(Pelik) Dia Jawab Semua Pertanyaan Kita Dengan Betul

September 17, 2011





Assalamualaikum..


Time kelas hari Khamis lepas, ada subjek yang kena masuk lab.. Aku suka masuk-masuk lab ni.. Tambahan pulak minggu first macam ni lecturer takda lah nak rajin sangat terus nak mengajar.. Tunggu hapa lagi, pc terbentang kat depan mata dengan kemudahan internet free yang tersedia.. Memang bukan aku lah kalau tak tweet ketika itu.. Yeah! Bukan hapa, bila lecturer dah start mengajar nanti takda lah nak menyempat aku nak tweet-tweet nya.. Di balingnya duster tepat ke dahi baru padan muka aku..hahaha..



Tapi sekarang tak nak story pasal baling-baling duster tu.. Ni story baek punya..hehe.. Aku rasa korang semua mesti pernah dengar tentang website askjud.com ni kan.. Aku pun dah lama tahu jugak, tapi yang aku tahu tu Peter Answer.. Both website ni tak silap aku, fungsinya sama.. Macam online games.. Korang tanya, dia jawab.. Tanya, dia jawab..



Yang aku tahu tentang Peter Answer tu dalam lebih kurang setahun yang lepas.. Tu pun sebab kawan aku sendiri yang terjebak dalam game ni.. Diorang cakap game ni macam spirit hapa entah.. Sebab setiap kali soalan yang diorang tanya, Peter Answer tu jawab dengan tepat sekali..hahahaha aku tak percaya langsung diorang ni.. Tengok diorang main syok je.. Tapi aku buat dekk je sebab malas la aku nak layan benda-benda cenggini.. Serius, memang aku tak ambik tahu pun..



Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas masa subjek database.. Kelas kitorang kena masuk lab.. Sebab memang subjek database ni diwajibkan belajar dalam lab pun.. Dan lecturer cakap hari ni aktiviti bebas.. Suka hati kau lah nak buat apa pun dalam lab ni janji jangan buat pelik-pelik sudah lah *nampak sangat nipunya tu..muahahahaha.. Disebabkan minggu tu ialah minggu first untuk semester baru ni.. Memang lecturer tu akan dikategorikan dalam lecturer yang workaholic sebab agak-agak la takkan 1st week pun dah nak start ngajar kot..hahahaha.. Biasanya lecturer baru yang rajinnya terlebih suda ni.. Oops! :)



Tunggu hapa lagi, dah lecturer sendiri kasik lampu hijau.. PC terbentang kat depan mata, internet free tersedia dan menunggu untuk di connect kan je.. Maka perkara wajib yang pertama of course lah aku bukak belog ni haa.. Open new tab, www.twitter.com.. Satu kelas dok khusyuk online.. Tetiba sekumpulan student kat area tengah-tengah perut lab ni ketawa terbahak-bahak *giler skema punya ayat.. Apa kes diorang ni?? Ganggu konsentrasi aku tengah tweet dengan Fasha Sandha betullah diorang ni..



Lepas tu diorang dah la guna PC lecturer yang dah disambungkan dengan projector.. So, apa yang diorang buat kat PC tu memang jelas-jelas terpamer dekat skrin besar depan tu haa.. Satu kelas boleh nengok.. Kau tahu, diorang main askjud.com! Aku pun layanlah kejap apa yang diorang main tu.. Diorang taip cenggini "Jud: answer the question" lepas tu dekat kotak bawah tu pulak diorang taip "Jud, Ann pakai baju warna apa?".. Ann tu kawan aku jugak, dan masa tu Ann pakai baju warna ungu.. Then, Jud jawab "UNGU".. Giler betul siot!




Buruk benor rupa Spongebob
kalau dah terkejut beruk ni..



