Cara Terbaik Putuskan Hubungan Cinta ^^


AUGUST 22, 2011


Assalamualaikum..

Bukan senang nak putuskan sesebuah hubungan ni.. Walaupun hubungan tersebut hanyalah hubungan CINTA.. dan bukan pertunangan mahupun perkahwinan.. Tapi aku rasa, amat payah untuk kita ungkapkan kata putus tu.. Padahal hubungan cinta ni di kira hubungan tanpa status dan seharusnya senang lah sikit untuk kita putuskan hubungan tersebut.. Ye dak??


Bagi aku, yang lainnya nama je bercinta, bertunang, dan berkahwin.. Tapi kita berkongsi perasaan yang sama.. Iaitu sayang, kasih, rindu.. Kalau yang bercinta, dah tentu-tentulah kita cintakan pasangan sepenuh hati kan.. Yang bertunang pulak, mestilah dok rindu kat tunangan kita tuh *haishh tak sabar nak kawen.. Lepas tu yang dah berkahwin ni hapa lagik, sape tak sayangkan bini/laki wey..


Hurmm.. Haghi ni kita taknak cakap pasal tunang2 kawen2 ni.. Kita nak cakap pasal orang bercinta.. Haa macam mana nak say goodbye ni.. Boleh kena darah tinggi kalau dok pikir ni.. So, marilah kita kasik tengok sikit macam mana cara-caranya ni..



Diam dan menghilang.

Decide untuk tak menelepon si dia, jangan berjumpa dengan dia lagi, dan stop texting him/her.. Kalau kita tengok dari segi positifnya, cara ni sangat sesuai bagi mereka yang rasa dah takde maknanya kita bersua lagi sebab I dah tak nak tengok muka u lagi.. Dan si dia akan sedar dengan tindakan atau petunjuk yang korang bagi tu..

Dari segi negatifnya, bertindak macam tu membuktikan korang seorang yang pengecut, dan tak matured.. Sebab apa? Sebab korang buat si dia tertanya-tanya kenapa pergi macam tu je.. Tanpa sepatah kata pun.. Dan si dia juga pasti bingung apa salah dia sampai di tinggalkan macam tu je.. Macam di gantung tak bertali lah gamaknya yer *aku paling tak suka cara ni.. pernah kena macam ni.. oopss!



Putuskan je.

Set tarikh, masa, dan tempat yang sesuai untuk berjumpa dengan si dia.. (pilihlah tempat 1st time korang dating).. And say goodbye.. Yer, kadang-kadang tu susah untuk kita jujur dan bercakap benar.. Tapi terpaksa jugak kita kuatkan semangat untuk berkata benar.. Positifnya, kita dah cukup dewasa untuk buat keputusan dan mengakhiri semuanya.. Ketegasan ini at least membuatkan kita rasa lega walaupun tahu ada hati yang terluka..

Dari segi negatifnya, hati mana yang tak terluka kalau perpisahan menjadi titik dalam perhubungan yang diharapkan kekal ke akhir hayat.. (Pelamin anganku musnah sudahh).. Memang susah untuk berkata demikian kepada orang yang pernah kita sayang tapi setidak-tidaknya biarlah untuk saat tu saje..



Cara Terbaik:

1. Tunggu sampai si dia menghubungi korang. Kalau si dia tak contact langsung, maka korang beruntung dan pilihan diam lalu menghilang adalah yang terbaik.


2. Tapi kalau si dia menghubungi korang setelah sekian lama menghilang, korang harus merespons. Katakan sesuatu seperti, "Hubungan ini bukan apa yang saya cari sekarang" atau "Maaf, aku senang dengan hubungan kita selama ni, tetapi aku rasa hubungan kita sampai di sini saja."


Mungkin si dia tidak akan pernah menghubungi korang lagi, atau si dia akan hanya memberikan jawapan, "Ok..." dan suasana menjadi kaku untuk seketika.. Tapi lepas tu, semuanya akan berakhir dan korang tak perlu merasa bersalah setiap kali bertemu dengannya. Tak perlu menjelaskan alasannya, karana si dia pasti taknak dengar pun.muahahaha.. Alasan yang korang bagi tu dah cukup untuk menjelaskan semuanya..



Before you talk, listen. Before you react, think. Before you criticize, wait. Before you pray, forgive. Before you quit, try.



Setelah ku edit sikit-sikit DARI SINI..


...OKBAI...

6 orang rajin comment:

erleena said...

ayt pling lasssssssss sgt ske :)
Before you talk, listen. Before you react, think. Before you criticize, wait. Before you pray, forgive. Before you quit, try.

Akulah Pak Lan said...

Aku pun pernah kena juga..di tinggalkan dengan tanpa sebarang berita..demm!! mmg cilaka..

Syairani Tarmizi said...

hurmm tu la.. tapi nak wat camne.. saboo je lahh.. :)

chiLleD...!! said...

selagi ada kemahuan nak putus, cra mcmna pun bolh jadi..he

Syairani Tarmizi said...

Banyak lagi cara lain sbnr nye kan.. Tp antra yg slalu org buat yg tu la.hihi. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani