Assalamualaikum..
Rasanya semua dah sedia maklum mengenai apa itu triberr ni kan.. Bermakna aku sorang je yang baru nak memahami, baru nak belajar tentang triberr ni.. Berdasarkan hapa yang telah aku google dan baca dekat belog-belog otai.. Apa yang aku faham, triberr ni ialah sebuah aplikasi di mana semua blogger-blogger (yang ada akaun twitter) yang dah join group tribe ni akan tweet setiap new posting pada belog setiap ahli-ahli group tersebut..
Dalam bahasa mudahnya aku boleh bagitahu kat sini.. Bila kita post entri baru, secara automatiknya (autotweet) group tribe tadi akan tweet setiap posting terbaru kita.. Dan bayangkan bila seorang ahli group tribe mempunyai seramai 10k followers.. Huhh.. Ini bermakna, kalau group tersebut ada 1k orang ahli?? Beribu-ribu orang yang dengan mudahnya dapat akses posting kita.. Wahh.. THIS IS BEST BRO! :)
Walaubagaimanapun, berdasarkan usaha aku menggoogle dan baca entri-entri otai mengenai tribe ni.. Ada dalam kalangan mereka yang kata tribe ni sangat bagus untuk naikkan trafik pada belog kita.. Tapi, tak semestinya bila ada beribu followers dan trafik akan meningkat beribu jugak.. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke belog saudara Ariff Shah dalam entri ini Follower Twitter Beribu, Tak Semestinya Trafik Masuk Pun Beribu..
Selain itu juga, aku tertarik dengan entri yang ditulis oleh Affan Ruslan mengenai Triberr ni.. Ada juga tips penggunaan triberr yang sangat berguna yang ditulis pada entri ini iaitu Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan..
Itu adalah pendapat yang positif mengenainya yang aku dapat.. Tapi ada juga yang negatifnya.. Yang negatif pulak ialah Tribe ni boleh menyebabkan banyak SPAM.. Haa.. bila dah banyak yang tweet tentang benda yang sama.. boleh SPAM lah dia.. Dan bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai jumlah follower twitter yang tak ramai ni?? Mungkin kita sendiri yang SPAM..hehehe.. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kan.. Terima kasih untuk saudara Ariff Shah untuk entri nya yang ini Spam Dari Triberr Dan Cara Untuk Mengatasinya..
Bagi aku, ok je kalau join tribe ni.. Bila kita tahu macam mana nak manfaatkan sepenuhnya.. InsyaAllah hasilnya sangatlah bagus.. Aku pun baru je join tribe ni.. Agak ketinggalan sedikit (tunduk malu).. hehe.. Tapi kalau ada yang belum join dan teringin nak join, aku sarankan korang join tribe yang betul-betul mempunyai kualiti dari segi ahli atau rakan-rakan di dalam tribe tersebut.. Aku join Denaihati Network ni.. Sebab rakan-rakan tribe ni sangat aktif kat twitter..
P/S: Saya budak baru belajar, kalau salah tolonglah tunjuk dan ajarkan..ngeee
...OKBAI...
2 orang rajin comment:
serius xthu apa2 pun ..
tribber tu cmne ?
kalau dah join group tribe ni.. rakan2 tribe yang lain akan tweet setiap entri kita yang terbaru (autotweet).. Dengan itu, setiap follower rakan2 tribe dekat twitter akan dapat access entri kita..
Saya pun baru je tahu triberr ni hapa ko bendo nyo.. hehe :)
Post a Comment