PERKARA YANG MUNGKIN WANITA PATUT TAHU TENTANG LELAKI ??

WEDNESDAY, AUGUST 10, 2011
03:50 p.m.



Salam u alls..


Haa hari tu aku ada share tentang wanita macam mana yang laki patut jauhi untuk di kahwini dekat ENTRI NI.. Sikalang... Dekat ini entri wa mau kongsi sama lu Perkara Yang Wanita Mungkin Patut Tahu Tentang Lelaki.. Jadi, sape rasa dia laki tu jangan larikkk.. Lu goyang ka?? (bukan aku yang cakap, ini Shark cakap ok)..ekekekeke


Ok lah, bagi aku la kan.. Kejujuran tu penting dalam sesebuah hubungan.. Tapi ada jugak sesetengah orang yang tak pernah nak jujur dengan pasangan mereka.. Dan yang aku peliknya, tak penah nak kantoi pulak tu.. Haish.. Ni mesti depa ada amalkan apa-apa yang tak patut diamalkan nie (abracadabra)... Haha aku gurau je larh..



Hurmm.. Cer angkat kening sape yang rasa-rasa dia tak pernah MENIPU dan DITIPU oleh pasangan masing-masing?? Nak tengok sikit berapa orang yang ada sikalang ni.. Ecece macam lah aku tak pernah TER menipu kan..muahahaha.. Tapi aku nak tipu sape?? Gua single ni beb!! Mana ada nye nak nipu or ditipu kekaseh hati ni.. *oops pembetulan, me single but not available..ehekhek



Udah-udah la dok merepek merapu petang-petang ni kan.. Takde sape nak dengar kau merepek laa.. (yela, memang depa tak dengar sebab depa baca).. Ye dak? hehe.. Meh baca meh..






Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :


1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya..

Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri korang..jangan mudah terpedaya ok?



2-Mengenai nama sebenar korang, pada perkenalan awal korang bersama si dia, korang hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh korang, cukup seminggu korang cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh korang, kalau dia boleh jawab, kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan korang,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah, mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe

Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri korang, dia tidak mengendahkan apakah nama penuh korang, yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri korang, jika korang tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..



3-Tarikh lahir.. Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri korang yang akan alert perkara ini.. Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini..

Kesimpulanya : Apa yang korang perlu lakukan, korang haruslah berhati-hati dengan si dia, perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya, nanti kebenaran akan berpihak kepada korang.



4-Bila korang sakit.. Korang perlu menelefon si dia, memberitahu bahawa korang sakit, tapi ingat sekali sahaja tau. Kalau sidia benar-benar jujur, dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan korang.. mesti dia jadi hughu-hagha lah..

Kesimpulanya ; Selalunya lelaki yang ada niat buruk, dia akan suka perkara ini berlaku pada diri korang, bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe



5-Bersabar dengan korang.. Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah… contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju, kedai kasut.. memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..

Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas, dia akan terima seadanya sikap korang.. kalau korang dah jumpa lelaki macam ni, insyaAllah bahagialah… Unless, korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..muahaha



Sumber: iqbalhakimi..



P/S: Sikalang wa boleh simpan wa punya sengaaattt, sebab wa pun dah penat..

...OKBAI...

5 orang rajin comment:

biela bell said...

hahaha..betullllll tu ,, macam mana klu dapat lelaki pelupa? hahahaha

Syairani Tarmizi said...

hehe..naseb la klu dpt yg jenis pelupa ni.. *teehee :)

Ashraf Jalil said...

makan banyak semut..tu yg jadi lupe..hahah

Syairani Tarmizi said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani