citer lama pulok ni.. Takde kena mengena dengan tajuk langsung.. Ok sambung citer malam semalam.. Disebabkan kami ni suka hidup nomad, pindah randah setiap kali semester baru, jadi barang-barang keperluan sentiasa kena beli yang baru mengikut kesesuaian tempat tinggal baru.. *haa kemain banyak word BARU tu kan.. Benda alah yang pertama dalam senarai of cos lah almari weh..
Takkan lah aku nak biarkan semua ni atas katil kot..
Letak dalam almari barulah cun sikit..
See! Baju pun terpaksa dilipat, taruk kat situ dulu jugak..
Maka sampailah kami bertiga dekat sebuah shopping kompleks (SK) yang biasanya di kunjungi oleh mak-mak kiter untuk beli ayam, ikan, something like that la (ops! bukan pasar tani hokey).. Jangan risau, kat sini semua ada.. Aku malas nak sebut nama SK tu tapi aku pergi ni yang dekat area Setia Alam.. Masa tu orang tak ramai sangat, bagus laa baru senang hati sikit aku nak godek-godek apa yang nak di beli nanti.. Mula-mula Dina yang jumpa almari yang dia nak la.. Tapi yang tu bukan almari sangat, dia macam yang ada laci-laci macam tu je.. *haihh ni kalau aku beli yang macam ni jugak nampaknya kena sewa lori ni.. Kami naik kancil je kot, nak angkut dua-dua benda alah ni mana lah nak muat..
Kami bertiga :)
Almari laci Dina macam ni la.. Tapi ni Yaa punya..
Yaa roomate aku, so senang sikit aku tangkap gambar
almari dia senyap2.. Nak tunjuk contoh kat korang :)
Ok aku pergi jenguk-jenguk dekat bahagian perabut sat.. Haa ada pun almari yang murah, senang nak bawak balik, gerenti muat untuk disumbat dalam perut kancil, dan yang penting benda ni kena pasang sendiri.. WHAT? Pandai ke aku nak pasang-pasang almari ni? Takpe-takpe kita cuba.. Tapi MANA PROMOTER bahagian perabot ni?? Aku nak tanya ni mana satu almari yang harga dia RM49.90 yang aku dah berkenan bila tengok yang diorang display ni.. Takkan nak angkut yang display ni kot.. Mesti la kena ambik yang dalam kotak kat bawah ni.. Punya la aku cari sekeliling area perabot neh TAK JUMPA PROMOTER..
Ini yang aku maksudkan..
Dah la masa tu nak dekat pukul 11 dah.. Tetiba diorang announce, cakap diorang dah nak tutup dalam masa 20 minit lagi.. Gilos! Haku ni barang-barang keperluan lain pun tak beli lagi weh.. Hapa lagi, aku main ambik je almari dalam kotak tu yang mana satu entah.. Ni first time shopping macam lipas kudung lah di buatnya.. *Padan muka, sape suruh pergi lewat sangat, kang dah nak tutup tu.. Takpe-takpe sempat lagi ni nak pergi cari barang-barang lain.. Nasib baik aku dah buat senarai barang apa yang nak beli, takde laa kelam-kabut sangat..
Tapi aku ni jenis yang memang takleh nak ikut senarai lah.. Mana yang berkenan di hati, bedal je.. Sekejap je senarai yang aku buat aku pegang, lepas tu aku lipat elok-elok simpan dalam beg..kahkahkahkah.. Semua benda yang kiut-miut aku nak beli.. Tak caya tengok ni apa yang aku beli..
bath toy nama dia.. comel kan.. Dah siap
gantung dalam bilik ayaq dah :)
Korang bayangkanlah bila mandi pakai benda kiut tu..muahahaha.. Then, dalam pukul 11 lebih macam tu la.. Kitorang pun baliklah.. Dengan barang-barang yang memenuhi ruang perut kancil tu, maka Dina terpaksa balik dalam keadaan yang tak berapa selesa sebab dia terpaksa riba almari laci die tuh..hahahaha.. Kesian Dina.. Aku sedap-sedap dok gelak kat si Dina ni tapi sampai je kat rumah, aku pulok yang di gelakkan.. Korang tahu kenapa? Almari aku takleh nak pasang sebab tak cukup nat ke hapa entah nama panggilan benda tuh.. Demmmm!
Cara-cara nak pasang
Boleh ke aku buat ni? Oh hoo..
Tempat yang aku circle tu la alat-alat
dia yang tak ada..haishh
Ni semua gara-gara promoter yang makan gaji buta tu lah.. Orang suruh kerja kau pergi melepak kat mana?? Tak pasal-pasal aku pergi sekali lagi kat TESCO tu nak tukar balik almari.. Oops! Dah tercakap lah pulak aku shopping dekat TESCO je.. *ngeh3.. Haa aku marah ni marah ni.. Tak nampak ke muka marah ni.. Ingat senang ke nak pergi sana balik huh?? Kena sewa kereta lagi, kena isi minyak lagi, haishhh duit semua tu.. Dah la almari yang sepatutnya aku beli tu harga die RM49.90 je.. tapi yang aku main bedal tu kau tahu berapa harganya? RM89.90 beb.. Hamekkaw!
Moral of the story, kalau nak pergi shopping tu janganlah pergi lewat sangat.. Kang dah jadi lipas kudung.. Aku rasa lipas ni bukan setakat kudung, tapi dah jadi lipas 'FRUST' dah sebab salah beli almari.. Aduhhh.. Sabbor je la..
Penat menaip, wa chow lu hokey! TATA :)
4 orang rajin comment:
xada?? habis tu camne nk posang dik...?? aiseeeyy,,,jom kasi taman itu TESCO...hehee
haa tu la takde.. Tapi die dah bagi guideline nak pasang tu..hehe :)
banyaknya barang :D
banyak ke? tu baru separuh je..hehe :)
Post a Comment