Assalamualaikum..
Kalau dah rambut sama hitam, hidong sama tak mancung, gigi pun pinjam dengan arnab.. Tok sah lah nak menyombong sangat.. Ini bukan entri emo tapi sengaja nak meluahkan isi hati dan tempek dekat belog kecintaan aku ni.. Supaya nanti bila aku rajin nak marathon entri sendiri, ada jugak kenangan yang mungkin boleh buat aku senyum sorang-sorang nangis ramai-ramai. Eh?
Ni aku nak story kisah tragis jiran tetangga yang agak menyombongkan diri mereka. Aku ni dok apartment, 1 level ada 4 buah rumah. Depan rumah aku ni student laki yang menyewa kat situ. Tak perasan pulak diorang dok berapa orang. Tapi yang pasti diorang ni suka main ketuk-ketuk pintu rumah lepas ketuk diorang lari tahap kecik kepala masuk dalam rumah sebab takut kitorang sempat bukak pintu. Nanti kantoi lah kan. Memang nakal tahap mengalahkan budak taska baru register.
Walaupun suka main ketuk-ketuk pintu, tapi aku perasan diorang ni selalu pergi solat jemaah kat surau area apartment kitorang ni. Kalau time weekend, Zohor Asar pun diorang pergi surau. Kau pergi? Kalau aku memang tak la kan. Hurm mana nak carik laki macam tu di zaman celik IT hari ni? Lepas tu dah tak hangin dah bila tetiba ada yang ketuk pintu rumah kitorang. Sebab mesti dalam hati kata "Oh, diorang dah balik dah pergi semayang Asar kat surau". teehee T__T
Story jiran depan rumah dah, sekarang jiran sebelah rumah pulak. Pompuan. Mula-mula pindah apartment ni lega sangat sebab orang sebelah tu pompuan jugak. Pasai apa? Pasai tingkap dekat tempat nak masak takde langsir. Kena panggil tempat nak masak sebab tak sampai hati nak panggil dapur. Tak nampak rupa dapur dah aku tengok, sekali dengan ruang tamu. Kau nak masak sambil tengok tibi pun boleh aje. Tingkap diorang pun takde langsir jugak. Kalau selalu keluar masuk bilik ke ruang tamu tanpa pakaian memang nak cari nahas. Ops! *nampak sangat nipunya
Sungguh tak best kalau orang sebelah tu lelaki. Nanti tak pasal-pasal privasi orang pompuan semasa dalam rumah dicabuli hak mereka. Hapa tak nya, dalam rumah sendiri pun nak kena pakai tudung ka? Tingkap tempat masak tu transparent habes! Sebab tu lah kitorang try untuk bermesra dengan jiran sebelah sebab diorang pun pompuan. Islam menggalakkan kita bertegur sapa sesama kita kan. Ye dok? *budget muslimah sejati menegur sesama Islam*. Kawan aku yang tegur diorang tu. Mula-mula borak-borak kosong tanya diorang part berapa, dari fakulti apa, ambik kos hapa pungpangpungpang..
Kebetulan masa tu mesin basuh rumah kitorang rosak la pulek. Nak basuh buleh, part nak spin tu yang spoil. Demm! Masa sesi bertegur sapa tu kawan aku ni dok basuh baju la. Pastu dia tanya la jiran sebelah tu. "Rumah korang ada mesin basuh tak? Nak tompang spin baju jap boleh tak?" Tengah dok ralit borak borak tadi bila tanya macam tu terus senyap cenggitu ja. Ape hal? Tak boleh cakap je la tak boleh. Lepas kejadian hari tu terus tak bertegur dah. Kita senyap, dia lagi lah membisu.
Sombong betul. Kitorang bukan apa, bayangkanlah kalau kentut pun boleh dengar dek orang sebelah. Kalau time diorang tengah masak, kitorang pun masak bukan ke kalau dah baik-baik boleh kata "Hai korang, tengah masak ke? Masak apa hari ni?" Hah! Macam tu kan bagus. Tak paham betoi aku.adehh. Lepas tu bila dah baik sangat sangat buleh la pulak kata "Eh, korang masak asam pedas dengan kari kepala ikan ke hari ni? Bak la sini sikit". muehahahaha LOL :D
If you always see the negative side of things, eventually that’s all there is. Always look for the positive no matter how small.
My humble writing and experience..without prejudice people!
Thanks for reading this :D
6 orang rajin comment:
mana ade saya sombong..hehe
Nizam: lah..awk la jiran saya tu rupanya yer..haha
hmm bahaya sombong2 ni.. t klu susah, sapa nak tlng kan?
Saiazuan: ha'ah.. kan kan kan :D
keke kak,cari bakal suami laki yg duduk depan apartment akak tuu.solat berjemaah tuu ;)
jangan sombong,hidup tak berkat.hihi
azyan: haha..idea buleh di pertimbangkan tuh..kekeke
Post a Comment