Semua dalam kelas fokus kat skrin depan.. Diorang tanya lagi, "Jud: answer the question".. Kotak kat bawak pulak "Jud, apa nama boyfriend Najihah?" Najihah ni budak kelas aku jugak.. BF dia nama Izan.. Then jud jawab "IZAN".. What the??? Kitorang terlopong nengok, apa lagi si Najihah tu terkejut tahap King Kong la jawabnya.. Giler la weh.. Aku yang pada mulanya tak pernah nak percaya benda-benda tu.. Sekarang ni aku dah kompius, sama ada nak percaya ke tak eh? Tapi yang ada dalam kepala hotak aku sekarang ni macam-macam persoalan.. Macam mana dia tahu semua jawapan tu ek? Kenapa dia jawab tak pernah nak salah ek? Askjud.com ni sebenarnya website apa ek? PELIK !!



Monyet ni pun rasa pelik jugak..



Aku ada jugak google tentang askjud.com ni.. Banyak jugak belog-belog dah lama buat entri tentang benda ni.. Dan aku ada baca dekat satu belog tu dia ajar cara-cara macam mana nak guna askjud.com ni.. Tapi belog tu Indonesian punya lah.. Ada certain-certain perkataan tu aku pun tak berapa nak paham jugak sebab dia ngomong gayaknya seperti semua pembaca-pembaca dari Indonesia gittew.. Dia kata kalau kita sendiri tak percaya dengan Peter Answer atau askjud ni, kita takkan dapat jawapan yang betul dari website tersebut.. Lepas tu aku baca lagi..



'Jangan teruskan pembacaan kalau anda tak mempercayainya' lebih kurang macam tu la owner blog tu cakap.. Aku cuak dah.. Dah la masa tu pukul 2 pagi.. Roomate aku pun dah lama pergi ke alam lain.. Aku sorang je weh.. Takpe aku baca lagi.. Dia cakap 'cuba lagi, kita kena percaya, may the souls be with you'.. Giler, ayat dia buat aku bertambah cuak ni.. Tak tahan weh, last sekali aku blah terus dari website blog tu.. Kalau nak ikutkan takda lah seram sangat apa yang owner blog tu tulis tapi maybe di sebabkan keadaan aku yang online awal-awal pagi macam tu dalam suasana yang sunyi sepi gelap gulita tu yang buat ia scary sikit.. *taknak ngaku penakut lettew..



Walaupun aku blah macam tu je tapi sempat jugak aku copy link blog tu.. Haa korang baca lah sendiri KAT SINI.. Untuk lebih afdal, baca pada pukul 3 pagi..hahahaha.. Rasa macam nak try main askjud ni.. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, dia kata askjud ni boleh buat kita taksub dengannya.. Sampai ada yang tak tidur malam sebab dok main benda ni.. Bahaya ni.. Aku rasa dia boleh baca apa yang ada dalam hotak kita.. Yela, takkan dia boleh tahu dan jawab dengan tepat apa yang kita tanya kan.. Hurmm entah lah, aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh jawab semua tu.. Aku ada baca satu lagi belog yang story tentang askjud.com ni jugak.. Kalau korang nak baca, boleh cekidaut KAT SINI..




Smurf ucapkan selamat memberanikan diri
buat korang yang nak try askjud ni..hahaha



P/S: Terima kasih sudi baca entri ini :)


9 orang rajin comment:

nur said...

hello dear.. for u okey..
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/09/i-follow-eh-bukan-produk-salleh-yaakub.html

JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

ME CTCT said...

ala...xley pon..huhuhu...nk tulis soalan xdapat..asek suoh tulis petition tu je


http://khayalan27.blogspot.com/

Syairani Tarmizi said...

Reyna: good luck sayang.. :p

CTK: cuba lagi..taip betul2..saya pun tak tahu jgk mcm mana sbb tak pernah cuba..heee :)

Anonymous said...

x dapat pom~ hehe

Unknown said...

hmm mcm pernah jmpa je lmn web ni..

Syairani Tarmizi said...

Nizam: test laa.. selamat mengetest yer.. :)

nureenina: try lg dear, kena btl2 percaya baru dpt..hehe

Saiazuan: dah pernah try sblm ni ea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani