(Cantik) Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium

September 22, 2011


Assalamualaikum..



Blog aku ni dah bertukar jadi blog gosip retis pulak ke? Berderet-deret entri pasal retis je ni.. Takda la, aku saja je nak share dengan korang semua.. Mana boleh blog aku tukar jadi blog gosip retis Malaysia, nanti marah pulak abang nara kat aku kang..hahaha.. Bukan hapa, aku tertarik betul tengok baju kahwin Memey dekat blog Abang Nara ni.. Memang cun habes lah.. Dengar katanya, nak letak baju tu kat Muzium Negara..



Setahu aku la kan.. Bukan calang-calang barang nak taruk kat muzium ni.. Ingat senang ke nak tayang hapa-hapa pun kat muzium? Selagi barang yang nak ditaruk tu tak memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang tertentu, jawabnya taruk dalam stor belakang rumah je lah.. Ye dak? Dan apa spesel nya sangat baju kahwin Memey tu sampai layak bertapa dalam muzium? Berdasarkan apa yang aku baca, gaun, sut dan kasut yang akan dipakai semasa majlis resepsi diorang nanti bertatahkan mutiara Rafflesia.. Kau ada?




Kelik gambar untuk penglihatan
jelas tahap maksimum..



Apa yang diorang cuba nak tunjuk dekat kita semua ni aku tak tahu lah.. Hari tu aku ada cerita serba sedikit berkenaan dengan majlis diorang KAT SINI.. Duit belanja kahwin jer dah RM12 juta.. Hapa lagi kau nak? Gerend betullah majlis diorang ni.. Sampai berjuta-juta tu.. Sape la yang taja tu kan.. Hurmm *sambil mengeluh..



Berbalik kepada cerita baju tadi tu.. Cantik memanglah jelas dan nyata bahawasanya baju tu MEMANG CANTIK.. Tapi soal nak taruk dekal Muzium Negara ni yang memusykilkan aku.. Apa sentimental value yang baju tu ada yang boleh dibangga-banggakan oleh negara kita.. Korang nampak tak apa yang aku tak nampak kat baju tu? Itulah yang menjadi persoalan untuk aku sekarang ni..




Sumber: Beautifulnara..



P/S: Walau macam mana pun.. Tahniah untuk diorang.. Dan terima kasih sebab korang sudi baca entri ni sampai habis :)


6 orang rajin comment:

Aima M said...

merahnye mak ngah.......
hohoho

Syairani Tarmizi said...

aima: mak ngah memang suka merah..haha.. thanks dear :)

chiLleD...!! said...

pe nilai yang ada pd bju tu untuk diltk dlm muzium..hurm

tapi mmg cntik

Tasseri Enterprise said...

Salam
nak tempah pen drive design sendiri boleh isi boranbg ni

Custom Pen Drive Order Form

:)

thanks lawat blogshop saya ya

Nizam Ijam said...

adoi....mcm bangga jer kena tangkap...hu2

Syairani Tarmizi said...

chiLled: entah la dekat mana nilai baju tu sebenarnya sampai layak dok dalam muzium..haishh


Tasseri Enterprise: u're most welcome :)


Nizam: tahu takpe..hadoii retis betullah..hurm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani